(Nota: Dipetik dari ruang Ask_Ustaz di rantauan.com )
Salam Ustaz,
Kalau seorang perempun sudah berkahwin, dia menjadi tangungjawab suami dia. Kalau tak nak kerja nak duduk rumah je pun boleh as long as suami dia boleh menangung semua keperluan keluarga.
Tapi apahal dengan mak bapak si perempuan? Jika anak-anak mereka semua perempuan and semua dah kahwin and all decided not to work, who is responsible to take care of them in their old age. No work = no hasil to give their parents every month. Ada pun tak banyak setakat apa yang mereka mampu je = tak cukup untuk buat perbelanjaan bulanan ibu bapa kerana mereka mahu tinggal di rumah mereka sendiri.
Ada tak guideline Islam yang boleh kita gunakan megenai hal ini ?
Kalau mereka ada 3 anak perempuan ada tak guideline yang menyatakan bahawa anak perempuan yang sulung mempunyai tangungjawab yang lebih dari numbor 2 and 3 dan sebagainya.
————————————
Jawaban
salam
Perkahwinan seorang wanita dengan seorang lelaki tidak memutuskan hubungannya dengan ibubapanya dan tidak pula menghilangkan tanggungjawab dia kepada ibubapa.
Perkahwinan adalah penambahan kepada tanggungjawab yang sedia ada bagi lelaki dan perempuan, dan bukan pengurangan. Yang kekal ialah prinsip menunaikan tanggungjawab ikut kemampuan kita.
Ramai berpendapat, kalau wanita kahwin, tanggungjawab utamanya pindah kepada laki, dan bukan ibubapanya = tangungjawab menjadi ibubapa terkebelakang.
Saya tidak bersetuju dnegan pandangan yang seperti ini kerana 2 para pertama di atas.
Saya berpendapat seorang suami yang soleh pastinya tidak akan menuntut isterinya taat kepadanya sehinga mengabaikan tanggungjawab kepada ibubapa i.e. tak jaga, takde nafkah dll.
Sebaliknya, suami yang soleh hendaklah berusaha agar isterinya faham akan 2 para pertama di atas, dan membantu dia untuk menunaikan tanggungjwab kepada ibubapanya, walaupun dari segi “analisa kos”, dia sendiri harus membuat pengorbanan.
Dalam senario keluarga yg dinyatakan, jika si wanita tidak mahu bekerja, kerana suami mampu tanggung segalanya:
1. dia hendaklah peruntukkan sedikit wang bulanan yang dia perolehi dari suaminya untuk ibubapanya. Berapakah kadarnya? Ia bergantung pada keperluan ibubapa dan bagaimana ketiga beradik itu berkongsi tangggungjawab terhadap ibubapa mereka.
2. jika wang yang diberi suami kurang mencukupi untuk membuat sumbangan yang diperlukan, bolehlah dibincangkan dengan suami untuk minta dipertambahkan atau dibuat financial analysis bagi menjimatkan perbelanjaan yang tak penting. Dalam hal ini, si suami hendaklah mempunyai ihsan i.e. jangan menolak penambahan yang diminta kerana merasa ia bukan sebahagian dari kewajibannya kerana dengan itu dia sendiri menjadi penyebab isterinya tidak berbuat baik kepada ibubapa. Tambahan pula keberadaan isterinya dirumah sepenuh masa juga bermanfaat bagi dia dan keluarganya.
3. jika mmg si suami tidak mampu untuk memberi wang yang lebih, maka isteri bolehlah berusaha untuk mencari wang tambahan agar dengan itu ia berupaya untuk membantu dari segi kewangan ibubapanya. Ini tidak semestinya dilakukan dengan bekerja sepenuh masa. Masa terluang sebagai suri rumah, boleh dimanfaatkan dengan pelbagai cara bagi mendapat wang tambahan untuk menunaikan tanggungjawab kepada ibubapa. Namun, jika harus bekerja bagi tujuan ini, si suami haruslah memahami hakikat ini dan bersedia untuk memberi kebenaran.
Kesimpulannya, tiada sebab bagi orang pompuan nak berkata “saya tidak dapat bantu mak ayah, pasal sekarang ini saya sudah berkahwin. Tanggungjawab saya yang utama pada suami”, silap juga bagi suami untuk berkata “awak tidak perlu buat itu semua kerana tanggungjawab awak kepada saya dan keluarga kita dulu. Saya kata awak tak boleh kerja, jaga anak kat rumah, maka tak boleh kerja lah.”
salam
haniff
hehehe dalam dilema lah ustaz…..
oooohhh….. nasib baik raya pun dah nak dekat, nak mintak maaf 🙂
saya lagi lah dalam dilema…saya takut jadi anak derhaka..tapi mak dah banyak kali “terasa” dgn apa yg saya buat.terutama dalam hal bagi wet setiap bulan..saya bagi mak..tp bila dah bagi dia akan cakap”ini je”…mesti wet u xcukup bg die..bagi “lebih” saya nak simpan wet tuk masa depan saya jg..saya nak kahwin dgn teman lelaki saya..kalo boleh saya xnak mereka susah apabila saya berkahwin kelak(tlg2x support wet khwin)
anak mana yg xnak bg wet lebih pada mak..
salam encik hanif..semoga sehat selalu
salam, nuraiman
moga sihat selalu juga. terima kasih atas kunjuangan.
salam…
saya nurQaseh,saya anak ke2 dr 7org adik bradik,m'punyai seorang abg yg x bkerja,ayah xbkerja & 2org adik yg masih bsekolah.saya bkerja jauh d semenanjung mnakala kuarga saya brada d kg (sabah)saya nak minta “nasihat” @ “pandangan” mgenai tagugjwb saya thdp ibubapa & kuarga saya. saya bekerja d syrkt swasta, myewa sebuah rumah,setiap bulan saya akan m'agihkan pendapatan saya kepada beberapa bahagian..wang utk family..bil air..bil electrik..sewwa rumah belanja dapur saya…pinjaman MARA(msa study dulu..kini byran tsebut tpaksa d tangguhkan krn wang tuk family x mcukupi)..& lain2x..bila saya beri wwang tuk kuarga sometimes mak akan “terasa hati” dgn jumlah wang yg saya beri..saya takut nak buat mak “kecil hati”.maka saya tpaksa tangguhkan LOAN MARA saya demi menambah wang kiriman kuarga..saya berniat nak simpan duit utk masa hadapan,settle LOAN MARA, & nak bantu mak..tapi saya tiada pilhan.
saya buntu…saya pernah bercadang utk x mberi mak duit & kumpul & bayar semua hutang mak yg ada & duit bila byk baru beri pd mak..tp saya xdpt lakukannya krn kuarga d kg sentiasa ada masalah kewnagna…saya pening..saya terpaksa korbankan diri & keinginan saya demi mjaga hati mak & ayah utk kuarga.tolong saya…
salam, nurqaseh
anda mempunyai hasrat yg baik utk bantu keluarga, walaupun mempunyai keterbatasan sumber hidup. kekalkan sikap ni. semoga allah taala memberi kemudahan.
di bawah ini beberapa pandangan:
1. membantu ibubapa dan keluarga adalah satu kewajiban. namun semua kewajiban hanya perlu ditunaikan pada batas kemapuan kita. islam tidak menuntut kita lakukan sesuatu lebih dari kemampuan.
2. apakah batas kemampuan nurqaseh? adakah nurqaseh benar-benar telah memaksimakan sumber yg ada? sukar bagi saya utk menjawab soalan ini dan membantu lebih lanjut kerana ia memerlukan analisa yg mendalam dan analisa yg tepat bagi huraian yg baik memerlukan data-data seperti jumlah sumber pendapatan bulanan, kos sara hidup, tren perbelanjaan peribadi. oleh kerana masalah nurqaseh bukan soal sikap utk membnatu tetapi lebih soal mengurus sumber yg sedia ada utk dioptimakan penggunaannya kepada keperluan peribadi, hutang dan tanggungan keluarga, maka saya cadangkan agar nurqaseh dapatkan nasihat pakar pengurusan kewangan. dgn berjumpa langsung dgn pakar secara bersemuka dan berkongsi data-data yg ada, akan membolehkan nasihat diberi dgn lebih tepat. mungkin dgn melakukan sedemikian, akan didapati bahawa masalahnya bukan ketidakcukupan wang tetapi perngurusan sumber yg sedia ada berdasarkan prioriti yg ada. jika mmg berlaku kekurangan, mungkin pakar berkenaan boleh juga menasihtkan bagaiamana kekurangan itu dapat di atasi secara jangak pendek dan panjang i.e. kerja tambahan atau pelaburan.
3. yg kedua yg penting pada pandangan saya ialah soal mengkomunikasikan keadaan diri pada keluarga. kadangkala ibubapa meletakkan harapan pada kita kerana mereka tidak tahu atau faham akan hakikat sebenar keadaan kita atau kehidupan moden hari ini. dan ini juga boleh berlaku, jika kita sendiri tidak upaya utk memahamkan mereka akan batas-batas kemampuan yg ada. oleh itu mengkomunikasikan keadaan diri kita dgn cara yg berkesan boleh membina kefahaman dfan membantu utk adjust expectation yg ada. selain itu, membantu mereka bukan hanya semestinya melalui kewangan, jika kita telah sampai ke batasnya, ia boleh juga dilakukan dgn mencari huraian bagi masalah mereka i.e. cari idea bagi mereka yg boleh menghuraikan masalah kekurangan wang tu – peluang menambah pendapatan melalui pelbagai skim pemerintah, membantu adik-adik dapatkan bantuan kewangan dari pelbagai agensi = meringankan beban ibubapa, mengajak adik berjimat cermat, membantu pengurusan kewangan ibubapa bagi keluarga agar optima = kurangkan pembaziran dan perkara yg tak perlu. maaf, saya tidak tahu akan hakikat sebenar keluarga nurqaseh, jadi saya terpaksa buat beberapa andaian bagi menjana sebnayak idea dan pilihan utk pertimbangan.
4. jgn lupa utk berdoa pada tuhan agar dia memurahkan rezeki dan meringankan beban kita.
5. cuba juga minta nasihat dari teman saya, pakar motivasi keluarga, pak utih di http://mahligaikasih.multiply.com
salam
Apakah hukumnya seorang suami yg tpaksa mengenepikan tgungjwb kpd anak dan isteri termasuklah nafkah wajib pd isteri krn perlu mberi bntuan kewangan kpd ibubapa?
salam
yg sedemikian itu bukanlah satu sikap yg baik. nafkah kepada isteri dan anak2 adalah kewajiban yg sama seperti nafkah kepada ibubapa. sikap yg betul ialah utk membahagi kemampuan kepada mereka semua, walau masing2 mendapat sedikit dan bukan memberatkan yg satu ke atas yg lain.
kalau keadaan kewangan tidak mencukupi, maka perlulah berusaha bagaimana utk mencukupkannya seperti membuat kerja tambahan. jika terpaksa melebihkan pemberian kepada ibubapa kerana memang terdapat sebab sedemikian, ia wajib dilakukan dengan perbincangan dan persetujuan isteri.
salam
salam,
saya siti ingin bertanya…bagaimana pula dengan anak yg ibu bapa yg bercerai…?
si bapa tidak pernah melihat anak sejak bercerai atas halangan si ibu dan si anak apabila berjumpa si bapa memandang pun tidak mahu…si anak pun sudah besar dan pandai berfikir..dan mempunyai pengetahuan agama yg cukup.sblm ibu dan bapa nye bercerai.
macam mane tu…saya pohon penjelasan dan cara penyelesaian.
sisct, salam
1. perceraian antar aibu bapa tidak memutuskan hubungan antara anak dan org tuanya baik dari sgei hak atau tanggungjawab. si bapa tetap mempunyai tagjwab kebapaan ke atas anaknya walau si anak bukan bawah jagaannya.
2. adalah salah di sisi agama, jika si ibu menghalang anaknya dari berhubungan dgn bapanya, tanpa alasan yg diterima oleh syara' kerana ia dianggap memutuskan silaturrahmi yang amat dikeji oleh agama.
3. anak yg sudah besar, tahu ilmu agama.. hendaklah membaiki apa yg telah dilakukan oleh si ibu itu i.e. berusaha membina kembali hubungan dgn bapanya, tunaikan tgjwb sebagai anak kepada bapanya, perbetulkan ibunya dgn baik dan tak wajib utk patuhi perintah si ibu jika tidak sesuai dgn agama. namun, lakukanlah dgn cara yg baik.
salam
saya nak tanya ,saya dah kawin selama 7 tahun .ada 2 org anak..suami saya selalu jeapergi ke rumah mak bapa dia sampaikan saya sendiri tak ada masa dgn dia..hidup saya ni mcm sunyi.masalah saya hadapi sorang2..suami saya setiap masalah atau minta pendapat mesti ke ibu bapa dia..saya diketepikan..saya nak minta pendapat
salam hanifiyah….leh x terangkan setiap persoalan di atas berdasarkan hadith2 soheh serta nas2 dari quran
salam. saya rasa soalan sy tiada kaitan dgn artikel cuma dilema sy ialah, sy nak sgt berubah, blaja agama di pondok mana2 tp tak diizinkan ibu ayah atas alasan duniawi. bkn utk mengaibkan tp mereka tak mampu ajar sy ilmu agama. jika sy berdegil utk ke pondok tersebut, derhaka kah sy?
salam
sikap ibu bapa saudari mungkin tak wajar, tapi selagi saudari boleh memenuhi hasrat utk belajar agama tanpa melanggar keinginan mereka aatau melukai hati mereka, berusahalah utk lakukan sedemikian.
terdapat byk cara utk belajar agama. memondok hanyalah salah satu dari cara2 yg ada. carilah cara2 lain yg dapat menggabungkan keinginan saudari dan keinginan ibu bapa.
mungkin saudari melihat adanya konflik kerana saudari telah membataskan konsep pembelajaran agama hy pada pendidikan pondok sahaja.
semoga allah memudahkan urusna saudari dan melembutkan hari ibu bapa saudari.
moga bermanfaat.
Salam,
Saya dalam dilema kerana saya anak tunggal. Emak ibu tunggal tinggal dengan saya dan dia sering marah2 kepada kami anak beranak kerana tidak puas hati. Saya bercadang supaya emak saya tinggal berasingan supaya dia tidak lagi berasa tertekan.
salam
ibubapa kita adalah manusia yg tidak sempurna sama seperti kita juga.
semakin mereka tua, mmg makin rencam kerenah mereka sama seperti kita masa kecil dahulu.
oleh itu, wajar bagi kita berbanyak sabar atas kerenah mereka kerana mereka sendiri telah banyak bersabar dgn kerenah kita masa membesarkan kita.
bayangkan kalo mereka tidak sabar dan meletakkan kita di rumah tumpangan atau tepi jalan sahaja kerana susah menjaga kita.
lebih2 lagi, anda adalah anak tunggal dan ibu anda pula ibu tunggal.
pastinya tidak mudah utk dia tinggal sendirian.
mana-mana ibu pula pastinya lebih suka bersama anaknya, apa lagi anak tunggalnya.
apa pun, ini tidak bermakna anda perlu bersikap pasif dan terima sahaja kerenah ibu anda (jika benar ai sesuatu yg tidak munasabah).
apa yg lebih saya maksudkan ialah berhati2lah dari ambil keputusan berkenaan atas sebab2 yg saya nyatakan di atas.
beringatlah bahawa tingkah laku kita turut disaksikan oleh anak2 kita yg akan menjadi pengajaran juga bagi mereka apabila mereka membesar kelak pada usia tua kita.
cadangan saya ialah:
1) dapatkan nasihat pakai psikologi bagi anda lebih memahami kerenah ibu anda. pakar akan dapat menerangakn kenapa beliau sedemikian dari segi sejarah dan perubatan. paling kurang ia menjadikan kita lebih empati akan dirinya.
2) setelah memahami sebab2 ibu anda sedemikian, barulah mudah bagi anda tahu cara yg baik utk tangani beliau. tanyakan juga kepada pakar itu langkah baik dari pelbagai segi i.e. psikologi, kesihatan dll.. mungkin beliau perlu rawatan dan ubat dll.
3) perkara ini tidak boleh dilakukan secara online. anda perlu bertemu secara semuka dgn pakar berkenaan.
4) perbanyakkanlah doa dan ibadah agar tuhan memudahkan hidup anda, kurniakan kesabaran.
moga bermanfaat.
Salam..sy nk tnya,sy dh brkahwin 2thun..tiap buln sy bg mak rm200…bnyk sngt ke rm200 yg sy bg tu sbgai ank perempuan.?suami suruh bg sikit je..klau boleh xpayah bg..sbb katenye tggungjwab sy hnya pada suami dan ank.n tggungjwb pada ibubpa sbnarnye pd ank lelaki shaja.??xkn la sy xbg pulak…sblum ni bg…ap pulak prasaan ibubpa sy kn…
salam
1. duit awak adalah milik awak. awak berhak menggunakan duit awak sebagaimana awak inginkan. suami awak tiada hak utk atur bgmana awak gunakan duit awak, kecuali jika digunakan utk perkara yg dilarang agama.
2. memberi wang pada ibubapa adalah perintah agama yg sangat dianjurkan.
3. berapakah yg patut diberi kpd ibubapa, tiada ketentuan tetap oleh agama. ia bergantung pd keadaan kewangan anda.yang penting tetap perlu bersederhana, iaitu tidak sampai abai hak diri, keluarga dan lain2.
4. sebagaimana dlm poin 1, suami awak tidak berhak campur tangan ttg berapa nak beri org tua anda. ia terserah pd anda. jika keluarga anda perlu wang, sepatutnya dia yg berusaha cari wang itu kerana tanggungjawab suami ialah memberi nafkah. anda boleh membantu atas dasar ihsan sahaja.
4. tanggapan bhw anda tiada kewajiban pd org tua dan hy wajib patuh pd suami adalah tidak benar. saya telah terangkan dalam jawapan di atas.
moga bermanfaat.
Assalamualaikum ustaz,
Saya anak bongsu dan mengikut adat pepatih. Sebelum ini saya tinggal bersama ibubapa kerana perlu jaga ibubapa saya. ibu dah meninggal 7 tahun lepas dan hanya tinggal bapa yang tua. Saya ada 3 abang dan 2 kakak dan masing uruskan rumahtangga sendiri. saya pernah bercerai dan telah berkawin semula 2 tahun lepas. Sejak berkawin baru saya dan anak2 tidak menetap dirumah pusaka atas sebab ikut suami.
Masalah nya:
Dari dulu hanya saya yang diberi tanggungjawab jaga ibubapa sakit dan sekarang abang kakak memarahi saya kerana tidak tidur dirumah itu sedangkan mereka pun tak pernah tidur. Saya dituduh tidak hiraukan ayah dan dikatakan ikut kata suami kerana tidak jaga ayah.
ustaz, boleh kah terangkan tanggungjawab anak-anak kepada ayah yang tua. Lagi satu, ayah saya banyak habiskan wang dia serta wang pemberian anak dengan beli nombor haram. Puas saya nasihat sampai pernah bergaduh. Ayah saya suka memburukkan anak jika tidak menyumbang.
Saya ada suami dan anak yang perlu saya jaga, saya rasa jauh hati bila di tuduh macam-macam sedangkan suami saya sering ambil tahu ayah saya.
Terimakasih
Lina
salam
tanggungjawab ke atas ibu bapa adalah tanggungjawab semua anak-anak (lelaki atau perempuan) secara sama rata, bukan tanggungjawab anak lelaki atau perempauna atau anak2 tertentu sahaja.
adat bukan hukum dalam hal ini.
apa awak perlu buat?
1. bincangkan dengan adik beradik dgn bantuan mana2 ahli keluarga yg tua yg boleh membantu memberi kesedaran terhadap semua anak2 akan tanggungjawab bersama ini dan bincangkan huraiannya i.e. gilir-gilir menjaga, berkongsi gajikan pembantu dll, atau
2. bincangkanlah dengan suami awak masalah ini dan bagaimana dia dapat bantu awak dapat tunaikan tangungjawab ini, tidak kira sikap adik beradik yg lain. jika awak mengalah, bagi awak pahala yg besar. moga2 allah kurniakan keberkatan bagi hidup awak sekeluarga kerana bersedia utk susah payah bagi orang tua. adapun adik beradik awak itu, doakanlah moga mereka sedar dan serahkan hukum ke atas mereka kepada tuhan sahaja.
tentang sikap bapa awak yg suka berjudi, nasihatilah sahajalah dengan baik. itu sahaja tanggungjawab awak. hidayah di tangan tuhan. janganlah kerana sikap dia itu menyebabkan awak mengabaikan dirinya, kerana dia tetap bapa awak yg telah membesarkan awak.
baca di http://haniff.sg/artikel-pendek/artikel-apabila-ahli-keluarga-tidak-soleh-berita-minggu-singapura-23-september-2012/
moga bermanfaat
Assalammualaikum….
Saya mempunyai ibu mertua yg tak sihat..dan saya menjaga mertua saya..dia mempunyai
Seorang anak perempuan..tapi anak perempuan dia pernah beekata pada abang dia(suamisaya) yang emak dia bukan tanggung jawab dia tapi abang dia.pada saya tanggung jawab anak perempuan tetap ada..saya sebagai menantu x pernah rasa menjaga mertua sebagai satu beban..sbb saya seperti menjaga ibu sendiri..tp mertua saya sedih mendengar apa yg dia cakap pada suami saya..boleh ustaz terangkan betul2 pasal tanggung jawab anak perempuan?
salam
saya dah jawab soalan ini dalam jawapan kemusykilan tajuk dia tas tu. kesimpulannya ialah jaga ibubapa adalah tanggungjawap bersama semua anak lelaki dan perempuan, tak kira samada dah kahwin atau belum.
lihat juga di http://abahyasir.com/2014/02/23/ibu-atau-keluarga-mana-lebih-utama/
salam
ape pulak ttg pendapat tuan jika suami mempunyai masalah kesihatan (buah pinggang).saya mempunyai zuriat 3 org.dan mereka masih kecil.saya keje part time dgn pendapatan 600 sebulan.tapi saya sering dituduh oleh adik beradik saya yg saya lepas tangan setelah berkawin.
salam
islam mewajibkan seseorang menunaikan tanggungjawab ikut kemampuan.
jika tak mampu, maka org berkenaan dimaafkan.
jika anda sukarela ingin membantu suami, tak salah dan bagus.
tapi itu pun, kena ikut kemampuan.
jika ada org yg tak faham akan ketidakmampuan suami anda dan anda sekeluarga utk bantu, anda hanya boleh cuba fahamkan dgn baik.
selebih itu terserah pada mereka utk terima dan tuhan utk memberi hidayah.
jika mereka tidak terima, bersabar sahaja.
yg penting anda tahu bhw anda ada alasan dgn tuhan kerana ketidakmampuan dir, bukan keraan nak elak dari tanggungjawab.
moga bermanfaat.
