Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud
“Sesungguhnya Allah (kadang kala) membantu agama ini dengan seorang lelaki yang fajir (jahat).” (Riwayat Al-Bukhari)
Pelajaran
1. Hadits ini mengajar kita untuk melihat sesuatu perkara dari pelbagai sudut, meletakkan sesuatu ditempatnya dan tidak menyamarata (generalise) dalam membuat penilaian.
2. Kita hendaklah melihat bahawa seorang yang fajir (jahat) juga berkemungkinan mempunyai peranan yang positif bagi agama ini.
3. Janganlah kejahatan seseorang itu menutup mata kita untuk melihat potensi dan kebaikan yang ada pada seseorang itu untuk dimanfaatkan bagi agama ini. Janganlah cepat menyisihkan seseorang itu dari usaha dakwah semata-mata kerana kelemahan yang ada padanya.
4. Janganlah menilai seseorang itu pada sifat jahatnya sahaja tetapi lihatlah juga pada kebaikan yang ada padanya.
5. Sekali lagi, hadits ini mengajar kita bahawa seorang yang jahat itu berbagai-bagai, tidak sedarjat. Ada yang jahat sehingga memudaratkan Islam dan umatnya. Ada pula yang jahat pada diri sendiri tetapi bermanfaat bagi Islam dan umatnya. Ada yang banyak jahatnya dan ada pula yang sedikit. Dalam menafsirkan hadits ini, para ulama mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan orang jahat di sini ialah yang melakukan kejahatan yang mudaratnya hanya ke atas diri sendiri sahaja.
6. Harus bekerjasama dengan lelaki yang jahat dalam perkara yang mempunyai maslahat bagi agama.
7. Kita hendaklah mempunyai kacamata inklusif bukan eksklusif, iaitu berusaha untuk melihat setiap individu mempunyai potensi atau aset bagi maslahat dakwah.
8. Dengan kacamata sedemikian, kita akan mendapati sumber yang ada untuk usaha dakwah lebih luas.
Dipetik dari buku Sampaikan Daripadaku… Klik di sini untuk maklumat buku.
Tfs..ustaz…isu ini banyak mengelirukan orang-orang kita,..yang hanya pandang diri seseorang itu ,dari luaran sahaja(they like to jugde the book by the cover).Tapi mereka lupa bahawasanya Allah swt Maha Bijaksana dan Maha mengetahui atas setiap perkara yg manusia sendiri tidak jangkakan.dan ketahui.Taufik dan Hidayah nya,serta dakwah bisa datang di tengah2 orang yang jahat,fakir miskin yg kotor- bolor dan budak kecil yg di sangka kurang ilmu atau pengalaman…Allah Maha Besar,Maha suci Allah..yg mengetahui setiap sesuatu….
setuju tu bro……..kita kena kenal hati budinya, jangan menilai dari luaran nya saja….sebab yang nampak elok luaran belum tentu elok isinya.
* tq ustaz for sharing