Kemusykilan Agama – Lakukan Yang Wajib Sahaja Dalam Solat

Soalan

Assalam’kum Ustaz,

Saya ingin tahu apa yang wajib dalam sembahyang dan doa yg lebih pendek dari doa iftitah dan Qunut kerana saya diminta oleh seseorang untuk mengajar sembahyang tapi orang itu ada kesukaran untuk menghafal doa. Saya tak mahu dia berlengah untuk sembahyang oleh kerana dia belum menghafal doa-doa dalam sembahyang. Harap ustaz dapat memberi pertolongan dalam masaalah saya ini.

Terimakasih ustaz Smile

——————————————————-

Jawaban

Salam

Yang wajib bagi solat ialah:

1. Niat di hati dan berdiri
2. Takbiratul ihram, membaca Allahu Akbar masa mula solat
3. Baca Al-Fateha
4. Ruku’ dan diam sekejap
6. I’tidal (diri lepas ruku’) dan diam sekejap
7. Sujud (diam sekejap)
8. Duduk (diam sekejap)
9. Sujud (diam sekejap)

Kemudian ulanglah semula ikut jumlah rakaat. Pada rakaat akhir, setelah sujud kedua:

10. Duduk tahiyat akhir dan baca bacaan tahiyat akhir sampai “Allhumma salli `ala Muhammad wa `ala ali Muhammad”.
11. Memberi salam satu kali sahaja

Segala bacaan lainย boleh ditinggalkan..

Salam

12 komentar untuk “Kemusykilan Agama – Lakukan Yang Wajib Sahaja Dalam Solat”

  1. Assalamualaikum.
    menurut tuan ketika Ruku', I'tidal, Sujud dan Duduk antara dua sujud tuan menyatakan hanya diam. apakah maksud tuan diam itu disertai dengan bacaan atau hanya diam. maaf dengan kejahilan saya ini

  2. ustad,,, assalamualaikum… kalaulah alasan membaca yang wajib bagi bilangan 10 di atas…sampai bila si hamba allah itu akan membacanya sehingga akhir ayat tersebut… kini umurnya dah melebihi 56 tahun…solatnya diqadakkan 2 atau 3 fardu dalam satu …kadang=kadang tak qadak pun…bila lagilah dia nak meningkatkan ibadahnya… berzakat pendapatan tak perlu katanya… bila dia sendiri merasakan boleh berzakat…. yang makruh dan haram pulak yng dia kejarkan…

  3. salam, izazee

    sefaham saya soalan itu merujuk kepada org yg baru nak mulakan solat. jawaban yg diberikan ialah utk memudahkan dia cepat memulakan solat.

    benar, sebaiknya dia terus mempertingkat diri dan tidak memadai dengan yang wajib sahaja.

    saya hanya dapat menjawab berdasarkan maklumat yg ada dalam soalan. yg tidak ada dan tidak diketahui, saya tak dapat komen dan saya tidak mahu buat andaian-andaian.

    selain itu, saya tidak pasti apa hubungan soalan di atas dengan isu-isu yg dibangkitkan.

    salam

  4. Dengan rendah diri sy memohon maaf atas kenyataan diatas…sy tak bermaksud dgn kenyataan penanya pertama di atas… tpi terjadi kpd insan yg terlalu hampir dgn saya. hinggalah ke saat ini….apa pendapat ustad ttg insan seperti itu…sy sgt2 sedih tak dpt menasihatinya…terlalu sedih….sy hrp penanya di atas tidak berkecil hati kerana tidak berkaitan dgn beliau…maaf ye .D

  5. izazee, salam

    sila lihat link-link di bawah. moga ia bermanfaat dan membantu masalah anda. moga juga allah memudahkan usaha anda.

    http://hanifiyah.multiply.com/journal/item/482/Kemusykilan_Agama_-_Kawan_susah_nak_terima_nasihat

    http://hanifiyah.multiply.com/journal/item/41/Petunjuk_41_-_Berhadapan_Dengan_Pelaku_Maksiat

    http://hanifiyah.multiply.com/journal/item/38/Petunjuk_37_-_Beransur-Ansur_Dalam_Perubahan_Bukan_Revolusi_Mendadak

    http://hanifiyah.multiply.com/journal/item/20/Petunjuk_19_-_Antara_Harapan_Kekesalan

    http://hanifiyah.multiply.com/journal/item/11/Petunjuk_10_-_Menanggapi_Keingkaran_Yang_Wujud_Dalam_Lingkungan_Sendiri

    http://hanifiyah.multiply.com/journal/item/95/43_-_Hendaklah_Berupaya_Untuk_Hidup_Dalam_Ketidaksempurnaan

    http://hanifiyah.multiply.com/journal/item/89/37_-_Bagaimana_Menghadapi_Kelemahan_Manusia

    http://hanifiyah.multiply.com/journal/item/87/35_-_Beberapa_Prinsip_Dalam_Dakwah

    http://hanifiyah.multiply.com/journal/item/81/29_-_Mencontohi_Sifat_Pengasih_Allah_taala

    http://hanifiyah.multiply.com/journal/item/66/15_-_Menghadapi_Pelaku_Maksiat_Yang_Berulang_Kali_Melakukan_Maksiat

    http://hanifiyah.multiply.com/journal/item/61/10_-_Sikap_Pendakwah_Terhadap_Pelaku_Maksiat

    http://hanifiyah.multiply.com/journal/item/54/3_-_Menangguh_Usaha_Mengubah_Kemunkaran

    http://hanifiyah.multiply.com/journal/item/52/1_-_Dakwah_Berorientasi_Sasaran_Dakwah

  6. terima kasih…. moga dirahmati Allah.
    walaubagaimana pun saya terpaksa menggundur diri darinya… kerana gangguan orang ketiga..disamping dengan kejahilannya yang tak boleh dinasihatkan lagi…katenya saja yg betul…
    tak sanggup lagi menanggung derita, Wallahhuallam…

  7. sukar untuk membenci pd org yg telah lama hidup bersama..walaupun sy tahu kekurangannya dn menerima dia seadanya walaupun sy tahu dia sgt kurang agama dan tidak mahu menambah ilmu agama dlm usia sedemikian rupa. tp org ke tigalah yg sgt sy benci kerana menagih dan mendesak mahukan suami org…
    apakah hukumnya ustad,,, pd org yg tlh menyebabkan runtuhnya r.tangga kami.
    sy sedih tidak dpt menikmati hidup bersama org yg sepatutnya membimbing sya ke jln yg lebih diredhai Allah… dia lebih berubah bila duit yg dicarinya lumayan adalh duitnya dan bukan untuk keluarga…katanya duit yg diperolehi adalah milik dia dan dia boleh beri pd sapa saja yg dia suka…sanggup dia belikan rumah utk perempuan lain yg tiada apa2 ikatan dan kurang mengindahkan rumah sendiri..pedihnya ;bila perkara ini berlaku…
    .

  8. Assalammualaikum ustaz,

    Apakah yang dimaksudkan niat?

    Saya susah sekali nak niat dalam hati apabila hendak mandi wajib. Sah ke mandi saya kalau saya niat dengan bercakap dan bukan di dalam hati?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      niat ialah lintasan dalam hati utk melakukan sesuatu.
      niat tidak perlu kepada ucapa dgn lidah.
      tapi jika awak bercakap sudak pastilah awak telah berniat. sebab itu ulama menganjurkan kita ucapkan niat di lidah.

Komentar ditutup.

Scroll to Top