Kemusykilan Agama – Bulu kucing najis???

(Nota – Dipetik dari ruang Ask_Ustaz di rantauan.com)

Assalamualaikum

Saya memelihara seekor kucing di rumah, Cookie. Dia dari keturunan Ragdoll – bermakna bulu kulitnyanya panjang dan dia cepat mesra dengan manusia yang dia percaya. Kucing ini sangat manja dan tidur sebilik (kadangkala sekatil) dengan kami.

Apabila saya bersolat,Cookie kadangkala akan datang melintang sejadah. Jika saya ingat, saya akan stroke dia dan tell him nicely ‘ we are praying Cookie, come lets pray to Allah” dan dia akan duduk di tepi sejadah diam-diam, masya’allah.

Tetapi, bila kami dah sudah – dia suka baring atas sejadah. Dia juga suka duduk di atas telekung saya yang saya telah lipat di atas katil.

Saya pernah diberitahu bahwa ada ulama yang buat kesimpulan solat tidak sah jika ada bulu kucing (yang sudah tercabut) di pakaian, badan atau sejadah kita. Betulkah ini Ustaz?

Cookie berleluasa di setiap korner rumah. Jika bulu bertempiaran di rumah, adakah ini bermakna seluruh rumah kami bernajis?

——————————-
Jawaban

Salam

Memang ada ulama (mazhab Shafi’ii dan Hanbali) yang berkata bulu kucing itu najis kerana berpegang pada pendapat bahawa apa yang terpisah dari binatang yang boleh dimakan tetapi tidak disembelih atau binatang yang tidak boleh dimakan adalah najis.

Namun, saya condong pada pendapat yang sebaliknya (Hanafi dan Maliki) kerana

1. ada hadits nabi s.a.w yang menceritakan mengenai seorang sahabat yang bertanya mengenai hukum kucing. Nabi lalu jelaskan bahawa ia tidak najis kerana ia adalah binatang yang sering berkeliaran di rumah dan sekitaran kita. Kalau ia najis, akan pasti menyusahkan. Sedangkan Islam adalah agama yang memudahkan.

Lihat hadits — diriwayatkan dari Abu Qatadah, di mana Rasulullah saw bersabda, “Kucing itu tidak najis, ia termasuk haiwan yang berkeliling dalam lingkunganmu.” (HR yang berlima. Kata Imam Tirmiddzi:’hadith ini hasan lagi sahih. Juga dinyatakan sahih oleh Imam Bukhari)

2. Sahabat nabi s.a. w bernama Abu Hurairah dinamakan sedemikian kerana ia memang suka dengan kucing dan dia ada kucing peliharaan yang dibawa ke mana-mana. Kalau bulu kucing yang tercabut  itu najis, dia pasti tidak melakukan sedemikian kerana hakikatnya amat sukar untuk menjaga diri dari bulu kucing yang tertanggal.

Wallahu A`alam

18 komentar untuk “Kemusykilan Agama – Bulu kucing najis???”

  1. Assalamualaikum,
    Ustaz, saya juga pelihara kucing parsi, masaalah saya, kadang kadang saya sedang sembahyang dia selalu datang dekat dan berjalan keliling di kaki telekong saya ketika berdiri, dan juga kadang kadang dia dudok di hadapan saya sujud, atau tolak kepala saya ketika saya sujud, berdosa atau batal kah sembahyang saya, kalau sempat saya bergerak sedikit ka kanan supaya tidak sujud directly berdepan dia baring.
    saya harap ustaz boleh beri jawapan supaya saya lebeh berhati hati dengan masaalah ini.
    terima kaseh.
    wassallam

  2. salam

    tidak. gerakan sedemikian tidak menyebabkan batal solat kerana ia biasanya hanya satu gerakan yg ringkas dan sedikit.

    gerakan yg membatalkan di sisi mazahab syafii yg diamalkan oleh ramai orang melayu ialah gerakan 3x anggota tubuh yg besar i.e. seluruh tangan berturut-turut.

    oleh itu, kalau nak guna seluruh tangan pun… boleh dilakukan kurang dari 3x.

    salam

  3. salam
    boleh x ustaz beritahu jarak rumah abu hurairah dgn rumah jiran2nya yg lain?bagaimanakah ngan najis kucing
    yg terbiar beberapa hari tanpa dibersihkan berada di laluan atau anak2 tangga..bagaimanakah dgn bau najis
    kucing peliharaan yg msk ke dlm rumah jiran hingga menimbulkan kurang senang jiran itu serta kwn2 mereka yg dtg?dan adakah hukum terperinci tuk masalahlah ni?bantulah sy ustaz ni yg sy hadapi skrg…

