Masyarakat Islam telah melabur jutaan dolar untuk pembinaan masjid. Di lihat dari sudut jumlah pelaburan dan nilai aset hari ini, nilai masjid adalah begitu besar apatah lagi jika digandingkan dengan peranan dan kepentingan masjid bagi pembangunan satu masyarakat yang soleh.
Dengan melihat masjid dari perspektif kebendaan dan keagamaan, kita tidak mempunyai pilihan kecuali memastikan bahawa institusi masjid kita berfungsi sebagai sebuah institusi yang cemerlang yang akan menjadi pemangkin bagi kewujudan sebuah masyarakat Islam yang cemerlang.
Asas bagi sebuah institusi masjid yang cemerlang ialah sumber manusia yang soleh dan program-program yang soleh. Manusia soleh menghasilkan program yang soleh. Program yang soleh pula menghasilkan manusia soleh. Namun dari mana kita bermula? Persoalan ini seolah-olah seperti persoalan ayam dan telur.
Tidak sukar untuk menjawab persoalan ini kerana ia telah pun dinyatakan dalam Al-Quran. Allah taala berfirman yang bermaksud
“Tidak mungkin orang-orang musyrik itu memakmurkan masjid-masjid Allah dalam keadaan mereka bersaksi atas diri mereka dengan kekufuran. Mereka itu telah musnah segala amal-amal dan di dalam neraka mereka kekal. Sesungguhnya yang dapat memakmurkan masjid-masjid Allah adalah mereka yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat dan mendirikan solat dan mengeluarkan zakat dan tidak takut kecuali Allah. Moga-moga mereka itu menjadi di kalangan orang-orang yang mendapat hidayat.” (At-Taubah : 17 – 18)
“Dan masjid yang didirikan atas takwa pada hari pertama ia dibina lebih berhak untuk engkau beribadat di dalamnya. Di dalamnya terdapat lelaki-lelaki yang suka untuk membersihkan diri. Dan Allah suka golongan yang membersihkan diri.” (At-Taubah : 108)
Kedua-dua ayat di atas secara menyatakan jelas bahawa proses pemakmuran masjid bermula dari manusia. Dalam konteks zaman Rasulullah s.a.w ia bermula dari diri Rasulullah s.a.w. Beliau kemudiannya melahirkan program-program yang soleh yang menghasilkan para sahabat yang soleh dan dari para sahabat pula lahir manusia soleh yang lain, yang memakmurkan masjid di merata tempat, dan seterusnya.
Ayat di atas juga menerangkan apa yang perlu ada pada manusia yang ingin memakmurkan masjid. Yang paling penting untuk ada, bukanlah kemahiran pengurusan dengan memiliki ijazah MBA, BBA atau pengalaman menjawat jawatan kanan dalam bidang pengurusan tetapi adalah nilai taqwa.
Walau pun ketiadaan taqwa bukan satu-satunya punca masalah yang wujud di masjid-masjid kita hari ini tapi ia adalah antara punca utamanya. Ketiadaan taqwa menimbulkan fitnah, sengketa, hilangnya keikhlasan dan lain-lain. Semuanya ini menjadi pengahalang kepada terealisasinya masjid sebagai institusi kita yang cemerlang. Lebih buruk dari itu, ia merupakan pengabaian terhadap amanah agama dan harta masyarakat Islam.
Kita perlu bina ‘sebuah masjid yang cemerlang’ dalam diri kita, barulah akan terbina institusi masjid yang cemerlang di atas bumi kita.
Semoga ku dapat membina masjidku atas dasar keikhlasan dan ketakwaan amin. Ku mohon maaf ustaz kerana keuzuran tidak lama lalu yang menjejas keperibadian. Semoga segala cacat dan cela dimaafkan di bulan yang baik. Maaf kerana terkala kurang upaya dek penyakit mental (Bipolar Mood Disorder) yang memang gejala yang kurang dapat perhatian. Alhamdulillah semenjak 1998 semakin berkurangan nampaknya dan saya selalu mendoakan diri sembuh dan agar mendapat penawarnya dengan izin Allah dan daya usaha. Sangat meminta kefahaman Ustaz dan agar dapat berhubung yang baik-baik.
Namun saya ingin tahu, bagaimana sebaiknya saya usaha untuk mengatasi masalah penyakit seperti ini dari kaca mata Islam?
Setiap kali saya sakit, saya menghabiskan beribu dolar dirawat di hospital yang seperti memberi “safe haven” selagi saya berada dalam keadaan mood tinggi atau mania. Bolehkah penyakit ini diubati dengan minuman air bacaan, tangkal, mandian dan yang rawatan secara Islam sampai mendapat sesuatu yang mujarab. Adakah ini salah satu usaha yang perlu dilakukan selain daripada perubatan konvensional?
Wassalam
Yohanna
yohanna, salam
saya akan upload buku bertajuk kesihatan dan berubat dalam islam. bacalah buku berkenaan, semoga ia membantu serba sedikit. mengenai rawatan alternatif secara doa, saya cadangkan agar menghubungi ustaz suhaimi mustar, pengerusi eksekutif masjid an-naeem dan cuba dapatkan kontak abang beliau ustaz jumadi. beliau seorang pakar dalam rawatan dengan ayat-ayat al-quran dan perubatan alternatif. saya rasa beliau mungkin dapat membantu serba sedikit.
moga allah mengurniakan kesembuhan dan memberi ganjaran atas kesabaran terhadap ujiannya.
salam
haniff
Terima kasih.
Inshaallah, saya sudah pun jumpa Ustaz Suhaimi Mustar di masa lampau serta baru-baru juga dan akan berhubunginya inshaaalah, serta download buku kesihatan. Terimakasih atas doa Ustaz.
Wassalam
Yohanna