(Nota: Dipetik dari ruang Ask_Ustaz di rantauan.com)
Soalan
Assalamualaikum
Adakah wang CPF halal?
Adakah perlu zakat wang CPF? Bagaimana kiraannya?
Kalau seseorang menderma kepada badan kebajikan atau orang yang dikira kurang berkemampuan, adakah itu dikira zakat?
—————————————-
Jawaban
Salam
Wang CPF adalah wang simpanan kita. Oleh iru ia adalah halal. Ia boleh digunakan untuk apa sahaja yang halal.
Yang jadi persoalan hanyalah samada interest CPF itu halal atau tidak. Fatwa MUIS berpendapat interest yang diberikan oleh CPF halal dan tidak dikategorikan sebagai riba.
Tapi jika tak rasa sedap nak makan semua jumlah interest yang terkumpul sejak akaun CPF dibuka, sedekahkan sahaja kepada Baitul Mal MUIS atau pihak yang mengurus wang berkenaan di negara mana kita berada.
Jika dapat keluarkan wang CPF, jangan lupa bayar zakatnya.
Cara kiraan pembayaran zakat CPFadalah kompleks untuk diterangkan di sini. Jika sesiapa ingin membayar zakat CPF, adalah dinasihat untuk pergi ke MUIS dengan membawa semua account statement tahunan dari tahun pertama account berkenaan aktif hingga tahun terkini. MUIS mempunyai sistem komputer yang dengan pantas dapat memberi jawaban akan jumlah zakat yang perlu dibayar.
Namun jika masih berminat untuk mengetahuinya, saya cadangkan agar hubungi MUIS. Lihat website www.muis.gov.sg di bahagian zakat.
Mereka yang tidak mempunyai jumlah simpanan atau harta yang mencukupi kadar wajib zakat, tidak perlu berzakat. Namun mereka boleh bersedekah mengikut kemampuan kepada sesiapa yang berhak. Ertinya wang yang dikeluarkan oleh orang yang tidak memenuhi syarat zakat, dikira derma dan bukan zakat dan dapat pahala juga.
Wallahu A`alam
Assalamualaikum
10 tahun dahulu, saya diajak oleh Financial Planner untuk melabur dalam CPF investment dengan bayaran premium sebanyak $2000 setiap tahun mengunakan wang CPF. Sebagaimana wang yang dilaburkan bercampur dengan wang interest dari CPF, jika wang yang dilabur dikeluarkan, pada masa sekarang, adakah wang CPF itu halal?
Saya mohon pandangan dari Ustaz.
Terima kasih. Wassalam
Jasni
salam
modal wang cpf tu milik awak dan halal. isunya ialah pada keuntungan dari pelaburan itu. halal atau tidak bergantung pada jenis dan bentuk pelaburan itu samada ia termasuk dalam instrumen pelaburan syariah.
oleh kerana ini memerlukan maklumat terperinci, sebaiknya awak buat temu janji dengan seorang financial planner muslim yutk membuat penilaian.
Syukran Ustaz dan saya rumuskan dengan yakin, berpandukan pada Fatwa MuIs, interest dalam wang CPF yang dilaburkan itu halal di gunakan. Namun ia wajib dikeluarkan zakat dan jika ada keuntungan dari perlaburan itu, maka ia harus diteliti dahulu sumber wang itu dilaburkan sebelum halal digunakan.
Alhamdulillah. Jazakallah khair.
Assalamualaikum
Saya berusia 55 tahun pada bulan March yg lalu, dan mendapat $5k dari wang simpanan CPF. InsyaAllah jika di panjangkan umur, pada usia 65 tahun. Saya akan mendapat wang bulanan dari baki simpanan CPF yg ada.
Soalan ; Perlukah saya bayar zakat pada wang pertama yg sudah saya terima dan juga wang bulanan yg akan saya terima pada usia 65 tahun.
Harap Ustaz dapat memberikan penjelasan. Terima kasih
Wassalam
salam
pada penadaat saya cpf sudah lagi tak wajib zakat kerana sudah byk berubah ttg cpf berbeza dari sifatnya semasa fatwa dikeluarkan ttg wajib zakat cpf.
apa yg perlu dikeluarkan ialah 2.5% dari 5k yg anda dapat tunai itu kerana ibarat seperti tuaian dari tanaman dan melebihi kadar nisab.
wang bulanan biasanya berjumlah kurang dari jumlah nisab, maka tidak perlu dizakatkan.
moga bermanfaat
Assalamualaikum tuan ,
Saya ingin bertanya, kakak ipar saya meminjam saya $1500. Saya beritahu dia kalau dia tak mampu
membayar nya saya halalkan. Tapi salepas dia meninggal dunia, anak nya telah menerima wang cpf ibu nya sabanyak $4000. Anak nya bayarkan zakat, fidya dan hutang ibu nya pada saya. Boleh tak saya mengambil wang itu. Saya nak tanya lagi, anak harus bayar hutang atau buat badal haji untuk ibu nya. Terima kasih.
