(Nota: Dipetik dari ruang Ask_Ustaz di rantauan.com)
Assalamualaikum
Saya ingin tahu tentang hukum syara’ berkaitan dengan pemakaian kasut di dalam rumah. Sebab saya memang orang Islam dan orang Asia, jadi bila saya berada di dalam rumah, saya selalu berkaki ayam atau kadang-kadang berselipar atau berstokin jika terlalu sejuk. Soalnya tentang ipar duai saya dan teman-teman Belanda/bukan beragama Islam – walaupun saya sudah berkali-kali pinta mereka bukakan kasut, mula-mula sahaja mereka dengar lepas itu selalu masuk mereka tidak buka kasut mereka.Jadi apa-apa yang telah dipijak dari luar dibawa masuk ke dalam, apakah hukumnyau? Mestikah saya sertu atau bersihkan biasa (pakai mop & vacuum cleaner) cukup?
————————
Jawaban
Salam
Kotoran yang berada di bawah kasut dan dibawa masuk kerumah kita tidak wajib sertu. Ia memang dianggap kotor, tetapi bukan najis.
Tidak perlu andaikan samada kasut terpijak tahi anjing, kucing atau najis-najis lain di tengah jalan kerana selama najis tu tidak nampak di mata, dianggap tidak ada.
Kesimpulannya, kotoran tu hanya perlu di sapu, vakum atau mop sahaja.
Wallahu A`alam
Assalammualaikum ustaz,
Terlebih dahulu maaf kalau soalan saya ini adalah ‘repeat’ seperti soalan sertu yang lain. Saya sudah pun terlebih dahulu research di youtube dan juga baca thread ‘anjing punya hal’ di lelaman ini, tetapi tidak jumpa jawapan yang menyakinkan.
Saya telah menghantar baju2 saya ke kedai dobi seorang hindu yang pelihara anjing. Kedai dobi ini tak seberapa mane pun. Rumah owner dobi itu dan kedai dobi itu adalah tempat yg sama, jadi mereka cuci baju saya dan baju2 mereka sendiri menggunakan washing machine yang sama. Tempat sidai baju pun di luar rumah dimana saya nampak anjing2 yg mereka pelihara itu selalu berehat atau berjalan2 di sana.
Saya was was ustaz kalau baju2 saya ini dianggap sudah terkena najis mughallazoh kerana menggunakan washing machine yg sama dan kerana tempat sidai baju itu dekat sekali dengan anjing2 bila mereka ‘hang out’. Perlukah saya sertu satu badan saya?
salam
tidak perlu basuh semula baju awak dan tubuh badan awak itu. tinggalkan was2.
As Salam Tuan,
Saya ada kemusykilan ttg membasuh pakaian di kedai dobi layan diri yg mana mesin digunakan bercampur dgn org bukan muslim yg dibimbangi pakaian mereka ada najis seperti anjing dan khinzir. Mohon pencerahan ttg hukum serta cara2 mengatasinya dan adakah mesin tersebut perlu di samak utk org muslim menggunakanya.
salam
sila baca di sini http://www.onislam.net/english/ask-the-scholar/acts-of-worship/purification/impurities-and-methods-of-purification/169602.html
Assalamualaikum..tak dapat buka link ni.
salam
maaf.. saya tak tahu puncanya. halaman utamanya pun tak boleh di access. mungkin boleh dicuba lagi lain kali.
Kiranya boleh tak guna laundry self service jika bercampur dengan non muslim?
salam
takde masalah apa2. boleh gunakan.
Asalamualaikum ustaz…
Nak tanye boleh????
Sye ade 2 soalan….harap ustaz jawab…
1.kelmarin sye ada ambil tanah selut untuk menyertu kaki saye yng terkena najis anjing…..sye mengambil tanah tersebut semasa hujan…..selepas sye sertu kaki sye tuh sye teringat ‘eh tadi kawasan tuh ada tapak kaki anjing ke tidak’….lepas tuh sye pergi check tempat yang sye ambil tanah tadi….sye mendapati banyak sangat tapak kaki anjing di situ…..sye pun lupa sama ada tanah yang sye ambik tadi ada tapak kaki anjing atau tidak sbab sye tak perasan…..sye memng pasti yang tapak kaki tersebut ialah tapak kaki anjing……tanah tersebut seingat saya takde tapak kaki anjing sbab sye tak pasti…..macam mane tu ustaz….
