Pelajaran 1 – Melakukan Dakwah Dengan Berfikir Dan Beramal Dengan Kejelasan

Dipetik dari buku Sampaikan Daripadaku. Maklumat buku boleh didapat di sini.

 

Allah berfirman

 

فَلَمَّا ذَهَبَ عَنْ إِبْرَاهِيمَ الرَّوْعُ وَجَاءَتْهُ الْبُشْرَىٰ يُجَادِلُنَا فِي قَوْمِ لُوطٍ (74) 

إِنَّ إِبْرَاهِيمَ لَحَلِيمٌ أَوَّاهٌ مُّنِيبٌ (75) 

يَا إِبْرَاهِيمُ أَعْرِضْ عَنْ هَٰذَا ۖ إِنَّهُ قَدْ جَاءَ أَمْرُ رَبِّكَ ۖ وَإِنَّهُمْ آتِيهِمْ عَذَابٌ غَيْرُ مَرْدُودٍ (76)

 

 

“Maka tatkala rasa takut telah hilang dari Ibrahim dan berita gembira telah datang kepadanya, dia pun bersoal jawab dengan (malaikat-malaikat) Kami tentang kaum Luth. Sesungguhnya Ibrahim itu benar-benar orang yang penyantun dan suka kembali. Hai Ibrahim, tinggalkanlah soal jawab ini, sesungguhnya telah datang ketetapan Tuhanmu, dan sesungguhnya mereka itu akan didatangi azab yang tidak dapat ditolak.” (Hud : 74-76)

 

Pelajaran

  1. Dakwah harus melahirkan pendakwah yang berfikir dan berkeyakinan diri untuk berhujah.
  1. Walau pun berhadapan dengan perintah Allah taala, ia tidak menghalang nabi Ibrahim untuk berhujah dan menyatakan pandangannya.
  1. Aktivis dakwah, tidak seharusnya mengikut arahan sahaja tetapi tetap berfikir dan taat dengan kejelasan, harus berani dan berkeyakinan untuk menyampaikan pandangan dan berhujah.
  1. Allah taala tidak menyalahkan atau mencela Nabi Ibrahim a.s. atas soalannya bahkan memuji beliau. Allah taala hanya memaklumkan bahawa walau pun ia mempunyai pandangan tetapi telah cukup tempoh yang diberi bagi kaum Lut sehingga mewajarkan azab ke atas mereka.
  1. Pemimpin haruslah memimpin para pendakwah untuk berfikir dan beramal atas kejelasan bukan taat buta.
  1. Pemimpin haruslah berjiwa besar untuk bersedia menerima pandangan dan hujah dari pengikutnya.

  2. Dakwah bukan indoktrinasi bukan dogma dan cuci otak.

  3. Rujuk juga kisah Nabi Ibrahim a.s. meminta Allah taala untuk menunjukkan kepadanya bagaimana Dia menghidupkan makhluk yang telah mati di Al-Baqarah : 260.

 

Dipetik dari buku Sampaikan Daripadaku… Klik di sini untuk maklumat buku.