Kemusykilan Agama – Mengazankan bayi baru lahir di hospital Kristian

(Nota: Dipetik dari ruang Ask_Ustaz di rantauan.com)

Soalan

Salam Ustaz,

Suami saya seorang yang baru memeluk Islam and dia masih dalam peringkat mengenali Islam. Kami teringin untuk memulai kehidupan berkeluarga pada masa yang akan datang.

Soalan saya ialah – Bayi yang dilahirkan, harus di azankan/di qamat kan. Memandangkan suami saya belum berapa fasih dalam hal ini, apakah pilihan bagi dia?

Kami juga prihatin jika mengadakan azan di dalam bilik hospital akan menjadi satu ‘isu’ memandangkan kami berada di negara yang majoriti adalah penganut Katolik.

———————————–
Jawaban

Salam to all

Mengazankan bayi di telinga kanan dan mengqamatkannya di telinga kiri adalah satu anjuran agama. Tapi hukumnya sunat, bukan wajib.

Kalau hukumnya sunat, ertinya baik dilakukan. Kalau tidak buat, tak de apa apa. Oleh itu, jangan stress out pasal tak dapat melakukannya dan jangan pulak, bergaduh de ngan sesiapa hanya kerana mahu melakukannya.

Yang penting, lihat pada semangat dari suruhan berkenaan iaitu mengingatkan ibu bapa untuk mengenalkan tuhan kepada anaknya sejak awal-awal lagi.

Hakikatnya, ramai manusia yang lahir tak diazankan, tapi besar jadi baik. Ramai pulak yang diazankan, tapi besar jadi penyangak.

Oleh itu juga, walau pun amalan itu satu anjuran agama, tapi semuanya kena diletakkan pada perspektif yang tepat, agar kita sentiasa bersederhana.

Namun, berikut adalah cadangan saya: 

1. Tidak usah laungkan kuat-kuat. Azan di masjid dikuatkan kerana hendak memberi tahu orang ramai telah masuknya waktu solat dan untuk memanggil orang bersolat. Lagi pula, masjid masjid tempat azan. Kalau dihospital, memadailah berbisik ditelinga bayi itu.

2. Kalau bapa boleh azan, lagi bagus. Kalau tidak, ibu pun boleh azan dan qamatkan. Kalau tidak boleh jugak i.e ibu dah lepak.. Mintak tolong sesiapa i.e. saudara mara, kawan-kawan atau doktor/nurse muslim di hospital. Tidak boleh jugak? Apa lagi, dalam dunia moden ni, mp3 lah jawabnya :). Kalau masih tidak boleh, tidak mengapa. Yang penting, ialah hari-hari yang seterusnya i.e si ibu mendengarkan bayinya dengan ayat Al-Quran atau apa jua zikir yang baik ketika bersama dengan si bayi dan seterusnya bekalkan ia dengan asas pengetahuan agama. Kalau dapat dibuat seperti ini secara konsisten, lebih baik dari azan dan qamat yang sekali sahaja itu.

Wallahu A`alam