Najasyi Seorang Raja Muslim Yang Soleh

Ramai yang mengenali Abu Bakar, Umar, Utsman adan Ali r.a sebagai tokoh-tokoh di kalangan sahabat kerana keperibadian da sumbanagn mereka.

 

Namun ramai sekali di antara kita hari ini yang tidak mengenali siapa dia Najasyi yang bernama Ashamah, salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w.

 

Ashamah adalah nama bagi Najasyi (gelaran raja-raja di negeri Habsyah). Beliaulah raja yang melindungi para sahabat yang berhijrah ke Habsyah. Beliau tergolong sebagai salah seorang sahabat nabi s.a.w. Sahabat nabi s.a.w ialah mereka yang hidup di zaman Rasulullah s.a.w, beriman dengannya dan mati sebagai seorang mukmin.

 

Adakah anda terkejut apabila dikatakan bahawa Najasyi adalah sahabat Rasulullah s.a.w yang beriman dengannya dan mati sebagai seorang yang beriman? Tidakkah dia seorang raja yang beragama Nasrani yang melindungi para sahabat yang berhijrah di sana?

 

Sememangnya Najasyi ketika menerima para sahabat yang berhijrah ke negerinya ia beragama Nasrani tetapi ia keudiannya menganut agama Islam dan mati sebagai seorang muslim. Hakikat ini bukanlah satu dakwaan kosong tetapi berdasarkan kepada hadits sahih yang mana Rasulullah s.a.w apabila mendengar berita mengenai kematiannya beliau berkata yang bermaksud;

 

“Telah mati hari ini seorang lelaki yang soleh. Maka berdirilah dan solatlah ke atas saudara kamu Ashamah.” (Riwayat Al-Bukhari)

 

Sekiranya Najasyi itu bukan seorang muslim nescaya Rasulullah s.a.w tidak melakukan solat jenazah ghaib ke atasnya kerana haram menyembahyangkan mayat orang bukan Islam.

 

Setengah ulama mendakwa bahawa yang berimana dan kemudian disembahyangkan bukan Najasyi yang melindungi para sahabat tetapi Najasyi yang Rasulullah s.a.w menghantar surat kepadanya untuk menyeru dia kepada Islam di tahun yang mana dia menghantar surat kepada pelbagai pembesar di kawasan persekitaran.

 

Namun pandangan ini tidak diterima pakai oleh kebanyakan para ulama. Terdapat tanda-tanda bahawa Najasyi yang menerima para sahabat yang berhijrah telah cenderung pada Islam sejak awal-awal lagi. Catatan-catatan sejarah berikut menjadi petunjuk;

 

Namun apakah yang menarik dari Najasyi ini untuk kita mengambil iktibar darinya. Banyak yang boleh kita ambil iktibar dari Najasyi, antaranya;

 

1.    Beliau adalah seorang Raja yang muslim.

2.    Beliau memerintah negara yang majoriti rakyatnya beragama Nasrani.

3.    Walau pun beliau seorang muslim yang berkuasa sebagai raja, tetapi beliau tidak dapat melaksanakan Islam sepenuhnya kerana tidak mahu rakyat memberontak ke atasnya sehingga beliau tidak dapat lagi menjamin keamanan bagi para sahabat dan terus hilang peluang untuk memelihara keadilan umum dalam pemerintahan.

4.    Ketidakupayaan beliau untuk melaksanakan Islam melalui kuasanya kerana keterbatasan yang beliau jadapi, tidak menghalan Rasulullah s.a.w untuk mengakui kesolehannya.

 

Mengenai beliau ini, dinukil beberapa pandangan para ulama untuk diambil pelajaran.

 

Dr Omat Al-Asyqar menulis;

 

“Sesungguhnya kajian kami telah membawa kami bahawa Najasyi Ashamah yang beriman dengan Rasulullah adalah Najasyi yang melindungi para sahabat ketika mereka berhijrah kepadanya. Beliau kekal di tampuk pemerintahan lebih dari 10 tahun tanpa berupaya untuk melaksanakan syariat Allah di negara yang dia berkuasa ke atasnya tetapi dia memastikan perlindungan dan keamanan bagi orang-orang yang berhijrah kepadanya dan tidak syak bahawa beberapa orang dari kaumnya beriman dengan imannya.”(Dipetik dari buku Hukum penyertaan dalam kementerian dan majlis perwakitan rakyat (terj.), ms 77)

 

Ibn Taimiyah berkata;

 

“Dan Najasyi dan yang seumpamanya adalah orang-orang yang bahagia di syurga. Walau pun mereka tidak beriltizam dengan syariat Islam sekadar apa yang mereka tidak mampu. Bahkan mereka berhukum dengan syariat yang mereka boleh berhukum dengannya sahaja.” (Majmu’ Al-Fatawa, jld 19, ms 218-219)

 

Kisah yang ringkas ini sebenarnya memberi banyak pelajaran bagi sesiapa yang ingin berfikir dan ia adalah amat relevan dalam konteks masyarakat Islam yang minoriti yang mempunyai pelbagai keterbatasan dalam mengamalkan ajaran agamanya. Antara pelajar yang dapat diambil ialah;

 

1.        Sikap seorang muslim di tengah-tengah ‘jahiliyah’ tidak semestinya melarikan diri darinya e.g berhijrah atau menjauhinya.

