Artikel Berkaitan
Kemusykilan Agama – ‘Janji Melayu’ ditepati? (Berita Harian [Singapura], 17 Januari 2014)
Sila klik imej di bawah untuk membaca.
Kemusykilan Agama – Tidak wajib bubuh ‘bin’ atau ‘binti’ pada nama (Berita Harian [Singapura], 3 Januari 2013)
Sila klik imej di bawah untuk membaca.
Kemusykilan Agama – Syarat hukuman zina dan taubat penzina (Berita Harian [Singapura], 27 Disember 2013)
Sila klik imej di bawah untuk membaca.
7 komentar untuk “Kemusykilan Agama – Cara solat dhuha (Berita Harian [Singapura], 22 November 2013)”
Komentar ditutup.
Assalam Ustaz
Saya ingin tanya ttg doa sy ini
“Ya Allah jika ujian ini untuk menyedarkan aku, yang aku telah tinggalkan Mu. Aku redha maka engkau terimalah aku kembali.”
Sy was was dgn doa sy
salam
takde salah apa2 pada doa itu.
cumanya.. sebenarnya segala apa yg berlaku, baik atau buruk, dalam hidup kita adalah ujian dari tuhan. oleh itu, hendaklah kita berusaha utk reda dan terima semuanya. ertinya.. tidak timbul soal “jika”.
Terima kasih ustaz.. Cuma bila sy ingin berubah menjadi lebih baik.. Makin dtg was was sy
baca di sini
http://haniff.sg/kemusykilan-agama/kemusykilan-agama-diserang-was-was/
http://abahyasir.com/2014/01/26/petua-hindari-masalah-menurut-islam-kecelaruan-obsesif-kompulsif-ocd/
Salam Ustaz
Saya ingin tau sebelum seorang lelaki itu mendirikan rumah tangga apakah keperluan asas yg wajib dia sediakan untuk bakal isteri.
Dan ada kah kereta salah satu keperluan asas yg wajib di berikan pada si isteri? Kerana perkara ini saya jadi bingung, walau pun ini bukan mengenai diri saya tapi kerana anak lelaki saya yg akan mendirikan rumah tangga.
Saya mendengar ini dari ustazah saya yg sering menekankan suami mesti menyediakan kenderaan untuk isteri..tak kan isteri nak naik public transport..(maaf tidak boleh memberitau dimana saya belajar & nama ustazah)
Saya pernah berkata pd Ustzh “itu bukan wajib tapi jika si suami berkemampuan takpe tapi jika sampai berhutang bukan kah itu menyusahkan. Bukan suami saja tapi juga rumah tangga yg akan dibena akan mengahadapi masaalah hutang”.
Harap dapat Ustaz menerangkan lebih lanjut tentang perkara diatas.
Terima kasih
salam
kereta dalam konteks singapura tidak termasuk dalam nafkah yg wajib dipenuhi oleh suami.
ia hanya digalakkan sahaja. itu pun jika suami berkemampuan.
menjadi lebih tidak wajib bagi suami menyediakan kereta untuk isteri jika dia perlu berhutang hingga membebankan tangungan kewangan.
yang seperti ini menunjukkan tiada kemampuan dan tidak boleh membebankan suami melebihi dari kemampuan.
jika ada keperluan, memadailah memberi isteri wang untuk kos pengangkutan awam dalam bentuk teksi atau apa-apa yang munasabah.
hal ini lebih menjimatkan dari membeli kereta yang sememangnya kos membeli dan menjagaanya adalah sangat mahal.
kesimpulannya, pandanagan puan kepada ustazah itu adalah benar dan tidaklah perlu khuatir.
puan boleh menasihatkan anak puan juga untuk bertanya lebih lanjut apabila dia menghadiri kursus persiapan rumahtangga.
nafkah asasi yg wajib disediakan oleh suami ialah
– makanan
– rumah
– jagaan kesihatan
– pakaian
– layanan kasih sayang/emosi
– layanan seksual
– wang kocek pada kadar yg berpatutan dan ikut kemampuan
akhir kata, sepengetahuan saya ramai para ustaz di singapura pun tidak mempunyai kenderaan peribadi untuk isteri dan keluarga dan hanya menggunakan pengangkutan awam sahaja.
moga bermanfaat
Terima kasih Ustaz atas penerangan nya. Sekarang saya lebih tenang dan tidak susah hati lagi. Alhamdulillah amin..