Saya sangat hormati suami kerana saya rasa dia adalah suami yang baik, bertanggungjawab dan tidak tinggal sembahyang. Dia juga rajin beribadah dan selalu memberi saya nasihat tentang hal ehwal agama. Dia ambil berat tentang bagaimana saya berpakaian dan amat prihatin tentang aurat wanita di luar rumah. Selain daripada kerja tetap , dia mempunyai kerja sambilan untuk mencari gaji lebih untuk menampung keluarga. Kerja ini memerlukan dia menggunakan komputer serta internet. Kadang-kadang dia terpaksa bersengkang mata untuk menghabiskan kerjanya. Bila saya rasa simpati dengan nya, saya sering suruh dia berehat dan jangan terlalu kuat bekerja hingga kesihatan nya terjejas tetapi katanya dia perlu bekerja keras untuk menampung perbelanjaan rumah maklumlah dia yang bekerja seorang. Apa yang menyedikan ialah bila satu hari saya mendapati pada waktu-waktu sebelah malam, dia melungsuri lelaman-lelaman lucah,melihat gambar-gambar wanita bogel dan bermacam-macam lagi Selama ini saya ingat dia benar-benar bersengkang mata menghabiskan kerjanya. Bukan sahaja itu, bill talipon saya pun melambung naik kerana dia telah menggunakan talian menerusi internet untuk memasuki lelaman yang XXX rated yang dikenakan bayaran. Saya benar-benar hampa kerana selama ini sebagai seorang isteri saya tidak pernah menolak keperluan batinnya biar sekalipun selepas saya baru melahirkan (yakni masih dalam hari) namun tetap pada batas-batas yang dibenarkan Islam. Dia juga tidak mengaku apabila saya bersemuka dengannya tetapi tersipu-sipu. Tetapi, perkara ini bukan sekali! berlaku tetapi beberapa kali dan saya tidak tahu sama ada ia akan berakhir atau tidak.Malah suami saya sentiasa mencari peluang untuk melungsuri pornography website (harap dapat terjemahkan) bila saya tidak ada di rumah,Saya sedar akan kekurangan saya tapi adakah kita dibenarkan melungsuri lelaman sebegini di mana gambar-gambar wanita yang tidak ada seurat benang pun ditayangkan. Saya amat malu bila terjumpa di komputer saya website wanita bogel, lelaki dan perempuan ditayangkan sedang melakukan adegan-adegan seks dan banyak website-website lucah yang lain. Alhamdulillah saya tidak “buta internet”dan tidak mudah diperdayakan. Adakah benar naluri seorang lelaki perlu kepada semua ini.? Saya hampa kerana dia menyuruh saya menutup aurat dan menjaga pergaulan di luar sedangkan dia sendiri melakukan perkara ini. Saya khuatir sekiranya perkara ini melemahkan pegangan dan penghayatan agama saya.
Apa yang menyedihkan lagi ialah selama ini, saya menganggap dia mencari rezki yang halal sehingga sanggup bersengkang mata. Saya benar-benar menghormatinya dan selama ini dialah tempat saya mengadu tentang masalah saya. Saya juga khuatir kerana perkara ini terjadi semasa saya mengandung anak kedua kerana saya pernah terbaca sekiranya seorang wanita sedang mengandung, kelakuan bapa dan ibunya boleh mempengaruhi anak dalam kandungannya. Kalau benar apa yang harus saya lakukan agar anak-anak saya tidak mewarisi tabiat buruk ayahnya.
Saya juga khuatir tentang berita berleluasanya kes sumbang mahram, kerana sekiranya perkara ini di biarkan dan ia berlaku di rumah, dalam keadaan yang teransang di mana isteri tiada di rumah, saya takut anak perempuan menjadi mangsa. Malah sekarang saya seperti hilang kepercayaan kepada suami saya dan takut untuk meninggalkan anak-anak perempuan saya bersamanya biar pun mereka masih kecil. Mentelah lagi siaran-siaran di talivisyen sekarang banyak yang memberahikan. Apa yang saya khuatiri ialah sekiranya saya mempunyai anak lelaki yang mewarisi kelakuan bapanya. Bayangkan sekiranya dia melungsuri lelaman lucah dan kemudian tidak dapat mengawal nafsunya. Nauzubillah. Tidak dapat saya bayangkan apa yang bakal terjadi.Apa yang menyedihkan ialah maksiat sekarang berlaku bukan sahaja di luar rumah malah di dalam rumah malah semasa an! ggota keluarga berada di rumah.
