Terima lebih 13,000 kunjungan sejak dilancar dua bulan lalu OlehPuad Ibrahim LAMAN web Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) telah menerima sambutan menggalakkan dari pengunjung Internet sejak dilancarkan hanya sekitar dua bulan lalu, dengan lebih 13,000 kunjungan dicatatkan sejauh ini. Kunjungan itu bukan sahaja datang daripada pelawat Singapura, tetapi juga pengunjung sejauh Tokyo, California, Washington DC dan […]
Sekadar berkongsi – Laman RRG mendapat sambutan hangat (Berita Harian, 10 Okt. 2007)
Sekadar berkongsi – AS tertarik pada konsep RRG perangi ideologi pengganasan (Berita Harian, 11 Okt. 2007)
CARA Singapura memulih pengganas Islam dengan kaunseling Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) kian mendapat perhatian dunia, malah terdapat saranan model yang serupa digunakan oleh Amerika Syarikat. Sejak beberapa bulan lalu, para komander tentera Amerika di Iraq telah mula memperkenalkan program-program pendidikan agama yang mencontohi sebahagiannya konsep RRG. Demikian dilaporkan oleh akhbar The Christian Science Monitor dari […]
Sekadar berkongsi – Temuramah dengan bekas anggota JI Singapura (2/2) (Berita Harian, 6 Okt. 2007)
………………. bersambung dari bahagian 1. S: Apakah perasaan anda apabila anda memegang senjata itu? J: Mulanya saya tidak perasan salahnya. Persepsinya jika tidak menggunakan senjata, anda mudah menjadi sasaran. S: Jika diingatkan kembali, apakah yang anda fikirkan ketika terlibat dalam MILF? J: Ketika itu, ia seolah-olah satu perjuangan. Kami tidak fikirkan tentang keluarga kerana ia […]
Sekadar berkongsi – Temuramah dengan bekas anggota JI Singapura (1/2) (Berita Harian, 6 Okt. 2007)
Pengongsian pengalaman hitam bekas anggota JI S’pura Daripada kelas agama hingga terjebak dalam kegiatan MILF di Filipina Seorang bekas anggota Jemaah Islamiyah Singapura baru-baru ini berkongsi bersama ‘Berita Harian’ pengalaman beliau terjebak dalam rangkaian pengganasan. Ikuti wawancara beliau bersama SAAT A. RAHMAN dan PUAD IBRAHIM. SOALAN (S): Bagaimanakah anda mula terlibat dalam Jemaah Islamiyah (JI)? […]
Sekadar berkongsi – Majalah Internet khusus bagi belia Islam (Berita Harian, 14 Sep. 2007)
Boleh dimuat turun secara percuma dengan tujuan tarik belia ke masjid Oleh Nadzri Eunos DENGAN penggunaan media baru seperti catatan (blog) dan video siber seperti YouTube semakin berleluasa di kalangan belia, majalah elektronik atau e-majalah menjadi wadah semula jadi bagi mendekati golongan tersebut. Justeru, sebuah e-majalah bulanan bertajuk La Mezquita (sempena nama sebuah […]
Kongsi maklumat – Hilang kasih sayang timbul benci
cyBerita: Lelaman Internet Berita Harian Singapura (8 Sep. 2007) Hilang kasih sayang timbul benci Oleh Ustaz Mohamed Bin Ali ISLAM sebagai ajaran lengkap dan menyeluruh dalam setiap aspek kehidupan manusia sejagat memiliki panduan yang ditetapkan Tuhan bagi menjamin kesejahteraan hidup umatnya di dunia dan akhirat. Salah satu teras ajaran Islam dalam […]
Pernyataan Persatuan Ulama dan Guru-guru Agama Singapura (Pergas) mengenai fatwa derma organ yang terkini dari MUIS
Berikut adalah teks penuh pernyataan Pergas yang bersetuju dengan fatwa terkini MUIS dalam isu derma organ di Singapura. Maklumat lanjut mengenai Pergas boleh didapati di www.pergas.org.sg ——————————————— Fatwa terkini yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menyatakan bahawa tiada salahnya dari sudut syarak untuk menyertakan masyarakat Islam Singapura di bawah undang-undang Akta […]
Teks fatwa terkini MUIS mengenai keharusan pemindahan organ
Sila kilk di lampiran bagi mendapat teks asal fatwa dari MUIS yang terkini dalam isu pendermaan organ. Attachment: organ transplant-fatwa 2007 melayu.doc
Kongsi maklumat – Penyelidik lancar blog dalam bahasa Melayu promosi kefahaman sederhana
Berita Harian, 30 Julai 2007 Laman web baru ingin dekati lebih ramai pembaca dari Malaysia dan Indonesia By Azahar Mohd PENYELIDIK isu pengganasan, Ustaz Muhammad Haniff Hassan, melancarkan blog terbarunya dalam bahasa Melayu untuk mempromosi kefahaman agama yang sederhana di ruang siber. Sasarannya ialah mendekati lebih ramai pembaca, terutama yang berasal dari Malaysia dan Indonesia, […]