Kemusykilan Agama – Lakukan Yang Wajib Sahaja Dalam Solat

Soalan

Assalam’kum Ustaz,

Saya ingin tahu apa yang wajib dalam sembahyang dan doa yg lebih pendek dari doa iftitah dan Qunut kerana saya diminta oleh seseorang untuk mengajar sembahyang tapi orang itu ada kesukaran untuk menghafal doa. Saya tak mahu dia berlengah untuk sembahyang oleh kerana dia belum menghafal doa-doa dalam sembahyang. Harap ustaz dapat memberi pertolongan dalam masaalah saya ini.

Terimakasih ustaz Smile

——————————————————-

Jawaban

Salam

Yang wajib bagi solat ialah:

1. Niat di hati dan berdiri
2. Takbiratul ihram, membaca Allahu Akbar masa mula solat
3. Baca Al-Fateha
4. Ruku’ dan diam sekejap
6. I’tidal (diri lepas ruku’) dan diam sekejap
7. Sujud (diam sekejap)
8. Duduk (diam sekejap)
9. Sujud (diam sekejap)

Kemudian ulanglah semula ikut jumlah rakaat. Pada rakaat akhir, setelah sujud kedua:

10. Duduk tahiyat akhir dan baca bacaan tahiyat akhir sampai “Allhumma salli `ala Muhammad wa `ala ali Muhammad”.
11. Memberi salam satu kali sahaja

Segala bacaan lain boleh ditinggalkan..

Salam