Di Malaysia, baru-baru ini timbul satu isu mengenai penggunaan nama Allah oleh penganut agama Kristian dalam bahan-bahan penulisan mereka. Pihak berkuasa cuba melarang penggunaan itu tetapi kemudiannya, dilaporkan, menarik balik larangan berkenaan.
Hari ini, saya menerima sms dari seseorang di Singapura yang menyatakan rasa kebimbangan akan kesan penarikan balik larangan berkenaan di Singapura i.e. takut penganut Kristian di Singapura akan mengambuil kesempatan untuk menggunakan pula nama Allah untuk tujuan dakwah mereka.
Di bawah ini dikongsikan satu artikel yang menarik dan bagus mengenai isu ini.
Namun, komen dari saya ialah:
1. Tidakkah sememangnya agama Islam mengajar bahawa Allah taala adalah tuhan bagi semua manusia i.e. Muslim, Kristian, Yahudi dll.
2. Tidakkah pada hakikatnya agama Kristian itu sebenarnya datang dari Allah juga. Cuma sepanjang sejarah ia berlaku perubahan dan nabi Muhammad diutus untuk membaiki dan menyempurnakannya. Allah itu adalah Tuhan orang Kristian dahulu sebelum menjadi Tuhan pengkiut nabi Muhammad s.a.w.
3. Maka sebab itulah tidak hairan, kalau nama Allah telah digunakan lebih dahulu oleh agama Kristian dalam bahasa Arab dan bahasa suku sakatnya, sebelum kedatangan nabi Muhammad s.a.w.
4. Bahkan, nama Allah telah digunakan sebagai Tuhan yang maha agung oleh kaum jahiliyah sebelum perutusan nabi Muhammad s.a.w.
5. Allah taala mengutus nabi Muhamad bukan untuk membuat “exclusive claim” bahawa Allah adalah Tuhan untuk umat Islam sahaja, tetapi untuk menegaskan bahawa Allah adalah Tuhan semua dan Islam adalah agama untuk semua. Nabi Muhammad s.a.w diutus hanya untuk memperbetulkan konsep ketuhanan Allah sebagaimana dalam surah Al-Ikhlas yang berbeza dari konsep ketuhananan Arab jahiliyah dan penganut Kristian.
6. Oleh itu, isu penggunaan nama Allah yang berlaku di Malaysia, bukanlah sebenarnya isu keagamaan. Tetapi ia lebih bersifat budaya i.e. orang Melayu tidak biasa dan selesa untuk berkongsi penggunaan nama Allah taala dengan penganut agama lain sedangkan ia telah berlaku beratus-ratus tahun di kalangan orang Arab, tanpa banyak masalah.
7. Adakah ini akan mengelirukan orang ramai dan membuka pintu kepada Kristianisasi anak-anak Melayu? Perkongsian penggunaan nama Allah di kalangan penganut Islam dan Kristian telah berlaku beratus-ratus tahun di kalangan orang Arab, tetapi berapa ramaikah orang Arab yang menjadi Kristian kerana dikelirukan oleh istilah ini?
8. Menjaga akidah Islam anak Melayu ialah dengan ilmu yang ditanam melalui usaha dakwah yang bersungguh-sungguh dan berkesan, bukan melalui larangan-larangan yang tak boleh dipertahankan dari segi hujah ilmu dan realiti sosial.
9. Kalau berlaku peningkatan anak Melayu yang menjadi Kristian, itu pada dasarnya adalah petanda kegagalan kita dalam menanam ilmu dan menjalankan dakwah. Bukan pada dasarnya kerana kekeliruan akibat penggunaan nama Allah oleh pendakwah Kristian.
Salam
——————————————-
Dec 28, 2007 |
RELIGIOUS AFFAIRS IN MALAYSIA
The origins of the word ‘Allah’
|
By Farish A. Noor |
CAIRO – I’M WRITING this in the company of my Egyptian friends who are Muslims, Catholics and Copts.
