Kemusykilan Agama – Apabila buang air besar pun membatalkan puasa? :)

(Dipetik dari ruang Ask_Ustaz di rantauan.com)

Soalan

salam ustaz,

di sini ingin saya meminta pendapat ustaz kerana saya ada baca dan dengar beberapa pendapat mengenai hal berikut…

apakah batal puasa jika kalau buang air, tiba2 najis kita termasuk balik dalam tubuh kita atau dalam perkataan lain membuang air besar tanpa meneran sepenuhnya lalu najis tidak keluar sekali gus? Ada yang kata batal ada yang kata ianya suatu yang ditokok tambah….tapi pada saya, saya musykil kerana saya rasa ianya adalah di luar kawalan kita.

harap ustaz dapat berkongsi pendapat. terima kasih.

—————-

Jawaban

Salam

Masalah yang dinyatakan itu memang ada dalam buku fiqh lama.

Walapun kita menghormati para ulama dahulu, tetapi itu tidak bermakna segala apa yang mereka tulis boleh digunapakai.

Antara yang tidak perlu dipedulikan ialah masalah yang seperti ini.

Pada pendapat saya, lebih baik bagi ustaz yang mengajar untuk tidak membawa atau menyampaikan masalah itu kepada orang awam yang hanya akan membingungkan, menyusahkan mereka dan memberi gambaran bahawa agama Islam ini macam satu agama yang tidak logik dan praktikal.

Bagi menjawab soalan sedemikian, hukumnya ialah tak batal. Kenapa? Kerana perkara sedemikian adalah sesuatu yang susah nak dielakkan. Bayangkan, bila seseorang buang air besar, mestilah kemut untuk potong najis itu. Bila itu berlaku pastinya, ada yang termasuk sedikit. Ini satu perkara yang natural. Mana boleh elak? Oleh itu, tidak praktikal kalau kemudiannya seseorang tu dihukum puasanya jadi batal.

Kalau islam satu agama yang natural, takkanlah sampai macam tu sekalikan?

Akibat dari fahaman macam nilah, lalu timbul orang yang berpuasa tahan buang air besar dari pagi hingga malam, pasal takut terbatal. Hal ini pasti menyusahkan dan tidak sesuai dengan kehidupan semulajadi.

Untuk penjelasan lanjut, sila baca link di bawah

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503549212

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503543052

Wallahu A`alam