Kemusykilan Agama – Memberi Duit Raya

(Nota: Dipetik dari ruang Ask_Ustaz di rantauan.com )

Soalan

Salam Ustad,

Nak tanya sikit. Apa pasal kita orang kasi duit collection kepada budak-budak? Sebenarnya, ada tak dalil-dalil yang mengalakkan memberi collection ni ?

Being a Singaporean are we actually just following the Chinese concept of giving out red packets during their Chinese New Year.

——————————————————

Jawaban

Salam

Sememangnya amalan memberi duit raya tiada anjuran khusus dalam Al-Quran atau hadis. Mungkin juga ia adalah pengaruh dari budaya Cina.

Namun, ini tidak bermakna bahawa amalan itu salah dan berdosa kerana Islam menganjurkan banyak bersedekah dan memberi hadiah untuk menjalin silaturrahmi. Islam juga tidak melarang kemasukan pengaruh budaya asing asal sahaja tidak bercanggah dengan agama. Atas dasar yang umum ini, pemberian duit raya bolehlah dikekalkan.

Yang penting, perlulah diambil perhatian berikut:
1. Bersedekah ikut kemampuan, bukan kerna ikut-ikut kemampuan orang. Kalau memang tidak berduit, tidak usah beri duit raya.
2. Hati kena ikhlas, bukan kerana nak menunjuk-nunjuk.
3. Penting sekali untuk didik anak-anak kita bahawa sikap mengharap dan meminta duit raya bukan sikap yang disukai agama. Dalam hadis ada dikatakan, “tangan yang di atas (memberi) lebih baik dari tangan yang dibawah (menerima)”.
4. Kalau memberi, janganlah harapkan balasan. i.e kalau beri anak orang duit raya, jangan harap orang beri anak kita duit raya jugak.
5. Jangan prejudis kepada yang tidak memberi duit raya, kerana mungkin orang berkenaan lebih banyak bersedekah dari kita.

salam