Eid al-Adha has come and gone, and I’ve been to several events which saw Muslims and Copts celebrating together, visiting each others’ homes and feasting on copious amounts of food. Now in the midst of Christmas, Muslims, Catholics and Copts are once again heading for the communal table and there will be much licking of chops, breaking of bread and merry making for everyone. It is all simply too pleasant to believe, yet it is real and this is what life is like for many in Cairo, the ‘Mother of civilisation’ and home to more than 20 million Egyptians from all walks of life. What is most striking to an outside observer like myself – though rather banal for the Egyptians – is the fact that in all these celebrations, the same word ‘Allah’ is used to denote that supreme and singular divinity, God. Catholics and Copts alike exclaim Masha-allah, Wallahi, ya-Rabbi, Wallah-u allam, and of course Allahuakbar day in, day out, everywhere they go. The Coptic taxi driver blares out ‘By Allah, can’t you see where you are parking?’ as he dodges the obstacle ahead. The Catholic shopkeeper bemoans: ‘Ya Allah, ya Allah! You can only offer me two pounds for the scarf? Wallahi, my mother would die if she heard that! Ya-Rabbi, ya-Rabbi!’ Yet Malaysia is now embroiled in another non-issue: the Malaysian Catholic Herald, a publication by and for Catholics in the country, has been told that it can no longer publish its Malay-language edition if it continues to use the word ‘Allah’ for God. Worse still, the country’s Deputy Internal Security Minister Johari Baharum recently stated that ‘only Muslims can use the word Allah’, ostensibly on the grounds that it is a Muslim word. The mind boggles at the confounding logic of such a non-argument, which speaks volumes about the individual’s ignorance of Muslim culture, history and the fundamental tenets of Islam itself. For a start, the word ‘Allah’ predates the revelation to the Prophet Muhammad and goes back to the pre-Islamic era. Christians had been using the word long before there were any Muslims. It is an Arabic word and thus common to all the peoples, cultures and societies where Arabic, in all its dialects, is spoken. It is also understood by millions of Arabic speakers to mean God, and little else. One could add that as it is an Arabic word, it therefore has more to do with the development and evolution of Arabic language and culture and less to do with Islam. It is hard to understand how any religion can have a language to call its own, for languages emerge from a societal context and not a belief system. If one were to abide by the skewered logic of the Malaysian minister, then presumably the language of Christianity (if it had one) would be Aramaic, or perhaps Latin. The minister’s remark not only shows his shallow understanding of Muslim culture and the clear distinction between Arab culture and Muslim theology, but also demonstrates his own lack of understanding of the history of the Malays, who, like many non- Arabs, only converted to Islam from the 13th century on. Among the earliest pieces of evidence to indicate Islam’s arrival to the Malay archipelago are the stone inscriptions found in Malay states like Pahang where the idea of God is described in the sanskrit words Dewata Mulia Raya. As no Malay spoke or even understood Arabic then, it was natural for the earliest Malay-Muslims to continue using the Sanskrit-inspired language they spoke. Surely this does not mean they were lesser Muslims? The ensuing ruckus over the ban facing the Christian Herald in Malaysia forces observers to ask the simple question: Why has this issue erupted all of a sudden, when the word ‘Allah’ has been used for so long with nary a protest in sight? Coming at a time when the Malaysian government is already getting flak from the protests by Malaysian Hindus who insist that they remain at the bottom of the economic ladder after 50 years of independence, it would appear as if the administration cannot get enough bad publicity. The administration of Prime Minister Abdullah Badawi came to power on the promise that it would promote its own brand of moderate Islam – one that was pluralist and respectful of other cultures and religions. But time and again, the Malaysian public – first Hindus and now Christians – have felt necessary to protest over what they regard as unfair, biased treatment and the furthering of an exclusive brand of Islam that is communitarian and divisive. This latest fiasco over the name of God would suggest that Prime Minister Badawi’s grand vision of a moderate Islam has hit the rocks, and is now floundering. Just how the government is to regain its course is open to question, but what is clear is that some leaders should get their knowledge of their own religion in order first. The writer is a Malaysian political scientist and historian based at the Zentrum Moderner Orient, Berlin; and one of the founders of the www.othermalaysia.org research site, where this article first appeared. UNDER THE SPOTLIGHT – AGAIN Why has this issue erupted all of a sudden, when the word ‘Allah’ has been used for so long with nary a protest? Coming at a time when the Malaysian government is already getting flak from the protests by Hindus who insist that they remain at the bottom of the economic ladder after 50 years of independence, it would appear as if the administration cannot get enough bad publicity. |
Masya Allah….thanks for sharing this ustaz…
U-Start.
Very good stuff . Thanks for sharing. I learn something new again .
Saya setuju dengan pendapat ustaz, mari kita perhebatkan dakwah kita untuk meletakkan Allah itu Tuhan kepada semua makhluk di dunia dan alam semesta dan Nabi Muhammad s.a.w itu adalah nabi semua umat akhir zaman!
nice..di harap undang-undang Malaysia tidak membuat keputusan yg boleh di tarik balik
Sungguh detailed U-Start and definitely worth knowing too. Orang2 barat ni suker amek kesempatan membelitkan sejarah dan membuat andaian tentang pengajaran agama Islam. Nama Allah bukan satu je…but 99….tak menjadi masaalah la gitu…..:)
hyer you…
btol per yang awak ckap 2….
salam ustaz..apa yang ustaz sampaikan adalah betul tetapi ustaz bukankah masyarakat kita terutamanya remaja yang terlalu mudah mengikut tanpa menyelidiki akan terjebak terhadap ajaran kristian yang diketahui akan cuba memutar belitkan fahaman umat islam yang semakin rapuh dengan mengatakan kristian adalah agama yang sebenar dari allah dan islam adalah agama baru yang hanya dicipta oleh manusia walaupun kenyataannya islam adalah agama pelengkap terhadap segala agama di dunia ini…..cam ner tu ustaz….
salam
masalah sedemikian diatasi dengan mempergiatkan dakwah kepada mereka. bukan dengan melakukan proses censor atau sekatan.
kalau kita larang org kristian gunakan nama allah pun, tapi dakwah tak dipergiatkan. anak-anak muda tu akan tetap jahil mengenai agama. kalau dia tak terpengaruh oleh ajaran kristian, dia pasti akan terpengaruh dengan ajaran dan budaya lain yg bercanggah dengan agama.
rujuk kembali poin 7-9 dalam komentar saya di atas.
salam
terima kasih kpd ustaz…dan saya sebagai penganut agama kristian terkilan apabila dalam akhbar tersiar “ALLAH HANYA UNTUK ISLAM”tapi saya anggap ini sebagai menguat kan saya untuk menghadapi.mari kita sama2 menyembah pada satu tuhan.