Asslmualaikum..sya mengalami masalah antara keluarga sya dn suami..kami suami isteri mempunyi masalah financial..ibu dan ayah sya tidak suka kedatangan suami sya di sebabkn menerima wang.pebelanjaan kami tidak mengcukupi utk barang dapur dn bill ruma dan pakaian..
salam
minta bantuan dari badan-badan islam utk bantuan ekwangan dan kaunseling.
sila hubungi
http://web.ppis.sg/
http://www.amp.org.sg/main.asp
salam
saya siti berumur 22 tahun.saya ingin bertanya kepada ustaz boleh ke anak perempuan menangung nafkah keluarga?ayah saya telah berkahwin dan sekarang mempunyai 2 org isteri.kami sekeluarga duduk berasingan(maksudnya ada 2 buah rumah).saya tinggal bersama dengan ibu,2 owg adik perempuan yang berumur 21thn dan 11 thn.ibu saya tidak bekerja tetapi mengambil upah menjaga bayi dengan pendapatan 200 sebulan.adik perempuan saya baru bekerja.gaji bulanan saya pulak hanya 1200.segala keperluan seperti sewa rumah,makanan,serta utility bill saya yang tanggung.sebelum ini saya tidak memikirkan masalah ini sebab menganggap ianya tanggunjawab saya untuk menyara keluarga.tapi saya merasakan ayah seperti melepaskan tanggungjawabnya kepada keluarga.Dia menanggung isteri barunya kerana merasakan saya boleh menyara ibu saya.dia ada juga memberi nafkah makanan dan duit tapi itu pun jarang2.boleh ustaz bagi pandangan mengenai masalah ini supaya saya boleh menyelesaikannya.
salam
awak boleh menanggung nafkah ibu dan adik2 awak jika awak mahu dan rela tetapi tidak wajib.
kewajiban tetap di bahu bapa awak untuk memberi nafkah kepada mereka.
jika ia membebankan awak dan ibu serta adik-adik awak ingin menuntuk hak mereka dari bapa awak, boleh lakukan yang berikut
1. ibu awak boleh pergi ke mahkamah syariah untuk menuntut hak nafkah bagi dirinya dan anak-anak yang belum dewasa.
2. adik perempuan awak yang berumur 21 tahun boleh adu ke mahkamah syariah dan tuntut nafkah dari bapa awak, jika dia masih belum mampu untuk berdikari secara kewangan kerana mungkin masih belajar.
nasihat saya ialah awak perlu bincang dengan ibu awak dan menasihati beliau agar menuntut hak dia melalui mahkamah syariah supaya bapa awak disedarkan akan tangunggjawab dia dan berubah.
dia perlu disedarkan dan berubah kerana perbuatan mengabaikan hak isteri pertama dan anak-anaknya adalah salah dan berdosa.
beristeri dua bukan alasan untuk dia tidak menunaikan hak isteri pertama dan anak-anaknya. ia adalah tambahan kewajiban. sepatutnya dia tidak boleh nikah satu lagi jika tidak mampu tunaikan hak isteri pertama dan anak-anaknya.
moga bermanfaat.
terima kasih ustaz.
Saya ada pertanyaan…
Apa hukum jika saya melarang isteri saya yang berkerja bagi duit pada bapanya yang selalu menghabiskan duit yang diberi itu dengan membeli nombor ekor. Saya tahu main nombor ekor itu adalah HARAM. Dalam sebulan 2 atau 3 kali bapa isteri saya minta duit. Jika tidak diberi, dia akan mengukit kisah dia membesarkan mereka dan mengatakan anak tidak mengenang budi. Isteri saya dan adik beradik beliau sudah penat menasihati bapa beliau. Isteri saya mempunyai 5 adik beradik dan setiap adik beradik bagi RM200 sebulan pada bapa beliau itu tidak termasuk duit pencen yang bapa beliau dapat sebulan. Bila pertengahan bulan, bapa beliau minta lagi duit. Apakah dikira berdosa isteri dengan memberi duit kepada bapa beliau untuk membeli nombor ekor.
salam
soal bapa kaki judi tidak semestinya dijadikan alasan bagi anak untuk tidak menunaikan tanggungjawab kepadanya seperti memberi nafkah.
masalahnya ini boleh dilihat dari dua perspektif:
1. si anak memberi si bapa duit sebagai menunaikan tanggungjawabnya dan dia mendapat pahala atas pemberiannya. soal si bapa guna utk judi itu adalah urusan dia dgn tuhan. ia tidak sedikit pun mengurangkan nilai kebaikan anak itu. ia tidak dikatakan sebagai subahat kerana dosa inidividu tidak ditangung oleh yang lain. lagi pun ada ruang utk diandaikan bahawa hy sebahagian dari duit itu shaja yg diguna utk judi, yang lain tetapi diguna utk kehidupan hariannya.
2. ambil jalan tengah iaitu tidak memberi nafkah dgn cash tetapi memberi barang keperluan rumah atau membayar bil2 dgn tujuan merendahkan risiko salahguna oleh si bapa.
perlulah difahami masalah si bapa tidak boleh diselesaikan hy dgn tidak memberi wang. hubungan baik yg berterusan yg membolehkan kita memberi nasihat yg baik penting utk ubah sikpa dia. tak guna nafikan wang dari si bapa kalau itu sahaja langakh yg diambil.
sila baca http://haniff.sg/artikel-pendek/artikel-apabila-ahli-keluarga-tidak-soleh-berita-minggu-singapura-23-september-2012/
Salam ustaz,
Saya ada pertanyaan. Sy merupakan anak bongsu, dan adik beradik sy semua perempuan. Kakak2 sy telah pon mendirikan rumah tangga. Ibu bapa sy berharap sy tinggal di rumah mereka dan menjaga mereka. Sy sedang berkawan dengan seseorg yg bekerja jauh dr rumah sy dan kami sedang merancang untuk berkahwin. Kawan saya juga berharap sy ytk tinggal di negeri kelahiran dia selepas kami berkahwin yang mana amat jauh dr rumah sy. Apakah pendapat ustaz mengenai situasi sy ini? Perlukah sy meneruskan prncangan utk menikah atau sy perlu mengutamakan ibu bapa sy?
salam
awak perlulah bincang dgn adik beradik dan ibubapa awak mengenai hasrat ini dan bagaimana seluruh keluarga dapat saling membantu antara satu sama lain dan berkompromi bagi memenuhi segala kepentingan.
hakikatnya, tanggungjawab jaga ibubapa bukan hanya kewajiban awak sahaja, walau pun sekarang ini awak yg menjaga mereka dan kewajiban ini tidak boleh dijadikan penghalang utk awak penuhi hasrat utk bernikah, jika mmg telah ada calon yg baik.
cuma apakah bentuk penyelesaiannya perlu kepada perbincangan semua ahli keluarga.
berdoalah apabila bincang nanti allah tunjukkan jalan keluar yg terbaik bagi semua pihak.
setelah bincang dgn ahli keluarga, bincanglah pula dgn calon awak itu kerana mungkin keluarga tidak boleh penuhi 100% keinginan awak dan perlu pula kompromi dari bakal suami awak tu.
moga bermanfaat
Assalamualaiku ustaz.saya nak tanya.apa kah hukum ibubapa lebih kan anak perumpuan dari anak lelaki.meraka sangup buat apa saja utk anak perumpuan.anak perumpuan dah kahwin.anak lelaki dan family dai tak di pedulikan oleh meraka.
salam
pada dasarnya, islam larang ibubapa mengamalkan pilih kasih dalam layanan kepada anak-anak, tak kira samada anak itu lelaki atau perempuan.
pengecualian hanya dibenarkan jika memang ada keperluan seperti jika si anak itu memang memerlukan layanan yang lebih dari anak-anak yang lain kerana kecacatan yang ada pada dirinya.
nabi s.a.w bersabda, “bertakwalah kepada Allah dan berlakulah adil terhadap anak-anakmu.” (riwayat al-bukhari dan muslim)
Salam ustaz, saya nak tanya pandangan ustaz. Ibu bapa saya ada masalah kewangn yg sgt kronik menyebabkan mereka selalu minta bantuan dari sy terutamanya time gaji. Jumlah yg diminta agak besar,penah suatu kali saya habiskan separuh gaji sye kpd ibu dan menyebabkan suami marah kepd saya kerana bil bulanan,sewa rumah n byran kereta sy belum selesaikan. Hal ini menyebabkan suami begitu kecewa kerana dia menganggap sy membelakangkannya sebagai suami kerana sy tidak minta izin drnya terlebih dahulu sebelum bagi duit gaji sy kpd ibu. Saya amat rasa bersalah,mak merayu2 minta bantuan tp suami amat kecewa dgn sy sb x minta izinnya dulu. Pd bulan tu blh dikatakan kami terputus duit belanja,..pointnya sb sy bg duit pd ibu…mcm mn ustaz, hati suami kena jaga hati ibu pn kena jaga…sehinggakan sy terpaksa pinjam dr rakan2 utk bg duit kpd ibu,itupn senyap2 takot suami marah..
salam
duit awak adalah milik awak. awak berhak belanjakannya ikut pertimbangan awak. di sisi agama, awak tak perlu minta izin utk belanjakan harta peribadi awak.
yg menjadi isu di sisi awak ialah:
1. walaupun awak tak wajib bagi tahu dan minta izin suami ttg apa awak belanjakan wang awak, awak tetap perlu berhemah dan pandai urus harta peribadi awak. ertinya awak tak boleh hanya ambil kira soal bantu ibubapa sahaja, hingga boleh timbul masalah kewangan pada diri awak yang pastinay akan turut dipikul oleh suami. jika keluarga suami pun perlukan bantuan kewangan dari awak kerana pendapatanny yg terhad, ini pun pelru diambil kira kerana mengabaikannay juga akan menjejas kehidupan keluarga awak dan hubungan dgn suami. ertinya, awak perlu seimbangkan semua kepentingan dan ini dilakukan dgn urus kewangan awak dgn baik.
2. bantu ibubapa awak bukan mestinya dgn bagi wang terutama jika masalahnya kronik. awak perlu juga bagi tahu keterbatasan awak kepada mereka kerana hakikatnya tanggungjawab awak bukan hanya pada mereka dan mereka harus faham. fikirkan secara holistik penyelesaian masalah kewangan ibubapa awak dan huarainnya dan bukan hanya dengan cara sekarang ini = minta nasihat pakar perancang kewangan yg boleh bantu bagaimana awak boleh urus wang dgn baik dan cara penyeleian lain bagi masalah ibubapa awak.
moga bermanfaat
Salam ustaz.anak perumpuan meraka tak ada apa kekurangan dalam hidup.suami anak anak hidup happy je.tapi meraka selalu buat perbazaan.sampai kan anak lelaki meraka tanya dah banyak kali kat meraka kana buat macam ini.samapi kan anaklelaki meraka dah marah sangat.saya pun tak tahu nak buat apa sekarang.mak mertua saya pun tak kisah kalau anak lelaki meraka tak call tak tanya kabar dan tak nak ziarah meraka.bagi meraka anak perumpuan dah cukup.hati sy susah sangat anak anak sy tak ada kasih sayang dari datuk dan nenak meraka.apa patut sy buat sekarang.boleh ke kami abai kan meraka atau kami kena jaga meraka juga.
baca di http://haniff.sg/artikel-pendek/artikel-apabila-ahli-keluarga-tidak-soleh-berita-minggu-singapura-23-september-2012/
Salam ustaz.terima kasih.
Salam Ustaz, saya mempunyai seorang isteri dan seorang anak lelaki. Namun masalah bukanlah di keluarga saya ini tetapi keluarga isteri saya.
Isteri saya merupakan anak sulung daripada 4 orang adik beradik. Adiknya semua lelaki. Sorang umur 23 tahun, sorang 22 tahun dan yang bongsu 17 tahun. Bapanya ada syarikat sendiri yang mana dia mengambil anaknya yang 23 tahun dan 22 tahun bekerja dengannya. Ibunya pula suri rumah.
Jujur saya katakan walaupun adiknya sudah berumur 23 tahun dan 22 tahun tetapi tidak pandai bawak kereta (kerana Ibu Bapanya melarang bawak kereta masa dapat lesen P), tidak berdikari (suka duduk rumah dan expect orang masak atau belikan makanan) dan banyaklah lagi yang tidak tahu tentang urusan kehidupan harian. Pendek kata mereka ibarat budak-budak sekolah rendah (masih tengok kartun) kerana anak anak lelaki dimanjakan sepanjang hidup dan segala beban urusan keluarga diletakkan di atas bahu isteri saya. Isteri saya sering tertekan kerana menjadi Bapa dalam keluarga kerana Bapanya sering outstation ataupun tidak berminat untuk menguruskan hal anak anak. Ibunya pula sering menyindir anak-anak kawan dia bagi duit dan orang gaji. Tetapi kenapa hanya menekan Isteri saya? Anak anak lelaki dia jadi tak boleh harap sebab dia terlalu manjakan anak anak lelaki dia. Isteri saya pulak dibeban dengan segala tanggungjawab.
Saya sendiri masih boleh bantu tapi sampai bila? Saya berasa amat tertekan memikirkan yang suatu hari bila bapanya tidak mampu bekerja saya harus menanggung seluruh keluarganya hanya kerana ibu bapanya tidak tahu mendidik anak anak lelaki mereka. Saya teringin untuk tinggalkan negara ni supaya isteri bebas dari bebanan keluarganya. Minta pendapat Ustaz apakah patut saya buat?
Abu Ali
salam
tidak salah utk awak membawa isteri awak berhijrah ke negara lain atau berpindah ke daerah lain kerana:
1. bapa isteri awak masih hidup. maka tanggungjawab utama menjaga ibu dan adik2 yg lain adalah dibahu dia, bukan dibahu isteri awak. dia boleh meminta bantuan, tapi taklah sampai ke peringkat pindahkan beban.
2. adik2 lelaki bukan tanggungjawab isteri awak utk jaga atau urus kerana mereka sudah besar dan ibubapa mereka masih hidup.
3. isteri awak masih boleh bantu dan berbakti pada ibubapa dgn cara lain.
4. keberadaan isteri awak tidak akan memberi maslahat kepada adik beradiknya yang sudah dewasa.
5. awak dan isteri awak berhak utk mempunyia privacy dan kehidupan sendiri.
namun, lakukan perkara ini dgn cara sebaik mungkin.
moga bermanfaat
asslamualaikum..
saya ingin bertanya tentang apakah wanita yang berkahwin baru selepas kematian suami masih layak mendapat wang pencen dan apakah hukumnya jika beliau lebih membelanjakan duit pencen arwah suami kepada suami baru beliau?
salam
kalau pemberian wang pencen si mati kepada isteri yg maish hidup memang sah di sisi undang2, dan bukan satu kesilapan, hukumnya adalah halal. jika ia satu kesilapan pentadbiran, wajiblah pihak berkenaan diberitahu dan dikembalikan wang itu.
jika wang itu sah di sisi undang2 dan halal, ia adalah milik penuh isteri dan terserah kepada dia untuk belanja dan berikan kepada siapa yang dia sauka atas dasar sukarela.
Assalamualaikum..
Spnjang 3 tahun prtama perkahwinan sy suami sy tidak bekerja selepas dia diberhentikan.. selama tempoh itu sy yg menanggung semua perbelanjaan keluarga.. termasuk memberi nafkah kpd ibu mertua sbyk rm300 sebulan.. ansuran kereta.. oleh sebab sy tinggal bersama ibu dan ayah sy jd sy tidak terlalu bermasalah dlm segi kewangan.. skrg suami sy telah mempunyai pekerjaan tetap dan sy pula sdh tidak bekerja selepas ayah sy jatuh sakit.. jd semua perbelnjaan diserahkan kpd suami.. oleh krana gji suami kecil,jd dia tidak dpt lg memberi nafkah kepada ibunya.. ibu dan adik2 suami sy memarahi sy krn sdh tidak mengirim duit blnja dan menyalahkan ayah dan ibu sy.. apakah patut sy memberitahu mak mertua dan adik ipar sy yg suami sy berhutang nafkah dgn sy selama 3 tahun walaupun mereka tahu yg selama ini suami sy tidak bekerja dan menggunakan duit sy utk dikirim.kpd ibunya.. apakah sy blh mempertahankan hak sy sbg seorg isteri?
salam
bukan tanggungjawab awak utk memberi nafkah kepada ibu mertua. ia adalah tanggungjawab suami awak. apa yang awak lakukan itu hanyalah untuk membantu suami dan atas dasar ihsan.
tidak seharusnya ibu mertua dan ipar awak menyalahkan awak. mereka seharusnya membincangkan masalah berkenaan dgn suami awak. namun jika mereka tidak tahu akan perubahan status awak yg sudah tidak bekerja atau tak faham akan siapa yg sepatutnya bertanggungjwab atas mereka, awak hy perlu menjelaskan. jika mereka tetap tidak mahu memahami, bersabarlah sahaja dan serahkanlah masalah ini kepada suami awak utk tanganinya kerana ia melibatkan tanggungjawab dia dan keluarga terdekat dia sendiri.
tentang nafkah suami yg tak dibayarkan kepada 3 tahun, tak perlulah dijadikan hutang dan diungkit2 kerana awak telah pun bersedia utk bantu dia pada masa itu. jika pendapatan suami kecil hingga tak cukup utk beri kepada ibu dan adik2nya, dia haruslah berusaha keras sedikit utk tambah sumber pendapatan atau memahamkan keluarga dia, bukan semestinya membebankan isteri.
assalam ustaz..saya nak tanya..boleh ke kita ambil duit suami tanpa pengetahuam untuk diberi pada ibu bapa saya..
salam
tidak boleh, kerana nafkah kepada ibubapa isteri bukan tanggungjawab utama suami.
ia tak termasuk dalam tanggungjawab nafkah yg dia pikul.
sila baca di sini http://haniff.sg/wp-content/uploads/2013/09/kemusykilan-agama-suami-tidak-mahu-bantu-ibubapa-isteri.jpg
Assalamualaikum ustaz….
Kakak sy ibu tunggal yg masih menyara anak2. Kakak sy masih pedulikan ibuAssalamualaikum ustaz….
Kakak sy ibu tunggal yg masih menyara anak2. Sy masih pedulikan ibu kandung yg sudah tua cuma tidak tinggal serumah. Ibu sering marah kpdnya kerana tdk menjaganya dan mengatakan dia tk mengampunkan dosa kakak saya. Adakah kakak saya anak derhaka?? Mohon pencerahan
Reply sy yg sudah tua cuma tidak tinggal serumah. Ibu sy sering marah kpd sy kerana tdk menjaganya dan mengatakan dia tk mengampunkan dosa kakak saya. Adakah kakak saya anak derhaka?? Mohon pencerahan
Reply
salam
samada kakak awak salah bergantung pd keadaan dia. ibu tunggal tak semesti susah. tapi kalau mmg susah, tak lah salah jika dia dah berusaha yg terbaik setelah mengimbangi sgl tanggungjawab.
begitulah juga awak.
jika mmg keadaan awak tak boleh tinggal bersama dgn ibu, tak lah salah.
ibu yg dah tua mmg kadangkala berkerenah disebabkan usianya sama seperti kita semasa kecil.
Hmm..saya just nak tahu apa tanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri sbb saya ada ibu yg bekerjaya tapi since saya umur 10 tahun dia dah suruh buat kerja rumah kemas rumah semua tu..dia kata nilah cara balas jasa..jadi bila saya dah berumur 18 tahun semua hal rumah dia dah lepas tangan..masak kemas rumah lipat kain basically semualah benda kat rumah and not only that bila dia balik then tgok rumah x kemas mcm mna dia nak dia akn membebel non stop..so mmg ni dah jdy t/jwb saya ke or what..p/s saya ni anak sulong so semua sayalah buat
salam
tanggungjawab utama urus rumhatangga memang terletak kepada ibu.
namun, ibu sebagai ketua berkuasa utk bahagi2 tugas kepada anak2.
bila ini dilakukan, ia termasuk dalam perintah ibu yg wajib dipatuhi oleh anak dan jika dilakukan dapat pahala besar.
namun apa jua tugas dan pertanggungjawaban hendaklah diamanhkan sesuai dengan kemampuna.
jika anda fikir beban yg diberi diluar kemampuan anda, anda boleh
1) bincang baik2 kepada ibu akan masalah berkenaan. tapi jgn hanya komplen, berikan cadangan tetang apa yg anda boleh lakukan dan apa yg melebihi kemampuan anda utk ibu anda lakukan atau serahkan tuga skepada anak2 yg lain. hal ini supaya anda tidak dilihat sebagai cuba elak kerja.
