(Nota: Dikutip dari ruang Ask_Ustaz di rantauan.com)
Soalan
Salam Ustaz
Ustaz jika kita memakai rantai loket bertulis Allah dan masuk ke tandas, macam maner adap ni? Harus ke kita buka rantai berloket Allah? Tak kan setiap kali ke tandas di buka kan-jenuh gini, sebab tu bertanya ni…
but what about those small2 kitab or those laminated ayat yg banyk org keep in wallets.. sometimes tak teringat pun yg those things ade dalam bag, trus masuk toilet..
Salam
——————————————–
Jawaban
Salam
Membawa loket yg bertulisan Allah dalam bahasa Arab ke tandas sememangnya satu adab yg tidak baik = ditegah.
Oleh itu, perlulah rantai tu dibuka jika ingin masuk tandas.
Bagaimana nak elakkan dari jenuh membuka dan memakai balik rantai tu? Senang je
1. Janganlah pakai rantai seperti itu sepanjang masa. Kalau difikir-fikirkan pun, tak de keperluan utk pakai rantai tu sepanjang masa kerna rantai berloket nama Allah, takkan memberi manfaat atau mudarat pada kita pun. Kalau ia tujuan utk menunjukkan identiti sebagai seorg Muslim, terdapat banyak cara untuk lakukan perkara ini tanpa perlu pakai loket bernama Allah. Di setengah tempat, kulit dan muka kita menunjukan identiti kita sebagai Muslim. Bahkan, sebaik-baik cara utk tunjuk identiti Muslim kita ialah akhlaq yg baik.
2. Kalau nak pakai, pakai occasionally je. Untuk majlis tertentu ke. kalau dipakai untuk masa tertentu saja, kurang keperluan untuk buka dan pakai balik. Kalau ditakdirkan ketika pakai rantai tu, tiba-tiba berkeperluan untuk pergi tandas, sedangkan tiada tempat yg selamat meletakkan rantai tu di luar tandas, maka bolehlah dibawa rantai tu bersama sebagai keringanan dari kecurian, jika rantai tu berharga i.e emas atau berlian. Tapi kalau setakat singgit dua posen, gantung kat luar je lah
3. Buku kecil dan kad-kad yg dikatakan tu, hukumnya sama dengan Quran kecil yg saya nyatakan dalam poin 2 di akhir para di atas.
Apa jua perkara jika dibuat kerana lupa, dimaafkan i.e. makan pagi di bulan puasa kerana terlupa yg kita berpuasa, dimaafkan. Ertinya, puasa tak batal.
Salam
haniff