(Nota: Dipetik dari dari ruang Ask_Ustaz di rantauan.com)
Soalan
Salam
Bilakah fermentasi dalam makanan menyebabkan ia menjadi haram?? Banyak makanan yang kita makan seharian terhasil dari proses fermentasi seperti tapai dan tempe.
Terima kasih
—————————–
Jawaban
Salam
Pada pendapat saya, apa makanan yang mengandungi alkohol disebabkan natural fermentation tidak menjadi haram selama mana kandungan alkohol tu tidak sampai kepada tahap yang pada adat kebiasaan average people memabukkan bila dimakan/minum.
Kalau kerana ada alkohol sahaja, menyebabkan haram, pastinya, banyaklah benda yang tidak boleh makan. Contohnya gula pasir yang sememangnya mengandungi alkohol.
Ada sesiapa mabuk kerana makan roti banyak-banyak kerana ia dibuat menggunakan bahan yang terhasil dari fermentasi (ragi/yeast)?? (ha..ha..ha). Sebab itu makan roti tidak haram.
Adakah umumnya orang menjadi mabuk kerana makan tapai ubi?? Jika jawabnya tidak, maka tidak haram. Tapi kalau ada individu tertentu yang makan sikit pun mabuk, maka haramlah ke atas dia tapai ubi.
Kalau mahukan maklumat yang lebih tepat lagi, bertanyalah kepada food technologist mengenai standard kadar dan jenis alkohol yang mengikut industri pemakanan boleh dikategorikan sebagai boleh memabukkan atau alcoholic.
Salam
thanks bro…
saya punya kebiasaan
Makan tapai pulut hitam dan ayam goreng kering
makanan wajiub pas lebaran.
Salam,
Di sini, perkara yang dimusykilkan adalah fermentasi. Dan jawapan dari yang berilmu adalah KADAR kandungan ALKOHOL. Kalau sedikit pun dimakan atau diminum ada yang KEHILANGAN WARASnya PEMIKIRAN, maka jatuh hukumnya HARAM. Maka soalan dari saya atau yang memusykilkan saya, apa hukum alkohol pada minyak wangi, minyak rambut, sabun dan sebagainya. Ianya tidak diminum atau di makan, mustahil sekali akan menjadi mabuk. Mengapa ada yang menghukumnya HARAM, NAJIS. Tidak boleh dibawa solat. Adakah air arak itu HARAM diminum kerana ianya memabukkan tapi HARUS disentuh atau masih juga HARAM disentuh. Bagaimana pula dengan DADAH. Ianya haram disedut, hisap dan sebagainya tapi adakah ianya HARUS disentuh.
Salam…
Salam… bukankah sebaiknya kalau jawapan begini dijawab dgn merujuk kepada fatwa, atau pendapat ulama' dan sebagainya, dan bukan hanya jawab “menurut pendapat saya”, berdasarkan hujjah aqal sahaja…. Wallahu a'lam…
salam
terima kasih atas responnya.
bagi menjawab komentar terbangbangau dan yani, sila lihat sebagai rujukan
mengenai produk minyak wangi atau kegunaan luar beralkohol
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503544278
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503543222
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1131347571539
Namun, diakui sememangnya ada pendapat yang tidak membenarkan penggunaan produk ini. Pendapat ulama kelompok ini bersandarkan kepada hujah bahawa alkohol itu najis.
mengenai tapai dan yang sejenisnya (lihat pendapat saya para 2-4), lihat fatwa dari badan hal ehwal agama islam
http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/95d77f708ec34c8e0025729f000725e3?OpenDocument
dan fatwa qaradawi
http://www.gulfnews.com/News/Gulf/qatar/10205203.html