Saya sedia memaafkan suami saya kerana saya sedar kelemahan manusia dan akui saya juga banyak membuat kesilapan. Namun, saya berharap agar suami saya dapat memberi saya bimbingan ke jalan yang diredhai bukan sebaliknya. Saya juga takut kalau saya menjadi isteri yang derhaka. Semoga ustaz dapat memberi penjelasan serta panduan yang dapat dimanfaatkan oleh saya dan keluarga dan umat Islam umumnya. Saya amat berharap pihak media cetak seperti berita harian juga dapat memainkan peranan yang lebih aktif untuk menangi masaalah seperti ini.
Jawapan
Melihat bahan-bahan pornografi adalah haram dalam Islam kerana ia bercanggah dengan perintah untuk menunduk pandangan, memelihara aurat dan menjauhi zina di samping kesan-kesan buruk yang lain.
Pada tanggapan saya, apa yang berlaku ke atas si suami ialah satu kelemahan peribadi dalam dirinya. Berdasarkan kepada sifat-sifat yang dinyatakan oleh si isteri bahawa si suami rajin beribadah dan sentiasa mahu isterinya menjaga agamanya, saya yakin dia juga maklum dan tahu akan keburukan dan hukum melihat pornografi.
Sememangnya setiap manusia mempunyai kelemahan tersendiri. Kalau pun si suami tidak melihat pornografi, pasti beliau mempunyai kelemahan yang lain yang juga dicela oleh Islam. Ini lah hakikat manusia yang lemah yang harus kita fahami. Atas perspektif ini juga kita melihat masalah ini.
Oleh itu, janganlah kerana kelemahan ini kita mencela atau memperkecilkan ibadah yang dia lakukan dan lazimi dan nasihat dia yang baik untuk si isteri mengamalkan agamanya atau menyebabkan si isteri meningkari suami atau melunturkan rasa hormat terhadap dirinya.
Walau pun kita tidak bersetuju dengan perbuatan dia tetapi kita harus mengiktiraf apa yang baik pada dirinya. Maka dengan itu, kita berlaku adil dengan meletakkan setiap perkara di tempatnya.
Hadapilah masalah ini dengan perspektif bahawa ia adalah satu perkara yang sebenarnya si suami juga tahu akan keburukannya tetapi kerana kelemahan diri tidak mampu untuk mengatasi dorongan nafsu ini. Oleh itu, dia memerlukan bantuan dari mereka yang paling dekat padanya untuk bersama melawan godaan ini.
Kadangkala seseorang itu apabila melakukan maksiat dia sedar akan maksiat itu dan melakukannya dengan rasa bersalah. Dia tetap melakukannya kerana faktor-faktir tertentu seperti masalah psikologi, biologi, persekitaran, kelemahan dalaman dan lain-lain.
Langkah pertama jadi isteri ialah untuk mengambil sikap sebagai seorang rakan yang mahu membantu suaminya mengatasi kelemahan ini lalu mengelak dari terus menerus menghukum dan mencela semata-mata perbuatan ini. Sesuatu yang haram harus dihukumkan haram tetapi menghukumkan sesuatu sebagai haram dan mencela orang yang melakukannya tidak mecukupi untuk menyelesaikan masalah.
Oleh itu, perlulah dikenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan si suami jatuh dalam kelemahan ini. Usahakan untuk mendapat nasihat dari ahli psikologi bagi menilai masalah suami dari perspektif psikologi dan mendapatkan nasihat bagaimana secara psikologi perkara ini dapat di atasi. Kemungkinan masalah ini juga berlaku disebabkan oleh keadaan biologi seseorang kerana sememangnya ada manusia yang dicipta mempunyai dorongan seks yang berbeza. Oleh itu, perlulah mendapat pandangan dari pakar perubatan. Kemungkinan ada cara bagi mengatasi masalah ini melalui perubatan seperti terapi hormon dan sebagainya.
Saya bukan pakar dalam bidang psikologi dan perubatan, maka saya tidak mampu memberi nasihat yang dalam bidang berkenaan. Saya hanya mampu memberi pandangan dari sudut keagamaan dan tidak semua perkara dapat diselesaikan oleh seorang Ustaz seperti saya. Oleh itu, bejumpalah dengan pakar psikologi dan perubatan bagi mendapat nasihat.
Selain itu pertimbangkanlah langkah-langkah berikut
1. Bincangkan dengan suami secara terbuka dalam masalah ini, bagi tujuan membantu dia keluar dari tabiat buruk ini agar memutuskan talian internet jika ia tidak begitu penting bagi keluarga terutama jika hanya untuk kegunaan peribadi. Walau pun internet itu penting tetapi ia boleh dimanfaatkan bukan hanya di rumah tetapi di tempat kerja. Kemungkinan untuk si suami melawat ke halaman lucah di tempat kerja adalah rendah. Lagi pun menjaga kesolehan agama si suami lebih penting dari memanfaatkan teknologi internet di rumah. Elakkan dari memutuskan talian internet tanpa kesediaan si suami sendiri kerana perbuatan itu boleh mengeruhkan suasana dan menjejas hubungan baik.
