Kemusykilan Agama – Masalah Buang Air Kecil Ketika Outdoor

Soalan

Tugasan saya kebiasaannya melepasi waktu zohor baru balik ke tempat kediaman. Dalam jangka waktu tersebut saya membuang air kecil dan tidak yakin pakaian bersih selepas itu. Bagaimanakah cara terbaik untuk mengatasi masalah ini? Bolehkah saya menunaikan solat dengan pakaian tersebut untuk menghormati waktu kerana tugasan saya menyukarkan untuk menukar pakaian dan mengkadarkan solat zohor apabila balik ke tempat kediaman? Atau cara lain yang lebih sesuai?

Pekerjaan saya ialah UN Military Observer di Gurun Sahara. Tugas membuat rondaan bermula dari pagi hingga ke petang pada hampir setiap hari menggunakan uniform tentera. Tiada tempat khusus membuang air kecil di gurun dengan tiupan angin lebih kurang 15-25 knot pada kebiasaannya. Pelbagai kaedah untuk menjaga kebersihan pakaian semasa membuang air kecil telah diusahakan dan sukar untuk menjaganya disebabkan tempiasan angin yang agak kuat. Kalau nak tukar pakaian, mungkin kena tukar semua. Pilihan lain adalah menahan diri dari membuang air kecil sehingga tiba waktu zohor. Mohon nasihat. Terima kasih atas perhatian Ustaz.

———————————–

Jawaban

Assalamualaikum

1. Satu cara ialah bertanya dengan orang alim tempatan. Apa pandangan mereka dan bagaimana mereka mengatasi masalah berkenaan. Masalah yang bersifat kontekstual seperti ini sebaiknya dapatkan pendapat tempatan.

2. Jika setiap hari patrol meliputi daerah jauh yang jauh dan kesulitannya seumpama orang bermusafir, maka boleh anda dikira bermusafir dan bolehlah lakukan jama’ solat zohor dan asar.

3. Dalam Islam, antara najis yang dimaafkan ialah darah yang sedikit. Ertinya, najis yang sedikit dimaafkan dan boleh dibawa bersolat. Jika anda pasti, yang terpercik itu sedikit sahaja dibanding dengan keseluruhan pakaian anda, maka ia boleh dianggap sebagai najis yg dimaafkan.

4. Jika najis berkenaan tidak bersepah merata di pakaian anda i.e. ia tertompok di kawasan tertentu, simbahkanlah air sedikit ke tempat berkenaan.

5. Gunakanlah apa jua kaedah bagi meminimakan masalah i.e. jadualkan masa buang air kecil sebelum patrol, berselindung mengikut angin, pakai botol atau beg plastik untuk tadah kencing ke dll yang munasabah.

6. Jika anda bercuti dan berkesempatan untuk pergi ke kedai jualan barang-barang camping dan adventure, cuba tanya mengenai perkakas yg membolehkan adventurer di North/South pole atau Everest untuk buang air kecil tanpa buka banyak pakaian. Saya yakin, pasti ada teknologi yang berkenaan yang boleh dibeli dan digunakan.

Selamat bertugas.

23 komentar untuk “Kemusykilan Agama – Masalah Buang Air Kecil Ketika Outdoor”

  1. Assalammualaikum……saya ingin pjelasan dari ustaz bagaimana dgn setuasi saya ini…saya berkerja di sektor hotel housekeeping…saya bersolat di tmp keja dgn membekal baju spare…saya memcuci tgn kski muka utk mhilang kn najis yg ada di badan…saya sering terdedah dgn bbagai najis seperti air kencing,tahi,muntah dan sbagainya…saya risau dgn ketika saya hendak balik dari keja. Bagaimana dgn tempat duduk kenderaan saya ada kh bnajis?….ketika saya mguna kan kenderaan itu ketika balik…dan bagaimana brg yg saya bawa seperti handfon,pen,beg keja, dan sbagainya…ada kh perlu saya mencuci brg tersebut. Bkn kh boleh mrosak kn hand fon?…dan bagaimana dgn status org yg menguna kenderaan saya ketika tmp duduk kereta saya tidak di cuci?… Ada kh pakaiyan org itu bnajis???????….

