Kemusykilan Agama – Minyak wangi mengandungi lard

(Nota: Dipetik dari ruang Ask_Ustaz rantauan.com)

Soalan

Assalamualaikum Ustaz.

Saya ada kemusykilan dan keraguan terutama apabila menunaikan solat. Ceritanya begini …..

Banyak minyak wangi mengandungi lemak khinzir dengan tujuan mengekalkan bau wangi untuk jangkamasa lebih lama. Sehubungan itu, saya ingin mengetahui kedudukan pemakai dari sudut agama dalam keadaan berikut:

a. Menggunakan alasan tidak tahu tetapi tidak pula berusaha untuk mengetahui kandungan dalam minyak wangi yang digunakan.

b. Menggunakan minyak wangi berdasarkan penggunaan oleh muslimin atau muslimah lain.

c. Tidak kisah sangat kerana menganggap bahan tersebut (lard) hanya digunakan sedikit sahaja dalam pewangi.

Mohon penjelasan Ustaz.

———————————
Jawaban

Assalamualaikum

1. Asal sesuatu benda itu adalah halal kecuali ada bukti yang jelas akan keharamannya. Tidak wajib bagi pembeli barang untuk menyelidik barang yang pada asalnya halal samada kandungannya benar-benar suci atau tidak. Memadai hanya dengan hukum asal sahaja, tidak salah

2. Islam menganjurkan umatnya memakai minyak wangi. Cuma ada sedikit halangan ke atas muslimah iaitu minyak itu tidak boleh dipakai sehingga bau semerbaknya terhidu dan menarik perhatian lelaki yang bukan mahram, walau pun jika tidak berniat sedemikian. Memadailah hanya untuk menghilangkan bau badan. Lihat http://www.islamonline.net/fatwa/english/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=118953

3. Ulama berbeza pendapat mengenai boleh atau tidak boleh memakai minyak wangi yang ada lard. Yang membolehkannya berhujah
a. bukan semua bahagian babi itu najis. Yang jelas dikatakan najis hanyalah dagingnya sahaja.
b. ia adalah sedikit dan dianggap najis sedikit yang dimaafkan
b. ia telah berubah dari sifat asalnya sebagaimana hukum arak yang berubah menjadi cuka. Hujahnya hampir sama dengan hujah yang membolehkan pakai minyak wangi beralkohol. Lihat http://www.islamonline.net/fatwa/english/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=42862

salam