2. Bincangkan dengan suami akan keperluan dan kehendak seksnya. Kemudian berbincanglah agar bagaimana keperluan ini dapat dipenuhi dengan kerjasama si isteri selama mana dalam batas-batas syara’. Walau pun nafsu manusia tidak akan sentiasa puas, tetapi ini juga boleh meredakan dorongan seksnya dan membantu usaha untuk mengatasi masalah ini.
3. Jika tabiat buruk ini berakibat dari nafsu dalam diri, ia boleh juga di atasi dengan proses ibadah dan pembersihan diri. Walau pun si suami seorang yang rajin beribadah, fikirkanlah bagaimana si isteri dapat membantu dia untuk mempertingkatkan ibadahnya. Dengan lebih banyak ibadah, lebih kuat iman untuk melawan nafsu. Menambah kekerapan solat berjamaah, membaca Al-Quran dan ibadah-ibadah lain secara bersama, merancang sesi berbuka puasa (sunat) bersama, membantu suami untuk menyibukkan diri dengan kelas pengajian atau kerja kemasyarakatan agar dapat memalingkan tumpuan dari bahan-bahan lucah adalah sebahagian perkara yang boleh dilakukan dan dibantu oleh si isteri.
4. Carilah jalan untuk membaiki komunikasi dan interaksi dengan suami.
5. Jangan biarkan diri diselaputi buruk sangka dan andaian-andaian. Ingatlah bahawa syaitan akan sentiasa mencari peluang untuk menyelinap di celah masalah yang ada. Membuat andaian dan berburuk sangka terhadap suami semata-mata kerana tabiat buruknya hanya akan memburukkan suasana dan memberi peluang bagi syaitan untuk merosakkan sebuah rumahtangga. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan mendidik anak-anak kita adab dan tingkah laku yang wajar di rumah baik dari segi pergaulan dengan semua ahli keluarga atau dari segi pemakaian.
6. Akhir sekali, jangan lupa doa yang berterusan kepada Allah taala agar Dia sentiasa memberi kekuatan bagi si suami untuk melawan nafsu dalam dirinya dan memberkati kehidupan berkeluarga. Carilah masa-masa khusus yang baik untuk doa ini dipanjatkan kepada Allah taala khususnya berkaitan masalah ini seperti bangun bertahajud semata-mata kerana ingin berdoa agar Allah taala membantu mengatasi masalah ini.
Wallahu A`lam.
Saya sangat hormati suami kerana saya rasa dia adalah suami yang baik, bertanggungjawab dan penyayang.pada mulanya dia mempunyai sikap menonton video lucah di rumah,tetapi alhamdulilah selepas ditegur dia tidak lagi menonton.kami berkerja di tempat yang sama. apa yg menyedihkan sikap dia bertukar teruk kini dia suka memandang bahagian dada smua perempuan dgn pandangan tak elok malah suka mengekori mana2 perempuan yang jatuh dimatanya.suami saya juga suka membuang masa di smua pusat membeli-belah.kami selalu keluar bersama tetapi dia tidak malu memandang walaupun sy bersama dia.perangai ini pernah sy tegur tetapi suami sy menjawab ini adalah sikap smua lelaki dan perangai ini susah di ubah kami juga sering bergaduh dlm hal ini. Saya benar-benar hampa kerana selama ini sebagai seorang isteri saya tidak pernah menolak keperluan batinnya.Saya sedia memaafkan suami saya kerana saya sedar kelemahan manusia dan akui saya juga banyak membuat kesilapan. Namun, saya berharap agar suami saya dapat memberi saya bimbingan ke jalan yang diredhai bukan sebaliknya. Saya juga takut kalau saya menjadi isteri yang derhaka. Semoga ustaz dapat memberi penjelasan serta panduan yang dapat dimanfaatkan oleh saya dan keluarga dan umat Islam umumnya. Saya amat berharap pihak media cetak seperti berita harian juga dapat memainkan peranan yang lebih aktif untuk menangi masaalah seperti ini.
salam
semoga allah memberi kemudahan kepada anda.
cubalah lihat masalah suami anda tu sebagai satu simtom bagi masalah yang lebih besar i.e. adakah ia petanda akan lemah kawalan diri.
berterusan menegur sikap berkenaan hanya akan menjadi leteran yang sampai pada satu ketika tidak akan mengubahnya.
cuba usahakan dua perkara
1. bina kekuataan dirinya dgn ibadah dan hubungan yg baik dgn allah = pergi blajar agama, majlis ibadah.. lakukan ini di luar dan di rumah… dapatkan guru agama yg baik utk dia dan anda juga. dgn mempunyai guru yg baik dan tetap, nasihat akan lebih mudah diberi dan diterima.