2.         Menghadapi ‘jahiliyah’ tidak semestinya dengan berkonfrontasi dengannya tanpa mempertimbangkan persoalan maslahat dan mudarat.

3.         Ketidakupayaan seseorang untuk melaksanakan Islam secara sepenuhnya kerana keterbatasan yang dia hadapi tidak semestinya menjadikan dia seorang yang tercela.

4.         Hidup ditengah jahiliyah tidak bermakna tidak boleh mencapai kesolehan dan syurga di sisi Allah taala.

5.         Walau pun kita beriman dengan syariat sepenuhnya, tetapi kita hanya dituntut untuk melaksanakan apa yang termampu sahaja.

6.         Menanggung sedikit mudharat untuk maslahat yang lebih besar dibenarkan oleh Islam. Jangan sekali-kali menafikan rukhsah (keringanan) ini dari diri kita dan dalam usaha dakwah kita.

7.         Bekerja di bawah sistem ‘jahiliyah’ tidak semestinya dicela dan hina apatah lagi dihukum dnegan kufur.

8.         Jangan memandang rendah dan hina saudara-saudara kita yang bekerja di bawah sistem ‘jahiliyah’ kerana mungkin dia adalah Najasyi di sisi Allah taala, sedangkan kita tidak tahu akan kedudukan kita di sisiNya.

9.         Wajar memaafkan mereka yang berada di tengah-tengah ‘jahiliyah’ atas sedikit kemunkaran yang mereka terlibat atau mudharat yang harus mereka tanggung kerana realiti yang mereka berada di dalamnya. Seseorang itu dinilai secara keseluruhannya bukan melalui insiden-insiden tertentu sahaja.

 

Mengenai golongan yang tidak mahu menanggung kezaliman yang kecil tapi pada masa yang sama menyebabkan kezaliman yang besar, Ibn Taimiyah berkata;

 

“Adapaun yang melarang perbuatan sedemikian agar tidak berlaku kezaliman yang kecil, yang mana jika orang ramai menerima pandangan itu akan bergandalah kezaliman dan kerosakan, adalah ibarat orang-orang yang berada di tengah perjalanan lalu ditahan oleh perompak-perompak, jika mereka tidak menyukakan perompak-perompak itu dengan harta yang sedikit, mereka akan mengambil harta-harta dan membunuh mereka pula. Jika dikatakan kepada mereka ‘Tidak halal bagi kamu memberi perompak-perompak itu sesuatu dari harta kamu’. Mereka itu bertujuan untuk menjaga yang sedikit dan melarang dari memberikannya tetapi jika orang-orang itu semua melakukan apa yang dikatakan kepada mereka akan hilanglah segala-galanya. yang demikian itu tidak dianjurkan oleh sesiapa pun yang berakal lebih-lebih lagi tidak akan dianjurkan oleh syariat. Sesungguhnya Allah tala mengutus para rasul untuk memenuhi maslahat dan menyempurnakannya dan menghalang kerosakan dan mengurangkannya sekadar yang mampu”( Ibn Taimiyah, Majmu’ Al-Fatawa, jld 30, ms 357-359)

 

Ibn Taimiyah juga berkata;

 

“(Untuk mencapai maslahat yang wajib) Jika mewajibkan menanngung apa yang tidak sepatutnya dan tidak boleh meninggalkannya, maka jadilah ini seperti apa yang tidak sempuran satu kewajiban atau satu perkara yang mustahab kecuaali dengan sesuatu perkara, maka perkara itu pun menjadi wajib atau mustahab juga, jika kerosakan lebih ringan dari maslahat pada  perkara itu. Bahkan jika kekuasaan itu tidak wajib dan mengandungi kezaliman, lalu sesiapa sahaja yang memegang kuasa itu akan melakukan kezaliman, sehinggalah datang seorang yang bertujuan untuk mengurangkan kezaliman yang ada padanya dan menolak kebanyakan kezaliman itu dengan cara menaggung kezaliman yang ringan-ringan sahaja, yang demikian itu adalah baik jka disertai dengan niat seperti itu. Perbuatannya untuk melakukan keburukan dengan niat untuk menolak apa yang lebih buruk lagi adalah satu perkara yang baik.” (Ibid, jld 30, ms 52.)