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      jika anda terkena najis, memadailah anda mencucinya sahaja. jika anda telah cuci tubuh yg kena najis, anggota itu dihukumkan cuci dan tak perlu was-was lagi.
      jika baju terkena najis ditempat kerja, anda boleh ganti baju utk solat. selepas itu, bila pulang anda cuci baju itu seperti biasa dan tak perlu was-was lagi.
      tinggalkanlah segala perasaan dan andaian bukan2 yg anda sebutkan itu. ia adalah gangguan syaitan dan tidak munasabah.

      lihat di http://haniff.sg/kemusykilan-agama/kemusykilan-agama-diserang-was-was/

      1. Bagaimana dgn barang saya ustaz?.. Yang di bawa semasa keja?.. Seperti handfon?…semasa keja saya mudah terkena najis dan bila2 masa boleh pegang handfon utk melihat jam di hf….ada kh perlu saya mcuci hf itu ustaz?… Dan bagaimana pyla dgn tempat duduk kereta saya ustaz?….saya balik kerja mmg pasti bkedaan kotor dan najis…perlu kn saya mcuci tmp duduk kereta sata hari2????…..saya risau jika orang lain mguna kn kenderaan saya mungkin mereka terkena najis juga….

        1. Muhammad Haniff Hassan

          dah saya kata tinggalkan was2 yg merepek dan tak berasas tu kecuali awak nak terus hidup dgn was2 tu.
          barang tu semua suci.

          1. Ia bkn lah was2 ustaz…bkn kh ia boleh juga bernajis jika kita bkeadaan bernajis jikalau saya pegang brg saya seperti hf td…ada kh ia boleh di kata kn was2 juga?….kalau ustaz dh kata ia was2 dari saya saja…jikalau pakaiyan saya kotor bnajis mcm mana skali pun…tidak perlu lh saya hendak membersih kn tempat duduk kereta saya jika saya balik dari keja selepas menguna kenderaan saya?….

          2. Muhammad Haniff Hassan

            ada sesuatu yg saya rasa perlu diselidik lebih dalam tentang kefahaman awak mengenai najis dalam konteks tempat kerja hingga boleh menyusahkan diri i.e. basuh hp, kenderaan dll.
            oleh itu, sebaiknya awak jumap ustaz secara bersemuka utk memberi penjelasan yg penuh tentang masalah awak ini dan supaya dia dapat memberi pencerahan yag lebih baik.

          3. Ustaz tak boleh kh nk bagi penerangan scara ringkas?…yg lebih senang utk saya faham misal kata tak perlu cuci semua tu…atau sbalik nya….nk cari ustaz susah…kalau sekolah dulu boleh lh ustaz di sekolah ada…ni nk rujuk kat mana?…kalau bkn dr ustaz

          4. Muhammad Haniff Hassan

            jelas sekali awak mempunyai masalah was2.
            masalah seperti ini tak boleh ditangani secara online.
            pergi ke mana-mana masjid atau badan2 islam utk bantuan bersemuka.
            di malaysia terdapat banyak masjid dan badan-badan islam yang mempunyai ustaz dan ustazah yg dapat bantu secara bersemuka.
            memang betul perlu minta nasihat dari ustaz2, tapi kes awak ini tak boleh ditangani secara online, kena jumpa bersemuka.

    2. Baik lah ustaz…ustaz bagaimana dgn soalan saya yg lain?…psl mwarna kn rambut…dan bagaimana cara saya hendak bsolat jika perjalanan jauh….

      1. Muhammad Haniff Hassan

        jika telah disahkan oleh pakar bahawa warna dirambut awak tu tak boleh dihilangkan segera, maka awak hy perlu bertaubat dan cuci rambut itu seperti biasa sahaja hingga ia hilang sendiri. hukumnya sama seperti tatoo yg susah nak dihilangkan. = taubat sahaja.

        perjalanan selama 4 jam sudah membolehkan menjamak dan qosar secara taqdim atau takhir. buatlah jama/qasar taqdim sebelunm mula perjalanan atau tanguhkan solat hingga ke waktu yg boleh lakukan solat jama/qasar secara takhir.

        1. Boleh kah saya laku kan solat jamak subuh dahulu sebelum saya mmula kan perjalan ustaz?…bagaimana cara utk megerja solat jamak ni usataz?…maaf lh saya ni kurang ilmu agama…biar pun kurang ilmu saya sedaya upaya mahu blajar lagi agar mmudah kn saya utk beribadah .