salam
terima kasih kerana membaca. semoga allah yang esa membimbing kita semua ke arah kebaikan.
salam
siapa putar belit siapa? saya nak bagi pendapat sikit. bukankah orang2 islam juga claim bahawa agama kristian telah sesat? 'dulu pernah betul tapi skrg dah sesat', bukankah itu yg selalu dicanang oleh orang2 islam. kristian syirik, salah akidah, menyembah 3 tuhan, jijik pasal dia orang makan babi, kompom masuk neraka dan ada banyak lagi tuduhan2 yang menyakitkan telinga dan hati. tapi biarlah semua kata-kata itu berlalu bagai angin (tak pernah terlintas untuk simpan dendam) sbb tak penting sangat untuk merasa sakit hati. bagi penganut kristian yang penting akhirnya mereka (pengikut Yesus) selamat…tq
saya tak paham …kenapa dikatakan kristian daripada Allah s.w.t….sape kata…memandai aje..
kalau nak kata agama yang nabi isa bawak..ia adalah agama tauhid…tetapi agama ini telah diubah kandungan kitabnya…..sebab tu lah Allah s.w.t taala hanya untuk islam….sebab islam lah agama yang diredhai oleh Allah…bukan kristian bukan agama lain…
untuk pengetahuan semua,kalau nak cerita pasal agama ni semua orang boleh buat tapi yang susah nya adalah memahami nya.kalau pandai cakap saja tapi tidak ikut dengan ajaran nya,tidak guna juga..setiap perkataan yang kita ucapkan akan mempengaruhi kehidupan kita.sebagai contoh..kita tahu bahawa berzinah itu adalah salah di dalam mana-mana agama tapi ternyata masih ramai juga yang melakukannya..janganlah kita hidup hanya berlandaskan agama semata-mata sedangkan hati kita masih lagi dengan keinginan-keinginan duniawi…kita mestilah tanya pada diri kita dahulu…..adakah kelakuan kita ini akan disukai Allah…dari kecil kita sudah dididik dengan perkara asas iaitu jangan membunuh,jangan mencuri,jangan bohong,hormat kepada yang lebih tua da yang paling utama adalah jangan sebut nama tuhan mu dengan sembarangan…dan ada lagi yang paling utama dalam ajaran agama(kristian) iaitu sayangilah musuh mu..hukum inilah yang palig susah untuk di ikut..tetapi Jesus telah membuktikan nya…sehingga Dia rela mati di kayu salib demi untuk menebus dosa.manusia..Yesus tidak marah pada orang yang menghukum Dia malah mengampuni kesalahan mereka…kerana dalam ajaran lain pun mereka percaya tentang hukum karma iaitu baik di balas baik dan jahat dibalas jahat..jadi sama-samalah kita renungkan…
aku setuju pgarang artikel ni 100%.. saya asyik geram kenapa stiap manusia amalkan ego shari-harian mereka dan membanggakan apa yg mereka miliki… beginilah tjadilah kes ini… actually this things supposely not occur kerana membuat malukan negara kita Malaysia sahaja. apa gunanya perpaduan kaum jika isu ini dipertikaikan tanpa mrujuk kpada bukti sejarah… isu agama memang sensitive jika dibincangkan antara dua kaum yang berlainan. kalau seseorang tue dilahirkan kristian, dia akan mgaku dia son of god, jesus is a live god and so forth sbgai mnunjukkan dia pcaya agama kristian until he death mbawa nama kristian. Aku pcaya, org islam pun begitu juga thadap kpercayaan mereka kepada nabi muhamad mrk sendiri… “Well i'm respect that”. Jika seseorang itu nak buktikan antara mana-mana agama yg benar, pasti smua agama akan mgakui tuhan and ajaran mrk adalah benar, “that simple, right”… Where the answer, the truth and real religious we should embrace. WE ACTUALLY DUNNO… kita mati baru kita tahu agama mana yang benar. So sstuatu perkara yang kita tak pasti, janganlah kita memperbodohkan agama orang lain. Kikislah sikap ego and repect each other religious.. stiap agama adalah benar, murni dan suci.. Tak ada ajaran agama pun mgajar umatnya mencuri, ego, membunuh, mengumpat dan lain2 lagi. Smuanya mnunjukkan jalan yg benar dan berada di dasar Allah atau tuhan. Jika ada orang yg mgatakan orang kristian menyanyi lagu untuk tuhan meraka adalah sesuatu yg mlucuhkan, kaji balik sejara agama, anda akan dapat tahu sblm adanya nabi2, sgelintir org yg tcari2 kbenaran tuhan sentiasa menyanyi di pasir gurun sambil mmuja tuhan iaitu “Allah” dan begitu juga mereka mjalankan upacara sembeli domba utk allah. Adakah begitu juga dgn islam sembeli lembu..? So jgnlah kita berbekalkan sikap ego dan memperbesarkan apa yg kita miliki. Let the judgement day speak for itself which religious is the truth.. Saya orang kristian and of course i trust the existence of jesus christ as savior tp pada masa yang sama saya juga respect adat, upacara, kepercayaan dan agama kaum2 lain. All of them teach the right things…