2) sebagai anak sulong anda spepatutnya boleh gunakan kedudukan anda utk agihkan tugad atau minta bantuan adik2 yg lain bantu sama, tanpa perlu minta tolong ibu. anak sulong memang perlu lakukan tugas kepimpinan. oleh itu, jadikan diri anda pemimpin pada adik2 dalam mengurus hal ehwal rumahtangga utk meringankan ibu. tugas 2itu juga tangungjawab mereka, bukan anda sorang sahaja.
moga bermanfaat
saya anak perempuan tunggal.kesemua adik beradik sy lelaki.abg sy yg pertama tk sihat.dia sakit mental.abg ke2 bekerja sendiri.sy yg ke3.. adik sy yg laki bekerja kitchen helper di pizza.selepas kematian.. sy yg menjaga mereka selame 6 bulan.sudah 6 bulan sy tidak bekerja.makcik pakcik sy mengharapkan sy duduk di sini menjaga mereka.sy juga spt insan laen.yg mahukan life sendiri.ade kerja sendiri dan hidup sendiri spt org laen.sy tertekan tinggal bersama mereka,adk brdk.byk kerja yg dibereskan seorg diri.sering murung.boleh dikatakan tiap mlm sy menangis mengenang nasib sy.. jika ada rezeki, ada jodoh..sy juga ingin spt insan wanita laen ..ada suami dan keluarga,sampai bile sy harus menjaga mereka sedangkañ diri sy pun xterurus…sy xde duet utk masa akañ datang ..sy iźza yg kini hidup tertekan..
kematian ibu**
salam
nasihat saya ialah dapatkan khidmat kaunseling bagi diri anda.
kaunseling akan membantu anda kerana
1. ia akan meringankan beban emosi dan psikologi yang menyebabkan kemurungan
2. membantu kenalpasti punca masalah yang sebenar dengan tepat melalui temuduga semuka dengan anda
3. memberi huraian yang tepat bagi masalah yang dihadapi
4. menawarkan bantuan2 lain, jika perlu
moga bermanfaat
Assalammualaikum ustad ,
sy sha umur 25 tahun.. ustad sy sudah berkahwin dan mempunyai anak seorang , suami sy seorang tentera .. nak jadi kan cerita , sy tingal bersama org tua sy ,disebabkan belum dapat rumah kerajaan . Tapi ustad adakah sy wajib bayar duit api/air ,duit lauk dan beli makanan dapur ? Sebab yg ni dminta oleh org tua sy . Walhal ,sy telah menguruskan rumah.
Sy mempunyai 5org adik beradik , sy perempuan sulong , yg lain semua lelaki . Masalah nya ustad , mereka langsung tidak membantu kerja2 rumah, soal duit rumah pun sama , semua nya letak di bahu sy ..
adakah itu semua sy harus lakukan ? Tambahan pula sy tengah mengandung sekarang ,jika sy tak buat kerja rumah ,org tua sy akan marah sy .
ustad , apa perlu sy buat ustad ??
Terima kasih sudi mendengar luahan sy .
wasalam..
salam
jika awak tinggal di rumah org tua, wajarlah utk menyumbang sama kos dan bil rumah.
kadarnya ialah apa yg munasabah dan mampu.
pastinya tidak perlu tanggung semua kerana sebahagian kos dan bil adalah ke atas org tua yg mana tanggungjawab membantu mereka ialah ke atas semua anak2, bukan anda sorang.
anda perlu bincangkan perkara ini dgn org tua dan adik beradik.
jika tak berjaya, bincanglah pula dgn syami langkah terbaik seterusnya.
assalamualaikum ustaz, saya hendak berkahwin,, dan bakal suami saya adalah orang jauh,, saya mempunyai ayah dan mak pula telah meninggal, saya pula anak sulung, tanggungjawab saya sebagai anak dan emak terpaksa saya pikul utk jaga adik2 saya, masalahnya di sini bakal suami saya menyuruh saya duduk di negeri kelahirannya yg jauh, padahal saya perlu jaga ayah saya yg seorang,, saya ajak duduk tidak berjauhan dgn ayah sgt supaya saya blh tolong ayah ketika sakit,, bakal suami saya pula mempunyai mak ayah yg masih sihat dan adik beradik yg ramai yg blh tengok2kan mak ayahnya,, saya adik beradik sikit dan sulung , dn saya perlu lihat keadaan ayah saya sekali sekala,, jadi apa saya perlu buat ustaz,, yg mana saya perlu dahulukan,, antara ayah atau si lelaki? sementara saya belum kawin ni saya perlu buat keputusan
salam
1. bincanglah dengan ayah awak, samada dia setuju atau tidak. kalau dia setuju dan tahu akan kesan dari persetujuannya, bincang pula tentang adik beradik awak bagaimana cara menjaga ayah awak tanpa awak. tanggungjawab jaga ayah awak bukan hanya di bahu awak. tapi di bahu semua anak-anak. adik2 beradik awakperlu dilatih juga utk pikul beban jaga ayah kerana ia tidak boleh dipikul oleh awak sahaja. satu masa juga awak pasti akan berkahwin dan tak boleh lagi nak jaga ayah awak sepenuhnya seperti sekarang. jika ayah awak bersetuju dan adik2 awak boleh ambil alih tugas jaga ayah awak, maka tidak timbul masalah untuk awak berkahwin dan ikut suami.
2. jika ayah awak tidak izinkan, maka sebaiknya awak jagan teruskan hasrat itu dan carilah calon yang lain kerana keredaan orang tua adalah penting. tambahan pula, sebagai anak perempuan, ayah awak adalah wali bagi penikahan awak. mengutamakan ayah lebih baik dalam hal ini kerana kumbang bukan seekor sebagaimana juga bungan bukan sekuntum.
moga bermanfaat
syukran ustaz,, kerana dpat memberi pandangan yg bermanfaat kepada saya,, bakal suami saya seorang yg baik,, selalu pergu surau, penampilan pon baik selalu mengingati saya dlm hal agama,, tetapi dalam hal sebegini dia susah untuk bertolak ansur sedikit,,
assalamualaikum ustaz,,,
suami saya sering beranggapan buruk terhadap keluarga saya… malah di katanya gerak hati dia menyatakan keluarga saya tidak sukakan dia kerana tidak berharta, dia sering mengungkit dan mengherdik saya.. katanya keluarga dia lagi penting dan saya mesti mengutamakan keluarganya sahaja. 5 tahun saya berasa hati tetapi saya gagahkan juga sebab memikirkan nasib anak kami.
salam
pergi jumpa kaunselor dapatkan nasihat bagaimana cara yg baik utk awak boleh berkomunikasi dengan suami dgn tujuan utk tahu lebih mendalam dari sejarah hidup dia yang menyebabkan dia bersikap seperti itu.
Salam
Saya ade 4 org adik beradik 2 lelaki 2 perempuan sy dan adik sy dah berkahwin yg lelaki belum lg..
masalah sy ialah mak sy ni nkkan sentiasa sy dan adik sy blk kerumah..macm adik masih belum duk serumah ngan suami hanya blk hujg mggu itu pn selang seli mggu ni blk umh suami dia mggu depan blk umh mak …bila hari raya dia nk jgk km blk pada hal kami ade suami dan ade mertua suami pn mungkin teringin nk beraya dirumah mak dia..
cam mn yek suami setakat ni tak pernah bercakap ape ikut sj mn sy nak raya
salam
ini adalah masalah yg normal berlaku anta anak dengan ibu.
si ibu sukar hadapi realiti berpisah dari anak2 dan masih mengharapkan anaknya tetap bersama dia seperti sebelum kahwin.
ini adalah masalah psikologi, dan bukan hukum agama.
sebaiknya awak dapatkan bantuan kauselor yg pakar dalama tangani masalah keluarga dan berpengalaman utk tangani masalah seperti ini.
pastinya dalam ilmu psikologi dan kaunseling ada penjelasan kenapa masalah ini berlaku dan bagaiamana cara tangani dia.
saya seorang ustaz, dan bukan pakar dalam isu psikologi dan kaunseling.
apa yg saya boleh kata hanyalah:
1. awak hanya patut tunaikan permintaan ibu pada kadar yg termampu dan munasabah setelah mempertimbangkan segala kewajiban lain i.e. kpd suami, anak2, kerja dll.
2. jika setelah memberi pertimbangan yg baik dan berusaha utk melayan ibu anda tapi beliau tetap tidak berasa puas, tidaklah perlu bersalah dan bersabar sahajalah.
3. berusaha terus utk memberi kefahaman, melayan dnegan baik dan berdoa, lama2 dan dgn izin Tuhan, beliau akan berubah.
4. dapatkan bantuan kaunselor utk fahami amsalah ini dan atasinya dgn baik.
5. dapatkan kerjasama adik beradik semua utk tangani masalah ini secara kolektif i.e bagaimana adik2 boleh bergilir2 bersama ibu utk minimakan masalah.
moga bermanfaat.
Assalamu’alaikum Ustaz,
Saya ingin mengemukakan masalah kami sekeluarga dengan ayah saya, lately dia selalu menyumpah seranah saya kerana kurang beri wang perbelanjaan kepadanya. Saya tak nak bagi kerana mendapat tahu ayah saya berjudi ngan wang tersebut malah hisap ganja lagi sedangkan saya bertungkus-lumus mencari wang membela anak2, seorang di universiti dan di sekolah kerana suami kurang kemampuan namun saya selalu bagi duit perbelanjaan kepada mak saya untuk perbelanjaan rumah. Suami jua kurang setuju wang diberikan kepada ayah kerana penyalahgunaan tersebut. . Tapi hati saya selalu tak senang dan risau mengenangkan nasib diri kerana ayah saya selalu menceritakan kepada saudara mara dan menyumpah seranah saya namun saya tak mampu ceritakan kepada saudara atau orang lain kerana takut aibkan ayah saya. Tolonglah jelaskan permasalahan ni. Wallahu’alam.
salam
jika benar, wang yg diebri kepada si ayah digunakan utk perkara yg haram seperti judi dan dadah, maka tidaklah wajib menunaikan permintaan dia, walau pun dia marah dan sumpah seranah.
hal ini kerana islam melarang kita mentaati orang tua jika ia membawa kepada yg haram.
kemurkaan orang tua dalam situasi ini bukan kemurkaan yang menyebabkan kemurkaan tuhan.
namun, tetap wajib melayan dia dengan cara yg baik dan hormat dan memenuhi keperluan asasi tanpa menyebabkan ia disalahguna.
baca http://haniff.sg/artikel-pendek/artikel-apabila-ahli-keluarga-tidak-soleh-berita-minggu-singapura-23-september-2012/
moga bermanfaat
Salam,
Saya ada soalan,saya ank bongsu dan mempunyai 2 org abang. Kami masing-masing telah berkahwin dan ibu saya baru sahaja bercerai kali yg ketiga pada tahun ini. suami saya tidak pernah melarang saya memberi wang kepada ibu saya kerana itu adalah hasil titik peluh saya tetapi masalahnya saya terasa terbeban kerana semua perbelanjaan harian ibu saya (api, air, astro, barang mknan keperluan & duit belanja seminggu 150) ditanggung oleh saya sahaja sedangkan abang-abang saya tidak memberi nafkah langsung dengan alasan mereka tidak mempunyai wang dan menganggap itu adalah tanggungjawab saya. saya semakin terbeban kerana saya juga terpaksa menanggung perbelanjaan persekolahan anak-anak buah saya (5 orang) kerana abang saya & isterinya tidak bekerja kerana (abg saya malas bekerja & tidak membenarkan isterinya bekerja). Saya juga terpaksa berhutang untuk membayar kos guaman untuk kes penceraian ibu saya sebanyak 9k kerana saya tidak mempunyai simpanan lagi selepas ditipu oleh abang saya dan terpaksa membayar hutang abang saya (saya penjamin). saya juga ingin mempunyai simpanan untuk masa depan saya & suami tetapi saya tidak boleh berbuat demikian kerana terpaksa membayar hutang kerana keluarga saya. saya telah memberitahu ibu saya bahawa saya akan mengurangkan wang poket beliau tetapi ibu saya terasa hati. saya juga telah berhenti menanggung perbelanjaan sekolah anak-anak buah saya tetapi dibenci oleh abg saya dan dia mengatakan bahawa saya tidak mempunyai perasaan bersalah melihat anak-anak buah saya tidak bersekolah. saya bukanlah seorang yang bergaji besar tetapi saya terpaksa membuat 3 kerja sampingan untuk menambah pendapatan untuk menanggung semua ini. saya sudah tidak larat membuat kerja sampingan kerana saya juga ingin meluangkan masa bersama suami dan diri sendiri. tolong berikan pandangan.
salam
tanggungjawab kepada ibu awak adalah tanggungjawab bersama dengan adik beradik yg lain.
awak hanya wajib tunaikan tanggungjawab kewangan kepada ibu pada kadar yg awak mampu dan munasabah dgn ambil kira peranan adik beradik yg lain.
jika awak nak memberi lebih, boleh dan bagus.
tapi tak wajib.
jika adik beradik lain tidak tunaikan tanggungjawab mereka, awak boleh tolong cover.
tapi tak wajib ke atas awak.
jika ibu awak kecil hati, tak mengapa kerana awak hanya wajib tunaikan tanggungjawab pada kadar yg munasabah dan ikut kemampuan.
tanggungjawab ibu awak utk ajar dan nasihatkan adik beradik yg lain utk tunaikan dan kongsi beban kewangan menanggung dirinya.
awak boleh nasihatkan juga.
tapi jika mereka tak mahu dengar dan ubah, tak wajib awak utk tolong tunaikan tanggungjawab mereka.
tidak wajib bagi awak utk tanggung anak2 sedara selama mana mereka ada ibu bapa sendiri.
kalau pun awak nak bantu, memadai ikut kemampuan sahaja.
Salam,
Saya nurul. Pertanyaan saya bukan mengenai kewangan tetapi hubungan sy dgn ibu mertua. Sy dan suami sudah berkahwin selama 8 tahun sebelum ni kami duduk di johor tetapi selepas suami dpt bertukar kemelaka kami berpindah kerumah mertua. Pd mulanya brcdng hnya duduk semntara waktu shja tp smpi kehari ini dh hmpr 4 tahun sy msh tnggl dirumh mertua. Sy jg seorng berkerjaya. Perbelnjaan dan kewangan mmg mnjadi rutin sy n suami pd setiap hjng buln. Sy bg ibu mertua duit n suami akan beli barang keperluan kering didapur. Dlm rumh ibu mertua sy tnggl lg 2 adik lelaki suami. Sy dan ibu mertua kurang persefahaman. Sy selalu bermasam muka sbb bl blk kerja sy mmg melakukan rutin membasuh n mngemas n plng sy x suka rumh bersepah n berserabut. Sy x memasak sbb masak mak mertua sy yng masak klu sy masak ada shj komplen. Bl kemas esok blk kerja bersepah kemas lg n mcm tu lh. Sdngkn rumh kami x de bdk kecil sbb sy masih belum diberikn rezeki ank.. Kdng2 sy rsa hidup dlm rumh nie mnmbhkn dosa sy bknnya pahala. Ibu mertua sy mcm x sng hbngn saya n suami. Ada kalanya kami x bertgur sehari. Klu sy mrh atau berasa sedih sy akn lbh suka kurung diri sy dlm bilik x mkn n minum n keluar dr bilik hnya untuk ambil air smbhyng shj. Suami ada mnyatakn hsrt untuk berpindah tp ditentang oleh ibu meryua sy. Jd bgmn untuk sy hidup berharmoni didlm rumh ni. Sy x nk jd isteri derhaka n mnantu derhaka.. Diharapkn ada jwpn terbaik untuk sy.
salam
pergilah jumpa kaunselor utk dapatkan nasihat bagaimana berurusan dengan mertua dan tangani mertua yg bermasalah.
ini soal psikologi bukan soal hukum agama.
dari segi agama, islam memang mengakui keperluan anak2 yg sudah dewasa utk mempunyai privacy dan ibu bapa perlu juga akui dan hormati perkara ini.
atas dasar itu, anak2 yg dewasa berhak utk ada rumah sendiri dan ia tidak semestinya dilihat sebagai pengabaian terhadap ibu bapa.
banyak cara seorang anak atau menantu dapat memenuhi tanggungjawab kepada ibu bapa dan mertua tanpa tinggal sama.
apa tah lagi, jika si mertua masih mampu menjaga diri sendiri dan ada anak2 lain yg boleh menjaga dia.
perlu difahami, tanggungjawab jaga ibu bukan adalah tangungjawab semua anak2 dan mereka harus berbahagi tugas dan bukan membebankan anak tertentu sahaja.
perkara ini menjadi lebih perlu diperhatikan jika terdapat unsur2 ambil kesempatan terhadap org lain dan jika sikap org lain yg mahu berbakti kepada ibubapa menjadikan anak2 lain malas menjalankan tugas hingga naik lemak.
anda perlulah bincang dgn suami utk tinggal di rumah sendiri yg berdekatan.
jika si ibu tidak gembira, bersabarlah, asal sahaja anda berdua tetap berusaha utk berbuat baik dgn dia melalui cara2 lain i.e. ziarah mingguan, memberi wang belanja.
tambahan pula tinggal bersama dua adik ipar yg sudah dewasa di bawah satu bumbung boleh juga menimbulkan masalah2 hukum agama yg lain.
moga bermanfaat.
Salam ustaz
Saya nk tanya …… suami sye macam tak bagi sye rapt dgn mak n kuarga saya…. tiap kali sye ingn blik umah mak saya n bagi duit msti dia uat muka….duit saya gaji sye msti abis bli kelengkapn dapur dan byar hutang…. pnah sekali mak sya telephone dia tak bgtau saya bila saya tnya npe dia uat mcm tu sbb die berdndam dgn mak saya n keluarga saya… die pksa saya mntak buku bank yg ada pd mak saya….. barang kmas sya smua dh dijual krana kesian kn suami… pernah dia sruh saya uat niaga tgah malm dan kawasn yg sye lalui snguh snyi… mak saya dapt tau n mak saya mrh disebb kn sye pg kje di stesyen mnyk mlm berniaga seorng dri sjak tu die akn ungkit bnda tu…. paling sye tak than dgn die die mnceritakn kebrukn keluarga saya kt keluarga die… saya lgsng tidak mnyimpn sejk kwin dgn dia…. die adlh laki yg mls kerja bila saya mngadu kt fmly dia sya disalahkn blik mereka mgatakn yg sya ni terlalu mengongkngsuami sedng ape yg sye cakp adalah betul die mls berkerja isap rokok yng mahal malah selalu minum 3in 1 1ari 4 kali fmly dia lgsg tidak nasihatkn die… sye kecewa.. sye dh x tau nk uat pe …. keluarga dia semua kuat agama dri mesir ada yg ustad n ustazah yg pling saya tak blh terima bla yg ustazah mcm tak de agama ble berckp… sdgkn dia tau tnggjwp adik dia …..
salam
nasihat saya ialah dapatkan bantuan kaunseling dari mana2 badan islam yang terdekat.
sila baca jawapan2 saya di atas tetang sebab perlu dapatkan bantuan kaunseling.
Salam ustaz..
Saya nk bertnya mengenai ank2 perempuan sya…sya ade 3 orang ank perempuan yg da abis sekolah..sewaktu mereka kecil mereka dya ajarkn agama..bila mereka abis spm mereka terus tglkn umh dan berkawin tnpa pengetahuan sya dn suami…sekarang ni lnsung x blk walaupun di hari rya…sya pernh terjmpa slh seorang dr mrreka…katanya suami x bg mereka blk lnsg alasannya sya seorang ibu yg tak berguna…sampai hati mereka ckp mcmtu kt ibu mcm sya ni…sya benar2 terasa hati pd semua ank2 sya tu…apa kah hukum mereka tu ustaz…tapi salah seorang lg tu dr 3 org tu belum berkhwin lg tp tgl berasingan dgn sya…pun sama tidak pedulikn sya ibubapa ..adakah semua ini ujian hidup sya ustaz…smpai skrg bila sya ingt apa yg ank2 sya buat pd sya air mata sya pasti mengalir….
salam
perbuatan sedemikian adalah salah di sisi agama dan tercela.
di sesetengan negara ibubapa boleh saman anak2 yg mengabaikan mereka.
puan boleh tanya peguam samada undang2 sedemikian ada di negara puan dan pertimbangkan langkah sedemikian.
minta juga nasihat undang2 mengenai status nikah anak perempuan puan yg kahwin tanpa berwalikan bapanya yang masih hidup.
Assalam ustaz.. suami saya sejak beranak dua tidak mesra sangat dengan saya. Saya berasa kosong, apatah lagi tinggal di ibu kota dan jauh dari ibubapa saya dan keluarga. Tapi saya tinggal berdekatan dengan keluarga suami. Akan tetapi hubungan saya dengan ipar duai tidaklah begitu rapat kerana mereka lebih suka buat hal masing-masing. Ibu mertua saya pula disahkan menghidap ketumbuhan dalam otak dan sukar bergerak sejak sy melahirkan anak pertama. ini menyebabkan kesuraman keluarga suami bertambah dan hati saya semakin kosong dan kerap rindukan kampung halaman saya. Di awal perkahwinan suami tidak bekerja lagi dan saya menampung sebahagian besar kos kerana saya bekerja. Sekarang kami tinggal sendiri dan kehidupan saya telah saya dedikasikan utk keluarga sendiri dan keluarga suami. Soalan saya, bolehkan saya berpindah ke tempat lain yang lebih dekat dgn kampung saya supaya hati saya lebih ceria dan tidak selalu sedih2? Suami sudah tak faham walaupun sy dah cakap. Tapi dia tidak kisah jika kami pindah katanya. Suami saya hanya serius sahaja sekrang dgn saya dan mungkin juga beban makin bertambah sebab ibunya sakit dan perlu beli ubat mahal utk rawat penyakitnya. saya buntu kerana saya juga mahu gembira. Mohon pandangan ustaz.
salam
boleh kalau suami izinkan.
sebaiknya awak dapatkan bantuan kaunseling utk baiki hubungan suami isteri dan ringankan beban emosi diri.
