http://www.haniff.sg
Salam
Bagi memudahkan kunjungan ke dua blog saya dan memudahkan carian web, saya telah mewujudkan frontpage yang sederhana. Sila klik di URL yang diberikan dan bookmark ia untuk kunjungan seterusnya.
Kongsikanlah dnegan yang lain juga.
Salam
haniff
Assalammualaikum, Ustaz saya ada pertanyaan mengenai sembahyang sunnat Istikharah, waktu bila yang baik kita boleh lakukan dan apakah perbezaan sembahyang sunnat Awwabin Istihkharah dan sunnat Istikharah. Harap Ustaz dapat jelaskan. Terima kaseh.
Wassalam.
fadross, salam
mengenai solat awwabin, sila baca keterangan di sini http://ms.wikipedia.org/wiki/Solat_Sunat_Awwabin
mengenai solat sunat istikharah, sila baca di sini http://ms.wikipedia.org/wiki/Solat_Sunat_Istikharah
solat istikharah boleh dibuat pada bila-bila masa dan sekerap mungkin.
salam
Thanks Ustaz, for the information. salam
Assalamualaikum ustaz… Saya ada beberapa pertanyaan mengenai suami-isteri.. Sememangnya alam berumahtangga ada pasang dan surutnya.. Saya sedang mengalami keretakan dlm rumahtangga di mana berpunca dari anak bujang saya.. Ini perkahwinan kedua saya dgn seorang bujang… Masalahnya anak bujang tidak dapat dikawal lagi dan dimasukkan ke rumah bdk2 nakal.. Alhamdulillah setelah dimasukkan selama 2 tahun nampak perubahannya dan mungkin usia juga sudah meningkat 17 tahun.. Oleh kerana terlalu stress dgn anak bujang saya dan pembantu rumah, saya menjadi seorang pemarah..Suami pula selalu pulang lewat malam kerana kerja…Tapi alhamdulillah saya sudah mula dapat mengawal kemarahan saya dan sedar saya banyak melakukan kesilapan… Masalah saya adalah mengenai suami saya yg sudah tidak peduli lagi tentang diri saya dan anak2 tirinya.. Saya dikurniakan 2 org anak hasil dgn suami sekarang.. Suami sudah bersikap dingin terhadap saya malah batin pon diabaikan walaupun dia tau itu berdosa. Dia juga pernah melakukan hubungan dgn gadis lain hingga ada “luv bite” dilehernya. Bukan sekali tapi dua kali..Waktu itu sebelum dan sedang mengandung.. Itu pon saya maafkan dia kerana masih sayangkan dia dan keluarga. Now saya tidak boleh menyentuh dirinya walaupun hanya sentuhan memenggang tangannya.. Dirumah kami seperti org asing, bercakap apa yg perlu je dan saya sudah cuba berlembut dgnnya tapi dia tetap dgn egonya.. Semenjak bergaul dgn rakan-rakan yg lain selalu pulang larut malam dan saya tidak boleh menanyankan kemana dia pergi.. Kedua-dua ibu-bapa sudah pon cuba menyelesaikan masalah kami tapi tidak berhasil kerana suami saya tetap dgn pendiriannya. Hampir 2 tahun dia tidak menyentuh saya dan memperlakukan diri saya begini… Saya tetap bersabar dan berdoa pada Allah.. Saya ingin tahu jatuh talak kah jika suami cakap “ok kita cerai, kita cerai” dan dia pernah didepan ibu-bapanya berkata dia dh tk boleh pandang muka saya…tapi tiap-tiap hari dia pergi kerja dan pulang saya tetap salam dan sambut dia… Dimanakah boleh saya buat counselling yg lebih baik agar suami tahu akan hukum-hakam agama… selama ini dia tidak sedar bahawa dia telah menganiayakan saya dan dirinya antara org2 yg zalim.. chetek dari segi agama… Minta pertolongan demi menyelamatkan rumahtangga saya.. Saya masih tidak berputus asa untuk mencari penyelesaian…
salam
semoga allah memudahkan masalah anda dan memberi jalan keluar terbaik.
pilihan kaunseling adalah satu pilihan yang baik didahulukan sebelum pilihan yang lain. Untuk ini, anda mempunyai dua pilihan:
1. dapatkan bantuan kauseling dari pelbagai pusat khidmat keluarga. cuba dapatkan maklumat dari persatuan pemudi islam singapura yang banyak mengendalikan pusat khidmat keluarga dan program kekeluargaan atau dari amp. lihat link di bawah
http://web.ppis.sg/contact-us-2/
http://www.amp.org.sg/amp07/web/view/main.asp?id=ART00046-2007
2. pergi langsung ke mahkamah syariah singapura. di sana anda akan diminta mengisi borang yang memerlukan anda untuk memilih samada untuk kaunseling atau perceraian.
salam