 

 

Sheikh Muhammad Abduh apabila ditanya ‘Adakah boleh bagi muslim yang berkhidmat dengan pemerintah Inggeris berhukum dengan undang-undang Inggeris sedangkan ia adalah berhukum dengan apa yang bukan diturunkan oleh Allah?’, beliau menjawab;

 

“Adapun yang melarang perbuatan sedemikian agar tidak berlaku kezaliman yang kecil, yang mana jika orang ramai menerima pandangan itu akan bergandalah kezaliman dan kerosakan, adalah ibarat orang-orang yang berada di tengah perjalanan lalu ditahan oleh perompak-perompak, jika mereka tidak menyukakan perompak-perompak itu dengan harta yang sedikit, mereka akan mengambil harta-harta dan membunuh mereka pula. Jika dikatakan kepada mereka ‘Tidak halal bagi kamu memberi perompak-perompak itu sesuatu dari harta kamu’. Mereka itu bertujuan untuk menjaga yang sedikit dan melarang dari memberikannya tetapi jika orang-orang itu semua melakukan apa yang dikatakan kepada mereka akan hilanglah segala-galanya. yang demikian itu tidak dianjurkan oleh sesiapa pun yang berakal lebih-lebih lagi tidak akan dianjurkan oleh syariat. Sesungguhnya Allah tala mengutus para rasul untuk memenuhi maslahat dan menyempurnakannya dan menghalang kerosakan dan mengurangkannya sekadar yang mampu”( Ibn Taimiyah, Majmu’ Al-Fatawa, jld 30, ms 357-359)

 

Ibn Taimiyah juga berkata;

 

“(Untuk mencapai maslahat yang wajib) Jika mewajibkan menanngung apa yang tidak sepatutnya dan tidak boleh meninggalkannya, maka jadilah ini seperti apa yang tidak sempuran satu kewajiban atau satu perkara yang mustahab kecuaali dengan sesuatu perkara, maka perkara itu pun menjadi wajib atau mustahab juga, jika kerosakan lebih ringan dari maslahat pada  perkara itu. Bahkan jika kekuasaan itu tidak wajib dan mengandungi kezaliman, lalu sesiapa sahaja yang memegang kuasa itu akan melakukan kezaliman, sehinggalah datang seorang yang bertujuan untuk mengurangkan kezaliman yang ada padanya dan menolak kebanyakan kezaliman itu dengan cara menaggung kezaliman yang ringan-ringan sahaja, yang demikian itu adalah baik jka disertai dengan niat seperti itu. Perbuatannya untuk melakukan keburukan dengan niat untuk menolak apa yang lebih buruk lagi adalah satu perkara yang baik.” (Ibid, jld 30, ms 52.)

 

 

Sheikh Muhammad Abduh apabila ditanya ‘Adakah boleh bagi muslim yang berkhidmat dengan pemerintah Inggeris berhukum dengan undang-undang Inggeris sedangkan ia adalah berhukum dengan apa yang bukan diturunkan oleh Allah?’, beliau menjawab;

 

“Sesungguhnya Darul Harbi bukan tempat untuk melaksanakan hukum Islam. Atas dasar itu, wajib berhijrah darinya kecuali kerana keuzuran atau masalahat bagi orang-orang Islam, dengannya fitnah terhadap agama dapat dipelihara. Bagi sesiapa yang kekal, hendaklah dia berkhidmat untuk orang-orang Islam mengikut kemampuan dan menguatkan hukum-hukum Islam semampunya. Tiada jalan bagi menguatkan pelaksanaan Islam dan penjagaan maslahat orang-orang Islam seumpama mematuhi kebiasaan sesuatu pemerintahan. Terutama jika pemerintahan itu bersifat mudah dan dekat kepada keadilan bagi semua kaum seperti pemerintah Inggeris. Sebagaimaman diketuhi, undang-undang negara-negara ini amat dekaat dengaan syariat Islam dari yang selainnya kerana ia menyerahkan banyak kebanyakan perkara kepada ijtihad kuasa kehakiman. Sesiapa yang baik dalam menjawat kehakiman dalam Islam lalu menjawat kehakiman di India dengan tujuan yang betul dan niat yang baik, mudahlah bagi dia untuk berkhidmat bagi orang-orang Islam dengan khidmat yang mulia. Zahirnya meninggalkan perbuatan yang seperti itu di kalangan orang-orang berilmu dan keupayaan bagi kehakiman dan yang lain darinya dari tugas-tugas pemerintahan kerana takut dosa dari beramal dengan undang-undangnya akan mengabaikan banyak maslahat agama dan dunia bagi orang-orang Islam.Tidaklah kesulitan yang menimpa orang-orang Islam di India dan yang lain-lain dan kemunduran mereka dibanding dengan kaum penyembah berhala kecuali disebabkan oleh ketiadaan jawatan-jawatan dalam pemerintah.

 

Zahirnya penerimaan orang-orang Islam bagi kerja dalam pemerintah Inggeris di India dan yang seumpamanya dan berhukum dengan undang-undangnya adalah satu rukhsah yang termasuk di bawah kaedah menanggung mudarat yang lebih ringan, kalau pun tidak menjadi hukum azimah atas tujuan untuk membantu Islam, menjaga maslahat orang-orang Islam.” (Muhammad Abdul, Tafsir Al-Manar, jld 6, ms 408.)