2.sah tak sertu saye jika sye basuh air tanah 2x air mutlak 6x…..
Harap ustaz jawab….terima kasih
Tambahan…..sye ambik tanah selut tersebut di bahagian permukaan dalam keadaan tanah tersebut basah dan saye tak pasti sama ada ada bekas tapak kaki anjing atau tidak…maaf ustaz kerana banyak bertanye…
salam
sertu yg awak lakukan itu sah dan tak perlu diulang.
Ustaz soalan no.2 sye ustaz blum jawab….adekah sah sertu dengan 2x air tanah dan 6x air mutlak
Ustaz???
eh ustaz…..sye silap…soalan nmbor 1 tuh bukan pagi tuh hujan tpi cuacanye cerah tpi tanah tuh basah dan sye ambil tanah tersebut pada bahagian permukaan atas tanah……. sye x pasti samaada tnah itu dipijak anjing atau tidak sbab sye x perasan… tapi tak silap sye sekitar kawasan tuh ade anjing pijak dan kawasan tersebut ialah kawasan laluan anjing….soalan nombor 2 sye ustaz blum jawab… terima kasih ustaz….mohon sedikit penerangan..harap ustaz tak marah sbab banyak tanye…
Ustaz…kalau ustaz tak nak jawab soalan itu xpe….sye masih ade 2 soalan lagi….yang nie cume untuk pengetahuan sye sahaja…
1.contoh….jika halim itu menyentuh anjing dengan sengaja dalam keadaan basah….lepastu dalam keadaan tanganye basah die bersalam pula dengan kawanya lalu melekat bulu anjing tersebut pada kawannya…kawannye cume basuh tangan itu kerana tidak mengetahuinya…soalan sye di sini….berdosakah halim kerana dia tidak memberitahu kawannye yang tangan kawannye terkena bulu anjing….dan bagaimana pula ibadat kawannye…adakah sah ibadat kawannye???
2.kalau sesuatu kotoran itu diyakini najis anjing walaupun ianya bukan najis anjing….adakah kotoran tersebut menjadi najis anjing??? Mohon penjelasan
Assalammualaikum ustaz. Saya mempunyai kemusykilan tentang pemakaian kasut di dalam tandas dan digunakan didalam rumah. Saya tinggal di apartment yg di sediakan oleh pihak kolej. Akan tetapi, segelintir rakan serumah saya sering menggunakan selipar yg mereka pakai ketika di dalam rumah di bawa masuk ke toilet. Apa hukum nya ustaz?
salam
jika selipar dari tandas digunapakai keliling rumah atau bilik asrama, ia tidak boleh dihukumkan bernajis kecuali kita pasti bahawa ia memang terkena najis berdasarkan bukti yg nyata.
walau pun sedia maklum bahawa tandas dan bilik mandi adalah tempat untuk membuang najis, selipar yg diguna dalam tandas tidak boleh diandaikan bernajis hanya kerana ia diguna ditempat sedemikian.
amalan agar tidak membawa selipas tandas keluar digalakkan hanya utk tujuan berhati2 dan mengelakkan was2 seperti yg awak tanyakan ini, bukan kerana andaian bahawa ia pasti bernajis.
elok utk amalkan perkara ini dirumah atau diapartment, tapi mmg kadangkala manusia terlupa.
maka hukumnya tidak mengapa selagi tiada bukti konkrit selipar itu bernajis.
contoh yang mudah sebagai perbandingan ialah kadangkala kita masuk tandas atau bilik mandi tanpa memakai selipar kerana terlupa atau tergesa2, lalu keluar dan berjalan di rumah bersama dgn tapak kaki yg basah, adakah rumah dihukum bernajis. jawapannya ialah tidak.
moga bermanfaat.