Allah Taala is for everbody….Bapa di syurga yang menciptakan manusia dan Dia amat mengasihi anak-anakNya…kita sebagai manusia haruslah saling mengasihi agar hidup kita itu dilimpahi dengan berkatNya..jangan lah kita betelagah hanya kerana Tuhan yg Satu…Praise the LORD…
Saya dah baca buku Agama Islam, Agama Yuhudi, Agama Kristian, Agama Bhudha Tibet dan Zen dan Agama Hindu; malah memahami kercayan orang-orang asli. Kebanyakannya menyembah Wajah dan Rupa yang melahirkan kelakuan untuk memohon sesuatu termasuk Surga; bukan sebenar-benarnya untuk kesempurnaan semata-mata kerana Allah SWT. Tak mahu cakap pasal yang menyembah patung, salib dan berhala yang berbadankan ma'nusia dan berkepalakan gajah. Kita cakap pasal perbezaan dikalangan nabi-nabi yang Allah telah utuskan dari Tuk Adam se hingga kepada Muhammad SAW. Hanya Muhammad SAW sahaja yang dapat naik ke langit dan turun balik ke bumi dan boleh berkawan balik dengan jin dan orang-orang kafir tetepi dia tak ikut kelakuan mereka. Cakap pasal Bible orang Kristian, kitab asal tidak digunakan sebaliknya kitab-kitab terjemahan sahaja digunakan. Di Malaysia, padri-padri dan pendahwah kristian masih menggunakan God dan Son of God dalam Bible. Tetapi yang tak tulus ikhlas dan yang nak menyesatkan ialah padri-padri dari bangsa Keling – sebab itu orang tua-tua Melayu dalu kata Kalau jumpa Keling dengan ular, bunuk Keling dulu kemudian bunuh ular. Hanya naskah dahwah Kristian berbahasa Melayu sahaja nak guna nama Allah kerana nak sesatkan anak-anak Melayu.Cakap pasal Kerajaan; banyak yang dalam Kerajaan bukannya pandai sangat malah ada yang boleh dikatakan munafik atau pengikut-pengikut Dajjal. Sebab itu dah larang tarik balik.Bukan itu sahaja, semuanya boleh termasuk langgar undang-undang.Banyak yang megah apabila dipanggil ya, ustaz atau tuan haji macam ustaz rock yang berambut panjang tu.
Penggunaan nama Allah ganti nama tuhan dalam agama kristian akan menyebabkan mereka yang jahil agama islam boleh terkeliru dan memberi peluang orang kristian menyebarkan dan mengelirukan seterusnya memesongkan akidah umat islam yang tidak mempunyai ajaran agama yang kukuh. Kenapa kita perlu memberi peluang untuk perkara ini berlaku? Kenapa bible dalam bahasa inggeris tidak menggunakan perkataan ALLAH? Adakah ini satu muslihat jahat orang kristian?
wahai makhluk Tuhan yang dikasihi,Bg orang islam,x payah peningkan kepala nak pikir agama sapa benar & salah.kan lebih baik kalau kamu pikirkan agama kamu sendiri….entah2 kamu x cukup ajaran lagi 2 sbb memperkatakan agama org lain.hidup kamu belum tentu masuk syurga kalau asyik pikir yang xda bukti kukuh. balik rumah,baca Alquran ok? dan pd org2 kristian,AMPUNILAH MEREKA,KERANA MEREKA TIDAK TAHU AKAN DOSA2 MEREKA….Praise the Lord
Saya beragama Islam , pastinya akan mengatakan islam yang benar. begitu juga kamu . hakikatnya saya yakin agama yang benar hanya satu dan ingin berkongsi kebenaran itu. Jika kamu mengatakan kristian benar , kamu juga harus berkongsi kebenaran itu. Atau, adakah kamu berpendapat semua agama benar dan tidak perlu menyampaikan kebenaran .
setakat ini belum ada lagi komen menerangkan kebenaran injil drpd org umat kristian ttg kebenaran dan ketulenan injil. Sedang Islam dan penganutnya penuh yakin menghentam kitab injil telah byk di ubah suai dan sesat tanpa ada bukti yang sahih daripada fitnah tersebutpun sepanjang zaman. Sedang org Kristian percaya dgn injil itu adalah petikan kata-kata Jesus sendiri dan disebarkan oleh 12 org pengikut setianya yg telah menyebarkan injil kata-kata Yesus dlm hidup dan dakwahnya. Islam dan penganutnya sebenarnya memandai-mandai menuduh itu ini tentang kesesatan injil yang telah dimurnikan majoriti suara dan dalil yg sah diambil petikannya..kita umat kristian akan terus percaya dengan yakin bhw injil melalui persidangan dan persetujuan majoriti menerima berdasarkan pengajaran Yesus sendiri