(Nota: Dipetik dari ruangan Ask_Ustaz di rantauan.com)
Soalan
Assalamuaalaikum,
Saya ingin bertanya bolekah seorang Muslim tu berkahwin dengan seorang yang bukan Muslim seperti Kristian atau Yahudi tanpa memasuki Ialam?
Apakah tidak sah pernikahan walaupun seorang Muslim tu tetap mengerjakan solat, puasa sementara suaminya masih bukan Islam praktik ugamanya?
Saya diberitahu oleh seorang rakan bahawa seorang lelaki Muslim boleh bernikah dengan wanita Kristian atau Yahudi tetapi kenapa tidak dengan wanita Muslim?
—————————-
Jawaban
Salam
Pada asalnya perkahwinan antara dua pemeluk agama yang berbeza adalah sesuatu yang tidak sama sekali digalakkan, bukan hanya oleh Islam tetapi juga oleh agama lain, termasuk agama Kristian.
Lihat perspektif agama Kristian di http://marriage.about.com/gi/dynamic/of … elines.asp
Dan di http://www.cin.org/users/james/questions/q102.htm
Islam hanya memberi keringanan (jika ada keperluan yang mendesak) bagi seorang Muslim untuk menikahi perempuan Ahli Kitab dan mereka yang seumpamanya.
Perkahwinan wanita Muslim dengan lelaki bukan Muslim, apa jua agamanya, tidak dibenarkan sama sekali berdasarkan pandangan majoriti besar para ulama. Sila lihat di
1. http://understanding-islam.com/related/ … scatid=452
2. http://www.islamonline.net/servlet/Sate … 9503545634
Melalukan segala ibadat tidak mengubah apa yang haram menjadi halal. Sebagaimana juga melakukan yang haram, tidak bermakna amal soleh seseorang menjadi sia-sia.
Wallahu A`alam