Salam ustaz,says nak Tanya.saya Dan suami baru berkahwin Dan sy bergaji rm 2000 Dan suami rm 5000.saya Ada dua orang abang.yang sulung saya tak tahu kerja apa KeranA selalu rutinnya siang tidur Dan malam keluat.abang ke dua saya kini didalam penjara. Saya Dan suami kami berkahwin tanpa bantuan sesiapa KeranA keluarga saya org susah Dan mertua saya hanya sederhana.belanja kahwin kami.jadi suami saya terpaksa meminjam Dan main kutu untuk menanggung kid perkahwinan kami.sebelum kahwin saya terpaksa membantu keluarga seperti sewa rumah,makan duit utk mak n ayah Dan juga bayaran peguam Abg kedua.abang sulung saya relay mgguNakan nana saya utk membuat loan untuk mmbeli motor Dan berjanji untuk mmbayarnya setiap bulan.tapi sekarang saya sudah blacklist kerana dye tidak membayarnya.selepas saya berkahwin suami melarang saya untuk memberi wang ke pada keluarga sy kerana saya telah melemakkan Abg sy sehingga dye tidak menjalankAn tanggungjawabnya sebagai anak lelaki Dan dye telah menipu saya sehingga saya blacklist.selain itu suami juga sy terpaksa Bantu kerana dye banyak menanggung Hutang kahwin Dan limit meant lain.saya sebersalah dgn ibu bapa saya.kini ibu bapa saya sgt kecik hati kerana tiada yg dapat membantu.teapa yang harus saya lakukan?
salam
soalan yg hampir sama telah saya jawab di atas pada bulan september. sila rujuk.
Ustaz saya mohon penjelasan dalam hal ini. Bapa saya adalah bekas pencen telah berkahwin lain dan meninggalkan ibu saya tanpa nafkah sempurna selama 8 tahun. Selama itu kami adik beradik berusaha sendiri tanpa bantuan daripada bapa (3 daripada kami masih belajar). Ibu yg banyak membantu kami. Tetapi selepas 8 tahun bapa saya kembali dan mohon untuk berbaik semula dgn ibu saya, tetapi ibu saya tidak ingin bersama bapa saya mungkin kerana kecewa dgn tindakan bapa saya meninggalkan ibu selama 8 tahun. Maka ibu saya telah memohon untuk bercerai yang membawa kepada penceraian di mahkamah. Soalan saya adakah berdosa jika kami semua membantu ibu dalam hal penceraian ini (contohnya bantuan wang mengupah peguam dan lain lain). Keputusan untuk bercerai adalah keputusan ibu seorang. Mohon ustaz jelaskan untuk kami supaya kami tidak menjadi anak derhaka. Untuk pengetahuan ustaz kebanyakan daripada kami sudah berkahwin dan mempunyai anak. Terima kasih ustaz.
salam
tidak salah di sisi agama, jika anda yakin ibu anda mempunyai alasan yg munasabah utk melakukan sedemikian dan bapa anda memang telah tidak bertanggungjawab.
moga bermanfaat.
Assalamualaikum ustaz, sy hanya nak dapatkan nasihat daripada ustaz bagaimanakah cara terbaik untuk berhadapan dengan ibu bapa yg semakin banyak karenah?
salam
1. bersabarlah. dulu masa kita kecil2, kita juga banyak kerenah. umumnya lebih teruk dari ibubapa kita di usia tua. namun mereka tidak pernah abaikan, tinggalkan atau buang kita hingga kita besar dan berjaya. hidup ini, tuhan kata, adalah kitaran. dulu masa kita, hari ini giliran mereka. dan itu mmg lumrah org tua juga, sebagaimana lumrah kita masa bayi dan kanak2. hari ini masa kita bersabar dgn kerenah org tua kita. besok2 kita pula yg tua, dan anak2 kita pula bersabar dgn kita. kalau kita tak bersabar dgn org tuan kita hari ini, tidak mustahil anak2 kita tak bersabar dgn kita pula.
2. belajar ilmu psikologi berkaitan org tua agar kita lebih memahami dan dgn itu mudah utk bersabar. cuba hadiri kursus2 berkaitan, baca buku2 berkaitan dan tanya para kaunselor.
3. bekerjasama dnengan adik beradik dan suami supaya bebap yg terpikul dapat dikongsi dan tidak terlalu berat hingga menyebabkan stress.
4. berdoa selalu pada tuhan utk kekuatan dan sabar.
baca juga link di bawah
http://haniff.sg/artikel-pendek/artikel-apabila-ahli-keluarga-tidak-soleh-berita-minggu-singapura-23-september-2012/
http://haniff.sg/artikel-pendek/artikel-membelakangi-ibubapa-kerana-isu-isu-agama/
moga bermanfaat
Assalamualaikum ustaz..
Saya seorang anak lelaki sulung dari 4 adik beradik. Ceritanya, saya sudah bekerja dan ulang alik dari tempat kerja setiap hari. Saya rasa ingin keluar dari rumah dan cuba menyewa di kawasan berdekatan dengan tempat kerja saya namun saya risaukan akan ayah dan ibu saya kerana mereka sudah semakin berumur. Saya juga ada tunang yg bekerja di KL dan dia menyatakan jika ingin berkahwin, dia ingin saya duduk di KL sepenuh masa. Pada pendapt ustaz, perlukah saya keluar dari rumah dan duduk di luar (sebelum ni saya da biasa da tpi sebb risaukan ibu saya cari tempat kerja yang dekat sedikit) ?
salam
jika kesulitan perjalanan jauh ke tempat kerja bukan sesuatu yg terlalu sukar ditanggung, saya berpendapat eloklah tinggal bersama ibu bapa awak kerana berbakti kepada org tua itu satu kewajipan dan memberi pahala besar. kesulitan sedikit kerana jauh di tempat ekrja jika diniatkan ikhlas kerana utk ebrbakti kepad aibubapa juga akan diganjari dgn pahala, insyaallah.
pahala2 ini pula akan memberi keberkatan pada hidup anda dan lebih bernilai dari sedikit kemudahan tinggal berdekatan dgn tempat kerja.
jika ibubapa anda diberi pilihan antara beli rumah yg dekat dgn tempat kerja tapi jauh dari sekolah anak2 atau rumah yg jauh dari tempat kerja tapi dekat dgn sekolah anak2, saya yakin mereka pasti akan pilih rumah yg dekat dgn sekolah anak2 demi kemudahan anak2 dan sanggup bersusah payah ke tempat kerja yg jauh.
sekarang ini giliran awaklah pula bersusah payah sikit utk ibubapa.
walau bagaimana pun, tidak lah salah di sisi agama utk anda berpindah ke tempat yg lebih dekat dgn tempat kerja asal sahaja kebajikan ibubapa tetap terpelihara dan mereka redha dgn pilihan awak.
moga bermanfaat.
Assalamualaikim ustaz….sy anak sulung dari 4 org adik beradik dan sudah berkahwin dan isteri sy merupakan anak sulung dari 3 org adik beradik….situasinya isteri sy, tidak di akui mmng beliau anak sulung dan dia mempunyai adik lelaki berumur 23 thn kerja tidak menentu masa dan adik perempuan masih belajar…..baru ini isteri sy kehilangan bapanya jd…semua urusanarumah dan lain isteri sy yg tgk….di sini sy sebagai suami memahami akan situasinya…tetapi beliau juga mengabaikan tanggungjawab dia terhadap suaminya dan sedangkan beliau mempunyai adik lelaki yg mn org kuat di dlm keluarganya…sy tidak salahkan beliau kerana nak menjaga ibunya sy pun mempunyai ibu dan bapa yg sakit yg mn perlu sy jaga….pohon penjelasan dari ustaz…
salam
pertama perlu difahami ini bukan masalah hukum hakam agama.
ini masalah mengurus dan merancang tugas2 dan keutamaan dalam hidup dan psikologi.
kegagalan mengimbang kewajipan pada suami dan ibu tanda ketidakupayaan utk urus hidup dgn baik.
ia juga masalah psikologi kerana ia munking petanda yg si isteri mempunyai attachment yg terlalu kuat dgn keluarga hingga tak dapat buat penyesuaian setelah berumahtangga. ia juga meungkin simptom rasa sedih, murung yg ditunjukkan dalam sikap sedemikian.
cuba dapatkan nasihat dari kaunselor utk anda lebih memahami isteri anda dan cara terbaik utk tangani dia.
bincang dgn baik bersama isteri = bukan hanya utk luahkan perasaan anda tapi lebih penting bantu utk cari huraian praktikal hingga dia dapat imbangi antara semua kepentingan i.e. rancang keutamaan dll.
salam ustaz, saya dan suami baru setahun berkahwin. suami saya bekerja manakala saya baru tamat belajar di sebuah universiti dan kini sedang mencari pekerjaan tetap dan sementara menunggu, saya menjadi suri rumah. kami menyewa di rumah berdekatan tempat suami bekerja yg lebih kurang jaraknya 50km dari rumah ibu bapa saya. saya dan suami akan pulang melawat ibu bapa saya dua minggu sekali dan takkan lebih dari sebulan tak melawat mereka (saya anak kedua dari 6 beradik dan yg pertama berkahwin dlm keluarga belah ibu). saya bersyukur suami senang hati bawa saya melawat keluarga saya dgn kerap tetapi kami jarang sgt bermalam di rumah ibu bapa saya kerana saya ramai adik perempuan jadi suami kurang selesa untuk tidur di situ, (suami kasihan mereka kena pakai tudung dan menjaga aurat sepanjang masa dia di rumah itu) dan tiada bilik lebih utk tetamu, sebaliknya kami akan pergi pagi dan balik selepas makan malam bersama keluarga saya. masalah saya bermula apabila saya dapat merasakan ibu saya belum dapat biasakan diri yg saya sudah menjadi isteri org dan keputusan utk buat sesuatu harus saya bincang dgn suami dahulu. ibu saya terlalu cepat terasa hati dgn saya, antaranya ibu saya selalu mengatakan saya jarang melawat mereka di rumah, terlalu berkepit dgn suami saya, tidak pernah bermalam di rumah dan melebihkan keluarga suami. saya cuba sedaya upaya untuk seimbangkan hati semua orang dan kedua keluarga ustaz. saya jadi bingung. saya dan suami berbincang tentang ini dan suami suruh cuba biarkan saja dan jangan dilayan sangat perangai ibu saya itu, buat seperti biasa saja. sekarang ini ibu saya mula berpakat dgn nenek saya pula dan sekarang mereka kerap menelefon saya semata utk personal attack saya tentang betapa saya sudah berubah etc. saya akui saya seorang yg sensitif dan cepat mengalirkan air mata, saya tertekan kerana saya telah cuba menyenangkan hati suami dan ibu bapa saya tapi nampaknya tak berjaya. adakah saya anak derhaka kerana tak melayan kehendak ibu saya? terima kasih atas kesudian ustaz membalas. semoga Allah balas jasa baik ustaz
salam
jika awak tiada niat utk melukakan hati ibu bapa dan jika awak telah yakin apa yg awak lakukan itu pada kadar kemampuan yg munasabah, tak perlulah awak rasa stres dan bimbang kerana tuhan pun hanya tuntut kita lakukan ikut kemampuan kita sahaja.
adakan perkara yg lumrah bagi ibu utk hadapi sindrom perpisahan dgn anak yg berkahwin = rasa sukar utk melepaskan dan bimbang kalau2 anak akan melupakannya.
ia dimanifestasikan dgn sifat sensitif dan tingkah laku yg kadangkala terlalu demanding dan tak realistik dengan keadaan anak yg sudah berubah keadaan hiudpnya.
ada yg cepaat atasi perkara ini dan ada yg ambil masa.
oleh itu, bersabarlah dan teruskan usaha utk melawat dan buat baik kepadanya disamping doa agar allah lembutkan hatinya.
janganlah dijadikan perbuatannya itu alasan utk menjauhi dirinya kerana kelemahan ibu yg sedemikianbukan alasan utk tidak terus mendekatinya dan menjauhi dia akan hanya membenarkan persepsi yg sedia ada.
berjumpalah dengan kaunselor utk dapatkan nasihat bagaimana hadapi ibu yg sedemikian.
moga allah memudahkan jalan penyelesaian bagi masalah awak ini.
moga bermanfaat.
Assalamualaikum. Ustaz. Saya tidak tahu pada siapa ingin saya luahkan dan bagaimana saya boleh selesaikan keraguan saya ini. Saya anak angkat pada pasangan yang memiliki anak tunggal. Kakak saya sangat disayangi, perbezaan layanan sangat saya rasai dari kecil. Kakak jarang disuruh dan sering dipuji. Manakala saya berbeza. Saya rasa tersisih dan memberontak. Saya larikan diri dari keluarga dan pulang setelah 10 tahun. Masa membuat saya matang & insaf. Saya menyalahkan diri sendiri bukan mereka. Alhamdulillah rezeki yang Allah beri pada saya, saya beri pada mereka dan terkadang mengabaikan keperluan sendiri. Seperti yang saya kata mereka tidak pernah melihat saya lebih baik dari kakak , iaitu anak tunggal mereka. Tak apa saya ikhlas kan hati. Kali ini mereka minta di luar kemampuan saya dan sering mendesak saya. Sedangkan kakak hanya perlu belajar sahaja. Saya juga perlu memikirkan masa hadapan dan simpanan untuk hari tua saya. Kerana saya tahu saya tidak mungkin dapat menumpang dengan mereka sekiranya susah menimpa. Sekiranya boleh menumpang sekali pun, saya diperlakukan seperti orang suruhan dan kakak sering melontarkan kata-kata yang buat saya rasa sedih & terkilan. Mereka pula hanya diam dan tidak.pernah mempedulikan perasaan saya. Apa perlu saya buat Ustaz ? Saya sayangkan mereka , ingin selalu bersama dan menebus masa yang saya siakan. Tetapi duit kelihatan keutamaan mereka. Saya sudah terangkan pada mereka berapa yang saya mampu, namun saya sering disindir dan mereka mengungkit pengorbanan mereka membesarkan saya :'( Maaf Ustaz susahkan Ustaz, panjang lebar yang saya tulis. Salam
salam
moga allah menunjukkan jalan keluar terbaik bagi masalah anda ini.
masalah ini bukan masalah hukum hakam agama yg merupakan bidang kemahiran saya.
hal ini lebih kepada masalah sosial dan psikologi.
oleh itu, saya cadangkan agar awak berjumpa dgn kaunselor bagi mendapatkan nasihat yg lebih sesuai.
masalah yg rumit begini, tidak boleh ditangani secara online, tapi dgn pertemuan bersemuka beberapa kali dgn kaunselor yg memang dilatih utk tangani masalah sosial dan psikologi.
dari perspektif agama saya hanya boleh kata, jika awak ikhlas ingin berbakti kerana mencari keredaan tuhan dan melakukannya pada kadar kemampuan yg ada, tak perlulah kisah sangat akan kata2 manusia dan layanan balik mereka yg tidak menyenangkan kerana ia hanya akan mengurankan pahala di sisi tuhan sahaja.
namun, awak berhak utk bahagia dan tidak diganggu oleh sikap2 buruk org lain. oleh itu, jika perasaan sedih terlalu berat utk dipikul, awak bioleh buat pilihan2 lain kerana tiada kewajiban utk awak lakukan apa yg awak lakukan sekarang ini. ia hanya dilakukan atas dasar ihsan semata2.
apakah pilihan2 lain yg sesuai? hal ini lah yg perlu awak minta nasihat dari kaunselor kerana ia memerlukan fahaman yg dalam ttg realiti diri awak.
Assalamualaikum. Ustaz. Saya tidak tahu pada siapa ingin saya luahkan dan bagaimana saya boleh selesaikan keraguan saya ini. Saya anak angkat pada pasangan yang memiliki anak tunggal. Kakak saya sangat disayangi, perbezaan layanan sangat saya rasai dari kecil. Kakak jarang disuruh dan sering dipuji. Manakala saya berbeza. Saya rasa tersisih dan memberontak. Saya larikan diri dari keluarga dan pulang setelah 10 tahun. Masa membuat saya matang & insaf. Saya menyalahkan diri sendiri bukan mereka. Alhamdulillah rezeki yang Allah beri pada saya, saya beri pada mereka dan terkadang mengabaikan keperluan sendiri. Seperti yang saya kata mereka tidak pernah melihat saya lebih baik dari kakak , iaitu anak tunggal mereka. Tak apa saya ikhlas kan hati. Kali ini mereka minta di luar kemampuan saya dan sering mendesak saya. Sedangkan kakak hanya perlu belajar sahaja. Saya juga perlu memikirkan masa hadapan dan simpanan untuk hari tua saya. Kerana saya tahu saya tidak mungkin dapat menumpang dengan mereka sekiranya susah menimpa. Sekiranya boleh menumpang sekali pun, saya diperlakukan seperti orang suruhan dan kakak sering melontarkan kata-kata yang buat saya rasa sedih & terkilan. Mereka pula hanya diam dan tidak.pernah mempedulikan perasaan saya. Apa perlu saya buat Ustaz ? Saya sayangkan mereka , ingin selalu bersama dan menebus masa yang saya siakan. Tetapi duit kelihatan keutamaan mereka. Saya sudah terangkan pada mereka berapa yang saya mampu, namun saya sering disindir dan mereka mengungkit pengorbanan mereka membesarkan saya :'( Maaf Ustaz susahkan Ustaz, panjang lebar yang saya tulis. Salam
Assalamualaikum ustaz.. saya berumur 25 tahun.. saya baru berkahwin pada 9 mei yg lalu dan kini hamil 3 bulan. Sebelum berkahwin,saya yang menjaga kedua ibu bapa saya sementara kakak sulung saya pula bekerja menanggung kami.kakak kedua saya dan abang sulung sudah pun berumah tangga. Bila saya sudah mengikut suami berpindah ke negeri lain,saya terlalu sedih terpaksa berjauhan dengan mak ayah saya. Lama kelamaan,saya dapat juga biasakan diri. Sejak dari itu,mak saya selalu sakit. Awal bulan yang lalu mak saya di masukkan ke hospital kerana serangan strok.dan kini ayah pula yang sakit. Masalah saya sekarang,kakak sering mendesak saya balik untuk menjaga mak,supaya ayah dapat rawatan di hospital.kerana mak saya perlu penjagaan 24jam. Saya pernah meminta izin suami untuk balik tetapi suami hanya diam dan risau akan keselamatan saya yang baru hamil. Lebih lebih lagi dengan kesihatan saya yang agak merosot sejak hamil. Apa yang perlu saya lakukan. Saya tersepit di antara mak ayah dan suami. Berdosa kah saya sekira nya tidak mendapat keizinan suami.. saya pernah suarakan pendapat saya supaya menghantar mak saya ke rumah saya sementara ayah dapatkan rawatan di hospital,tetapi kakak saya tidak bersetuju. Bantu lah saya.
salam
bukan satu kewajiban mutlak bagi anda utk pulang dan menjaga ibubapa kerana ada anak2 lain yg boleh melakukannya dan ikut hukum pun keluarga yg terdekat dari segi jarak memikul beban yg lebih dari yg jauh.
selain itu, terdapat banyak pilihan2 lain utk atasi masalah ini.
jarak tempat tinggal diakui oleh agama dalam menentu kewajiban seseorang dan dalam menentu keutamaan kewajiban.
tambahan pula anda tidak boleh pulang atas sebab2 yang musabah di sisi syara’ iaitu kesihatan diri dan kesihatan kandungan.
bukan tujuan saya mengatakan awak tak perlu pertimbangkan sama sekali utk pulang, tapi ia bukan sesuatu yg mesti dilakukan atas dasar berbakti pada ibubapa.
masalah ini bukan masalah hukum agama.
penyelesaiannya terletak pada logik akal dgn mempertimbangkan apa pilihan2 yang ada dan melihat yg mana lebih besar manfaat dan kurang mudarat.
jika pulang ke rumah ibubapa hanya akan menimbulkan mudarat yg besar pada diri anda dan janin dan ia diluar dari kemampuan yg munasabah, berbanding kesulitan pada keluarga lain dalam menjaga ibubapa dan kesulitan pada ibubapa anda, maka adalah logik utk tidak pulang dahulu dan tidak salah di sisi agama.
kesimpulannya, adalah lebih manfaat jika anda duduk dgn suami utk fikir secara bersama apa pilihan-pilihan yg ada bagi menangani masalah ini dan mana yg paling baik, lalu buat keputusan. setelah itu bertawakal dan doalah pada tuhan agar merahmati keputusan itu.
moga bermanfaat.
assalamualaikum ustaz, masalah saya adalah antara taat pd suami dan hubungan saya dgn kluarga saya. atas sebab2 tertentu, suami saya had kan pertemuan saya dgn kluarga saya. ibu & adik beradik saya rasa kecewa dgn saya. kalau saya berdegil hendak berjumpa dgn mereka, boleh menimbulkan kemarahan pada dia dan kami akan bergaduh. saya paling tak suka buat suami saya berang. letih saya nak pikirkan antara kluarga tersayang dan menjadi isteri yg solehah. kini, kluarga saya harapkan saya saja yg mencari mereka. sering saya disindir ‘dah tak ingat kluarga’… saya sedih dgn tanggapan mereka terhadap diri saya yg tersepit.
harap ustaz sedikit sebnyk dpt meleraikan dan beri saya nasihat atas masalah saya ini.
salam
awak perlu pertimbvangan yg mana lebih maslahat dan mudarat – dengar cakap suami atau keluarga. jika dgn cakap suami lebih byk maslahat dan tidak dengar lebih besr mudarat, maka itulah pilihannya. tapi kalau sebaliknya, pilihannya adalah keluarga. hal ini adalah awak mmg mempunyai kewajiban kpd dua2 pihak. apabila kewajiban ini bertembung, pilihan dibuat berdasarkan apa yang lebih byk maslahat dan kurang mudarat.
sementara itu, carilah huraian apa sebab perkara ini jadi sebegini supaya huraian pada root cause dapat diatasi.
juga fikirkan kalau di sana ada sesuatu yg bersifat jalan tengah yg tak memuaskan semua pihak tapi lebih baik dari sekarang ini.
moga allah tunjukkan jalan terbaik.
salam ustaz,
Saya ingin bertanya, apakah hukum sekiranya anak tidak menghulur bantuan kewangan kepada ibu bapa atas sebab masalah kewangan sendiri atau kekurangan sumber kewangan diantara anak suami isteri.