bhw beliau adalah Anak Allah (Putera Allah) yg sebenarnya jg adalah Allah Bapa sejak sekian lama sejak Adam, Ibrahim dan segala nabi dan Allah Roh Kudus sejak peninggalannya..itulah ajaran keesaan Allah itu sendiri melalui perantaraanNya sendiri dalam Yesus Kristus. Jadi Allah itu ada 3 sifat dlm Kristian tetapi ianya adalah hanya 1 yakni Allah yang Maha Kuasa dan Maha Esa dan imejnya menyerupai kita sendiri..Puji Tuhan…Alleluia..Tiada kekeliruan langsung jika difahami ajaran Yesus sendiri sepanjang hidupnya di bumi dan hidup bersama menemani dan mengajari manusia secara terus dgn turunnya beliau ke bumi sejak natal( Krismas) di Bethlehem (Baitlaham). Sedang Mohamad sendiri mengajar Rukun Iman utk umatnya beriman kepada Taurat dan Injil juga, namun penganutnya diajar bhw injil itu salah, terpesong, damn sesat..tanpa bukti sahih!! Kami umat Kristian lagi yakin dan percaya dgn kebenaran injil jika berubahpun mungkin kekangan bahasa tetapi kandungannya ajarannya tetap tulen bg memudahkan semua umat manusia di muka bumi ini diselamatkan oleh Kristus (Al Masih dlm Islam) Namun kita yakin dan percaya Kitab kalian (Al Quran)lah yang diada-adakan dan mencuri terus daripada taurat Musa dgn penambahkan manusia Mohamad (Nabi kononnya)yg jelas byk menyesatkan dan menghilangkan kasih sayang manusia..melahirkan cerdik pandainya kononnya yang melakukan keburukan di muka bumi…membunuh org bukan muslim, mengebom mati syahid kononnya, tidak toleran, paksaan beragama..Ya mereka kata tidak..tetapi lihatlah apa berlaku pada bumi ini sekarang..menunjukkan kebenaran bhw Islam itu indah khabar dari rupa..rupanya byk membawa malapetaka dan kehancuran umat manusia..Inikah yg dikatakan agama yg syumul dan benar? Maaf jgn emosi..tetapi inilah sebenarnya kesesatan Islam sendiri…sedang Kristian mengajar kasih sayang sejati dan penganutnya tidak mudah menuduh-nuduh dan memburukkan penganut lain.. Tetapi rasanya saya mewakili umat Kristian ingin membuka mata sekalian umat Kristian sendiri supaya dgn yakin mengimani Kristian melalui injil yg kita yakin kebenarannya dan mendamaikan dunia. Amin.. Semoga Kristianisasi akan terus berkembang agar bumi dan seluruh alam ini mencapai cinta kasih dan damai Kristus… Sedarlah umat Islam, mengapa Kristian berkembang tanpa paksaan dan kedamaian jiwa yg diperoleh oleh penganutnya termasuk org Melayu yg telah dikatakan murtad dan mendapat berkat serta kedamaian jiwa dan diselamatkan kerana menganuti Kristian..puji Tuhan.. walaupun di hina, dikutuk oleh golongan yg kononnya hanya Islam yg sesat itu yg mbawa ke syurga..namun yakinlah Kristian adalah agama benar daripada Allah…dan Yesus Kristus (Allah Putera) adalah juru selamat kita. Amin…Marilah bersama-sama beramai-ramai kita memeluk Kristian dan merasai kedamaiaan dan berada dalam keselamatan. Amin
jika orang kristian menggunakan istilah Allah sebagai tuhan. sepatutnya mereka hendaklah memeluk islam.
kerana setelah islam datang bersama al-Quran maka termansuhlah segala syariat sebelumnya. dan Allah telah menyatakan bahawa ” pada hari ini aku sempurnkan bagi kamu agama kamu. dan aku redha Islam agama mu”
kalau orang kristian nak guna istilah tuhan, maka gunakanlah istilah tuhan atau bahasa asal kitab injil yang di ertikan sebagai tuhan.
“Allah” itu menjadi istilah yang khusus yang menyatakan sifat2-Nya yang khusus dlm asmaul husna.
mana mungkin orang kristian yang mensifatkan tuhan yang mereka sembah itu Allah sedangkan mereka menyekutukannya..
wa-Allohu a'lam.
buat apa pula nak memeluk islam. orang arab kristian yang dah lama guna perkataan allah pun buat dek je… kristian lebih dahulu ada sebelum islam. jadi islam la yg sepatutnya DIAM. kristian lebih dahulu guna perkataan allah. agama kristian ibarat satu pokok. dialah akarnya yg utama. tidak dinafikan, ada lagi cabang2nya tapi yang betulnya adalah dari akar yang 1… lagi2 kamu kata kristian menyekutukannya. tapi kami kristian tak kisah. kami tak dendam. kami tak ada istilah mati syahid sebab dalam kristian tak ada perang. yang ada hanya DAMAI @ PEACE. tak tahu jalan cerita jangan sebarangan cakap. jangan terikut2 orang lain. jadilah orang yang bijaksana dalam agama kamu.
