Saya terlihat di suratkhabar The New Paper, 16 Ogos 2008, gambar para pelajar menengah satu Muslim berdiri membaca doa sebelum memulakan pertandingan bola ketika mewakili sekolah mereka.
Walaupun ia mungkin dilihat sebagai perkara kecil sahaja, tetapi sebenarnya tidak kerana, hakikatnya, melakukan sedemikian di khalayak ramai memerlukan keberanian.
Dan tidak wajar kita meremehkan perbuatan mereka, kerana Allah taala tidak meremehkan amal baik walau sekecil mana sekalipun.
Ini juga menunjukkan kemungkinan pengaruh dari pemain bola sepak Muslim yang terkenal seperti Frank Ribery, Kanoute dan Sami Nasir yang gambar mereka berdoa sebelum bermain bola sering tertayang di kaca tv dan di Internet.
Alhamdulillah…. Semoga Allah taala memberkati mereka dan menjadikan mereka ahli sukan Muslim yang soleh dan dicontohi ramai.
Salam
Insya'Allah amin, Ustaz!
Adik oi! Waktu solat jaga juga ye! ;p
allahumma ameen …
Alhamdulillah…Amin…
Samir Nasri Ustaz! Ana pernah terbaca di Singapore Sport School guru badminton dorang berasal dari Indonesia, pada masa yang sama ajar pelajar2 melayu mengaji dan agama. Mungkin dari situ pengaruhnya..
Anak saya dan pemain-pemain Muslim lain, yang mewakili St Stephen School, juga berdoa sebelum mereka bermain bola.
Turut memanjatkan doa bersama mereka adalah pemain-pemain Katolik, yang berdoa mengikut cara penganut Katolik.
Yang lebih menarik, doa-doa tersebut (doa Muslim dan doa Catholic) dipimpin oleh guru mereka, Mr Yusof.
Doa-doa ini dilakukan pada setiap perlawanan – sebelum perlawanan bermula dan sebelum memulakan babak separuh masa kedua.
Berkat doa-doa mereka, Sekolah St Stephen telah berjaya memasuki peringkat Final pertandingan bola sepak sekolah-sekolah rendah peringkat nasional. Mereka akan menentang Sekolah Rendah Kranji, pada Jumaat ini (22/8).
Sekadar mengongsi pemerhatian. Tks
abah yasir.. anta bila part bola, nombor satu.. tahu sokmo 🙂
sabtu lalu ana tengok arsenal lawan wba, si samir tu ditayang membaca doa…. pastinya dilihat oleh jutaan manusia merata dunia… moga allah memberi ganjaran kepadanya..
salam
haniff
Lagi satu, kalau enta perasan selalu baca doa ialah Nabil El-Zhar (Moroccan), dia selalu masuk jadi sub untuk Liverpool.