Assalamualaikum ustaz….sy ada masalah mengenai tahi cicak yg byk di tempat kerja…tahi cicak terlalu byk,dan sy cuma sapu tahi cicak yg kering itu dan mop shj..tp masih ada kesan2 dan saki baki tahi cicak tersebut…jd klau sy pijak tmpt yg sy mop itu,adakah berpindah najis ke tapak kasut sy dan adakah berpindah ke dlm karpet dlm kereta sy ustaz?bolehkah sy gunakan mazhab maliki dlm masalah tahi cicak ini ustaz?sukar untuk dibersihkan kerana hmpir setiap hari ada najis cicak…
salam
tahi cicak tidak dianggap najis kerana ia bukan haiwan yang berdarah mengalir.
Terima kasih byk ustaz di atas penjelasan,ada lg 1 ustaz,sy ada terkena percikan air dr tingkat atas…tp sy tak psti air itu dr siraman pokok bunga atau dr simbahan pekerja utk membersihkan najis burung.perlukan sy bertnya kepada org diatas atau anggapkan shj air itu suci kerana ada kerguan disitu?terima kasih ustaz…sy sedang melawan penyakit was was sy ustaz…
tak perlu.
kalo nak lawan dan sembuh, pergi dapat rawatan dari kaunselor atau psikiatri, bukan tanya ustaz. tanya ustaz hanya akan memburukkan penyakit itu kerana dgn bertanya awak melayan dia.
Baiklah ustaz…sy akan cb abaikan was was tersebut sbb menurut ustaz ianya lebih kpd bisikan syaitan..dulu sy tdk begini..sejak sy mula mencari kesempurnaan dlm beribadat,dtg bisikan2 sebegini ustaz…kdg2 tak tentu arah dibuatnya…tp byk juga sy belajar dr ruangan sesi soal jwb ustaz ni…terima kasih ustaz…semoga Allah membalas jasa2 baik ustaz dlm membantu org2 spt kami ini…
As salam ustaz…nak tnya,klau kita terpijak bekas tapak kaki anjing di halaman rumah,najisnya akan melekat pd tapak kaki kan ustaz?jadi,andai kata tanah yg kita nk ambil utk sertu kaki berada seberang jalan,mcm mn pula bekas tapak kaki sy ustaz?sbb mgkn sy akan berjalan di sekitar kawasan rumah utk ambil penyodok atau sbgnya..adakah bekas tapak kaki kita juga akan membuatkan najis merebak ke tmpt2 lain di lantai, atau cuma kaki sy shj yg hukum bernajis dan hnya kaki shj perlu sertu…harap dapat membantu ustaz…
salam
memijak bekas tapak kaki anjing tidak menyebabkan tapak kaki atau kasut bernajis.
tak perlu sertu apa2.
jika awak ada masalah was2, pergi dapatkan rawatan dari pakar perubatan.
Itulah ustaz..saya juga keliru sbb ada di ant ustaz2 mengatakan anjing itu najis dan ada yg katakan hnya bahagian2 tertentu shj bernajis.mgkn kesimpulan diambil dr mazhab yg berlainan.jadi soalan saya ustaz,boleh atau tdk jika sy mahu mengikut atau merujuk mazhab selain shafie dlm bab sebegini dlm mengelakkan menghadapi kesukaran?sbg cth sy mgkn dr kecil diajar cr mazhab shafie.skrg baru sedar ada lagi mazhab2 lain yg boleh diguna pakai.adakah boleh terus merujuk mazhab lain atau hnya blh ikut mazhab yg selama ini sy pelajari?hrp dpt menjwb ustaz..
Cth najis yg kering atau najis yg telah hilang ainnya,adakah boleh berpindah najis jika terpegang dgn tgn basah dan tgn kita tersentuh brg2 lain..adakah tgn shj perlu disertu atau termasuk brg2 lain itu juga?rsnya rmai juga yg keliru mengenai hal ini sbb dr pertnyaan org kpd ustaz,byk yg masalh spt sy juga.. terima ksih ustaz…
Assalamualaikum ustaz..
