Pelajaran 61 – Dakwah Hendaklah Hidup Dengan Ekologinya

Abu Hurairah r.a berkata “Rasulullah s.a.w bersabda ‘Perumpamaan seorang mukmin bagaikan pohon yang lunak dahannya, dari mana datangnya angin dia sanggup mengikutinya. Manakala apabila ia mula keras, ia dijatuhkan oleh bala’. Perumpamaan orang yang fajir (jahat) ialah bagaikan pohon yang kaku tegak. Apabila ada angin keras, ia langsung patah, jika Allah menghendaki’.” (Riwayat Al- Bukhari […]

Pelajaran 60 – Sikap Pendakwah Terhadap Pelaku Maksiat

Umar telah meriwayatkan bahawa semasa hidup Rasulullah s.a.w terdapat seorang lelaki bernama Abdullah yang mempunyai gelaran keldai dan dia selalu membuat Rasulullah s.a.w ketawa. Rasulullah s.a.w telah sebat dia kerana minum minuman keras. Pada satu hari, dia telah dibawa kepada Rasulullah s.a.w atas kesalahan yang sama dan disebat. Salah seorang dari para sahabat telah berkata […]

Pelajaran 59 – Bertahap-Tahap Dalam Berdakwah

Abi Ma’bad meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada Muaz b. Jabal ketika hendak dikirim ke Yaman yang bermaksud; “Sesungguhnya engkau akan datang kepada kaum dari Ahli Kitab. Maka jika kamu telah datang kepada mereka, ajaklah mereka untuk bersyahadah bahawa sesungguhnya tiada ilah (tuhan) selain Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah utusan Allah. Jika mereka telah […]

Pelajaran 58 – Berdakwah Dengan Pembesar

Dari Ibn Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah menghantar surat kepada Raja Rom yang bermaksud “Dari Muhammad Rasulullah s.a.w kepada Hercules, Raja Agung Rom. Salam sejahtera atas sesiapa yang mengikut petunjuk. Maka saya mengajak tuan untuk memeluk Islam. Islamlah nescaya tuan akan selamat. Islamlah nescaya Allah akan memberi tuan pahala dua kali ganda. Jika tuan […]

Pelajaran 57 – Mengalahkan Lawan Bukan Matlamat Utama Dakwah

Abdullah b Amr r.a berkata “Ketika Nabi s.a.w mengepung Taif dan tidak dapat berbuat apa-apa terhadap mereka, beliau lalu bersabda ‘Kami akan pulang, insyaAllah.’ Berita ini diterima dengan berat oleh para sahabat sehingga mereka berkata ‘Apakah kita tinggalkan tanpa membukanya (mengalahkannya)?’ Maka Nabi s.a.w bersabda ‘Mari kita berperang.’ Ketika berperang, mereka menderita luka-luka, sedang musuh […]

Pelajaran 56 – Mengutamakan Usul (Prinsip) Sebelum Furu’ (Cabang)

Al-Barra’ b. `Azib berkata “Ketika Rasulullah s.a.w telah sepakat membuat surat perjanjian Hudaibiyah, Ali berperanan sebagai penulis surat perjanjian itu. Beliau menulis ‘Muhammad Rasulullah’. Orang-orang musyrik berkata “Jangan tulis Muhammad Rasulullah. Jika kau benar seorang Rasul, kami tidak akan memerangi kamu. Rasulullah s.a.w lalu berkata “Padamlah ia.” Ali berkata “Aku tidak akan memadamnya.” Rasulullah s.a.w […]

Pelajaran 55 – Keterbukaan Pemimpin Dan Disiplin Pengikut

Dari Abi Wail, beliau berkata “….. Kami bersama Rasulullah s.a.w di hari Perjanjian Hudaibiyah. Jika pada hari itu ada kesempatan perang, nescaya kami akan berperang. Umar b. Al-Kahttab lalu datang kepada Rasulullah dan berkata “Wahai Rasulullah! Tidakkah kita berada di atas kebenaran dan mereka berada di atas kebatilan?” Rasulullah s.a.w berkata “Benar.” Umar r.a berkata […]

Pelajaran 54 – Agar Jangan Sampai Jemu

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Bagi tiap-tiap amal ada masa-masa rajinnya dan bagi setiap masa rajin ada masa futur (lemah / malas). Barangsiapa yang futurnya kepada sunnahku, sesungguhnya ia telah memperoleh petunjuk dan barangsiapa yang futurnya kepada selain sunnahku, maka sesungguhnya ia telah tersesat.” (Riwayat Al-Bazzar) Pelajaran 1. Hadits ini sekali lagi mengingatkan kita akan […]

Pelajaran 53 – Menangguh Usaha Mengubah Kemunkaran

Dari Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Seandainya bukan kerana kaummu yang masih kufur, maka aku akan meruntuhkan Ka`bah kemudian aku dirikan kembali atas asas binaan Ibrahim kerana orang Quraisy telah mengurangi dalam pembinaan Ka`bah dan membuat pintu (khusus).” (Riwayat Al-Bukhari) Telah berkata Muaz b Jabal r.a “Saya pernah dibonceng oleh Nabi s.a.w […]

Pelajaran 52 – Dakwah Kuantitatif, Bukan Sekadar Andaian

Huzaifah r.a telah berkata “Berkata Rasulullah s.a.w ‘Catatkanlah untukku nama orang-orang yang telah menganut Islam.’ Maka kami mencatat seribu lima ratus orang dan kami berkata ‘Apakah tuan merasa takut terhadap kami padahal kami kini seribu lima ratus orang?’ Kemudian nyata kami telah diuji dengan bala ketakutan sehingga adakalanya seorang itu bersembahyang sendirian kerana takut.” (Riwayat […]