Kemusykilan Agama – Kencing berdiri

(Nota: Dipertik dari ruang Ask_Ustaz di rantauan.com)

Soalan

Assalamualaikum Ustaz.

Saya ingin mengetahui tentang hukum orang yang kencing berdiri kerana saya pernah mendengar bahawa salah satu kategori orang yang tak masuk syurga adalah orang yang kencing berdiri. Kebiasaannya kencing berdiri lebih mudah dalam banyak keadaan berbanding duduk atau menyangkung. Embarassed Boleh Ustaz terangkan lebih terperinci tentang hukum orang yang kencing berdiri dan adakah kelonggaran atau keadaan yang dimaafkan?

————————————————————-

Jawaban

Salam

Majoriti para ulama berpendapat bahawa kencing duduk adalah lebih dianjurkan, namun mengharuskan juga bagi orang lelaki untuk kencing berdiri. 

Yang melakukanya hanya perlu pastikan agar tidak mengotori pakaiannya dan beristinjak dengan betul.

Selain itu, apabila ingin melakukannya di tandas awam yang terbuka, perlulah ambil kira soal menjaga aurat kerana mendedahkan aurat, apatah lagi kemaluan, pada pandangan umum adalah dilarang.

Kencing berdiri mungkin lebih mudah dan ringkas dari kencing duduk atau menyangkung, tetapi saya berpendapat ia lebih elok, selamat dan jika di tandas awam, lebih kelihatan sopan.

Salam