saya lahir drpd keluarga kristian katolik..2005 Alllah telah memberi saya hidayah untuk memeluk agama islam…untuk pengetahuan semua kakak saya jg telah memeluk agama yang suci ini…saya berharap kedua org tua saya & jg adik beradik saya yang lain akan terbuka untuk memeluk agama islam…for me islam is easy&peace..sebelum convert 2 muslim saya ada banyak membaca apa terkandung dlm bible even perjanjian lama or perjanjian baru dlm terjamahan b.melayu…memang ada menggunakan perkataan Allah….knapa baru skrg nk di pertikaikan?pada saya perkara ini sepatutnya tidak harus dipersoalkan kerana ini membuatkan lbh ramai org2 melayu menjadi confuse…apa yang sepatutnya kita lakukan sebagai org islam ialah meneruskan dakwah kita &jangan biarkan saudara2 seagama kita menjadi lalai kerana persoalan ini….hanya iman&amalan kita seharian yang boleh membezakan agma islm dgn agm lain..walaupun agama kristian menggunakan perkataan Allah,apabila kita membaca keseluruhan apa yang terkandung dlm bible.. baru lah kita tahu hanya AlQuran yang lengkap…dr segi ilmu falaq,kesihatan, perkhwinan,pertanian&penternakan dan bnyk lg…hanya alQuran yg boleh kita jadikan panduan dlm menjalani kehidupan kita seharian utk bekalan kita d akhirat nnti insyallah…pada org2 yg blm memeluk agm islm baca lah Quran dan kpd org2 islam xsalah membaca kitab injil,buku2 agma yg lain sekadar untuk mengetahui &memahami kepercayaan agm lain Dan bukan untk d jadikan panduan dlm hidup ya…semua itu sudah saya lalui sblm convert 2 muslim…islam is simple,easy & peace……i love islam…
ALLAH adalah satu, tidak pernah berubah dari dulu, sekarang dan selamanya. ALLAH yang kita sembah [jika benar anda menyedari kewujudanNya] adalah ALLAH kepada NABI ABRAHAM, NABI MUSA, dan NABI YAKUB. (siapa yang ingin menyangkal bermakna anda di landasan yang salah)… untuk pengetahuan anda sekaliannya, SAAT INI, AGAMA YANG PERTAMA DAN TETAP BERTAHAN MENYEMBAH ALLAH INI ADALAH AGAMA ORTODOKS, AGAMA BAGI BANGSA ISRAEL, BANGSA PILIHAN ALLAH. harap maklum, agama Kristian [saya tekankan KATOLIK] adalah agama yang disebarkan oleh NABI ISA yang kami panggil Yesus Kristus, Mesias, Penebus dan Penyelamat dunia. suka hati kamu untuk menyangkal. tapi agama Kristian Katolik TIDAK PERNAH mengubah walau 1 hal di dalam ALKITAB yang kami pegang. KATOLIK seluruh dunia tidak ada yang berbeza. kepercayaan kami adalah KUDUS, KATOLIK dan APOSTOLIK. sangkal? itu hak kamu. yang penting, kami tahu kepada siapa kami berharap. tapi 1 hal yang mengecewakan saya… kamu menghakimi sesuka hati walhal umat yang diredhai ALLAH bukan yang bersifat suka menghakimi. Semoga rahmat cintakasih ALLAH sentiasa merahmati anda.
dan sedikit tambahan kio. AGAMA ORTODOKS mengimani YESUS SEBAGAI TUHAN dan begitu juga KRISTIAN. pengajaran KRISTIAN DAN ORTODOKS hampir tiada perbezaan. sila buat ulangkaji anda sekiranya ingin berdebat di sini. jangan mempertahankan sesuatu yang kamu ragui.
z
Sekiranya agama islam datangnya dari negara Britain?tidakkah ia menggunakan nama LORD?ataupun jika islan lahir dari bangsa yahudi ia akan menggunakan nama YAHWEH? bukankah perkataan ALLAH itu adalah bahasa bagi orang arab semata-mata,dan seperti yang dikatakan oleh ustaz perkataan Allah telah pun digunakan oleh orang arab pada zaman jahiliyah iaitu sebelum kedatangan islam?oleh kerana orang Arab bnyak berdagang ke Tanah Melayu dan telah menyebarkan agama islam, perkataan Allah itu sendiri telah dimasukkan ke dalam bahasa melayu.oleh itu,apabila alkitab injil diterjemahkan ke dalam bahasa melayu,maka perkataan itu digunakan untuk digunakan oleh para orang2 kristian di malaysia ini..ini bukanlah soal nak mengkristiankan orang melayu,tetapi hanya untuk kalangan orang kristian sahaja sebanya,orang kristian pun cakap melayu…
1malaysia 1 Allah !…
Saya sebenarnya kurang arif pasal agama kristian, jadi saya mau anda terangkan kenapa ISA di panggil anak tuhan. Adakah tuhan itu beranak-pinak. Tolong jelaskan kawan-kawan yg beragama kristian.
Bagi kami orang islam, tuhan itu satu tidak beranak dan dilahirkan tidak makan dan tidak minum. Jadi yg menjadi masalah jika semua menggunakan istilah ALLAH adalah tafsiran yang berlainan. Islam kata tuhan tiada beranak tp kristian kata ISA itu anak tuhan. Ini sudah tentu berlaku perbezaan tafsiran. Saya bimbang ini akan berlaku. Sila jawab…….
Bismillahhiromannirohim, terlebeh dahulu saya mohon ampun kepada Allah kalau komen saya ini tersilap. bagi pendapat saya sebagai seorang muslim tidak sepatutnya orang2 kristian selepas era nabi Muhammad s.a.w mengunakan nama Allah kerana sudah jelas jawapan yang diberikan Allah sendiri kepada mereka. Bahawa Allahhu itu ahad ( satu, bukan tiga ) Allah itu tempat bergantung/meminta ( bukan meminta kepada salib yang berpatung ) Ia tidak beranak ( nabi Isa bukan anak tuhan ) dan tidak diperanakkan ( Mariam bukan ibu tuhan ) dan tidak ada bandingan setara baginya sepertimana kepercayaan orang2 kristian. Maka bagi saya hanya orang2 muslim yang mengikuti nabi Adam hingga nabi Muhammad saw yang tidak menyeleweng akidahnya berhak mengunakan nama ALLAH seperti didalam surah Alikhlas. Sebab itu kita kena tanya kepada mereka yang hendak mengguna nama Allah ini, mengapa baru sekarang mereka sibuk hendak menggunanya. Adakah mereka ini ikhlas dalam beragama. sekian, terima kasih
Salam.
