(Nota – dipetik dari ruang Ask_Ustaz di rantauan.com)
Assalamu- Alaikum kepada Ustaz
Ustaz, adakah salah bagi wanita yang ingin menjadi ‘single’ sepanjang hayat mereka? Saya mempunyai ibu yang masih sakit dan, saya mahu menjaganya tanpa ‘distractions’ dari suami atau apa-apa pun. Lagipun, saya mempunyai ‘phobia’ atas perkahwinan-perkahwinan yang retak kerana ‘abuse’. Ibu saya melalui perkahwinan seperti itu dan saya tidak mahu situasi-situasi begitu berlaku pada diri saya.
Jadi, kalau saya mahu mejadi ‘single’ sepanjang hayat saya, adakah ia tidak bagus dan salah? Saya harap Ustaz dapat menjawab pertanyaan saya.
Terima kasih
———————-
Jawaban
Salam
Asalnya hukum berkahwin hanya sunat sahaja. Ia boleh menjadi wajib jika seseorg yang tidak berkahwin berkemungkinan besar akan melakukan maksiat seperti zina dan pergaulan bebas yang terlarang.
Jika anda boleh memelihara diri dari maksiat, maka tidaklah salah jika anda tidak mahu kahwin. Cuma tidak digalakkan sahaja.
Oleh kerana kahwin adalah sesuatu yang amat digalakkan oleh agama maka sudah tentunya ia mempunyai kebaikan yang banyak, tanpa pula menafikan akan risikonya. Ingat juga, tidak berkahwin juga adalah sesuatu keputusan yang mempunyai risiko bagi seseorg seperti risiko kesihatan dll.
Dalam hidup ini sebaiknya kita mengelakkan dari mempunyai a closed option. Dengan erti kata lain, walaupun anda mempunyai perspektif negatif terhadap kahwin, hendaklah “keep the option open” kerana anda tidak tahu apa yang mungkin ada untuk ada di masa hadapan.
Oleh itu, samada anda mahu/akan berkahwin atau tidak, saya cadangkan anda usahakanlah untuk atasi masalah psikologi yang ada berkaitan dengan kahwin kerana ia merupakan prejudis. Tidak seharusnya, seorang Islam mempunyai prejudis apatah lagi terhadap sesuatu yang dianjurkan oleh agama. Dapatkanlah nasihat atau bantuan kaunselor dalam hal ini.
Yang penting bagi hidup manusia ialah keredaan Tuhan dan beroleh kebahagiaan sejati di akhirat. Kasih sayang dan keredaan Tuhan amat luas, tidak terbatas hanya untuk yang berkahwin sahaja.
Semoga Tuhan merahmati dan memberi sebesar ganjaran kepada anda atas usaha menjaga orang tua anda dan mempertemukan anda dengan seorang yang soleh dan bersedia menerima dan memelihara anda bersama segala amanah yang ada di bahu.
Salam
ruginyaaa
yang mana lagi penting ustadz?berumah tangga atau menunaikan fardhu haji?saya rasa sudah terang kerana menunaikan fardhu haji adalah rukun islam yang ke 5.tapi sayang,umat islam sekarang lebih mementingkan untuk berumah tangga dan sanggup menghabiskan beribu-ribuan dolar dalam hantaran & segala keperluan majlis perkahwinan daripada menunaikan fardhu haji ya
salam, stevie
para ulama berbeza pendapat mengenai apa yg patut didahulukan, haji atau kahwin.
rumusannya ialah, ia bergantung kepada keadaan seseorg. bagi individu yg takut akan jatuh dalam maksit kerana tidak berkahwin, maka kahwin baginya lebih utama.
dalam apa jua keadaan, mendahulukan kahwin dari haji tidak semestinya salah di sisi agama kerana haji adalah satu kewajiban yg boleh ditangguh, walaupun bagi yg mampu. ini adalah pendapat kebanyakan ulama. oleh itu, jgn cepat kita memandang negatif sesiapa mendahulukan kahwin dari haji.
namun, berbelanja ribuan dolar utk kahwin mmg sesuatu yg perlu dilihat semula. jika ia sampai menjejaskan kemampuan menunaikan haji, ia mmg sesuatu yg tidak baik di sisi agama.
salam