Kemuyskilan Agama – Gerakan-gerakan dalam solat

(Nota: Dipetik dari ruang Ask_Ustaz di rantauan.com)

Assalamualaikum

Selamat beribadah di hari yg ke sepuluh ni. Semoga kita akan ditemukan hari yg istimewa.

Ada 3 Soalan Ust. Soalan2 ini mungkin boleh didapati di internet tapi kurang kepastian.

1) Pergerakan dari i’tidal ke sujud – mendahului lutut baru tangan. Ada yg mengatakan jika kita buat cara duduk dengan lutut dahulu,ia macam cara unta duduk.

2) Jari telunjuk Digerak kan atau tidak ketika tasyahud.

3) Dan bangkit setelah sujud, apakah harus duduk istirahat dulu?

Adakah perkara2 ini sunat ataupun wajib, Ust? Mohon penjelasan & pendapat Ust.

Terima Kasih.

——————————
Jawaban

Salam

1. Terdapat banyak pendapat ulama dalam persoalan-persoalan yang mendetil seperti ini.

2. Untuk ringkas, kesemuanya itu adalah sunat belaka di sisi ulama yang menganjurkannya. Kalau tidak buat, tidak mengapa.

3. Yang penting dalam solat ialah khusyu’ yang datang dari rohani yang bersih, jiwa yang tenteram dan akal yang jernih.

4. Berikan keutamaan dalam mencari khusyu’ dalam solat melalui pembersihan jiwa i.e. perbanyakkan zikir dan ibadah yang membentuk rohani, jiwa dan akal seperti yang dinyatakan, bukan pada aspek gerakan fisikal semata-mata.

5. Menghalusi solat kita adalah bagus tetapi jangan sampai kita jadikan solat seperti suatu yang mekanikal hingga lupa aspek khusyu’ dan mengingati Allah.

6. Ingatlah – setan tu amat licik dalam tipudayanya. Kadangkala dia mahu mengganggu khusyu’ dalam solat dgn mengalihkan fokus pada pergerakan tubuh kita i.e. macam mana hendak angkat tangan, hendak duduk, gerak jari atas alasan menghalusi solat.

7. Di sisi mereka yang halus jiwanya kesedaran bahawa jarinya tidak digerakkan sahaja merupakan satu keaiban dalam solat kerana pada saat itu dia telah hilang fokusnya dari ingat Allah kepada gerakan jari.

Wallahu A`alam

1 komentar untuk “Kemuyskilan Agama – Gerakan-gerakan dalam solat”

  1. Assalamualaikum…Ingin saya memberi penjelasan.

    Hadith daripada Abu Hurairah itu sebenarnya berbunyi “Iza sajada ahadukum fala yabruk kama yabrukulba'iir, walyada' yadaihi qabla rukbataihi”. Maksudnya: ” Jika salah seorang diantara kamu sujud maka janganlah berlutut sebagaimana berlututnya unta,(oleh itu) letakkanlah kedua tangan sebelum kedua lututnya”.
    Hadith ini sahih dikeluarkan oleh Imam Bukhari dlm At-Tarikh (1/1/139),Abu Daud (840),Ibnu Hazm (4/128-129),Nasa'i (1/149) no.1091 dlm al-Iftitah, Darimi (131),Baihaqi(2/299-100) dan Ahmad (2/381).Al-Albani berkata : Sanad ini sahih.
    Sebenarnya tidak ada ungkapan/maksud terbalik daripada hadith tersebut sebagaimana yg dinyatakan oleh saudara Adiy anNAWAwi dan juga segelintir orang lain. kalau kita perhatikan dalam video tersbut menunjukkan unta duduk, memang jelas cara unta duduk adalah dengan berlutut iaitu melatakkan lututnya ke bumi. Dan cara inilah yg dilarang oleh nabi untuk sujud dengan cara berlutut iaitu mendahulukan lutut kerana ia menyamai unta. Unta mempunyai empat kaki dan tidak mempunyai tangan. Dua kaki depan unta itu sebenarnya kaki dan bukan tangan sebagaimana anggapan salah segelintir orang. Justeru, untuk duduk, unta akan membengkokkan kaki depannya dan meletakkan lutuknya ke bumi.Perbuatan seperti ini sama apabila kita sujud dengan mendahulukan lutut, iaitu membengkokkan kaki dan meletakkan lutut ke bumi.Sujud seperti ini dilarang oleh nabi. Ramai yg keliru menganggap bahawa kaki depan unta itu tangan unta. Justeru mereka beranggapan apabila hendak sujud maka jangan mendahulukan tangan kerana menyamai unta( sedangkan unta tidak mendahulukan tangan, unta tidak ada tangan,sebaliknya unta berlutut iaitu meletakkan lutut ke bumi apabila hendak duduk). Hal ini telah dikomentari oleh Al-Albani dalam buku Sifat Solat Nabi.Imam Ibn Hajar dalam Bulughul Maram, (hadith ke 331) juga telah memberi komentar pada bahagian nota kaki. Kesimpulannya, tidak ada kefahaman terbalik dalam hadith tersebut sebagaimana yg telah diterangkan.Hadith itu hendaklah difahami sebagaimana maksudnya. Oleh yang demikian, tatacara sujud yang sahih ialah hendaklah mendahulukan/meletakkan kedua tangan ke bumi/tempat sujud (yakni jgn berlutut seperti unta) sebelum meletakkan kedua lutut.cara sujud seperti ini telah disepakati oleh majoroti ulama hadith.
    Sekian,
    Wallahu'alam..

Komentar ditutup.

Scroll to Top