(Nota: Dipetik dari AskUstaz di rantauan.com)
Soalan
Salam Ustaz,
Saya ada beberapa soalan. Harap boleh tolong terangkan.
I read an article from one of the websites you recommended for a question sometime ago about tahlil 7,40, 100 days etc.
The article indicates that bertahlil itu perbuatan yang bersia-sia. Buat kenduri arwah or kenduri doa selamat also not encouraged.
Question:
1) Kalau ada kematian, the best would be takde kenduri langsung ke?
2) Next question, i remember when my parents passed away, people told me to sedekahkan yasin and fatehah. Until now, i still do bacakan surah yaasin, surah al-fateha to my parents.
So it’s a waste actually? berkat baca yaasin, fatehah or any ayat Qu’ran or sedekah will not reach them?
So then i guess i should just read the yaasin for myself and after that doakan for them as usual saja ke? eg ampunkan dosa mereka, lindungi dari segala azab kubur dan azab api neraka, cucuri rahmat, etc?
3) if berkat doa tak sampai, then why do we sedekahkan alfateha untuk si arwah when we hear of a kematian? or in the newspaper under kematian, usually ditulis alfateha on top of a picture of the arwah.
4) i was also told kalau di tempat perkuburan tu, for example, if you are looking for a certain kubur but cannot find, sebelum nak baca nama-nama di batu nisan tu, have to baca al-fateha, sebab kalau tak, boleh buat kita lupa-lupa. Is it?
Terima kasih…
Salam,
—————-
Jawaban
salam
di bawah ni dikirimkan beberapa link yg akan membantu untuk memberi kefahaman yg lebih luas dalam isu ini. harap dapat membacanya.
komen saya ialah berikut:
a. mengenai tahlil dan sedekah doa dan amalan kita
1. isu boleh atau tak boleh bertahlil adalah isu yg diperselisihkan para ulama sejak ratusan tahun dulu. pandangan yg dinyataan mewakili hanya satu dari pelbagai pandangan yg ada. saya tidak mengatakan pandangan itu salah, tapi hy untuk mengatakan ia tidak memberi hukum yg muktamad dalam isu ini. ia benar setakat bagi mereka yg ingin berpegang dgn hujah-hujahnya sahaja tapi tak boleh diimpose ke atas org lain atau dijadikan standard kepada semua muslim.
dalam masalah seperti ini, takkan boleh sama sekali utk minta semua muslim berpegang dgn satu pendapat sahaja. kita boleh berbincang mengenai hujah masing-masing pihak tapi akhirnya setiap pihak haruslah bersedia utk agree to disagree dan menghormati pendirian yg lain. siapa yg degil dan insist hy pandangan dia yg betul, dialah yg tercela kerna kedegilannya dan kerna ingin menjadikan sesuatu hukum yg sebenarnya tidak absolut menjadi absolut.
2. apa pun, tahlil ini hanyalah satu amalan sunat, bukan wajib. jadi benda yg sunat ni, jgnlah diwajibkan ke atas diri sendiri atau ke atas org lain. apatah lagi sehingga membebankan.
3. sebaik-baik sedekah amalan yg hendak dibuat bagi ibu bapa ialah yg datang dari anak-anaknya sendiri langsung dan dilakukan setiap hari atau sekerap mungkin = jgn jadikan tahlil sebagai ganti sedekah seorg anak kpd org tuanya yg telah pergi. yg buat macam tu, umumnya (bukan semua) ialah mereka yg samada tak tahu beribadah atau tak rajin beribadah = setahun beberapa kali, dia mencari sesiapa utk melakukan bagi pihaknya
4. tahlil utk 1, 3 7, 40, 100, 365 hari dan yg sedemikian, bukan pada dasarnya berasal dari sumber agama islam. ia adalah resapan budaya lain ke dalam amalan umat melayu. oleh itu, hendaklah ia ditinggalkan. ertinya, kalau nak buat tahlil pun, buatlah pada masa-masa yg dirasakan sesuai dan bukan kerna sempena hari ke berapa setelah kematian.
5. last sekali, terserahlah kpd anda, nak berpegang dgn pandangan yg mana. yg penting kena faham dasar-dasar setiap pandangan dan yg penting sekali, apa jua pandangan yg hendak dipegang, hormatilah pegangan org lain dan jgn “memeluhkan diri” kerna pegangan org lain tu. boleh bertukar pandangan dgn org lain dlm isu ini, tapi tak yah nak berdebat panjang-panjang kerna, seperti yg dikatakan tadi, tdk akan mungkin akan ada kesepakatan di klgn umat islam dalam hal ni dan tidak perlu juga utk menghomogenisekan pendirian umat islam dalam isu ini.
b. q2 dan 3.. saya berpendapat sedekah tu diterima dan tidak sia-sia. hujah-hujahnya ada dalam link yg pertama dan akhir.
c. q4.. ini hylah myth.