Air liur basi adakah najis?dan bagaimana nak membezakan air liur basi dan air liur yg keluar dr mulut ketika sedang tidur?kerana sy sering terkeluar air liur ketika tidur,tetapi warnanya jenih dan agak berbau dan kdg2 sy tidak pasti wrnanya kerana sudah kering.sy tdk pasti adakah ianya air liur basi yg dtg dr perut atau air liur dr mulut.ada ustaz mengatakan air liur basi baunya busuk.tapi air liur juga jika sudah kering baunya juga busuk dan masam ustaz.sy jadi keliru ustaz..harap sgt ustaz dpt membantu..terima kasih..
salam
di sisi sebahagian ulama air liur basi tidak najis kerana tiada dalil yg katakan secara khusus air lir basi adalah najis.
maka yg mudah dan lebih tepat ialah tiada timbul soal najis pada apa yg awak tanyakan itu.
namun, hukum yg popular di sisi mazhab syafii pegangan masyarakat melayu di rantau ini air liur basi memang dihukumkan najis sebagaimana yg disebut dalam buku2 agama yg ada. ia dihukumkan najis hanya kerana sifatnya yg kotor dan menjijikkan.
jika awak masih ingin beramal dengan pendapat popular mazhab mazhab syafii dalam hal ini, maka air liur basi ialah air yg keluar dari mulut apabila seorang itu alami “deep sleep” atau tido yg lama. sifatnya ialah berbau busuk dan pekat. jika seorg itu tido hanya sebentar sahaja dah air yg keluar dari mulutnya cair tidak berbau, ia boleh dianggap bukan air liur basi.
jika awak2 ragu2 kembalikan pada hukum asal iaitu asalnya ia bukan najis kecuali ada bukti jelas dan asalnya tiada najis kecuali ada bukti kewujudannya.
ya, ada sesetangah ustaz mungkin berpendapat bahawa untuk berhati2 lebih baik hukumkan najis.
terserah pada awak utk pakai pendapat yg mana. yg mudah atau konservatif. yg penting jangan sampai menyusahkan diri hingga tidak praktikal dalam mengamalkan agama.
moga bermanfaat
Begitu ustaz..tp sy selalu tidur dengan keadaan kepala tinggi dari badan.tapi air liur itu kadang kala masih juga keluar dan baunya juga kurang menyenangkan.sy kdg2 terjaga tengah malam dan membasuh bantal dan sarung.tapi sy risau akan terbuka pintu was was jika sy menganggapnya najis kerana kemungkinan ianya telah terkena di tempat lain ketika sy beralih2 tempat tidur.bagaimana harus sy lakukan ustaz?
sememangnya awak dah terkena was2. nasihat saya beramal sahaja dengan pendapat yang tidak menghukumkan najis.
jika awak masih ragu2, sila tanya ustaz lain utk huraian.
Baiklah ustaz…terima kasih kerana sudi luangkan sedikit masa ustaz untuk memberi penerangan.penjelasan ustaz akan sy guna pakai dlm permasalahan ini…
Assalamualaikum…ustaz..
1.Apa hukum memakai perfume,deodorant yg ada alkohol ketika dalam solat?
2.jika pakai minyak rambut jenis gel,water atau jenis minyak (cth baby johnson),adakah sah wuduk ustaz?
Terima kasih ustaz..
salam
1. boleh dan sah solat kerana alkohol dalam minyak wangi bukan arak yang dihukumkan najis.
2. sila baca di sini http://www.fikihkontemporer.com/2013/12/pengaruh-minyak-rambut-terhadap.html
Baik ustaz…yg no 1 saya faham..tapi no 2 tu bahasanya agak kurang fhm ustaz..tp btl tak ustaz dr yg sy dapat dr link ustaz beri tu,maknanya utk minyak rmbut jenis minyak dan cecair mudah tanggal,dibolehkan pkai manakala yg jenis gel,krim dan lain2 yg sukar tanggal perlu dielakkan..btl ke pemahaman sy ni ustaz?pd pendapat ustaz,klau water gel sy boleh guna tak?
isunyabukan soal mudaha tau susah tanggal. tapi samada bahan itu kalis air atau tidak. jika kalis air, perlu dibersihkan. jika tak kalis air, tak perlu dibersihkan dulu. nak tahu kalis aiar atau tidak, kena tanyalah pembuat bahan tu atau penjualnya.
Baiklah ustaz…terima kasih atas penjelasan ustaz..sangat2 membantu sy..
Selamat berpuasa ustaz… 🙂