2. cuba usahakan agar anda bersama dapat hadiri program-program motivasi pengukuhan rumhtangga bagi mengukuh dan mempertingkatkan kemahiran berumahtangga anda berdua.
kedua-dua ini boleh dilakukan tanpa anda kaitkan dgn masalah dia. ia boleh dilakuakn atas alasan utk kebaikan hidup bersama.
jika suami anda boleh meninggalkan menonton video lucah di rumah, insyaaalh dia boleh tinggalkan tabiat buruk yg lain. anda hanya perlu terus berusaha, bersabar dan allah tidak akan mengabaikan anda jika anda benar-benar memohon bantuan darinya dan menunjukkan kesungguhan untuk sentiasa mendekatinya.
salam
saya telah jawab melalui blog bahasa inggeris saya.
salam
Salam Ustaz.
Saya mempunyai masaalah yang serupa. Suami selalu memfitnahkan saya apabila ditegururi ketika ditangkap sedang menonton video lucah melibatkan bapok. Dia seolah2 ingin membalik kan cerita kepada saya dengan memfitnahkan saya pula. Saya selalu berkata berdosa besar memfitnahkan orang. Saya tidak tahu bagaimana hendak menasihatinya. Dia seorang yang tidak tinggal solat, membaca al quran setiap subuh dan masih terus mengikuti kelas agama peringkat diploma. Dia tidak mempunyai sesiapa yang disegani atau dapat memberi nasihat yang baik. Apa yang harus saya lakukan? Jika berterusan, saya khuatir dia akan terjerumus.
Wassalam.
salam
sebagai ustaz saya tiada nasihat tambahan selain apa yg telah saya tulis.
saya hanya mencadangkan agar puan pergi dapatkan khidmat pakar kaunseling atau psikologi kerana merela lebih mampu memmberi nasihat dari sudut psikologi akan masalah berkenaan dan cara terbaik utk tanganinya. lebih baik lagi, jika puan dapat pujuk suami utk hadiri sesi kaunseling.
Saya baru je kawen bln 5 baru ni. Tp hidup berjauhan kerana kerja. Sy dh berhenti keje dan pd bln 10 ikut suami. Jd skrg hidup bersama. Sy dpt tahu suami melayan cerita lucah, saya sgt sedih..sbb kami baru je kawen. Anak pun xde lg. Ble dpt tau saya sentiasa doakan agar dia berhenti. Sy x bgtau pada suami yg sy dh tau. Kadang2 sy rasa nk mntk cerai dan doakan yg buruk2 saje.
salam
ada lebih baik awak luahkan perasaan dan pendapat kepada suami.
jika awak mahu berbicara tentang perkara ini dengan orang luar, awak harus mahu juga berbual mengenainya dengan suami awak utk atasi masalah ini.
baca jawapan saya dengan baik.
kemudian fikirkan dan rancang cara bagaimana yang terbaik.
kalao boleh dapatkan bantuan dari kaunselor yang berdekatan.
Sy dah berkahwin 9 thn.. Dan kini sedang berpantang selepas melahirkan anak ke3. Suami sering melihat website porno.. Wanita bogel n sebagainya. Sudah terlalu lama perkara ini berlaku. Dan sy sering menasihatinya… Dan sering kali berakhir dgn pergaduhan.. Sy sygkan dia. Dan sy tidak sukabdia bayangkan wanita lain ketika bersama saya..dia dah berjanji xkan melihat lg porno sebagai azam tahun baru.. Namun dia sering menipu sy.. Walaupon sy dalam pantang.. Sy sntiasa penuhi tuntutan nafsu dia sekalipon hanya dgn teknikb”handjob”.. Namun sy baru dpat tahublagi yg dia sering menonton pornoblagi..dan bila dia bernafsu.. Sy yg akan dia cari.. Namun sy amat tertekan kerana memikirkan sikap dia yg sering berfantasi dgn pompuan lain.. Sy kecewa sakit hati.. Sering kali merasa murung memikirkan semua ini. Sy baru melahirkan.. Skang ni bru 16 hari jer. Sy sering kali merasa untukbmeninggalkan dia. Tp sy sygkan dia n memikirkan anak2 yg masih kecil n perlukan ayah mereka..pelbagai cara sdh sy lakukan.. Apa lagi sy harus buat… Sedihnya..
salam
suami yg sudah terbiasa menonton bahan-bahan porno di internet pastinya akan mengalami ketagihan hingga menyukarkan tabiat itu ditinggalkannya, walau pun ia mahu meninggalkannya.
untuk membantu dia tinggalkan ketagihan itu, awak perlu pujuk dia untuk mendapatkan rawatan kaunseling atau psikiatri.
awak sendiri perlu berjumpa dengan kaunselor terlatih bagi mendapatkan nasihat cara terbaik utk membantu dia dan bagi awak sendiri cope dgn masalah ini.