Wallahu A`alam
http://syariahonline.com/kajian.php?lihat=detil&kajian_id=2171
http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/108fcbc7ad575fc6482575b7005b2c27?OpenDocument
http://mufti.perak.gov.my/kemusykilan/tahlil.pdf
http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2000/ic23_2000.htm
tks for sharing ustaz……..
PENJAGAAN SUAMI YANG SAKIT,
Salam Ustaz,
Ustaz, bapa saya sakit stroke dan dijaga oleh pembantu rumah di rumah A. Ibu saya tidak mampu untuk menguruskan bapa saya seorang kerana keadaan nya yang berat. Ibu saya tidak dapat menjaga bapa saya sepenuh masa kerana ibu saya bekerja dan tinggal bersama adik saya di rumah B bagi menanggung kos perbelanjaan. Kami mempunyai dua buah rumah. Ibu saya akan pulang melihat bapa saya seminggu sekali. Soalan saya,
Bagaimanakah dari segi syariat kedudukan ibu saya, beliau tidak dapat menjaga bapa saya sepenuh masa kerana dari segi islam seorang isteri harus berada di sisi suami dan menjaganya ketika sakit. Adakah di patut melepaskan pekerjaannya dan menjaga bapa saya.
Berdosa kah ibu saya tidak membantu menjaga bapa.
terima kasih.
akmalnajwa
salam
semoga allah memberi kesembuhan kepada bapa anda dan memudahkan segala urusan hidup keluarga anda.
bersabarlah dengan kerenah menjaga org tua yg sedemikian kerana beliau juga pernah bersabar dgn kerenah kita semasa kecil.
kedua org tua saya yg berusia 70 tahun lebih pun tinggal bersebelahan rumah saya.
mengenai ibu anda – dalam hal ini menunaikan kewajiban sebagai isteri utk menjaga kebajikan suami bukan semestinya dilakuakn oleh beliau langsung. yg penting ialah beliau berusaha memastikan bhw kebajikan suaminya tetap terjaga. menggunakan pembantu rumah utk memenuhi tgjawab ini bukanlah satu kesalahan. jika kita anggap menyediakan makanan utk suami adalah satu kewajiban, apakah mesti isteri yg memasak dan tak boleh guna pembantu rumah utk masak dll? jawabannya, tidak.
zaman nabi pun, kaum wanita mengguna hamba dan pembantu rumah utk melaksanakan tugas di rumah.
namun, perlulah diingat agar ia tidak menyebabkan 'personal touch' dari seorg isteri terus tiada. bagaimana ini boleh dilakukan = perlulah difikirkan sendiri mengikut konteks diri masing-masing.
apatah lagi, jika si suami tidak mempunyai masalah dgn arrangement seperti ini.
pada dasarnya, tidak salah utk seorg isteri bekerja di luar rumah. dalam hal ini, samada perlu berhenti kerja atau tidak banyak bergantung kepada keadaan dan pertimbangan baik-buruk. tapi prinsipnya, ia bukan kemestian, jika ada pilihan lain yg dapat memenuhi objektif utama – menjaga kebajikan suami.
salam
Salam Ustaz. Nak tanya. Kami kerap diundang kemajlis tahlil dihari2 tertentu eg 3 7 40 100hari & tahunan. Kami tak hadir kerana faham amalan2 tersebut tidak sesuai dlm agama kita. Tapi rasa bersalah kerana sering tak dpt menyampaikan hajat yg mengundang, terutama sekali dari pihak keluarga yg berusia. Tolong ustaz beri pandangan. Terima Kasih Ustaz
salam
oleh kerana perbuatan sedemikian bukan sesuatu yg sah di sisi agama, tidak perlu timbul soal rasa bersalah kerana tidak pergi.
yg patut rasa bersalah ialah org yang menganjurkannya.
namun jika nak jaga hati juga, anda bolehlah pertimbangkan utk hadir pada waktu majlis kenduri itu selesai.
perlu saya nyatakan menganjurkan tahlil tahunan tidak sama hukumnya dengan menganjurkan tahlil berdasarkan tempoh urutan 3, 7, 40 dan 100 hari.
hukum tahlil tahunan sama seperti apa yg saya nyatakan di atas itu.
Alhamdulillah. TerimaKasih Ustaz penjelasannya. Semuga Allah merahmati Ustaz & keluarga.