Setuju dengan pandangan ustaz. Tetapi dalam konteks kristian hari ini mereka telah menyeleweng dari yang asal. Maka kalau mereka letak kan kalimah Allah untuk bermaksud Ia juga sebagai Jesus, itu sudah terang salah. Bayangkan di bawah naungan patung Jesus yg ada di dalam gereja di bubuh kan nama Allah SWT.
Nawai tu mereka tidak sama dengan apa yg kita muslim lafazkan. Mereka tidak akan menerima Allah itu seperti yg di maksudkan di dalam surah al-ikhlas. Say (Muhammad), “He is the Only God. God is Absolute. He neither begets nor was He begotten. There is no one equal to Him.” Wallahuallam.
optimus, salam
sepengetahuan saya, org kristian tidak menggunakan perkataan allah utk jesus. walaupun konsep ketuhanan mereka ialah jesus sebagai anak adalah satu oknum dari tiga oknum yg membentuk tuhan. saya tak pernah jumpa org kristian menggunakan perkataan allah digunakan utk rujuk pada jesus. setiap kali jika mereka ingin rujuk pada jesus, ia akan guna perkataan jesus atau si anak.. bukan allah.
sebagai org islam, konsep ketuhanana kita mmg berbeza dari konsep triniti kristian. tapi konsep triniti ini telah menjadi pegangan penganut kristian lama sebelum kedatangan nabi muhammad s.a.w dan penggunaan lafaz allah telah juga digunakan dalam konteks triniti mereka ketika itu.
isu yg disentuh dalam al-quran ialah mengenai konsep ketuhanannya bukan soal penggunaan lafaz allah baik dalam kitab suci mereka atau bahasa komunikasi oleh ahli kitab di zaman itu i.e kristian.
perlu juga diingat bukan semua mazhab kristian yg benarkan penggunaan patung sebagai simbol kepercayaan mereka i.e. aliran protestan.
andaian sedemikian, perlulah divalidate dengan hakikat yg berlaku utk dijadikan sandaran hukum dan pendirian agama yg jitu.
salam
Soalan 1 : Ape beza Allah dgn Allah SWT ?
Soalan 2 : Ape maksud God dalam bahasa Melayu?
Jangan menyangkal bangsa lain disebabkan kelemahan bangsa sendiri.Orang Amerika tak akan buat perkara yang sebodoh itu sekiranya bangsa lain tidak menyiram minyak ke dalam api. Tengok la Malaysia sekarang, benda ini sudah berabad, berkurun, manusia da bercucu pinak, baru nak uar-uarkan isu seperti ini,masalahnya siapa yang memperbesar-besarkan isu ini???Fikir kes ini..nak menaikkan diri-sendiri jangan menggunakan isu ini. Kalau sudah sedar, ianya sensitif, kenapa nak perbesarkan??Ini bukan 1 Malaysia,undang-undang ada dalam negeri ini. Ternyata bebas beragama,masing2 mempunyai kepercayaan.Jangan sama kan negara lain dengan negara Malaysia. Suka cari nahas. Kalau Amerika nak bom Malaysia,alahai,sekelip mata.tapi kalau wujud ciri-ciri manusia yang sengaja nak porak-perandakan keadaan,mungkin tak lama kot.memang la engko cakap tak tidur,sebab buat hal siang malam.bangun bersatu pun nak porak-perandakan keadaan.Hal ini tidak menjadi isu pun tahun2 lepas,sebelum engko lahir lg kot..tak kuar pun.
