Kemusykilan Agama – Kahwin antara agama

(Nota: Dipetik dari ruangan Ask_Ustaz di rantauan.com)

Soalan

Assalamuaalaikum,

Saya ingin bertanya bolekah seorang Muslim tu berkahwin dengan seorang yang bukan Muslim seperti Kristian atau Yahudi tanpa memasuki Ialam?

Apakah tidak sah pernikahan walaupun seorang Muslim tu tetap mengerjakan solat, puasa sementara suaminya masih bukan Islam praktik ugamanya?

Saya diberitahu oleh seorang rakan bahawa seorang lelaki Muslim boleh bernikah dengan wanita Kristian atau Yahudi tetapi kenapa tidak dengan wanita Muslim?

—————————-
Jawaban

Salam

Pada asalnya perkahwinan antara dua pemeluk agama yang berbeza adalah sesuatu yang tidak sama sekali digalakkan, bukan hanya oleh Islam tetapi juga oleh agama lain, termasuk agama Kristian.

Lihat perspektif agama Kristian di http://marriage.about.com/gi/dynamic/of … elines.asp

Dan di http://www.cin.org/users/james/questions/q102.htm

Islam hanya memberi keringanan (jika ada keperluan yang mendesak) bagi seorang Muslim untuk menikahi perempuan Ahli Kitab dan mereka yang seumpamanya.

Perkahwinan wanita Muslim dengan lelaki bukan Muslim, apa jua agamanya, tidak dibenarkan sama sekali berdasarkan pandangan majoriti besar para ulama. Sila lihat di

1. http://understanding-islam.com/related/ … scatid=452

2. http://www.islamonline.net/servlet/Sate … 9503545634

Melalukan segala ibadat tidak mengubah apa yang haram menjadi halal. Sebagaimana juga melakukan yang haram, tidak bermakna amal soleh seseorang menjadi sia-sia.

Wallahu A`alam

1 komentar untuk “Kemusykilan Agama – Kahwin antara agama”

  1. salam

    penyelewengan yg berlaku pada akidah dan amalan ahli kitab telah wujud lama sebelum kebangkitan nabi muhammad s.a.w. bahkan ketika nabi diutus, fahaman triniti telah pun menjadi fahaman aliran utama. sila kaji dialog antara nabi dengan pemuka agama kristian najran.

    disebabkan penyelewangan inilah allah mengutus nabi muhammad s.a.w untuk membetulkan dan menyempurnakan. walaupun sedemikian, alquran tetap menganggap mereka sebagai ahli kitab.

    pandangan yg anda nyatakan mmg dipegang oleh sebahagian ulama tetapi ramai ulama masih tetap mengakui akan status ahli kitab bagi penganut yahudi dan kristian hari ini.

    sandaran pada pandangan saya boleh dilihat pada links yg diberikan. pandangan di atas pula bukan disampaikan kerana utk menggalakan perkahwinan dgn ahli kitab. sila baca para 1.

    jika anda ingin tetap berpegang dgn konsep ahli kitab yg anda yakini, itu adalah hak anda. oleh kerana ulama juga mempunyai perbezaan konsep dalam hal ini. maka org lain berhak utk memilih yg mana satu dari pandangan dari kalangan ulama yg ada dulu dan sekarang utk dijadikan peganagan mereka.

    salam

Komentar ditutup.

Scroll to Top