          1. Ustaz saya ada terbaca yg solat subuh tidak boleh di jamak…bagaimana ya cara nya saya hendak solat subuh..jika saya mula kn bjalanan pukul 3pg…dan waktu subuh 5.30pg…kawasan yg di lalui terlalu sukar utk mcari tempat utk singgah….kerna ia kawasan perdalaman

          2. Muhammad Haniff Hassan

            kalau macam tu.. rancanglah perjalanan awak yg membolehkan awak sampai ke kg masih lagi waktu subuh atau rancang perjalanan yg tak mengganggu solat awak.

  2. Ustaz saya juga rasa was2 yg teruk dalam solat….dah bila berada di rumah…saya takut jika orang di rumah saya membuang air kecil kdg2 di dlm bilit mandi…bila saya hendak berwuduk saya takut jika ada aur kecil yg tidak di basuh lantai dgn bersih…dan jika menguna kan mod lantai rumah ada cukup jika kita mencelup mop itu dgn satu baldi….lepas itu kita terus mod ada kh ia sudah cukup suci?….dan ketika solat pula mesti lah saya terasa hendak berkentut.. Itu pun jika hendak bersolat sahaja…terasa hendak kentut tapi tidak ada bau dan bunyi… Hanya ada rasa hujung2 saja ada kh ia boleh membatal kn wuduk saya….??????//

    1. Ustaz saya hendak bertanya bberapa soalan dari ustaz….soalan 1(saya sebelum ini ada mewarna kn rambut…mmg tidak masuk air wuduk dan hendak mandik wajib…itu lh yg mjadi masalah nya…saya myesal apa yg telah saya laku kn….ada kh perlu utk saya membotak kn rambut ustaz utk mhilang kn pwarna rambut di rambut saya ini….saya ada di saran kn oleh ustazah sblm ini agar saya mmotong pendek saja rambut…telah saya laku kn…ada kh itu sudah boleh utk saya berwuduk,mandik wajib dan bersolat seperti orang lain tanpa ada halangan saya buntu mmikir kn masalah ini bagaimana hendak mbuang pwarna rambut ini….soalan2(
      Pada sabtu depan saya hendak ke kph berjalanan mengambil masa 4jam baru sampai…ia kpg berdalaman.bagaimana ia ustaz utk cara saya mnunai kan solat jika sudah masuk waktu nya…jika kita tidak ada tmp bersinggah?….atau sudah terlepas tmp bersinggahan utk solat…..

  3. Ustaz saya mahu bertanya semasa saya solat smalam saya dapati ada tahi cicak…ada kh ia membatal solat saya…setelah selesai baru saya bersih kn tahi cicak itu…

  4. Salaam

    Ustaz saya nak tanya. di pakain dalam saya ada bekas warna dan bau kencing. Selepas cuci berkali2, baunya dapat dihilangkan tetapi masih ada warna yellowish white sedikit. Ia nya saiz kecil sedikit dari zakar. Adakah ini najis dimaafkan? Adakah sah buat sembahyang?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      jika telah dicuci seperti biasa, tapi masih ada bekas dan bauk, ia termasuk dalam perkara yg dimaafkan dan sah diguna utk solat.

  5. AS SALAM USTAZ.
    Jika tali pinggang kulit yang saya beli di kedai,bila terkena air dan jadi berbau agak masam,adakah boleh dipakai untuk solat?kerana dikatakan barangan kulit suci diguna jika telah disamak hingga hilang lendir,sisa daging dan tiada bau bila terkena air.adakah barbau masam atau busuk itu memang sifat kulit jika terkena air walawpun telah disamak?mohon pencerahan ya ustaz..

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      sudah pasti boleh kerana ia dah jadi suci. jika baunya kuat, makruh sahaja.

      1. Alhamdulillah….lega saya bila ustaz kata begitu.sekarang persoalan saya telah dijawab oleh ustaz.

        Terima kasih banyak ustaz.sangat-sangat membantu blog ustaz ni.diharap ustaz meneruskannya untuk membantu orang seperti kami.. 🙂

Komentar ditutup.

Scroll to Top