salam
ya, awak boleh ambil sgd1500 dari wang tu sebagai pembayaran hutang, kecuali jika awak masih tetap nak halalkan.
baki dari wang itu perlu digunakan utk bayar hutang2 si mati kpd tuhan i.e. haji, fidyah, dll.
hutang kpd manusia perlu diutamakan dari hutang kpd tuhan.
jika masih ada lebih, baru dibahagikan sebagai warisan kepada waris2 yg layak terima.
Assalamualaikum
1. Saya ade insuran simpanan. bolehkah saya bayar zakat setelah tamat tempohnye . ataupun kena bayar tahunan.
2. Saya ade membayar zakat cpf potongan giro bulanan. Setelah membayar rumah cpf saya kurang dari nisab zakat. tapi bagaimana pula dgn wang medisave dan special account. Adekah itu di kira duit simpanan CPF walaupun saya masih potongan GIRO bulanan $100 . Terimakasih
salam
1. sila baca di sini http://www.zakat.sg/Calculation-And-Payment/Types-of-Zakat/zakat-on-insurance.html
2. telah banyak berlaku perubahan di cpf berbanding dahulu ketika difatwakan wajib zakat ke atas cpf. akibat dari perubahan2 ini, saya berpendapat cpf sudah lagi tidak wajib zakat kerana ia sudah lagi milik penuh pencarum. terlalu banyak restriction dikenakan hingga konsep milik penuh dah tiada lagi.
moga bermanfaat
Assalaamu ‘alaikum.
Isteri saya baru meninggal dunia. Saya dan anak2 baru mendapat pembahagian wang CPF nya. Apakah perlu kami membayar zakat untok wang CPF Allahyarhamha isteri saya itu ?
salam
tak wajib bayar zakat bagi pihak isteri kerana zakat cpf sudah tidak lagi wajib setelah byk restriction dikenakan oleh pemerintah.
Assalamualaikum tuan,
Saya ingin tahu samada saya bole gunakan interest dari wang cpf yg dikeluarkan utk kegunaan peribadi? Jika tidak bole, apakah yg patut saya buat kpd duit interest itu?
Terima kasih
salam
tidak boleh.
ia perlu didermakan ke baitul mal muis atau badan2 islam.
Salam,
Saya berusia 25 tahun, dan sedang membuat kajian tentang bagaimana saya boleh laburkan duit CPF melalui Special Account. Jika saya pilih untuk laburkan nya dalam bonds funds, selang 30 tahun pada masa akan datang (apabila saya berusia 55 tahun), bolehkah saya menggunakan wang tersebut (principal + interest earned) untuk kegunaan sendiri? Adakah saya perlu menderma % dari wang tersebut?
Harap tuan dari kupaskan. Terima kasih.
salam
sebaiknya anda melaburkan wang cpf anda dalam instrumen2 yg sesuai dgn syariah.
anda boleh dapatkan nasihat dr financial advisor muslim dlm hal ini.
umumnya bond bukan instrumen yg halal kecuali ia disahkan sedemikian.
alternatif bg bond ialah sukuk.
jika anda tetap perlu melaburkan wang cpf anda dlm bond, anda hy boleh ambil capital shj, interest nya perlu dipisahkan dan disedekahkan ke baitul mal muis apabila anda dpt keluarkan wang itu.
moga bermanfaat.
Salam Ustaz
Yang jadi persoalan hanyalah samada interest CPF itu halal atau tidak. Fatwa MUIS berpendapat interest yang diberikan oleh CPF halal dan tidak dikategorikan sebagai riba.
boleh berikan link Fatwa oleh Muis tentang CPF interest, saya cari tak dapat
salam
link kepada fatwa2 lama muis mmg dah takde.
harap dapat hubungi muis utk dapatkan teks fatwa berkenaan.
maaf.
Salam Ustaz
Saya salah satu pemilik rumah Hdb, soalan saya, bayaran instalment bulanan di kenakan interest yg bukan sedikit dan terus terang saya katakan saya tak redha tapi terpaksa. Malahan interest yg saya bayar keatas rumah jauh lebih tinggi dari interest yang di beri keatas simpanan cpf saya dlm Ordinary, Special & Medisave. Bukan kah interest yg hdb ambil dari saya dan yg Cpf beri kpd account saya sudah saling sendiri melenkapi tanpa campur tangan kita. Maseh kah kita wajib sisihkan sebagai wang interest dari sejumlah wang pukal cpf yg kita terima dlm kes kematian atau pd usia 55tahun.
salam
tidakkan saya telah nyatakan di atas bahawa muis pernah memberi fatwa dahulu bahawa wang interest cpf bukan riba yang diharamkan.
silakan jika anda ingin beramal dengan fatwa berkenaan.
utk teks penuh fatwa itu, sila hubungi muis kerana sumber online nya sudah tiada.
