Kemusykilan agama – Hukum implant and veneer gigi

Nota: Dipetik dari ruang Ask_Ustaz di rantauan.com

Soalan

Apakah hukumnya melakukan implant gigi dan veneer yang semakin popular hari ini sedangkan di sana ada pilihan rawatan-rawatan gigi yang lain?

———————————

Jawaban

salam

Saya cuba memahami konsep asas mengenai tooth implant melalui halaman ini http://www.yourdentistryguide.com/implants/

Berdasarkan maklumat di halaman berkenaan, maka pandangan saya ialah:

1. Jika implant dibuat dari bahan-bahan sintetik atau bahan-bahan lain yang tidak bernajis, hukumnya berdasarkan keperluan. Semakin tinggi keperluan, maka menjadi sunat sekali atau wajib i.e. kehilangan gigi kerana kemalangan atau rosak kerana penyakit yang menyebabkan sukar untuk bertutur dengan betul, membaca Al-Quran dengan tepat atau makan. Jika keperluannya rendah i.e. gigi asal tumbuh tidak seperti biasa yang menyebabkan rupa agak tidak cantik atau hanya menimbulkan sedikit kesulitan, maka hanya harus sahaja. Hukum ini tidak berubah walaupun ada alternatif rawatan yang lain.

2. Jika implant dibuat dari bahan yang bernajis (???), hukumnya hanya dibenarkan jika keadan darurat atau keperluan amat tinggi i.e. bukan hanya untuk tujuan kosmetik atau astetik.

3. Implant tu adalah sejenis gigi palsu. Maka, hukumnya takde beza dengan gigi palsu jenis lama.

Mengenai veneer, lihat di http://www.cosmetic-dentistry-information.co.uk/veneers.htm

Hukumnya hampir serupa dengan implant, iaitu keperluan. Tapi nampaknya, veneer ni lebih untuk tujuan kosmetik dan astetik.

Oleh itu, saya condong untuk mengatakan melakukannya tanpa keperluan yang tinggi bagi kesihatan dan kemudahan hidup, ialah makruh. Bahkan boleh jadi haram jika sampai membazir, menimbulkan rasa sombong, atau tak syukur dengan kurnia yang ada.

Salam

haniff