(Nota: Dinukil dari ruang Ask_Ustaz di rantuan.com)
Soalan
Salam Ustaz & Selamat Hari Raya
Saya pernah dengar ceramah mengenai Puasa Sunah Syawal atau Puasa 6. Apa yang safa faham dari ceramah berkenaan, sekiranye kita ada hutang puasa kita dimestikan melunasi puasa qadak terlebih dahulu sebelum kita menunaikan puasa sunah Syawal.
Ada kah penjelasan ini benar. Kalau tidak, boleh ustaz terangkan sebanyak sedikit tunjuk ajar yang benar. Sekiranye boleh, bolehkan kita jatuhkan niat sunak qadak dan sunah syawal sekali gus (one after the other – yg mana satu dulu – qadak or sunah)..
Terima kasih terlebih dahulu.
Wassallam,
——————————————–
Jawaban
salam
Para ulama menganjurkan agar mengutamakan puasa qadha dari puasa enam kerana mengqadha puasa adalah wajib. Melakukan puasa enam adalah sunat. Oleh itu, wajar diutamakan yang wajib, sebelum menunaikan yang sunat. Selain itu, ia adalah langkah berjaga-jaga. Ditakuti kalau melakukan puasa enam dulu, tiba-tiba berlaku sesuatu yang menyebabkan puasa qadha terabai.
Namun, saya berpegang dengan pandangan para ulama yang berpendapat jika melakukan puasa qadha dibulan Syawal, maka dapatlah juga puasa enam. Jika dilakukan pada hari Isnin atau Khamis, dapatlah juga puasa Isnin dan Khamis. boleh niat 3 in 1 atau 2 in 1 atau niat puasa qadha’ sahaja.
Perkara ni samalah seperti solat masuk masjid. Jika seseorang masuk masjid terus solat wajib, tidak melakukan solat khas masuk masjid, maka solat wajibnya itu mencakup solat masuk masjid yang sunat.
Apa yg dikatakan dalam ceramah tu tidak salah. Cuma ia bukan satu-satunya pendapat yang ada di sisi para ulama.
Siapa yang mahu berpegang dengan pendapat tu, silakan. Kalau mahu berpegang dengan pendapat di atas, juga silakan.
Sila rujuk pandangan yang sama di http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1119503549244&pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar%2FFatwaE%2FFatwaEAskTheScholar
salam