Kami 3beradik berhadapan dengan dilema apabila kami diherdik, dipinggir dan seolah dibuang oleh ibu bapa sendiri disebabkan kegagalan untuk menghulur wang dengan jumlah yang dituntut mereka. Tetapi ia tidak bermaksud kami tidak pernah langsung menghulur wang kepada mereka sebelum ini malah jika kami tidak kemampuan dari segi wang kami beri dari segi lain cthnya belikan pakaian, kelengkapan dapur, atau lain2.
Apabila kami memberi wang dengan jumlah yang kecil seolah2 kami diperlekehkan dan ditertawakan oleh mereka dan mereka selalu mengungkit dengan perihal mereka membesarkan kami dari kami bayi lagi. Ibaratnya kami harus membayar semula apa yang telah dibayar oleh mereka untuk membesarkan kami sebelum ini.
Ustaz, sekarang kami dalam dilema dan buntu untuk mencari jalan penyelesaian sehingga saat saya sekarang mahu melahirkan anak. Sedihnya hati kami hanya Allah Maha Mengetahui. Apakah kami masih berdosa dan apakah nasihat untuk kami?
salam
islam menuntut kita menunaikan kewajipan pada kadar kemampuan sahaja.
jika apa yang puan dan adik beradik beri pada ibubapa ialah kemampuan yg ada, tiada celaan di sisi agama, walau pun ibu bapa puan tidak berpuas hati.
bersabar ssahajalah dan anggap ia hanya sebagai ujian ke atas puan dan adik beradik.
fokuskan pada usaha utk terus berbakti dan memajukan diri agar kemampuan yg ada dapat dipertingkatkan.
Sy ank ke-3 ibu tunggal tinggal rmh sdr…ibu sdh mnggal dan ayah dan keluarga menumpang sy.masalahnya sy kecewa dgn keluarga dan rasa macam nk lari dr rmh bersama ank sy.semua sy kena tanggung bil2 mkn minum atau kesemuanya..hanya sy mereka bergantung hidup.adik2 malas bekerja.semua tidak berkerja dan semuanya malas.krj rmh semua sy urus..adik2 umur pun 30-an dan sdh berumahtangga..apa yg perlu sy lakukan..keluar dr rmh tinggal sdr atau sabar dan sudah sabar 15 tahun dan sdh sara mereka sejak umur sy belasan tahun
salam
sila dapatkan bantuan kauseling dari mana2 badan islam yg berdekatan.
Salam, ustaz. Hanya mohon pendapat dan pencerahan. Sy dan suami jarak jauh.pada awal usia perkahwinan segalanya baik. Hubungan menantu dan mertua bg kedua2 pihak juga baik. Alhamdulillah kami d kurniakan zuriat ketika usia perkahwinan menjangkau 3 tahn. Disinilah byk pertelagahan yang timbul. Segalanya bermula apabila suami suka dengan cara/sikap ibu saya dan set kali pertelagahn sering dibandingkan cara ibu saya dan ibunya. Setiap kali suami pulang , suami mahu anak bersamanya 24 jam tanpa mahu d ganggu oleh keluarga sy. Dgn keberadaan anak dgn suami sy, sy sendiri tidak dihiraukn. Bila sy bersama keluarga, saya dikatakan membelakngkn suami. Sy mohon supaya suami bertolak ansur tetapi sering d tekankan saya x respek suami.
**suami tidak suka
salam
awak suami isteri memerlukan bantuan kaunseling yg teratur.
pergilah dapatkan bantuan dari mana-mana pusat kaunseling yang terdekat.
As salam En Hanif,
Ingin minta pandangan & nasihat dr en hanif,saya dari kecil lagi (berusia 7 hari) telah di jaga oleh keluarga angkat sehingga sekarang (sudah berkahwin).Segala tanggungjawab ibu bapa telah diambil oleh ibu bapa angkat saya,dr segi makan minum dan pelajaran sehinggalah sy sudah berkahwin,semua kos pun ditanggung oleh ibu bapa angkat saya.Ibu & arwah ayah kandung sy tidak pernah memberi nafkah ataupun bertanya khabar sy ketika sy kecil.Akan tetapi bila sudah dewasa ibu kandung sy mula meminta duit dari sy tiap-tiap bulan sedangkan ibu angkat sy tidak pernah meminta-minta dari sy walaupun hidup beliau susah.
Kadang-kadang perbuatan ibu kandung sy ini menyakitkan hati saya dan membuat sy rimas.Secara tidak sengaja terungkit mengenai masa kecil sy yg diorang tak pernah ambil tahu akan hal-hal kebajikan sy.Selagi tak bagi duit dia akan call meminta-minta.Akan tetapi sy tetap menguhulur kepada ibu kandung tiap-tiap bulan padahal sy tak berbuat begitu kepada ibu angkat sy.Bukan tak nak menghulur,kadang-kadang gaji kami suami isteri cukup bajet untuk perbelanjaan sebulan.
Apa pandangan en hanif,bagaimana cara untuk sy selesaikan isu ini?
Terima Kasih.
salam
dalam kes awak ini, ibubapa kandung awak tidaklah boleh menikmati hak layanan yg sama seperti ibubapa kandung yg biasa.
bagi saya, kes ibubapa awak ini exceptional. oleh itu, mereka terkecuali dari hukum biasa seorang anak ke atas ibubapa sendiri.
dalam kes awak ini, keutamaan berbakti dan berbuat baik wajar diberi kepada ibu bapa angkat yg telha banyak berjasa pada anda seperti ibubapa kandung sendiri.
sikap awak mahu tetap berbuat baik kepada ibubapa kandung yg selama ini tidak mengindahkan awak adalah baik dan patut diteruskan kerana mereka tetap ibubapa yg telah berjasa mengandung awak utk lahir ke dunia. mungkin juga mereka ada mendoakan awak.
namun tidaklah boleh dilakukan hingga mengabaikan ibubapa angkat yg lebih berjasa dan dilakukan dalam batas2 kemampuan yg wajar dan munasabah.
jika awak terlah berusaha pada kadar yg wajar dan munasabah utk berbuat baik pada ibubapa kandung, tidaklah perlu awak pedulikan sangat akan sikap negatif mereka itu dan bersabar sahajalah.
dalam situasi biasa sekali pun iaitu apabila ibubapa kandung awak membesarkan awak, awak hanya dituntut oleh agama utk berusaha sekadar mampu dan munasabah utk membalas jasa mereka, apatah lagi dalam situasi seperti ini.lebih2 lagi, jika permintaan ibubapa kandung awak itu tidak munasabah atau bertimbang rasa terhadap[ awak dan ibubapa angkat yg lebih berjasa.
moga bermanfaat.
Salam Ustaz.
Saya ingin mendengar pendapat ustaz.
Saya baru sahaja bermula bekerja selama lebih kurang 5 bulan dan saya pon memberi duit bulanan untuk ibu dan bapa saya sebanyak lebih kurang $600. Tetapi sekarang saya pon ingin berkahwin dengan seseorang yang saya kenali dan oleh itu saya berpendapat bahawa duit simpanan saya setiap bulan tidak begitu banyak kerana lebih seperempat telah diberikan kepada ibu bapa. Jika saya memberikan sebanyak itu saya telah calculate bahawa saya hanya boleh berkahwin dalam masa 3tahun untuk duit simpanan saya mencukupi. Namun jika saya memberikan saparuh dari ape yang saya berikan, saya boleh cukup simpanan untuk berkahwin dalam masa 2tahun.
Oleh itu, saya pon memberi ibu bapa saya separuh dari jumlah yang saya berikan dengan niat untuk mempercepatkan perkahwinan saya. Tetapi, sekarang ibu bapa saya merajuk akan saya kerana mereka berpendapat bahawa jumlah bulanan yang diterima terlalu sedikit. (ibu bapa saya bekerja dan tidak ada sebarang masalah kewangan).
Apakah yang harus saya lakukan? Saya telah memberi sebab saya dengan cara yang baik (seperti saya ingit memcepatkan perkahwinan untuk mengurangkan maksiat dan juga saya mengurangkan kerana mereka pon tidak memerlukan wang pada waktu sekarang dan saya akan pada masa depan memberikan lebih bulanan) tetapi mereka tetap tidak menerima jawapan tersebut.
salam
saya lihat bezanya hylah setahun sahaja. oleh itu eloklah awak sabar lambatkan kahwin setahun je demi keredaan ibubapa awak yg dah byk berjasa.
satu lagi cara ialah utk nilai kos perbelanjaan kahwin awak.
hari ini kos belanja kahwin menjadi tinggi kerana melibatkan byk benda2 yg tak perlu dan penting berbanding keperluan ibu bapa awak.
menggembiirakan hati ibubapa juga satu keperluan walau mereka tak perlu wang.
jika awak kurangkan mungkin dua2 dpt dicapai = kawin cepat dan kekal kan sumbangan pd ibu bapa.
pertimbangkan juga cari pendapatan tambahan.
ia memang menyusahkan tapi lakukan dgn niat utk berbakti pd ibubapa.
insyaallah tuhan akan bantu dan tanbah keberkatan.
ia juga satu latihan utk lalui kehidupan rumahtangga yg lebih mencabar.
lagi pun kalau dah kahwin pasti kos tanggungan kewangan awak juga meningkat kerana nafkah isteri dan mungkin juga sumbangan sikit pd mertua.
oleh itu lebih baik berusaha tambah pendapatan sekarang dr tunggu leas kahwin.
Salam Ustaz.. Ingin meminta nasihat dan pandangan ustaz.. Saya ada seorang anak perempuan berumur 8 tahun. Dia anak luar nikah. Saya berkahwin dengan bapa nye tapi sudah pun bercerai. Bole ke dia atau keluarga dia ada hak penjagaan atau mahu berjumpa atau mengajak anak saya keluar? Dan juga patut kah saya menukar binte anak saya kerana sekarang dia dibintekan kepada bekas saya. Saya harap Ustaz bole perjelaskn soalan2 saya kerana saya mahu memulakan hidup baru untuk saya dan anak saya dan perbetulkan apa saja kesilapan dahulu untuk akhirat kelak. Terima kasih Ustaz.
salam
jika anak itu telah didaftarkan dgn ber binti kan bekas suami awak dan dia tetdaftar sbg bapa maka di sisi undang2 dan secara tersurat anak itu adalah anak bekas suami dan dia berhak jaga anak itu spt bapa biasa, walau pun awak tahu kandungan itu berlaku sebelum nikah.
kedudukan ini hanya boleh tercabar jika awak ada bukti konkrit ttg kandungan itu diluar nikah.
beban bukti yg berat ini dibahu awak.
jika tiada bukti, maka yg tersurat itulah yg jd hukum terpakai.
oleh kerana ini masalah undang2, maka sebaiknya awak dptkan nasihat peguam.
oleh krn soal tukar nama berkaitan, awak blh tanyakan sekali dgn peguam.
Trime kasih Ustaz.. Anak saya dilahirkan 2 tahun sebelum pernikahan saya kepada bapanya… Jadi surat beranak dan sijil nikah suda ada sebagai bukti. Saya masih.mengumpul duit utk mendapat peguam. Apa hukum nye jika saya tidak menukarkan binte anak saya Ustaz?
asalnya, tidak boleh menasabkan anak bukan kepada bapanya.
tapi dalam kes seperti ini, jika menukar nama anak itu akan mendedahkan aib dirinya dan puan atau menyebabkan trauma psikologi pada anak itu, hukumnya tidaklah mesti melakukannya utk elak mudarat yg besar.
Salam. Saya nak minta pandangan Ustaz. Saya ada seorang abang dan dia sudah berkeluarga. Dia sering berhenti kerja dan disebabkan permasalahan itu ibu bapa saya yang menanggung dia serta keluarga. Ibu bapa saya bukannya orang senang, mereka harus menanggung perbelanjaan anak yang masih belajar di IPT dan sekolah. Dan saya adalah salah seorang anak yang masih dibawah tanggungan mereka. Kadang kala saya terfikir dia tidak rasa bersalah kepada ibu bapa. Bagaimana cara untuk kita menyedarkan dia tentang tanggungjawab dia.
salam
cara terbaik ialah utk tidak tanggung dia lagi dan suruh isteri dia adukan perkara ini ke mahkamah syariah agar dia dinasihati dan dapatkan perintah mahkamah utk dia memberi nafkah kpd keluarganya sendiri.
Salam…
Sy anak sulung dari 2 beradik dan sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak..sy bekerja dan menetap di rumah ibu bapa sy yg juga masih bekerja dan nenek yg uzur yang jaga saya dr kecil. Masalahnya yg saya hadapi ialah tertekan dgn cara ibu bapa dr segi pembahagian kerja2 dalam rumah…niat saya yg masih tinggal di rumah ibu bapa adalah sebab membantu menjaga nenek sy yg uzur itu..kiranye seperti bergilir2 membersihkan nenek sy ,pd waktu pagi ibu sy akan membersihkan dn beri nenek minum susu…sy pula pada selepas waktu kerja…dan pada hr sabtu sy akan take over semua kerja2 rumah dr membasuh melipat mengemas dn menguruskan nenek sy sbb ibu bapa sy hanya bercuti pada hr minggu…kiranya ahad nnti sy akan meluangkan masa dgn keluarga sendiri tp tidak…jika sy xmembersihkan nenek pd waktu ptg atau balik lewat ibu sy akan masam muka dn xbercakap dgn sy sehingga seminggu lamanye atau kadang ibu sy akan memberontak dgn memekik2 membebel ..Sy rasa seperti bibik di dlm rumah ibu bpa sy jika sy xbekerja xmengapa ni sy berkerja 8.30 smpai 6ptg..untuk pengetahuan ustaz nenek sy mempunyai 5 org anak dn sulung meninggal dan makcik pakcik sy menetap tdk jauh dr rumah ibu bapa sy…
Sy pernah berbincang dgn suami utk keluar pindah tp ibu bapa sy tdk sokong dn xbenarkan…
Apa hukumnya terhadap2 anak2 yg xmengendahkan ibu yg uzur Ustaz?
Apakah hukumnya terhadap sy jika berpindah dr rumah ibu bpa sy tanpa kebenaran mereka?
Adakah adil bg sy untuk teruskn tanggungjawab sy sbg cucu dn anak sedangkn keluarga yg lain menukar pampers nenek sy pun xpnah..jijik…
Sy buntu..xmahu bermasam muka …sy cuma hendak meneruskan kehidupan keluarga sendri…Dan sy iklas menjaga nenek sy itu..
salam
tanggungjawab sebenar menjaga nenek awak ialah anak2nya.
awaak melakukannya atas dasar membantu org tua, tapi bukan sebagai kewajipan utama awak.
awak hanya wajib membantu sekadar kemampuan, bukan sebagai ganti atau ambil alih tugas anak-anak nenek awak.
awak berhak utk menikmati kehidupan keluarga awak sendiri.
oleh itu, jika pada amatan awak, apa yg berlaku sudah pada peringkat mengambil kesempatan ke atas awak dan menjejas kehidupan peribadi awak sendiri, awak bolehlah ambil langkah2 utk berpindah.
lakukan ia dgn cara yg baik dan tanpa abaikan sama sekali tugas membantu ibu bapa awak menjaga nenek.
kekosongan yg berlaku kerana awak pindah rumah adalah kewajipan yg patut di isi dan dihuraikan oleh anak-anak nenek yg lain.
namun jika awak bersabar dgn niat berbuat baik pada nenek dan ibu bapa, itu adalah baik.
berdoalah selalu agar tuhan memudahkan urusan anda.
Assalamualaikum,saya hendak menanyakan kepada ustaz..apa hukum nye jika seorang perempuan itu mengandung dan bernikah dengan lelaki yang mengandungkan dia itu serta anak yang didalam kandungan itu akan digelarkan sbagai anak luar nikah ke??Dan apa hukum nye jika seorang anak perempuan yg sudah bkahwin tnggal bsama ibu nye tidak memberi perbelanjaan rumah dan pnjagaan anaknye kpd ibu nye slama dia tnggal bsama ibu dia serta dia dan suami tidak bertegur,bercakap dgn ibu nye kerana marahkan ibu nye meminta wang perbelanjaan rumah dan penjagaan anaknye..
salam
1. sila baca di sini http://haniff.sg/kemusykilan-agama/bernikah-setelah-terlanjur/
2. jika anak itu tidak membebankan si ibu dan si ibu rela, hukumnya tidak mengapa. tetapi jika membebankan si ibu dan si ibu tidak rela seperti yg dinyatakan, hukumnya adalah berdosa kerana telah menyakiti hati si ibu dan berikap tidak bertangungjawab kepada si ibu yg sepatutinya dia yg tanggung.
salam,
sy baru berusia 21thun dan bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara tidak lama lagi. baru2 ini ada rakan yg juga senior sy mnyatakan hasrat utk berkahwin dgn sy. kalau diikutkan hati mmglah sy ingin terimanya sbg suami lebih2 lg apabila tinggal di negara org. cuma yg sy risau ialah perasaan ibu sy yg merupakan ibu tunggal dan sy merupakan anak bongsu. sy takut utk beritahu ibu sy mengenai perkara ini kerana bimbang beliau akan bersedih utk melepaskan sy memandangkan sy masih muda. sy bercadang utk berkahwin setelah tamat ijazah sarjana muda, 2 thun dri skrg. sy juga risau ibu akan terasa diabaikan selepas sy berkahwin nanti. sebagai anak, sy sgt bimbang jika sy mengecewakan ibu sy tanpa sy sedari. sy risau ibu sy akan izinkan sy berkahwin tp dlm masa yg sama dia bersedih tnpa sy ketahui. apakah yg patut sy lakukan bg mengelakkan ibu sy tidak berasa diabaikan jika sy memilih utk berkahwin awal?
salam
tidak ada pilihan lain kecuali awak bertanya dan meminta izin ibu awak, apabila hendak berkahwin, tidak kira samada awak masih belajar atau sudah habis. oleh itu, fikirkanlah cara terbaik utk awak bincangkan perkara ini dgn ibu awak.
jika ibu awak tidak izinkan awak berkahwin ketika masih belajar, hendaklah awak akur dan patuh, tidak kira samada dia tidak izinkan atas sebab awak masih belajar atau belum bersedia utk lepaskan awak.
awak perlu bersabar dalam hal ini kerana izin org tua utk berkahwin adalah penting dan ada sebab yg munasabah utk tidak mengizinkan = belajar dahulu.
jika ibu awak larang awak utk terima lamaran lelaki itu walau pun awak rancang nak kahwin setelah 2 tahun habis belajar kerana mahukan awak fokus pada belajar, hendaklah awak akur juga kerana ia adalah satu permintaan yg munasabah.
apabila dah habis belajar, bolehlah awak tanya semula.
jika ada jodoh, tidak akan ke mana.
jika tiada jodoh, kumbang bukan seekor.
tapi ibu awak seorang sahaja, tiada duanya.
Asslmualaikum. Sy btul2 ingn nasihat & pndpt ustaz. Sy berada dlm dilemma. Sy sudah berkahwin dan tgh sarat mengandung anak pertama kami…Dan bekerja. Terbaru, suami br berhenti kerja tetapi sudah memulai berniaga. Sy support apa yg dilakukan kerana dia bertanggungjwb.. dia tnjukkn usaha. Buat masa skrg, kami duduk dgn ibu bapa sy..sbb ayah sy ingin kami duduk bersama walaupun kami ada rumah sendiri dan kini disewakn kpd org lain. Dlm kehidupan kami..ye..sy byk cover dr segi perbelanjaan. Skrg pun ibu bapa sy tidak tahu sy yg byk cover perbelnjaan itu sbb sy ingin menjaga maruah suami.Alhamdullilah. Kami bahagia wlupun dlm kesederhanaan. Namun baru2 ini..ayah menyatakan ingin kereta baru..Dan dipersetujui oleh semua Adik beradik namun pinjaman perlu dilakukan atas nama sy. Sy tidak mampu namun ayah tidak faham dan berterusan mendesak .apa yg perlu sy lakukan?
salam
tidak wajib bagi awak memenuhi tuntutan itu, walau pun ia datang dari bapa, kerana
1) tiada siapa yg boleh memaksa org lain utk berhutang bagi pihaknya, ia mesti dilakukan dgn kerelaan
2) kewajiban membantu ibubapa terkatkluk pada kemampuan. jika anda tidak mampu utk melakukan pinjaman atas nama awak, awak tidak perlu menunaikannya.
namun, awak perlu menyampaikannya dgn baik dan tangani reaksi bapa juga dgn baik. soal bagaimana bukan soal hukum agama yg saya dapat beri nasihat terbaik. sebaiknya awak dapatkan nasihat dari kaunselor yg mahir dalam soal menangani kerena org tua.
assallammualaikum..saya mahu bertanya saya sudah bercerai dgn bekas isteri saya selama 6tahun hasil perkahwinan kami dikurniakan anak lelaki 14tahun dan perempuan 11tahun.selepas kami bercerai bekas isteri saya tidak bagi berjumpa apatah lagi bermalam.setiap bulan saya diperintahkan membayar nafkah sbnyak rm300 sebulan saya hanya mampu bagi RM 200 je sbulan.apakah perlu saya buat tolong bagi pencerahan.terima kasih
salam
setelah bercerai dan setelah bekas isteri habis iddah, awak tidak wajib memberi nafkah kepada bekas isteri lagi.
wang yg awak bayar itu kemungkinan adalah nafkah utk anak2 awak kerana tanggungjawab nafkah ke atas awak kepada anak tidak putus disebabkan perceraian dgn bekas isteri.
saya yakin awak cukup waras utk berfikir dan menilai bahawa jumlah rm300 bukan jumlah yang besar dan memadai bagi kededua anak2 awak dalam konteks kehidupan hari ini.
oleh itu sepatutnya awak berusaha keras utk memenuhi jumlah rm300 itu dan bukan minta diskaun pula.
jika memang awak ada diperintahkan memberi jumlah lain bagi anak2 awak dan membayarnya setiap bulan, awak tidak perlu lagi membayar nafkah kepada bekas isteri.
assalam ustaz,setahun lalu suami saya tidak berkerja dan saya berkerja membantu menangung kos harian.masalah kami,keluarga suami iaitu mertua dan ipar duai saya terasa hati dan menyalahkan saya tidak membantu mertua dari segi kewangan.hal ini kerana suami juga tidak memberi nafkah kepada ibu nya dalam tempoh tidak berkerja.saya anak sulung dalam keluarga dan mempunyai 2 adik.ibu bapa sudah tidak bekerja dan saya mengutamakan nafkah kepada ibu bapa berbanding kepada mertua.adakah wajib bagi saya melunaskan peruntukan kepada mertua?
salam
memberi nafkah kewangan kpd ibu mertua bukan tangungjawab utama anda.
ia hanya sesuatu yang dianjurkan utk anda lakukan atas dasar ihsan.
itu pun jika anda berkemampuan.
tanggungjawab berkenaan ialah di bahu anak-anak ibu mertua anda.
jika ada kekurangan, merekalah yg patut berusaha utk mencukupkannya.
mereka tidak boleh paksa anda dan tak perlu berkecil hati jika anda tidak mampu.