saya hairan kenapa ada isu sebegini saat dunia makin tua, saya bingung kenapa harus bergaduh sesama manusia.. semua kita itu ada kefahaman agama masing2 dan saya tidak merasa isu ini boleh mengugat mana2 agama,tetapi apabila isu ini di kembangkan dan menjadi bualan org ramai tidakkah kita semua harus berfikir,kita semua asalnya sama cuma cara menyembah dan memanggil tuhan itu yg berlainan…adakah salah jika pengunaan nama allah itu dgunakan org kristian??? allah tidak mengajar untuk bertengkar, tetapi bersabarlah.. suatu hari dia sendiri yang akan tunjukkan siapa yg benar,jika isu ini dibesarkan maka tidak terfikirkah kamu apa yg akan terjadi,malaysia terdiri drpd berbilang kaum boleh berperang sesama sendiri akibat permasalahan ini,adakah ini tanda dunia akan kiamat??? saya hairan ada ustaz kita sendiri yg membantah sedangkan ustaz adalah org yg paling layak untuk bersuara,jgn kerana hal ini kita semua rakyat malaysia berpecah belah,inikah yang dinamakan 1MALAYSIA……….??????????/
kepada semua rakyat malaysia.ini adalah negara malaysia.cuba kita renungkan,mengapa kita bertelagah dengan hanya satu perkataan ini sahaja?sedangkan kita mempunyai pelbagai perkara yang boleh memimpin kita ke arah perpaduan dan persepakatan untuk membangunkan negara ini bersama..pernahkah anda terfikir tentang masa depan negara ini jika kita terus begini?apa yang hendak dimbimbangkan?secara rasmi negara malaysia adalah negara islam, dan sejak di peringkat awal anak2 sudah mendapat didikan ajaran agama islam dan diteruskan ke peringakat sekolah menengah…banyak surau2 dan masjid2 didirikan untuk kita beribadah lima waktu sehari..siapa yang nak menghalang kita beribadah?orang kristian tidak pernah sekalipun untuk cuba menganggu kita semasa kita beribadah…..adakah kita masih meragui bahawa ada lagi kebimbangan untuk kita akan sesat dengan hanya perkataan Allah yang dikongsi bersama dalam bahasa melayu?cuma orang yang tidak beragama sahaja akan keliru…cukuplah..hentikan semua ini…biarlah kita dengan hati kita sendiri sahaja yang tahu akan hubungan kita dengan Allah masing2..saya pasti orang islam mahupun orang kristian menggenal allah mereka masing…mengapa pula saling bermusuuhan hanya dengan hal ini?perkara ini tidak akan hanya selesai jika terus diperdebatkan..lihat sahaja di luar sana…masing2 dengan agama dan ego sendiri….ini adalah malaysia yang sudah merdeka hampir 53 tahun dengan kepelbagaian etnik,budaya dan agama…kita sudah banyak melaluinya bersama dan seluruh dunia sudah melihat kita adalah sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian..adakah anda semua tidak malu andai malaysia berpecah hanya untuk hal spt ini?tidakkah anda tahu bahawa semua ini akan digunakan oleh kuasa2 politik luar untuk cuba campur tangan kembali dalam urusan negara ini?cukuplah!!!jangan dirosakkan yang sudah kita bina…anda semua fikir bahwa konsep satu negara,satu bangsa,satu bahasa dan satu agama anda akan boleh hidup aman damai di muka bumi ini?kita hanya menumpang,kelak akan musnah juga semuanya…berdamailah dan berbuat baik lah selagi kita hidup di dunia ini….keamanan dan perpaduan ada di tangan kita….berusahalah mencari perdamaian daripada mencari perselisihan faham….
Oiii smua.. apa barang la… agama yang sedia ada pun x dapat ikut, bnyak cakap pulak.. tengok diri sendiri dulu la.. ckap x serupa bikin mau bt apa ma?.. no POINT.. Klu agama u betul.. buat la org agama lain kagum dengan perbuatan yang baik, bru org mau ikut. Ini kutuk sana, kutuk sini.. ada Tuhan ajar ka kawan?.. buat dosa jer, tolong org miskin bru dpat kasi Tuhan senyum.
Hai “Lovelife 2” kamu pun ada pandangan juga dan cuba mempertahankan kenyataan itu “luface” ke?. Sabar kamu kawan…..tp saya sibuk sikit le kawan….lain kali saya baca petikan kamu dan berikan komen. Tapi kawan mcm kamu kata kalau Amerika bom Malaysia mungkin kamu yang kena bom dulu kot……lain le klu kamu duduk oversea.
GOD = TUHAN = ALLAH
for me is simple..kalau individu tu dididik dgn btul dalam agama masing2..tidak ada kekeliruan dalam mengenal mana satu islam & mana satu kristian.ALLAH is just wat we call TUHAN and same with GOD.tiada kamus yg mengatakan ALLAH itu adalah maksud selain dr TUHAN & GOD..belive me…org yg membangkit isu ini adalah org2 yg kurang arif dalam ilmu agama bahkan pemahaman dalam translation.
Saya mau komen kau ni “dy135”, mana kamu belajar tafsiran kamu ni? Saya percaya memang GOD=TUHAN=ALLAH, tetapi dalam ISLAM kami tidak boleh langsung mengatakan TUHAN ADA ANAK. Tapi dalam kristian saya ada dengar JESUS TU ANAK TUHAN. Cuba jelaskan apa maksud kenyataan tersebut. Kalau dalam ISLAM kalau menyatakan TUHAN ada anak boleh membawa kepada DOSA BESAR dan boleh menjadi syirik (sila betulkan saya bagi yang beragama islam jika tersilap kata). Saya mau katakan tuan, dalam ISLAM isu agama ini sangat sensitif tuan, tidak boleh di permainkan walau sedikit pun, kerana kami meletakkan agama dalam tahap yang tertinggi. Tetapi dalam agama kristian seperti yang saya tengok dalam movie hollywood ada cerita2 yang membuat cerita seperti mempermain2kan paderi dan gereja dan perkara sebegini tiada dalam ISLAM. Dlm ISLAM jelas AGAMA tidak boleh dipermainkan, di olok atau di buat cerita LUCU seperti dalam kristian. Saya harap kamu memahaminya………
salam
saya dapati respon terhadap isu ni dah berjela-jela. terdapat pula tanda-tanda yang boleh menjurus kepada pertengkaran. oleh kerana semua pihak – yg setuju dan tidak setuju – telah diberi peluang untuk menyampaikan pandangan masing-masing, sebagai tuan blog ini, saya memutuskan untuk tidak lagi membenarkan reply bagi isu ini.
sesiapa yang masih tidak berpuashati, silalah reply kepada blog yg berkenaan atau pergilah ke ruang forum lain utk terus menyuarakan pendapat.
salam