Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Sesiapa yang memerdekakan seorang hamba Muslim, maka tertebuslah setiap anggota badannya melalui anggota badan hamba itu dari neraka.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim. Rujuk kitab Al-Lu’lu’ Wa Al-Marjan, hadits no. 964) Pelajaran 1. Hadits ini membicarakan mengenai kelebihan memerdekakan hamba. Jika kita mengkaji hukum Islam, kita […]
Pelajaran 90 – Suka Kepada Kebaikan, Selalu Menghasilkan Yang Baik
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Seorang mukmin itu seumpama lebah. Dia tidak memakan kecuali yang baik dan tidak meninggalkan sesuatu kecuali yang baik pula.” (Riwayat At-Tobrani dan Ibn Hibban. Rujuk Sahih Al-Jami’ As-Saghir, no. 5847) Pelajaran 1. Hadits ini mengajar satu nilai hidup dan sikap yang lahir dari nilai tersebut yang perlu ada bagi seorang […]
Pelajaran 89 – Jangan Bersikap Pesimis
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Jika seorang lelaki berkata ‘Celakalah manusia.’, maka sesungguhnya ia lebih celaka dari mereka.” (Riwayat Muslim) Pelajaran 1. Hadits ini memberi peringatan kepada kita agar tidak berfikiran buruk dan menghukum kecelakaan ke atas orang lain kerana hukum berkenaan mungkin akan berpaling kepada dirinya sendiri atau sikap berkenaan akan menyebabkan kecelakaan atas dirinya. […]
Pelajaran 88 – Hidup Dalam Persekitaran Yang Tidak Boleh Mengamalkan Islam Sepenuhnya
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w memaklumkan kematian Najasyi pada hari kematiannya. Beliau keluar bersama para sahabat ke tempat solat, menyusun barisan dan bertakbir empat kali ke atas Najasyi. (Riwayat Al-Bukhari & Muslim) Jabir meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w berkata pada ketika Najasyi meninggal dunia ‘Telah meninggal hari ini seorang lelaki yang soleh. Berdirilah kamu semua […]
Pelajaran 87 – Bagaimana Menghadapi Kelemahan Manusia
Hasan b Ali r.a berkata “Ada seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w, maka orang itu berkata “Sesungguhnya aku adalah orang yang penakut dan aku juga termasuk orang yang lemah.” Maka Nabi menjawab “Kemarilah… lakukanlah jihad yang tidak menggunakan kekuatan di dalamnya, iaitu haji.” (Riwayat Al-Tabrani) Pelajaran 1. Hadits ini mengajar kita bagaimana menghadapi seorang yang mempunyai […]
Pelajaran 86 – Pendakwah Tidak Selalu Betul
Aisyah dan Anas telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Kamu lebih tahu mengenai urusan dunia kamu.” (Riwayat Muslim) Rafi’ bin Hudaij pula meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesungguhnya aku hanya seorang manusia, kalau aku perintahkan kamu dalam urusan agama kamu, maka ambillah dan kalau aku perintahkan kalian berdasarkan pendapat sendiri, sesungguhnya […]
Pelajaran 85 – Beberapa Prinsip Dalam Dakwah
Abu Hurairah telah meriwayatkan bahawa seorang Arab Badwi telah datang kepada Rasulullah s.a.w lalu berkata ‘Wahai Rasulullah, tunjukkanlah satu amalan yang apabila saya lakukan, saya akan masuk syurga.’ Beliau menjawab ‘Hendaknya kamu menyembah Allah dan tidak menyengutukannya dengan sesuatu, mendirikan solat yang wajib, menunaikan zakat yang diwajibkan dan berpuasa pada bulan Ramadhan.’ Orang itu berkata […]
Pelajaran 84 – Erti Mengubah Kemungkaran Dengan Tangan
Abu Sa`id Al-Khudri meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Jika dia tidak mampu, hendaklah dia mengubahnya dengan mulutnya dan jika tidak mampu, dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemahnya iman.” (Riwayat Muslim) Pelajaran 1. Mengubah kemungkaran dengan tangan bermaksud mengubahnya dengan kuasa yang […]
Pelajaran 83 – Niat Baik Sahaja Tidak Mencukupi
Dari Nu`man b. Basyir r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Perumpamaan orang-orang yang menjalankan hukum Allah dan yang sesuai dengan realiti yang ada ialah ibarat satu kaum yang peduli terhadap urusan kaum lain dalam sebuah perahu (kapal). Sebahagian penumpang di lantai atas dan sebahagain lagi di lantai bawah. Apabila penumpang di lantai […]
Pelajaran 82 – Dimensi Makro Dan Mikro Dalam Dakwah
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Apabila di antara kamu ada yang menjadi imam manusia (dalam solat), hendaklah dia memperingankan kerana di antara mereka ada yang lemah, ada yang sakit dan ada yang tua. Apabila dia solat bersendirian, silakan memperpanjang sesuai dengan keinginannya.” (Riwayat Al-Bukhari) Pelajaran 1. Hadits ini mengajar kita bahawa di sana terdapat dua […]