Assalamualaikum ustaz..saya ada soalan hendak brtnya…sya rosha sdh berkawen dan mmpunyai mslh kshtn sperti asthma atau semput…sya surirumah,suami berkerja gaji bersih kira rm1000.00 skrg kmi duduk dirumah mak mertua..namun mak mertua sakit terlntar,sya yg mnjganya…mak mertua plk pkai pmpers kira sbuln 15bngks n total rm250…kira cmpur tolak gaji suami sya jika termsuk pmpers mak mertua sya gjinya tggl rm150…tdk termsuk nafkah sya…blh kah jika sya tdk meminta nafkah tersebut kerana suami sya dh bg mkn n minum…walaupun pkaian sya tdk pnh suami belikan…suami ank bongsu dri 6adk brdik…2pmpuan dan 4lelaki…sya pnh meminta suami utk bgthu biras sya utk mnggantikan rutin jagaan kerana sya x shat dan hmpir suspek jntung..tetapi suami bgthu bhawa biras sya demam x blh jga…abis sya mcmne yg sdg skit dan penat…mak mertua plk kena angkat badannya untuk mandi,pkai pmpes…badan mak mertua semangat dri sya…sya mmg x kuat…ada yg menyatakan itu tugas mnjga mak mertua adalah menantu ank bongsu…betul ke ustaz…kiramya sya mmg x blh minta tlg dri abg ipar dan biras sya ke utk bergilir2…dri segi pampers mak sya…sya mnta suami berbincg dgn adk brdiknya utk share duit tp mereka hrapkn bntuan dri jkm…bkn dri mereka sndri…mereka bg alasan sbb sya n suami xda ank jd mampu untuk tampung mak mertua sya…tp jika nafkah isteri pun suami sya selang seli bg…smpai gelang n cincin kawen sya pun gadai…mampu ke ustaz…tlg bg pncerahan ustaz…tggungjawab mnjga mak mertua ini
salam
tanggungjawab menjaga mertua anda adalah di bahu anak2 nya, bukan di bahu anda sebagai menantu.
perkara ini sudah saya jawap beberapa kali di atas. sila rujuk.
Assalamualaikum Ustaz Muhd Haniff, saya mempunyai ibu yang telah tua (peringkat teruk lupa & strok dan tidak boleh mengurus diri sendiri – banyak karenah yang memenatkan kerana kerap bangun malam, tanya berulang dan sakit bila tak dapat apa yg dihajat etc.). Bapa tiri pun dah tua tetapi masih sihat dan boleh urus diri sendiri. Kedua orang tua saya tinggal di Sabah di rumah sendiri dan saya tinggal di JB running my own small business tanpa pekerja. Saya ibu tunggal (bercerai) kepada 5 orang anak yg tinggal di Singapore (masih belajar). Saya ada ramai adik-beradik kebanyakan dah berkhawin dan 2 lagi masih bujang bekerja di Singapore. Orang tua dan adik-beradik saya non-muslim. Oleh kerana bapa dah tak larat, letih hingga rasa kurang sihat kerana menjaga ibu yang selalu bangun malam kerap ke bilik air / nak minum dan perlu lebih perhatian, bapa cadangkan supaya ibu tinggal di JB sahaja kerana anak2 yg lain di Sabah tidak sanggup utk menjaga / tidur sama kerana mereka ada suami/keluarga /mertua sendiri. Adik-beradik bercadang utk mengupah pembantu tinggal sama utk menjaga ibu tetapi masalah possible timbul (bukan mahram) dan bukan mudah mencari pembantu yg baik. Walaupun rasa payah tetapi rasa kasihan & sayang, saya nak volunteer utk menjaga ibu di JB dan tidak akan mengajak bapa tiri tinggal sama kerana saya janda dan tidak selesa dgn bapa tiri (fitnah). Tanggung jawab siapa kah menjaga ibu dgn keadaan lupa dan tak tahu urus diri (kena mandikan /pakaikan/masakan/siapkan semuanya.etc? Business saya masih baru- struggle dan belum mampu mengupah pekerja. Walaupun mereka bukan muslim, tetapi jika saya mempunyai suami, suami sayalah yg patut menjaga saya..i think suami isteri patut take care each other, but they’re not muslim and i can give answer based on Islam. If my mom stay with me, i’ll invite mom to become a muslim, but i’am not sure if she still can think /understand.. Tolong nasihat & betulkan jika saya silap.
salam
ibu awak yg sedemikian adalahg tanggungjawab semua anak2nya, bukan awak seorang sahaja.
seharusnya awak adik beradik duduk bersama dan berbincang utk cari huraian bagi masalah ini.
ini lebih baik dan dari awak bertanya orang lain bagi menangani masalah ini.
tapi kalau awak dah bertekad tuk secara sukarela memikul kerja ini, itu tiada masalah di sisi agama.
ia dianggap sikap yg mulia bagi menjaga ibu awak
di sisi agama, bapa tiri awak adalah mahram awak yg kekal (tak boleh sampai bila2 berkahwin dgn awak).
tambahan pula dia sudah tua.
oleh itu, tak timbul soal fitnah jika awak ajak dia tinggal bersama awak kerana awak hendak bawa ibu ke rumah awak.
mmg sepatutnya bapa tiri awak dibawa bersama kerana ibu awak tetap isteri dia.
tak wajar utk memisahkan mereka.
yang penting ialah utk jaga kesihatan ibu awak.
sikap awak utk melihat ibu awak anut islam mmg baik.
tapi awak perlu realistik dalam keadaan seperti itu akalnya sudah tak sempurna utk faham dan terima ajaran islam.
berdoa sahajalah agar allah mengampuni dosa dia dan tetap menerima dia sbg hambanya yg baik.
dia tidak anut islam mungkin bukan kerana dia menolak kebenaran tapi tidak berkesempatan utk menerima dakwah yg baik dan betul selama hidupnya selama ini.
Assalamualaikum ustaz…
Saya ingin bertanya, saya ada seorang adik yang ‘sangat nakal’. Dia sudah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak. Adik saya pernah x balik rumah smpi 3 bulan tnpa kabar berita atau memberi nafkah utk keluarganya. Kini mental adik saya tidak boleh berfikir dengan waras dan sering tingkahlakunya seperti orang yang tidak betul mungkin akibat tindakannya yang ‘nakal’ dulu. Isterinya tidak sanggup lagi menjaga adik saya kerana dia juga tidak berkerja. Hanya mengambil upah menjaga anak orang di sekeliling rumahnya. Apakah tanggungjawab memberi nafkah utk anak2 nya menjadi tanggungjawab keluarga saya ( pihak lelaki ) atau apakah perkara yang terbaik yg boleh dilakukan utk mereka kerana kami juga mempunyai keluarga dan masalah masing2. Lagi pun punca masalah ini adalah masalah yang di cari sendiri oleh adik saya dan kini menyusahkan orang lain. Diharap ustaz dapat membantu.
salam
menjadi fardu kifayah membantu isteri dan anak2 adik awak.
fardu kifayah ini terpikul ke atas semua ahli keluarga, baik sebelah adik awak atau isteri dia.
termasuk dalam kewajipan ini ialah membantu mereka dari segi kewangan.
namun apa jua kewajipan hanyalah perlu dilakukan sekadar kemampuan dgn ambil kira tangungjawap masing2 terhadap keluarga sendiri dahulu.
secara individu mungkin berat utk membantu tapi kalau dilakuakn secara kolektif dgn semua ahli keluarga pasti boleh dapat meringankan keadaan juga.
perlu juga faham menunaikan kewajipan ini bukan bermakna membantu secara langsung dari segi kewangan, tapi mungking juga dari sgei tenaga i.e. bantu jaga anak, peluang kerja, sokongan sosial, carikan badan2 sosial yg dapat menangani kes ini secara menyeluruh iaitu kewangan, pekerjaan dan pendidikan anak2.
oleh itu, awak perlulah kumpulkan ahli keluarga utk bincang bagaimana secara bersama dapat membantu = ini lebih bermanfaat dari awak bertanya org lain secara online.
antara pilihan yg boleh dibuat ialah utk rujukkan kes ini ke badan sosial di tempat anda yg boleh membantu dgn ini akan meringankan beban ahli keluarga dismaping amsalah ini ditangani secara profesional = carilah badan2 sosial yg sesuai di tempat awak.
rujukkan kes ini ke pejabat agama atau mahkamah syariah agar mereka juga dapat membantu kerana ini mmg sebahagian dari peranan mereka.
moga bermanfaat
Saya dan isteri saya sekarang sedang menjaga kedua ibu bapa isteri saya dirumah saya. Bapa mertua saya dah uzur dan pernah kena strok. Ibu mertua pula nyanyuk. Sebelum ini apabila bapa mertua saya diserang strok, kakak isteri saya yang sulung menjaga. Tetapi hanya bertahan 5 bulan sahaja. Sehinggalah dia taknak jaga dan kata pada 2 lagi adiknya sesapa taknak ambil alih jaga, dia akan hantar ke rumah orang tua. Jadi saya dan isteri ambil dan jaga. Sejak itu kakak sulung tidak pernah datang menjenguk. Alasan dia sakit. Itu urusan dia. Kakak isteri saya yang kedua pula hanya sekali sekala datang jenguk. Alasan dia takleh keluar sebab suami tak bagi. Takpe itu urusan dia. Urusan perubatan dihospital, ubat, makan minum, penjagaan semua isteri saya tanggung. Sejak itu kewangan kami mula susut, duit dibank habis, barang kemas tergadai tanpa ditebus. Tapi yang penting urusan ibubapa dia isteri saya tetap jaga. 2 tahun isteri saya tidak lagi merasai hari raya seperti orang lain. Hari raya pertama hanya pergi pasaraya besar untuk beli lauk untuk ibu bapa dia. Tidak ade lagi jalan-jalan beraya. Takde lagi makan angin bila cuti sekolah. Takde lagi pergir umah kawan-kawan. 2 tahun itu juga mengajar isteri saya jadi keras/kasar hatinya sebab adik beradik dia buat dia macam tu. Isteri saya mula tak peduli hal orang sebab dia fikir adik beradik pun tak pedulikan dia, kenapa dia nak peduli hal orang. Saya hanya mampu berdoa agar Allah memelihara kami dan memberikan kami sesuatu agar dengan “sesuatu” itu kami tidak akan terasa diabaikan oleh Allah. Bolehkah seorang anak perempuan membiarkan ibubapanya yang sakit dan tidak mampu menguruskan diri hanya semata-mata kerana suami tidak benarkan?
apa yg isteri awak lakukan dan sokongan awak kpd beliau adalah satu perkara yg sangat terpuji di sisi agama dan pasti akan diberi ganjaran yg besar di sisi allah taala.
saya berdoa agar anda berdua dikurniakan kesabaran, dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezki atas kebajikan yg dilakukan ini.
sebagaimana yg telah saya tuli sdalam jawapan, tanggungjawap anak perempuan terhadap iobu bapa tidak hilang hanya kerana berkahwin.
suami pula tidak seharusnya menjadi sebab bagi isterinya utk tdk tunaikan tangggungjawap kpd ibu bapanya.
jika mereka gagal menunaikan hak ibubapa atau membnatu isteri awak, pastilah tercela dan allah itu sebaik2 penghisab amal segala hambanya.
Assalam ustaz.mohon email ustaz untuk sy berhub8ng dgn ustaz…saya ingin mendapatkan nasihan dan pencerahan daripada ustaz..masalah ini telah memberi tekanan kepada hidup saya (keluarga) terima kasih
maaf, tak boleh.
Assalamualalaikum
Saya baru pulang mengerjakan Umrah pada 1/4/2014 bersama ibu, Adik, adik ipar dan suami. Pada umrah kali ini saya terus ke mekah untuk membuat umrah selama 8 hari di sana tetapi setelah 6 hari saya menghadapi masalah dengan ibu dan adik perempuan saya . Untuk pengetahuan Ustaz saya menpunyai seorang adik sahaja. Ini adalah kunjungan kali pertama. Pada aawal suami saya mengajak saya pergi pada bulan mei atau jun tetapi setelah di desak oleh ibu saya dan suami mengikut jua.
Dari awal perjalanan dari rumah sehinggalah ke Airport ibu saya asyik complaint terhadap adik ipar saya dari segi pemakaian kain ihram. Apabila adik saya membetulkan kain ihrampun ibu saya merunggut begitu jua di dalam kapal terbang ..sehingakan Jemaah lain terpandang dgn kata kata ibu saya itu . Kami selamat mengerjakan umrah berlima dengan sempurna alhamdullilah . Pada hari yang ketiga kami bermiqat semula unutk mengerjakan umrah sekali lagi. Syukuralhamdulliah tiada apa yang berlaku . di sini saya dapati ibu lebih sentitif sehinggakan kalau mkn kerusi x cukup ibu berkecil hati. Pada hari yang keempat suami saya tidak membuat umrah kerana tidak sihat … adik saya menjadi marah kerana suaminya ( adik ipar saya) tidak mahu membuat umrah jua. Kemungkinan dia tidak confident dengan diri sendiri. Saya terkilan kerana ibu mengungkit wang pemberian nya kepada adik ipar dan sbb itu adik saya menjadi marah keran duit dia telah banyak habis keluar untuk membawa suami mengerjakan umrah. Bagi saya setelah kita berada di mekah segala perbelanjaan tidak boleh di ungkit ..sbb telah kita halal kan dari awal lagi ..jikalau tidak tidak perlu memberi. Episod telah bermula . Apabila adik ipar saya demam dan tidak mengadiri ke masjid untuk solat subuh. Adik saya menjadi marah . saya dan ibu menjadi bahan sasaran dengan wajah yang masam mencuka .kata ibu saya adik ipar saya demam 40 % tetapi 60% tak ikhlas untuk datang ke mekah .dan berbagai bagai rencana di keluarkan oleh ibu saya. Pada masa itu juga saya mengalami penurunan peranakan. Sakit tak terhingga tetapi adik pula mengatakan : kita di mekah sakit skit jgn buat teruk sangat “ saya berkecil hati dia tak merasakan .Pada ke esokan harinya episode cerita lagi adik ipar ..ibu saya marah kerana adik byk masa di habiskan dgn suaminya pada pendapat sayalah.. ibu menrungut di hadapan suami mengenai adik ipar ..saya masuk campur ..suami saya tidak suka . ibu ada mengatakn dia ini umpana Alquaran buruk tak guna lagi …saya tak faham .. dari awal lagi ibu dan adik ada sahaja cerita. Semasa kami hendak mengadakan ziarah luar ibu memarahi adik ipar kata kenapa pakai jubbah .. dia membandingkan dgn suami saya ..: kata ibu sampai kat Malaysia buang e jubbah tu ..” saya pening
Semasa saya keluar bersama suami unutuk membeli barang suami mengingatkan saya agar jangan masuk campur dalam urusan rumahtangga adik saya . Semasa saya membuat tawaf widaq adik dan ibu meninggalkan saya sendirian .. dan apabila pulang ke hotel ibu dan adik saya seolah melarikan diri ..saya diam mungkin bercampur geram muka saya berubah sedikit.. begitu jua dalam perjalanan ke madinan adik dan ibu meninggalkan saya lagi .. sehingga ke hotel di madinah di dalam lift ibu menghalau saya dari duduk di dalam bilik . Semasa tidur adik dan ibu berbicara .. dia telah tiada anak lagi iaitu saya ..ibu mengingatkan adik hanya dia seorang sahaja di dunia. Bagi ibu adik nyawa dia …saya terlalu berkecil hati … adik pulak mengatakan suami dia tidak prihatin , tidak berpelajaran … dan membandingkan dgn suami saya . Kata adik dia berkahwin kerna ingin ke mekah bagi saya telah salah anggapan itu . saya bertindak salah .saya takut dgn itu kata kata saya menguris hati dan perasaan ibu saya saya bertindak keluar dari hotel.Semasa di hotel bersama adik dan ibu saya ada menelifon anak di Melaka dan mengatakan baby saya sakit dan telah 3 hari akak ipar tak tidur. Sedih saya walaupun ibu dan adik ada mendengar mereka seperti tiada perasaan pun. Sehingga lah saya pulang ke Malaysia. Semasa di dalam penerbangan adik meminta menukar tempat duduk agar tidak duduk dengan saya. Saya kah yg bersalah setiap kali saya hanya mampu memandang ibu dan adik dari jauh .adik seolah membawa ibu jauh dari saya. Dengan suami pulak adik bertanya kenapa dengan saya … tolong bantu saya ustaz apa yg perlu saya lakukan untuk menjernihkan suasana . Saya menjadi takut untuk telefon ibu saya takut akan di maki hamun oleh beliau .saya tak sangup mendengar . Ibu saya seolah inginkan yg terbaik untuk adik saya tetapi suami adik saya bukan berpelajaran dan berkerjaya seperti saya dan suami..ibu menjadi terkilan . Kata suami saya di bawah tangungjawap dia . Jangan di tambah lagi dosa yg perlu dia tanggung seandainya saya tidak dapat bersabar dgn tindakan ibu
Rentetan dari cerita di atas bersambung lagi …anak sulung saya dapat menyambung pelajaran di MRSM ulul albab . Alhamdullilah syukur ..itu impian saya dan suami ..termakbul doa saya di mekah …sungguhh sukar saya menghapuskan kenangan saya di mekah kengan suka dan suka ….tetapi kenangan bersama ibu ,,itu yg cukup menyiat tangkai hati saya merobek jantung …
Sebelum itu saya menukarkan anak saya ke sekolah bersama adik saya . Utk pengetahuan ustaz adik saya seorang cikgu sekolah menegah dan juga seorang warden .Sekolah adik saya sekolah asrama harian biasa . Pada 22/2/2016 anak saya mendaftar diri untuk kesekolah tersebut. Sebelum itu saya telah memaklumkan kepada ibu yg saya tetap juga akan menghantar anak saya ke mrsm ulu albab sekiranya ditawarkan untuk second intake tetapi ibu seolah tidak bersetuju dengan tindakan saya . Setelah merayu akhirnya anak saya mendapat tempat di MRSM. Tetapi semasa pemohonan utuk kemasukan ke sekolah adik saya sepatutnya anak saya tidak boleh di masukan ke sekolah tersebut kerana pencapaian yg cermerlang di dalam akedemik. Adik saya menggunakan orang dalam dan mengatakan anak saya tidak akan menukar sekolah lain tanpa berbincang kan saya dan suami terdahulu. Apabila panggilan MRSM di panggil saya amat bersyukur malangnya ibu saya masuk campur . ibu telah masukkan pemikiran negative pada anak saya yg berusia 12tahun ..MRSM penat lebih, ramai budak pandai ..jauh kat sekolah ni dekat nanti acu dgn nenek boleh tengok menyebabkan anak saya tidak mahu pergi. Yang menghairankan sekarang dari awal anak saya yang memilih utk ke mrsm dan program ulul albab. Saya kecewa. Ibu ada menelifon saya akibatnya terjadi bertegang urat dan bertekak dgn ibu .Mungkin saya silap saya kena saya tertekan dengan sikap adik saya kerja yg tidak menentu masa penat menguruskan rumah …saya meninggikan suara dengan ibu. Segala yang terpendam saya luahkan ..saya tidak memohon ibu sayang kan saya tapi …tolonglah faham sehingga ibu tidak mahu jejak ke rumah saya kerana rumah tersebut di beli saya dgn suami …. Ibu berjanji setelah adik berkahwin ibu akan tinggal dengan saya setiap musim cuti sekolah tapi ibu mungkir ibu tetap bersama dgn adik saya saya berkecil hati ..semasa hari raya saya seolah- olah seorang bibik menguruskan semua sedangkan adik dan suami keluar setelah pintu bilik di ketuk oleh ibu saya ….semua saya pendam bila ibu masuk campur dalam urusan anak saya saya naik bengang dan marah itu menyebabkan saya mengungkit apa yg telah ibu katakana pada saya di mekah 2 thn lalu ..ibu buang saya …..tapi ibu tak mengaku …ibu kata saya yang buat hal..bukan adik saya ..ibu seolah olah menjaga hati adik saya ….sehingga adik saya menengking dia ..ibu seperti tiada perasaan marah kerana terlalu sayang dan manja ..dan kini facebook punca segala …di sinis di peril …dengan berbagai bagai di tujukan pada saya …saya masih bersabar..jika ikutkan amarah saya …..tamparan sulung pasti adik saya terima … adik saya seperti tidak menghormati saya dan suami ..masuk campur dalam urusan anak saya sedangankan ketiga tiga anak saya saya sendiri yang membesarkan. Ibu tidak pernah memelihara mereka .saya akur sekiranya anak sulung saya ibu saya yg jaga dia ada hak. Saya sedih dan terguris dengan tindakan adik dan ibu saya . Saya buntu ..saya tiada tempat meluah perasan. Suami amat memahami ..saya ingin kembali seperti dahulu seperti arwah ayah masih ada. Pada pemikiran saya masa arwah ayah masih ada adik seperti tidak hormat pada ayah inikan pulak saya ..hanya kakak dia . …tambahan pula saya telah banyak makan hati dengan tindakan ibu saya …Dari kecil ibu sering manjakan kan adik memandangkan adik saya anak bungsu dan mengalami kecacatam jari tangan dan kaki. Saya memohon saya di berikan Hidayah dan petunjuk …. bantulah saya. Ibu dan adik seoarng yang susah di bawa berbincang
salam
awak perlu mendapatkan bantuan kaunselor secara semuka dalam hal ini.
