(Nota – Dipetik dari ruang Ask_Ustaz di rantauan.com)
Assalamualaikum
Saya memelihara seekor kucing di rumah, Cookie. Dia dari keturunan Ragdoll – bermakna bulu kulitnyanya panjang dan dia cepat mesra dengan manusia yang dia percaya. Kucing ini sangat manja dan tidur sebilik (kadangkala sekatil) dengan kami.
Apabila saya bersolat,Cookie kadangkala akan datang melintang sejadah. Jika saya ingat, saya akan stroke dia dan tell him nicely ‘ we are praying Cookie, come lets pray to Allah” dan dia akan duduk di tepi sejadah diam-diam, masya’allah.
Tetapi, bila kami dah sudah – dia suka baring atas sejadah. Dia juga suka duduk di atas telekung saya yang saya telah lipat di atas katil.
Saya pernah diberitahu bahwa ada ulama yang buat kesimpulan solat tidak sah jika ada bulu kucing (yang sudah tercabut) di pakaian, badan atau sejadah kita. Betulkah ini Ustaz?
Cookie berleluasa di setiap korner rumah. Jika bulu bertempiaran di rumah, adakah ini bermakna seluruh rumah kami bernajis?
——————————-
Jawaban
Salam
Memang ada ulama (mazhab Shafi’ii dan Hanbali) yang berkata bulu kucing itu najis kerana berpegang pada pendapat bahawa apa yang terpisah dari binatang yang boleh dimakan tetapi tidak disembelih atau binatang yang tidak boleh dimakan adalah najis.
Namun, saya condong pada pendapat yang sebaliknya (Hanafi dan Maliki) kerana
1. ada hadits nabi s.a.w yang menceritakan mengenai seorang sahabat yang bertanya mengenai hukum kucing. Nabi lalu jelaskan bahawa ia tidak najis kerana ia adalah binatang yang sering berkeliaran di rumah dan sekitaran kita. Kalau ia najis, akan pasti menyusahkan. Sedangkan Islam adalah agama yang memudahkan.
Lihat hadits — diriwayatkan dari Abu Qatadah, di mana Rasulullah saw bersabda, “Kucing itu tidak najis, ia termasuk haiwan yang berkeliling dalam lingkunganmu.” (HR yang berlima. Kata Imam Tirmiddzi:’hadith ini hasan lagi sahih. Juga dinyatakan sahih oleh Imam Bukhari)
2. Sahabat nabi s.a. w bernama Abu Hurairah dinamakan sedemikian kerana ia memang suka dengan kucing dan dia ada kucing peliharaan yang dibawa ke mana-mana. Kalau bulu kucing yang tercabut itu najis, dia pasti tidak melakukan sedemikian kerana hakikatnya amat sukar untuk menjaga diri dari bulu kucing yang tertanggal.
Wallahu A`alam