Kemusykilan Agama – Bersolat dan anak kecil

(Nota: Dipetik dari ruang Ask_Ustaz di rantauan.com)

Soalan

Assalamu’alaikum wrwb Ustaz.

Saya perlukan nasihat ustaz mengenai perkara di bawah.

Saya mempunyai 2 org puteri, 10 & 7 thn, dan seorang putera, 2 thn. Seberapa boleh, kami sekeluarga akan bersolat jemaah setiap hari. Masalahnya, putera saya ni aktif budaknya. Setiap kali sebelum kami mula bersolat, kami (saya & suami) akan mengingatkannya agar jgn mengganggu kami ketika kami bersolat dan menyenaraikan perkara-perkara yg patut dia lakukan (spt ikut kami solat atau duduk di atas sejadahnya) dan yg tidak patut dia lakukan (memukul kakak2nya, masuk dlm telekung, baring di hadapan kami dll).

Namun, dia sering akan mengganggu kami. Amatlah menggeramkan, terutama sekali jika perbuatannya menjejas pergerakan kami.

Suami saya akan merotannya kerana terlalu geram. Saya pula tidak setuju dgn hukuman ini krn dia masih kecil. Takut pula dia kaitkan solat dgn perkara yg tidak baik spt kena rotan.

Kedua-dua puteri kami dengar cakap, tapi yg kecil ni agak mencabar sikit.

Ustaz, bolehkah ustaz beri kami sedikit nasihat, panduan ataupun petua tentang cara yg terbaik bagi kami menangani masalah yg kami hadapi setiap hari ini.

Terima kasih.

—————————–

Jawaban

Salam

1. Budak umur dua tahun memanglah macam tu.

2. Budak kecil yang belum mumaiyiz bukan hanya belum mukallaf (tiada kewajiban di sisi agama), tapi menghukum dengan merotan atas kenakalan seperti itu adalah tidak wajar. sebab tulah, nabi hanya mulakan hukum merotan ke atas anak yang tidak mahu solat pada umur 10 tahun.

3. Budak kecik seperti itu mempunyai logik yang kadangkala orang dewasa macam kita tak faham. Kadangkala apa yang dia lakukan itu, yang dilihat sebagai nakal, tapi sebenarnya adalah cara dia untuk bersolat sama cuma akal dan fisikal dia masih tak mampu untuk ikut dengan betul. Bila dia dia hukum seperti tu, ditakuti ia akan menyebabkan tidak suka dengan solat kerana pada sangka dia, kalau dia nak solat akan kena rotan.

4. Ada satu kisah dari nabi yang ada dalam hadits sahih yg boleh dijadikan pedoman. Satu hari para sahabat bertanya pada nabi kenapa tadi beliau sujud lama sekali. Nabi lalu jawab bahawa cucunya menunggang dia ketika sujud seperti menunggang kuda. kerena itu beliau sujud begitu lama kerana nak layan cucu dia. Beliau tidak marah cucu dia sama sekali. Bahkan beliau kata, sebaik-baik kuda adalah aku dan sebaik-baik pekuda ialah cucuku ini.

5. Huraian yang praktikal ialah

a. anda boleh solat dengan suami sambil dukung anak tu agar dia tak kacau solat. Bila hendak sujud letakkan dia ditepi dan bila nak bangun, angkat semula. Nabi pernah buat seperti ni. Kalau ni tidak sesuai, maka;

b. jangan mulakan solat bersama suami anda. Tunggu hingga dia di rakaat terakhir atau tahiyat akhir, barulah anda masuk. Jadi anda boleh jaga dia dan dia tidak akan mengganggu solat orang lain. Bila anda telah mula, solat, suami anda pun habis solat dan boleh jaga dia. Atau suruh salah satu putri anda yang besar utk buat seperti tu. Dengan cara ni, beliau boleh bersama dalam aktiviti solat dan tidak pula ganggu sesiapa.