masalah serumit begini, mana boleh ditangani secara online.
salam ustaz…
saya ingin penjelasan dari ustaz… tunang saya mempunyai 7 beradik dan beliau anak ke3 ibubapanya bercerai masa tingkatan3 dan ayahnya seorang kaki pukul ibunya dan hisap dadah tegar… masalah sekarang semua masalah keluarga dia yang ingin tanggung..hal kakaknya putus tunang, adiknya bercerai, maknya buat hal memalukan, adikbradik xcukup duit, semua ditanggungnya.. bila dia stress dgn masalah keluarganya, kami akan bergaduh..dia paling pantang sy nasihat atau tegur berkait masalah keluarga dia.. bagi dia sy xlayak tegur sebab bukan keluarga sy dan sy xfaham masalah dia.. saya sedih ustaz… saya terasa amat penat bila selalu bergaduh masalah keluarganya yang kadang2 tak logik untu semua dia ambil tahu dan selesaikan.. 2 tahun lepas kami sama2 buka kedai signboard sebab dia mahir bab itu.. banyak saya laburkan juga untuk kedai itu.. alhamdullilah biznes amat baik. namun ayahnya masuk campur,ingatkan sudah berubah.. dia dtg mlm2 kedai kami dan hisap dadah dalam kedai tu.. saya dan tunang tak tahu, sehingga tuan kedai yang beritahu. sedih saya ustaz.. paling saya kecewa bila ayah dia tipu ramai pelanggan ambil deposit untuk booking dan habiskan duit itu..akhirnya tunang saya yang kena.. duit sewa kedai dia kata dia nak tolong serahkan, tunang saya masih percaya ayahnya dan bagi duit sewa kedai tiap bulan. ruapanya sudah 4 bulan tertunggak ayah nya ambil duit sewa kedai dan gunakanya..hancur hati saya ustaz..mana nak cari beribu untuk bayar balik sewa tertunggak..akhirnya tuan kedai menghalau kami..hancur impian saya.. tunang saya bergaduh dengan ayahnya..ayahnya sedikit tidak rasa bersalah malah dia pulak mengamuk pada tunang saya.. setelah 2 tahun hal itu berlalu, tuanang saya berkerja di kl..gaji yang agak ok..sampailah minggu lepas baru saya tahu, rupanya tiap bulan dia bg duit pada ayahnya walau tahu ayahnya masih hisap dadah dan malas kerja.. hancur hati saya.. dia selalu tipu saya.. rupanya sangup bagi duit untuk ayahnya beli kereta..padahal tunang saya kereta pun xde lg..kami bergaduh besar kali ini..saya ingin putuskan tunang..saya amat sedih dan penat.. wajarkah keputusan saya???
salam
tak salah sama sekali di sisi agama utk awak putuskan tunang kerana
1. objektif sebenar kahwin ialah tuk bahagia. nak bahagia camne kalau mmg hakikatnya pasangan dan keluarganya byk masalah?
2. bunga bukan sekuntum bagi awak, dan kumbang pun bukan seekor bagi dia. mungkin ada lelaki lain yg lebih berkemampuan tuk hidup dgn dia dgn segala ketidaksempurnaan itu.
3. nak bantu dia tak hal, tapi bukan mesti jadi suami dia. tak jadi suami, bukan bermakna tak leh bantu dia.
4. lebih baik putus tunang dari cerai beras lepas kahwin, outus kasih sekarang dari lepas kahwin.
5. jika ada jodoh di masa akan datang, tak akan ke mana tapi bukan bermakna mesti pikul sama beban masalah sekarang ini.
MAAF USTAZ.. SAYA PEREMPUAN DAN TUNANG SAYA LELAKI…
sama sahaja hukumnya
Assalamualaikum.. Sy nadia, sy sedih sgt ust.. Sy mempunyai 7 adk bradik, sy yang sulung n yg lain masih kecil. Sy harapan keluarga sy.. Sy bru kahwin tahun.. Sy khwin muda, umur 18… Asalnya sy xnk lgi kawin, tp suami sy bgthu xnk lgi bt dosa n nk kawin terus.sy da bgthu keluarga yg sy ingin kawin. Sy berkenlan ngan suami x lama. Hanya 2 bulan. Llu kami ambil keputusan untuk kawin d golok, thai.kami sembunyikan perkahwinan kami selama 1 bulan. Akhirnya sy berterus terang dengan orang tua sy.. Tp perbuatan sy itu membuatkan orang tua sy amat kecewa.. Llu ayah sy mntak rm5 ribu dri suami sy utk knduri khwin di sini, tujuan utk ketahuan umum.
Selepas 2mggu mjlis perkahwinan sy berlngsung.. Keluarga sy dapat maafkan sy tp suami sy plak yg x dapat maafkan ibu ayah sy.. Sy tinggal di rumah suami bersama keluarga mertua.. Ust… Sy rindukan keluarga sy..sy menyesal ust.. Sy xboleh lg sng jumpa keluarga sy.. Ckap tpun pun xboleh ust.. Bila sy ajak suami jupe keluarga sy abb sy rndukn keluarga sy, msti suami sy xkn ckap dgn sy n psti pergaduhan brlku.. Sy letih.. Sy bhgia tp sengsara.. Smpai ayah sy mengajuk n sampai skrng xckp..derhka ke sy ust? Keluarga sy orang susah.. Ad mase tu, keluarga sgt perlukn duit utk beli bres n mknan lain tp suami kata itu bukn tanggungjawab sy lgi… Sy xboleh fkir msalh keluarga lgi.. Btul ke mcm tu ust???tlg ust, tlg bgi penjelasan.. Hati suami sy sgt keras… 2 buln lgi ckup sethun perkahwinan sy.. Sy telah memutuskan silaturahim keluarga sy… Bila sebut yg keluarga sy psti suami akn marah…sy ingin putar mase seandainya boleh
salam
sebaiknya awak dapatkan bantuan kaunseling. masalah sebegini emmerlukan huraian dan perbincangan bersemuka, bukan online.
Tp sy xbleh ust.. Sy xboleh keluar rumah tnpa suami… Bantuan mne lg ust boleh tlg sy? Sy hrap ad seseorang yg dpt jelaskan hal ni kpda suami sy.. Cara ni shje yg sy boleh bt, sbb dia xthu.. Ust, derhaka ke sy?
salam
meminta bantuan bagi menyelesiakan masalah awak ini adalah satu keperluan. jika tidak ia akan memburukkan lagi keadaan ruamhtangga awak.
meminta izin suami dan taat mestilah berpatutan, bukan sampai menimbulkan kemudaratan yg lebih besar atau menghambat awak selesaikan masalah bagi kebahagian bersama.
kalau awak sakit perlu pergi doktor, takkan pergi doktor tuk berubat pun perlu bagi tahu atau izin suami dan kalau suami tak bagi izin, awak harus pikul sakit begitu sahaja.
yg sebegini, tak munasabah dan bukan ajaran agama.
kesimpulannya, pergi dapatkan bantuan kaunseling dgn segera.
jika awak takut suami tak memberi izin, pergilah tanpa pengetahuannya.
gunakan kebijaksanaan tuk lakukan perkara ini dgn cara yg terbaik.
yg penting hendaklah jujur dan amanah dgn niat dan tujuan sebenar = tuk mencari bantuan bg selesaikan masalah rumahtangga agar awak dan suami dapat hidup bahagia bersama.
Assalamualaikum, saya nak luahkan sedikit tentang hidup saya.. saya mempunyai 4 orang adik beradik, saya merupakan anak kedua serta anak perempuan yang besar dlm keluarga. Telah berkahwin dan sedang hamil anak sulung, saya mempunyai penyakit kanser darah yang memerlukan rawatan setiap bulan. Suami saya dan keluarganya sangat baik dan selalu mengambil berat tentang diri saya berbanding keluarga. Ceritanya bermula apabila keluarga saya terlalu menekan saya tentang segala hal. Apatah lagi soal duit. Setiap bulan saya akan memberi sebanyak rm300 untuk duit kocek, serta saya menanggung hutang dirumah mak ayah seperti TV,peti ais, dapur tunku 4, yang saya beli di Courts Mammoth sebanyak Rm360 sebulan, ayah saya tak bekerja dengan alasan sakit tangan. Tetapi ayah saya tidak membantu emak saya lgsung dirumah dlm menguruskan rumah, emak saya berkerja sbg operator kilang dan perlu menanggung bayaran rumah,kereta, bil dan 2 orang adik sy yg masih bersekolah. Ayah saya hanya makan dan tidur shj dirumah, pinggan mangkuk yang dia guna pun dia x nak basuh dan biarkan emak saya yang balik kerja untuk menguruskannya. Setiap bulan saya x kan skip pembelanjaan untuk mereka, tetapi ayah saya mahu saya memberikan sebanyak rm600 sebulan dengan alasan adik saya masih bersekolah. Apakah adik saya menjadi tanggungjawab saya sepenuhnya atau saya sebagai anak perempuan sekadar membantu??? Ayah saya sering marah2 pada saya jika saya tidak dapat memberi duit tambahan yang diminta dan menyumpah seranah saya dan mengatakan hidup saya takkan senang jika saya tidak menolong keluarga. Sedangkan saya setiap bulan masih menghulurkan duit kocek utk nya.
salam
1. nafkah ke atas adik awak adalah tangungjawap bapa awak selama mana dia masih sihat dan mampu utk mencari nafkah.
2. tidak wajib bagi awak menampung belanja adik awak. ia hanya perlu dilakuakn atas dasar ihsan dan sedekah dan itu pun pada batas2 kemampuan. jika melakukannya akan membebankan awak, tidak lah perlu awak penuhi tuntutan bapa awak itu. namun lakukannya dgn cara yg baik. memberi wang tunai utk belanja ibubapa bagi anak perempuan pun terbatas pada kemampuan kerana pada dasarnya anak perempuan yg telah menjadi isteri adalah penerima nafkah dan bukan pemberi nafkah. pastinya sebagagi penerima nafkah dia mempunyai keterbatasan utk memberi wang kpd ibubapa kecuali jika dia ada pendapatan sendiri.
Ust, saya kerap bersedih dan memendam kerana takut suami saya salah faham tentang ayah sy. Pada dasarnya ayah saya memg mampu bekerja, tetapi dia mberi 1001 alasan untuk mencari kerja, hampir 6 tahun ayah saya menganggur dan menanti emak saya serta saya memberi wang, sedangkan sepatutnya, wang tersebut untuk emak sy, tapi bila saya bersuara dgn ayah saya, emak saya membela ayah saya, sebab ayah selalu menengking emak dan bersikap garang dgnnya.
2 bulan lepas, husband saya menegur ayah saya, sebab emak & ayah saya berhutang dengan sedara mara smpai rm8 ribu, untuk perkara yg membazir, contohnya untuk beli peralatan raya dan sbgainya. ayah saya mahu sy yg menyelesaikan hutamg tersebut, Suami sy menegur dan bertanya duit itu untuk apa, dan kenapa saya kne menanggungnya. Tapi ayah saya tak boleh terima teguran itu, dan bercerita dengan saudara mara dan memburukkan suami saya, serta datang kerumah mertua saya dan marah2 kerana tidak pandai mendidik anak. tapi keluarga mertua saya hny diam dan dengar. Sebab emak & ayah saya memburukkan saya sekali, diorang cakap saya tak pernah bantu keluarga. sedangkan setiap bulan sy membantu mereka. Keluarga mertua saya sampai datang kerumah saya malam hari untuk bertnyakan kenapa dan mengapa keluarga saya bertindak spt itu. Apa pendapat ust tentang sikap ayah saya terhadap saya? Dan ayah saya sering bercakap saya derhaka pada mereka.
saya tak lihat sebab yg munasabah utk awak dihukum derhaka.
saya nasihatkan awak dapat bantuan kaunseling bg dapatkan bantuan yg lebih baik bagi tangani masalah kronik sebegini
Assalammualaikum wbt ustaz,
sya anak sulung kpd 5org adik bradik bawah sya bljr d kolej n the rest masi skolah n ibubpa sya masi bekerja … Sya ingin share duka sya semenjak bekahwin (masuk 6bulan kawin) sy mempunyai masalah mengenai memberi belanja ruma kpd kluarga sya slpas kawin sebab sy tak bekerja semnjak kawin sbb ikut suami bepindah daerah dr stu daerah…semnjak bekawin sya tidak bekerja.. mencri pekerjaan tp till skg tidak dapat… sangat susah mencri keja skg… skg sya dilema merasakan kluarga sy kecil hati gan sy sbb tidak memberi belanja ruma spt sedia kala kpd mereka.. sbb dlu sy ank sulung dr dulu bkrja memberikan sparuh dr gaji sy kpd mreka… skg sya hanya mampu memberi blnja adik sya yg bljr d kolej tidak la bnyak mna sbb sya akan mnta kbenaran suami sya dahulu.. itu sja sya mampu buat slepas kawin… duit dr belanja yg suami bg tiap bulan… Ya Allah ustaz sya mnta nasihat dr ustaz apa ptot sya buat ? Adakah patot sya crita tiap details masalah sya kpd ibubapa? Sya tidak bgtu mesra gan ibubapasya kerna ibu yg sya maksudkan ialah ibu tiri sy.. ibu bapa kandung sy sudah becerai … bapa sy brubah smnjak bekwin gan ibu tiri sya … so bapa sya hanya akn mndengar cakap ibu tiri sya sja dr dlu.. biarpun sya suda melakukan apa ibu tiri sya mahu dia tetap tidak puas ati… ustaz tolong sy beri pnjelasan dr dilema sy ni? Sya tak ada masalah gan ibu kandung sya…
salam
sila dapatkan bantuan kaunseling dari mana2 badan kebajikan terdekat di tempat anda.
assalamualaikum..saya ada masalah dimana bakal isteri tidak mahu berpisah dengan ibunya dan mahu ibunya tinggal bersama kami setelah berkahwin..sejujurnya sy tidak setuju kerana sy akan berasa kurang selesa apabila semua hal rumah tangga sy diketahui oleh bakal ibu mertua sy..pastinya sy mahukan privacy dalam berumah tangga..dan pastinya sy tidak mahu ibu bapa saya berasa segan apabila hendak memziarah rumah kami nanti..apakah penyelesaiaan kepada permasalahan sy ini ustaz:)
salam
hal ini bukan masalah ukum agama.
ia lebih merupakan masalah psikologi rumahtangga.
oleh itu, sebaiknya awak bertanya pada pakar kaunseling rumahtangga.
masalah sebegini tiada jawapan atau huraian yg mudah dan absolut.
ia bergantung pada keadaan yg ada.
tiada juga satu huraian atau jawapan yg perfect.
apa jua huraian pasti ada kebaikan dan keburukannya.
oleh itu, dari segi agama dan rasional, panduannya ialah buat keputusan berdasarkan apa yg lebih banyak kebaikan dan kurang mudarat.
prosesnya pula ialah berbincang dgn bakal isteri dan ibu akan hasrat dan expectation masing2 lalu cari kalan tolak ansur yg terbaik (bukan perfect).
hasrat awak utk berdikari dan ada privacy mmg wajar, tapi ia juga bukan bermakna mesti dilakukan secara mendadak.
perkahwinan memerlukan perubahan pada semua pihak.
tapi tak semua pihak boleh berubah pada kadar yg segera.
tambahan pula apa jua perubahan hendaklah dilakukan secara beransur2.
mungkin ini yg diperlukan oleh bakal isteri awak dgn bantuan awak juga.
ingat juga… mungkin juga yg terbaik bukan meminta perubahan pada bakal isteri awak, tapi awak yg berusaha adjust pada kondisi bakal isteri.
terdapat ramai pasangan yg berumahtangga dan hidup bersama org tua dalam keadaan harmoni dan bahagia = semua pihak perlu sikap terbuka.
terima kasih..sangat jelas dan nyata
assalamaualaikum..saya nak bertanya dari segi hukum. Adakah hukumnya WAJIB (jika tak buat berdosa) bagi anak perempuan untuk memberi nafkah mengikut kemampuan kepada ibu bapa setelah berkahwin atau adakah SUNAT iaitu sebagai tanggungjawab dari seorang anak kepada ibu bapa yang perlu dipenuhi bagi membalas segala jasa baik ibu bapanya dan mejadikannya seorang anak yang soleh dan bertanggungjawab..terima kasih
salam
saya dah jawap soalan ini banyak kali. sila rujuk soalan2 di atas.
Salam ustaz,
Saya berada di dalam keadaan buntu. Sy telah kematian ayah pada tahun 2000, dan baru sahaja kematian ibu tahun ini. Sy mempunyai 5 orang adk beradik dan sy merupakan perempuan tunggal dan bongsu. Setelah kematian ibu, segala tanggungan rumah seperti bil api air, barang dapur adalah dibawah kerelaan sy kerana pndapatn sy sdikit tnggi dibandingkan dgn abg yg lain. Tapi lama kelamaan sy rasa sedikit tekanan apabila sikap abang2 sy yang tidak pandai berdikari untuk menguruskan diri sendiri seperti mngemas, mnguruskan pakai minum sendiri dll. Apabila ditegur, sy balik yang dimarahinya. Dan secara jujurnya, sy menjadi tidak ikhlas untuk menanggung segala perbelanjaan rumah lg. Wajarkah sy keluar rumah kerana sy sudah rasa penat dan tidak dihargai oleh abang-abang sy. Adakah sy berdosa kerana tidak membantu keluarga sy?
salam
dari sudut hukum agama tidak salah utk awak keluar rumah utk hidup berdikari kerana:
1. tanggungjawab utama menafkahi keluarga ialah dibahu anak lelaki.
2. awak telah pun memikul tanggungjawap ini sekian tahun.
3. awak tak ada tangungjawap nafkah ke atas adik beradik yg telah dewasa dan mampu menampung hidup mereka sendiri dan tidak pula ada kewajipan utk urus kehidupan peribadi mereka sendiri i.e. urus pakaian dan makan minum mereka. ia hanya sesuatu yg awak boleh lakukan atas dasar ihsan.
3. tujuan awak melakukannya bukan utk melarikan diri dari tugas tapi utk menimbulkan keinsafan pada adik beradik yg lain dan mengubah sikapa buruk mereka.
samada perbuatan awak itu wajar atau tidak, ia bergantung pada pertimbangan baik dan buruk yg perlu awak nilai sendiri.
awak boleh dapatkan nasihat kaunselor utk membuat keputusan sedemikian.
Assalamualaikum Ustaz,
Mohon pencerahan dari ustaz dari sudut ketaatan anak perempuan terhadap ibu atau bapa sebelum berkahwin. Saya ada situasi seorang rakan dimana, ibunya telah mencari jodoh untuk dinikahkan. Akan tetapi hal tersebut tidak diingini olehnya dan bapanya juga tidak setuju akan hal tersebut kerana tahu situasi anaknya yang mempunyai pilihannya sendiri. Bapanya tidak bersetuju dgn pilihan ibunya tetapi ibunya tetap mahu anaknya ikut jodoh pilihannya. Walaubagaimanapun si anak mempunyai jodoh pilihannya tersendiri akan tetapi tidak dipersetujui oleh ibunya sedangkan bapanya bersetuju. Dalam hal ini ketaatan seorang anak perempuan terletak kepada ibunya atau ayahnya?
Mohon penjelasan dan pencerahan dari ustaz tentang hal ini. Terima kasih
salam
dalam hal ini pandangan si bapa lebih perlu diberatkan kerana
1. bapa adalah ketua keluarga yg ditangannya terletak kata putus apabila terdapat perbezaan pendapat di kalangan hali keluarga.
2. bapalah yg akan mewalikan anak perempuan itu – kuasa izin yg hakiki ditangan dia.
3. anak perempaun berhak di sisi agama utk memilih calonnya sendiri selama mana calonnya pilihan dia tiada aib di sisi agama.
Terima kasih ustaz, untuk makluman ustaz, calonnya adalah seorang lelaki yang bergelar seorang suami kepada seorang isteri. Hal yang demikian terdapat sedikit salah faham yang berlaku yang menyebabkan ibu beliau tidak bersetuju untuk meneruskan dengan pilihan hati anaknya dan akhirnya ibu beliau membuat keputusan untuk menerima risikan dari pihak lain (telah menerima) dan telah menentukan tarikh untuk bertunang dalam masa terdekat. Sebagai anak yang takut tidak taat pada ibunya, hanya mengikutkan sahaja kehendak ibunya.
Assalam Ustaz,Assalamualaykum Ustaz,
Sy ingin b’tanya mengenai kemusykilan tentang talak yg diugut oleh suami.
Setiap bln sy ada m’peruntukkn sejumlah wang hasil drpd pndptn blnan sy kpd kedua ibubapa sy yg diniatkn sedekah kpd mereka. Selain drpd itu, sy juga ada menanggung sbhgn drpd yuran p’sekolahan ank saudara yg belajar di sklh tahfiz tanpa pengetahuan suami.
Suami pernah m’pertikaikn perkara ini kerana ktnya sy sbg ank perempuan yg telah b’khwin tdk perlu b’tgungjwb menanggung ibubapa dan tdk perlu m’bantu adik beradik dr segi kewangan ttp sy hanya b’diam diri shj dgn pndptnya itu.
P’belanjaan rmhtgga kami t’msuk kprluan anak, ansuran kereta, rumah dan utiliti sy b’setuju utk menanggung bersama dgn hasil pndptn sy tanpa gagal setiap bln.
