Sayang Isteri Ditinggal-tinggalkan

(Artikel di bawah ini dipetik dari Majalah At-Takwin, Januari 1997)

 

Satu hari aku bertanya kepada isteriku, “Apa perasaan anti bila ana selalu pulang lewat dan tiada mempunyai masa yang mencukupi untuk bersama-sama keluarga?”

 

Isteriku diam. Lama kemudian ia tersenyum dan berkata, “Isteri mana yang tidak suka kalau suaminya ada di sisinya dan dapat bermesra dengannya. Isteri mana yang tidak gembira kalau melihat suaminya bermain dan berketawa dengan anak-anaknya. Apa lagi kalau ia melihat wanita lain yang bergembira, berjalan-jalan dengan suami dan anak-anak mereka. Kadang kala terasa terkilan juga dan sedih. Selalu juga terasa syaitan cuba mengambil kesempatan untuk mengganggu perasaan kita agar tidak reda dengan ketiadaan suami disebabkan tugas-tugas dakwahnya.”

 

Aku bertanya lagi, “Apa yang anti buat kalau macam tu?”

 

Beliau berkata, “Ana akan mengingat diri ana dengan ayat-ayat Al-Quran yang terkandung dalam surah At-Tahrim, ayat 28 – 34 surah Al-Ahzab, ayat 14-16 surah At-Taghabun, ayat 24 surah At-Taubah, ayat 11 surah Al-Munafiqun dan dalil-dalil lain yang ana tahu. Sebab itu penting bagi sister untuk sentiasa mengikuti program tarbiyah agar peringatan-peringatan seperti ini sentiasa segar dan membantu untuk sabar. Cuma kadangkala ana bimbang sampai bila ana akan tahan sabar?”

 

Dia tergelak kecil. Aku lalu berkata, “Jangan sekali-kali anti merasakan ketika anti atau sister yang duduk di rumah sendirian kerana kesibukan suami dengan tugas-tugas dakwah bahawa mereka seorang yang kerinduan, mereka seorang yang merasa kehilangan kasih sayang dan mereka sahaja yang berada pada pihak yang “rugi”. Sebagaimana anti menyayangi ana, ana juga menyayangi anti, sebagaimana anti memerlukan kemesraan dan kasih sayang ana, ana juga memerlukan kemesraan dan kasih sayang dari anti dan ana juga merasa kehilangannya apabila ana berada diluar rumah. Ana dan brothers yang seperti ana bukan meninggalkan rumah untuk menghiburkan hati sendiri di kedai kopi seperti setengah orang tetapi kita bertugas menunaikan tanggungjawab agama. Sepanjang kita menunaikan tugas di luar rumah sering kali kita teringat isteri dan anak-anak masing-masing dan mengharap agar dapat bersama mereka dan bermesra. Kita bukan hanya mempunyai tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak tetapi kita juga mempunyai tanggungjawab lain. Point yang ana nak nyatakan ialah macam mana anti dan sister seperti anti merasakan bila suami masing-masing selalu tiada dirumah ana dan brothers yang seperti ana juga merasakan sedemikian bahkan kadangkala kami merasa sedih kerana tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai suami dengan sepenuhnya. Anti sedar tak? Walau pun ana dan brothers seperti ana ini sibuk dengan kerja dakwah dan kurang masa bersama keluarga tetapi kalau dikira-kira sebenarnya Allah taala masih lagi mengizinkan kita untuk bersama sekurang-kurangnya 8 jam setiap malam atau hari. Cuma masalahnya kita hanya menggunakan masa itu untuk tidur sahaja. Ertinya bukan kita tidak mempunyai masa untuk bersama tetapi bagaimana kita dapat gunakan masa 8 jam itu lebih dari untuk tidur semata-mata. Bukankah ini masih merupakan luxury jika dibandingkan dengan pendakwah-pendakwah yang lain?”

 

Isteriku tersenyum dan di pipinya aku lihat air mata mengalir. Beliau lalu mengucup pipiku sambil berkata, “Thank you for your reminder!!!”