Salam ustad,
Saya berumur 56 tahun, saya telah menjual rumah HDB dan membeli rumah baru,setelah semua di potong dari hasil penjualan, baki wang cpf di masukkan ke akuan bank saya. Perlukah saya membayar zakat dari jumlah wang yang saya terima. Syukran
salam
wang baki dari jualan rumah yg dimasukkan kembali ke cpf tidak wajib zakat, tak kisa berapa jumlahnya.
bahkan, saya berpendapat, cpf itu sendiri sudah tidak wajib dizakatkan kerana cpf sekarang ini dah bukan cpf semasa difatwakan wajib zakat.
cpf sekarang ini sudah dikenakan banyak hambatan oleh pemerintah hingga hak milik mutlak pencarum yg merupakan syarat mengeluarkan zakat sudah tergugat.
salam ustaz
1. saya ada endowment and life policies. saya paham zakat perlu dibayar tiap tahun. Boleh tak ianya dibayar selepas tamat policy atau dibayar setiap tahun menggunakan wang simpanan sendiri, sebabnya premium yg dibayar belum boleh dikeluarkan kecuali policy diberhentikan. dan kalau wang simpanan tak cukup/tak mampu dibayar kerana keperluan lebih penting, bagaimana?
2. term deposit – zakat perlu dibayar setiap tahun menggunakan wang simpanan atau tunggu sampai tamat tempoh deposit tersebut?
salam
1. boleh dibayar apabila wang berkenaan seudah dapat dikeluarkan atau apabila policy diberhentikan.
2. sama seperti di atas.
cara membayar, bawa semua statement penuh ke bahagian zakat muis. petugas di sana boleh bantu utk buat kiraan.
Salam Ustaz,
Selain dari MUIS, di Singapura ada tak lain2 badan yg kita boleh bayar Zakat CPF? Terima Kasih.
salam
jika awak tahu bagaimana mengira sendiri zakat wang cpf, awak boleh bayar zakat tu langsung kepada mana-mana asnaf yg awak suka termasuk mana2 badan islam.
tapi saya berpendapat, cpf sekarang ini sudah tidak wjaib dizakatkan kerana keadaannya sudah berubah dari keadaan semasa fatwa zakat cpf dikeluarkan.
Saya ada akaun fixed / term deposit. Boleh tk saya bayar zakat gunakan wang dari akaun simpanan biasa? Atau harus gunakan wang dari akaun fixed deposit itu sendiri?
salam
anda ada dua pilihan:
1. bayar zakat bagi wang yg disimpan dalam fixed deposit (jika cukup syarat zakat) menggunakan wang dari simpanan lain, atau
2. tunggu hingga tempoh fixed deposit, lalu menggunakannya utk membayar zakat yg tertunggak.
jika kadar zakat bagi wang dalam fixed deposit tidak begitu banyak dan wang simpanan dalam akaun lain boleh menampungnya, pilihan 1 adalah lebih baik kerana ia menyegerakan penunaian kewajipan. ada situasi yg mana kadar zakat dalam fixed deposit besar atau seseorang itu tidak mempuynyai simpanan lain utk membayar zakat bagi wang deposit, maka pilihan 2 boleh digunapakai.
Salam Ustaz,
Saya dapat Saving insurance dari AIA, pulangannya saya dapat bersama interest. saya pisahkan wang saving dan interest, boleh kah saya gunakan wang interest itu. sekiranya interestnya saya tidak boleh gunakan, boleh kah saya beri adek saya yang tidak berkemampuan yang mempunyai 3 orang anaknya yang maseh sekolah? wang itu di gunakan untok bayaran sekolah. Adek saya gunakan wheelchair sebab kemalangan di jalan raya dan tak bekerja.
Saya harap dapat Ustaz beri jawapannya.
Terima kasih
salam
wang interest itu tidak boleh digunakan utk keperluan peribadi.
ia wajib dibelanjakan untuk keperluan kepentingan umum yang termasuk membantu golongan susah.
oleh itu, anda boleh gunakan wang interest itu utk membantu adik anda yg susah.
namun sebaiknya ia digunakan utk membayar bil2 utiliti seperti bil elektrik, sewa rumah dan yuran sekolah dan elakkan dari menggunakan untuk perbelanjaan makanan kerana ramai org yang akan tidak selesa utk menerima makanan yg dibeli dari wang interest.
moga bermanfaat