Kelmarin, suami telah mengeluarkn p’kataan bahawa dia tidak mengizinkn lg sy m’berikn walau satu sen pn drpd wang gaji sy kpd kedua ibubapa sy. Jika sy ingkar, jatuh talak katanya…
Sungguh menyedihkn, ayah sy telah bertanya smlm elaun utknya bln ni dh bnk-in ke? Sy amat t’tekan dgn p’kara ini. Jika diberitahu suami tdk m’benarkn, ia akn melukakn hati mereka dan hubungan ibubapa sy dgn suami akn bermasalah…
Bolehkah sy abaikan shj ugutan drpd suami sy itu?
Adakah jatuh talak jika sy ingkar arahan suami dgn tetap m’berikn wang hasil titik peluh sy sndiri kpd insan2 yg amat sy sayangi itu?
Pencerahan drpd Ustaz/Ustazah didahului dgn ucapan jutaan terima kasih…
salam
segala duit awak, samada dari hasil usaha peribadi (kerja atau perniagaan) atau pemberian suami adalah hak milik awak mutlak. suami awak tidak berhak mencampuri bagaimana awak belanjakan duit itu kecuali jika ia melibatkan perkara maksiat.
apa yg awak lakukan adalah baik di sisi agama.
apa yg suami awak tuntut bukan sesuatu yg di bawak hak dia dan menghalang pula perkara baik yg awak lakukan.
dalam hal ini, saya berpendapat, ancaman dan taklik dia itu tidak sah. oleh itu, tidak wajib dipatuhi dan tidak berkuatkuasa.
namun, awak perlulah tangani ini dengan bijak.
sebaiknya awak minta nasihat dari mahkamah syariah dan bantuan bagi menasihati sikpa suami awak itu, jika tidak ia mungkin akan lebih memburuk.
moga bermanfaat.
Assalamualaikum ustaz,
Saya nak tanya ustaz, saya anak bongsu drpd 2 adik beradik, yg sulung abang. Abang kerja govt, tinggal di seremban, saya duduk dengan ibubapa. Segala masalah kewangan dalam rumah saya tahu. Abng hanya balik sebulan sekali, kadang tak balik, kadang balik semalaman dengan alasan kerja. Sekarang dia dah kahwin dalam diam, ibubapa saya tak pernah tinggi suara pada dia, sebab ibu ayah takut dia merajuk dan buat sampai dia tak nak balik dah. Sedangkan dia dah banyak menipu, ibu ayah tahu tu. Sekarang, saya yang jadi mangsa ibu ayah pinjam duit sampaikan saya tangguh bayar motor. Kadang saya pergi kerja tanpa bawak duit 1sen pun. Saya tolong mereka, tapi pada masa yang sama saya bercakap, saya rasa sebak, menangis, dan nyatakan isi hati saya tentang perbuatan abg saya. Dan ibu selalu buat tak dengar bile saya cakap pasal dia. Derhaka kah saya sedangkan gaji 1,000. Dah 2tahun saya kerja, tapi masih tak boleh mnyimpan. Ibu ayah tak pernah dapat pinjam dari abang, dia beri alasan, tak ade duit selalu.
salam
tanggungjawab menjaga dan membantu ibu bapa adalah tanggungjawab semua anak2 secara sama rata dan setiap anak pula hanya perlu tunaikan tanggungjawap ini berdasarkan kemampuan yg ada sahaja.
jika awak tak mampu, taklah derhaka jika awak tidak dapat tunaikan permintaan ibubapa. sebaliknya, mmg betul utk awak menasihati ibubapa awak dgn baik utk nasihati abang awak kerana sikap abang awak itu salah dan selama ibubapa awak hidup mereka masih tetap berkewajipan mendidik abang awak supaya berubah. jika mereka tidak mahu, tidak adil pula bagi mereka ambil jalan mudah dgn membebankan awak semata2 kerana awak hidup bersama mereka.
Assalamualaikum Ustaz,
Apa perlu saya lakukan, saya sudah berumah tangga hampir 3 tahun pilihan sendiri, ibu-bapa saya tidak menyukai suami saya kerana dia asal dari keluarga kampung. Namun, suami saya mempunyai pekerjaan yang stabil dan saya bahagia dengan suami. Masalahnya sekarang ibu saya sentiasa mebandingkan keluarga suami dengan keluarga saya, walaupun keluarga belah suami tidak berharta seperti keluaga saya, namun mereka melayan saya sangat baik, dan saya tak pernah merasa disisihkan oleh keluarga mertua, sebaliknya di sebelah saya, Ibu saya selalu memerli saya dan suami, selalu mengutuk keluarga mertua miskin dan sebagainya, saya tak tahu nak nasihat ibu saya macam mana. Dia seolah-olah tidak mahu menerima yang saya sudah berkahwin. Kadang-kadang ibu saya langsung tidak mahu memperdulikan saya, dia sangat berkira dengan saya sehingga semua benda pun dia xnak bagi pada saya dengan alasan saya sudah berkahwin, saya bukan tangungan dia lagi. saya rasa seolah-olah dibuang keluarga. Pendapat ustad apa yang perlu saya lakukan?. Kadang-kadang saya kesian dengan suami, dia cuba menjadi menantu yang baik, namun ibu saya masih tidak menerimanya. Terima kasih ustad
salam
jika setelah bermuhasabah awak dapati awak tidak bermasalah dalam hal ini dan telah pun berkahwin serta bahagia, tiada apa yg perlu awak buat dan ubah selain bersabar atas kerenah ibu awak dan berusaha untuk mengubah dirinya.
untuk iti ia memerlukan pengetahuan psikologi yang baik bagi memahami ibu awak dan kemahiran.
hal ini memerlukan bantuan kaunselor keluarga, bukan guru agama seperti saya yang kemahiran khusus kami ialah memberi pandangan dari sgei hukum dan undang2.
maka nasihat saya ialah
a. pergilah cari dan dapatkan bantuan atau nasihat kaunselor keluarga.
b. banyakkan berdoa agar allah melembutkan hati ibu awak.
Salam ustaz.. saya ini anak tunggal dan ibu bapa saya dah tua…saya dh kwen dan ade anak berusia 3 bulan…selepas kawen saya tinggal berasingan dgn suami,,,atas faktor keje dan hendak menjaga kedua ibu bapa saya…suami tinggal di rumah org tuanye dan sy bersama org tua saya.. setiap hujung minggu kami akan berjumpa…skrg kami dh mempunyai anak fdan kami berhasrat untuk tinggal bersama.. tapi ibu bapa saya berat hati tuk bg saya tinggal bersama suami,,,segala perbelanjaan rumah ibu bapa saya diruruskan oleh saya dan suami..bila saya bgtau yg saya nk tinggal bersama suami sya..ibu saya berat hati dan terasa..seolah2 dia dah lupa yg saya dh kwen…dia terasa klu saya ikut ckp suami saya…saya rse mcm saya dh abaikan keperluan suami saya…saya sangkut antara suami dan ibu bapa…adakah wajar saya pindah tinggal bersama suami atau tinggal bersama ibubapa dan jaga mereka hingga akhir hayat ibu bapa saya..harap ustaz dpt tlg saya..
salam
masalah anda ini berkaitan psikologi seorang ibu berhadapan dengan anak perempuan yg telah berkahwin = merasa sukar utk berpisah dan melepaskannya.
apakah huraian bagi masalah anda ini banyak bergantung pada keadaan dan fakta masalah ini yang tak dapat ditangani secara online.
untuk membantu anda mencari huraian yg baik, sebaiknya anda bertemu secara bersemuka dgn kaunselor.
bertemu kaunselor juga membolehkan anda utk mengetahui dari segi psikologi kenapa ibu anda bersikap sedemikian dan lebih penting lagi, bagaimana anda dapat membantu dia mengatasi psikologi ini.
dari segi hukum, tidaklah salah untuk anda mengikut suami kerana
1. lumrah org berkahwin adalah sedemikian
2. hak anak2 utk mempunyai privacy bagi rumahtangga mereka sendiri
3. menjaga ibubapa yg tua bukan semestinya dgn tinggal bersama dan sebumbung = ada banyak alternatif dan jalan tengah lain. tinggal berdekatan adalah satu pilihan, sebagai contoh.
Assalamualaikum..ustaz,mohon penjelasan.. Ibu bapa sy tlh bcerai sjak sy kecil lg.skrg sy sudahpun brumahtangga ,6bln perkahwinan.. Maslah sy ,sy tidak tahu mahu mengikut kata suami mahupun ibu landing sy. Skrg sy tinggal dgn ibu dirumahnya,krna suami mbri izin sy balik kerumah umi untuk mlpaskan rindu pd beliau n adik2 dua org llki..stlah sy berada d umah IBU sy, ibu says menyuruh suami sy menceraikan sy. Ibu sy tdk dpat menerima bhawasanya sy sdh bernikah n sdh ade suami. Umi sy mendesak suami mceraikan sy, krana sy masih belajar di institusi tempatan . Dalam hal ini ibu bnyk menyalahkan bapa sy krana mewalikan sy . IBU sy membenci kluarga belah suami, sy pulak tersepit dan serba salah. Dua dua orang y sy saying,ibu n suami..kekadang ibu suka membandingkan sy dgn anak org lain.. Krana suami sy hnya menoreh gtah sdangkan sy skrg siswazah..katanya tak setaraf dlm kluarga…sedangkan pilihan kakak sulung xpnah dihalang,isu ini menyebabkn hbungan sy suami istri mnjadi renggang..suami dtamg ke umah utk mjemput sy pulang ditegah dan ibu bsikap dingin dan kasar.IBU saya sllu mgluarkan kata kata yang mgecilkan hati sy Dan suami .apakah y patut sy lakukan n tindakan y wajar utk pmaslahan ini ustaz. Sy seorang ank,istri,menantu org dan juga pelajar..sy berasa bgitu ttkan.Ade bbrapa panduan n rujukan y perlu sy dekati?
salam
masalah awak ini hampir sama dgn masalah di atas yg baru saya jawap. jawapannya adalah sama. sila rujuk.
salam
masalah awak ini hampir sama dgn masalah di atas yg baru saya jawap. jawapannya adalah sama. sila rujuk.
Salam ustaz…
Saya ada satu kemuskilan..jika kematian suami,siapakah yg wajib menanggung nafkah isteri dan anak-anak?harta suami yang meninggal adakah berhak ke atas isteri@anak-anak?
salam
jika kematian suami, harta peninggalan dia dibahagi2kan kdp ahli waris yg meliputi isteri, anak-anak dan mungkin lain2, jika ada.
tujuan pembahagian harta peninggalan ini ialah supaya isteri dan anak-anak ada nafkah utk terus hidup.
jika tidak memadai, si isteri perlulah berusaha mencari nafkah hidup utk dia dan anak-anak, jika anak-anak belum menjangkau usi dewasa.
jika tidak mampu, boleh mohon bantuan dari badan kebajikan.
jika si isteri berkahwin semula, nafkah hidup dia dan anak-anaknya ditanggung oleh suaminya yang baru..
jika kematian suami,adakah anak dan isteri di bawah tanggungan bapa saudara(abg@adik arwah)
tidak semestinya.
kebajikan wanita itu menjadi fardu kifayah semua ahli keluarga wanita itui dan suaminya. dalam hal ini, pastinya ahli keluarga lelaki memikul tanggungjawab lebih kerana mereka memikul tanggungjawab nafkah.
jika kekwajipan terpikul ke atas adik beradik lelaki suami, islam pasti akan memberi hak warisan kepada mereka.
sebaliknya adik beradik lelaki suami tidak mendapat apa2 dalam kes si mati ada meninggalkan anak lelaki atau bapa.
Assalamualaikum Ustaz. Saya ada sedikit kemusykilan. Saya baru berkahwin dan Alhamdulilah saya sedang mengandung sekarang. Masalah saya ialah masalah dengan ibu saya. Sejak saya berkahwin saya dan suami merancang tinggal di kedua belah rumah iaitu rumah mak saya dan rumah mak mertua. Apabila saya tinggal bersama ibu saya, masalah mula timbul. Ibu saya melayan suami saya seperti orang luar. Tidak seperti menantu sendiri. Bila waktu makan ibu saya tidak akan makan semeja bersama kami berdua sebaliknya akan makan setelah kami berdua selesai makan. Bila suami saya cuba untuk berborak dengan ibu saya hanya sepatah dua kata yang ibu saya akan balas. Jadi suami berasa tawar hati dengan sikap ibu saya dan mengajak saya untuk tinggal bersama ibunya. Layanan ibu mertua terhadap saya amat2 berbeza. Ibu mertua saya melayan saya sama seperti anak2nya yang lain. Kadang2 lebih memandangkan saya sedang mengandung dan saya menantu pertamanya. Tapi apabila saya tiggal lebih lama di rumah ibu mertua ibu saya mula bertanya bila saya akan balik ke rumahnya. Saya beritahu pada suami dan kami balik ke rumah ibu saya. Tetapi ibu saya tetap melakukan perkara yang sama. Jadi saya serba salah. Suami ajak tinggal semula di rumah ibunya. Tapi ibu saya pula marah2 bila saya tinggal di rumah ibu mertua saya dan berpesan pada saya supaya jangan jadi anak derhaka yang lupakan ibu sendiri. Walhal Ustaz, sejak saya berkahwin suami banyak mengalah dengan kehendak ibu saya dan saya banyak kali bergaduh dengan suami saya jika melibatkan ibu saya. Untuk pengetahuan Ustaz, suami saya tidak melarang saya memberi duit belanja pada ibu saya setiap bulan. Sekarang saya tinggal di rumah ibu mertua saya kerana suami tak tahan dengan sikap ibu saya yang semakin keterlaluan. Jadi saya nak minta pandangan Ustaz, apakah tindakan saya mengikut suami dengan tinggal bersama ibu mertua dikira salah atau bagaimana? Kerana saya sendiri memang sudah tidak tahan dengan sikap ibu saya yang saya rasakan semakin menjadi2. Mohon pencerahan dari Ustaz.
salam
masalah awak bukan soal hukum agama dan saya telah menjawap soalan yang hampir serupa di atas iaitu masalah hubungan anak dan ibu bapa setelah kahwin.
sila baca jawapan yang lalu di atas.
tiada masalah utk awak ikut suami tinggal di rumah mertua, jika anad pasti bahawa sikap ibu awak tidak munasabah, kerana tujuan melakuakn sedemikian bukan kerana hendak mengabaikan ibu. tambahan pula berbuat baik pada ibu bukan mesti tinggal bersamanya setelah berkahwin.
assalamualaikum ustaz. sy nk ada beberapa soalan.
1. bagaimanakah tggjwb seorg anak kpd ibubapa yg bercerai? Sy anak bongsu drpd 4 org adik beradik. suda berkawin & mempunyai 3 org cahayamata. Sejak sy keja & kini da berhenti keja,sy hanya bg duit belanja kepada ibu kandung sy shj (ibu da kawin lain),ayah sy juga telah kawin lain. Apabila sy fikirkn semula,sy tidak adil kepada ayah kerana ms sy belajar,ayah juga memberi duit wpun dia sering marah2 sy Sepatutnya sy bantu dua2,sy rapat dgn mak tiri. Ayah masih tggng adik2 yg lain wpun da pencen. manakala ibu sy,suami dia da x keja. jika ada rezeki lebih br bg kat mak tiri melalui adik. Salah ke sy jika tidak memberi duit kepada ayah kandung? Siapa yg perlu sy dlu kn?
2. Sy mempunyai seorg abg. Abg dlu ada terlibat dgn aktiviti yg x berfaedah & menybbkn setiap apa yg diperlu buat kena ckp spt kanak2. beberapa thn kemudian,dia buat keputusan utk blk kg,kononnya utk berhijrah & cari keja baru,tumpang rumah pck. apabila dikg,abg menuduh kononnya kami ni x membantu dia. pdhl dia sendiri x nak bekerja. keluarga pck pula tuduh kami membuang abg,sedangkn tidak. mak ayah da x pedulikn abg sbb dia da besar. abg da 35thn. Soalannya,perlukah kami adik2 tggng abg? sedangkn kami sendiri tidak bekerja (surirumah),hanya mengharapkn pemberian suami. sy terfikir nk bantu dia,belikn pakaian sekadar mana yg mampu. berdosakah kiranya jika sy tidak membantu dia? sedangkn dia sendiri x mau keja & malu nk berhadapan dgn org lain? berdosa ke sy jika tidak memberi duit /apa2 bantuan /membeli pakaian kepada abg? Mohon pendapat ustaz.
salam
1. pemberian wang kpd ibubapa tertakluk pada kemampuan diri. berlaku adil pula tak mesti samarata. tidak ada masalah memberi habuan wang berbeza kpd ibu bapa sekiranya mmg keperlun wang mereka berbeza. tambahan pula, mmg darjah ibu 3x lebih dari bapa dan biasanya ibu yang tidak bekerja bergnatung pada sumbangan anak2 kerana tiada pencen atau pendapat sendiri.
2. tak berdosa jika awak tak beri apa2 kpd dia kerana sedekah hanyalah sunat sahaja. tambahan pula berbakti biar bertempat.
asssalamualaikum ustaz,
saya telah berkahwin selama 6 tahun, dan semenjak berkahwin sehingga kini.saya tinggal bersama.keluarha, manakala suami.saya tinggal di selangor atas desakan pekerjaan . semenjak awal perkahwinan ibu saya tidak suka kan suami saya atas pelbagai alasan. namun begitu, mostly ibu saya membuat tuduhan tidak berasas mengenai.suami saya contohnya suami menggunakan duit gaji saya, suami ada perenpuan lain, suami hisap dadah, yang mana semuanya telah saya jelaskan.yang ianya tidak pernah berlaku. saya beberapa kali bertengkar dgn.ibu.kerana cuba membela suami, namun.akhirnya saya terpaksa mengalah demi menjaga hati ibu saya. sampai satu tahap, suami saya tidak dibenarkan balik ke kg saya, dan.berjumpa dgn saya dan anak. hampir.setahun.anak tidak dapat berjumpa ayahnya. malahan ibu saya menghalang kami pulang atau berjumpa dgn keluarga mertua, ibu pernah menuduh bahawa mertua telah menyihir saya dan kahwinkan dengan suami saya kerana saya berkerjaya tetap.
untuk pengetahuan ustaz, saya hanya berjumpa suami secara sembunyi apabila keluar outstation.
harap ustaz boleh beri bantuan, terutama aidulfitri yg akan menjelma. saya sepatutnya beraya di rumah mertua, namun.ibu saya sejak.awal lg telah beritahu yg jika.kami pulang ke.sana, jgn.harap kami.dapat pylang ke rumah ibu semula.
mohon bantuan ustaz, sekian terima.kasih.
salam
masalah begini telah banyak saya jawap di atas. sila rujuk dan pertimbangkan.
Saya nk tanya ustaz…. sebenarnye saya tersepit… saya isteri…. saya mempunyai ibu tunggal…. saya ade 4 bradik… dan sya sgt rapat dengan ibu saya…. ibu saya lebih selesa jika dia mngikut untuk duduk dengan saya berbanding ikut ank lelaki yg lain disebabkan menantu permpuan yg buat ibu saya tidak selesa…. dan masalah skrg…. suami saya juga mempunyai ibu tunggal….. dan menjadi masalah jika sya tinggl bersama ibu mertua buat ibu saya terasa…. kerana dia juga keseorangan….. salahka kalau saya meminta suami untuk bawa kedua2 ibu dan ibu mertua saya untuk pindah bersama saya dan duduk sebumbung kerana itu yg pling adil…. saya tahu tanggungjawab saya kepada sumi lebih pntg tp ibu kandung saya sudah 65 tahun bila lagi saya nk blas budi dia kalau tak skrg. Dan sya juga sayg pd ibu kandung saya bgitu juga mertua
salam
tak salah di sisi agama. ia tertakluk pada kemampuan anda dan suami dan persetujuan bersama.
isu ini bukan soal halal haram. ia perlu diputuskan berdasarkan pertimbangan logik yang mengimbangkan antara manfaat dan mudarat.
Salam Ustaz,
Kalau seorang anak perempuan (sulong) tinggalkan ibubapa dan adik beradik selama lama nya atau dua/tiga bulan apakah hukumannya.
bergantung pada keadaan dan niat.
Assalamualaikum ustaz… ustaz saya ank perempuan sulong drp 9 adik beradik.sy belum berumahtangga… smua adk beradik sy tggl ngn ibubapa sy… kedua ibubapa sy sudah pencen drp profesion guru… apa yang menjadi keraguan untuk saya untuk pembayaran zakat. Yang mana dalam pembayaran zakat ada yang ditolak pemberian duit kepada ibubapa… sedangkan saya tidak pernah menghulurkan duit pada ibu bapa saya tapi permintaan ibubapa sya adalah untuk saya dan adk2 menjelaskan bil2 rumah rm400 lebih sebulan serta sediakan kepluan umah yg lain jgk dan sya n adk popuan saya menanggung hutang tanah yg dibawah nama ibu sya sbyk rm945 sbln. Persoalan sya untuk penolakan zakat perlu ker sya menolak perbelanjaan pemberian kepada ibubapa secara bulanan tu…sedangkan sy tak hulur pon duit tu.. sbb sy tak jelas dgn pemberian duit kepada ibubapa…sama ada saya perlu menolak atau tidak untuk pembyran zakat yang perlu sy buat. Klu sblum sy tolak…dan bt anggaran rm200 sebulan…. tp sy perlu penjelasan istaz… harap ustaz fhm dgn soklan sy yg berbelit2 tu….
salam
ika awak tidak memberi sumbangan kewangan, ia tidak boleh ditolak sebelum zakat.
tapi jumlah yang awak guna utk bayar bil2 rumah dan apa jua perbelanjaan lain yg meliputi bil2 ibubapa awak,boleh ditolak sebelum zakat.
As salam Ustaz,
Apakah hukumnya haram menyambut hari lahir dan hari perkahwinan?
salam
saya berpendapat bahawa menyambut hari lahir dan hari perkahwinan adalah harus, selama mana cara sambutannya sesuai dengan prinsip dan tata susila islam.