(Nota: Dipetik dari ruang Ask_Ustaz di rantauan.com)
Soalan
Bagaimanakah cara membuang buku-buku lama dan dokumen-dokumen yang di dalamnya terkandung ayat Al-Quran dan kalimah-kalimah suci?
———————————
Jawaban
Salam
1. Kalau buku berkenaan umumnya adalah buku biasa yang tidak ada ayat-ayat Al-Quran atau kalimah suci, bolehlah di buang seperti biasa (tidak perlu diperiksa setiap muka surat, samada betul tidak ada kalimah suci) sebagai contoh buku nota yg bercampuraduk dgn pelbagai isi.
2. Kalau buku bertulisan Arab, tapi tiada mengandungi ayat suci, bolehlah dibuang seperti biasa.
3. Kalau telah dikenalpasti buku itu buku agama yang umumnya mengandungi kalimah suci, pilihan yg boleh dibuat ialah:
a. Bakar (kena carilah tempat bakar yang sesuai, hmmm…. mungkin kena beli tong bakar kertas yang biasa di pakai oleh orang cina, pastu bakar dibawah blok ha..ha..ha..)
b. Shred buku tu (beli shredder atau pinjam le..)
c. Koyakkan mukasurat yang ada kalimah suci saja, kemudian shred atau koyakkan, pas tu buang sahaja.
d. Dapatkan khidmat professional disposer.
Salam
Haniff
hehehe.. saya tersenyum lebar dgn komen ustaz yg suroh beli tong mcm orang cina tu… geli hati. BTW ni ruangan yg best dan lucu serta menafaat.
kalo dah shred boleh blender kan skali lepas tu boleh recycle jadi kan art piece.
bagus jugak tu.. jangan buat selet je sudah 🙂
Kalau dah shred atau koyakkan, boleh buang dkt tong sampah biasa ka?
ya.. boleh buang ke tong sampah seperti biasa.
Kalau jual kepada orang surat khabar boleh tak? Tapi bukunya berunsurkan tauhid fekah dll
kalau buang ke tong sampah dia angkat terus dihantar ke tempat pembakaran sampah.
kalau awak jual ke karung guni, tak tahu apa yang akan dibuat dgn buku2 itu.
ini dlm konteks sg, kalau tempat lain saya tak tahu.
Kalau quran yang sudah rusak, bolehkah dibuat seperti documen yang mengandungi alquran – shred dan buang di tong sampah. Ada pendapat kena bakar dan buang di laut.
dahulu cara menghapuskan al-quran ialah dgn membakar dan kemudiannya tanam atau buang di laut.
hal ini kerana di zaman dulu, takde mesin shredder. membakar adalah cara yg mudah dan praktikal utk menghapuskannya.
dahulu juga orang tinggal di kampung, maka mudah utk menanam al-quran yang dibakar.
jika awak tinggal di kampung di malaysia atau di rumah teres yg berhalaman dan boleh melakukan seperti ini, maka ia adalah baik.
tapi di sg, org tinggal di flat.
membakar al-quran adalah suatu yg sukar dan membahayakan.
nak tanam pun, takde halaman atau kebun sendiri.
tak boleh pula tanam di mana2 kerana ia langgar undang2.
nak bhuang ke laut lebihlah susah lagi dan salah juga di sisi undang2.
dgn adanya mesin shredder, al-quarn yg telah dishred sudah lagi hilang statusnya sbg al-quran kerana segala ayat2nya telah berkecai.
ia dihukumkan sebagai kertas yg terkoyak sahaja.
setahu saya, mereka yg menyediakan khidmat profesional shred al-quran pun akan buang ke tempat pembuangan sampah kerana kalau dia nak amalkan membakar, pastinya dia terus bakar sahaja dan tak payah nak shred.
Syukur alhamdulillah dgn jawapan ustaz. Terima kasih