  4. salam

    saya tidak tahu jarak rumah abu burairah dengan jiran2 yang lain. namun apa pun, sesiapa pun yg memelihara kucing atau binatang peliharaan yg lain WAJIB memastikan agar ia tidak menimbulkan mudarat pada org lain i.e. jiran atau orang ramai, contohnya pastikan binatang berkenaan tidak kencing atau berak merata2 yang akan mengotori persekitaran dan boleh menimbulkan penyakit kerana HARAM bagi seseorang itu memudaratkan jirannya atau menimbulkan mudarat pada orang ramai.

    di dalam sebuah hadits, nabi s.a.w melarang umat islam dari buang air di bawah pokok dan air yang bertakung kerana ia akan menimbulkan mudarat pada orang ramai yg mungkin akan berteduh di bawah pokok itu dan mencemar persekitaran. perbuatan ini, dikatakan oleh nabi s.a.w, membawa laknat kepada di pelaku. samalah juga dengan soal binatang peliharaan kita.

    rasulullah s.a.w, ”Jauhilah 2 (perbuatan) nan menyebabkan laknat, yaitu buang hajat (besar/kecil) di jalan umum atau diperteduhan mereka” [Hadits Riwayat Muslim 269]

    jika masalah anda ini kronik, anda bolehlah adu pada pihak yang berkenaan agar tindakan dapat diambil ke atas tuan binatang itu.

  5. Assalamualaikum ustaz.

    Saya ada masalah mengenai kucing. Keluarga saya memelihara beberapa elor kucing. Semua ahli keluarga amat menyayangi kucing-kucing ini. Tetapi kerana terdapat terlalu banyak kucing dirumah, ada sesetengah dari beberapa ekor kucing yang kami ada akan melakukan ‘pelaburan’ di bebrapa bahagian dalamn rumah dan ia menyebabkan rumah menjadi kotor dengan bekas najis kucing. Walaupun sudah najis dibersihkan, kucing akan sentiasa mengunjungi tempat-tempat yg tidak sepatutnya mereka melalukan ‘pelaburan’ di kawasan rumah flat kami. Kucing2 ini akan berkeliaran di rumah dan juga atas perabot seperti sofa. Memang teramat sayang dengan kucing-kucing pemeliharaan kami, tapi saya fikir situasi ini memudaratkan kebersihan rumah dan kadang kala mendatangkan perasaan was-was. Saya rasa berdosa kalau melepaskan kucing-kucing ini sebab mereka dibesarkan secara ‘domestic pets’ dan tidak mungkin berupaya untuk hidup bebas diluar. Apa yang saya risaukan adalah, solat tidak akan diterima kerana najis dirumah sering didapati di beberapa kawasan dalaman rumah. Dan juga berdosa jika tetamu yang mahu bersolat di rumah saya tetapi tidak tahu keadaan rumah yang sebenar. Dilemma yang amat sukar. Apa pendapat ustaz dan apa yang ustaz cadangkan?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      syakira, salam

      islam tidak larang membela kucing. bahkan, menjaga kucing dgn baik adalah satu amal soleh yg diberi ganjaran oleh allah.

      namun, perlu difahami bhw kepentingan manusia mesti lebih diutamakan dari kepentingan kucing apabila ada konflik antara keduanya. sebagai contoh jika memelihara kucing hingga boleh akibat bahaya kesihatan pada manusia kerana kotor dan berpenyakit, maka hendaklah utamakan kepentingan manusia.

      dalam hal yg dinyatakan, apa tindakan yg boleh anda lakukan bergantung pada lokasi negara anda kerana setiap negara mempunyai kemudahan yg berbeza.

      jika anda di sg, anda boleh pertimbangkan seperti berikut:

      1. serahkan kucing untuk diadopt oleh sesiapa yg berminat. anda boleh lakukan sendiri atau dapatkan khidmat badan tertentu (sila search dinternet mengenai badan2 yg menjada kebajikan binatang yg boleh membantu).

      2. serahkan kepada spca. atau hubungi spca bagi nasihat yg lebih baik.

      mengenai soal solat, selama mana tubuh badan dan tempat solat tidak didapati najis dalam erti kata yang sebenar, maka ia dihukum suci. oleh itu, tidak perlu rasa was-was. solat, insyaallah, sah.

      moga bermanfaat.

  6. Salam ustaz..
    Tumpang tanya sikit..sy baru 3hari bela seekor kucing parsi yg berumur 2 bulan betina..bulunya warna putih dan panjang..sy risau tentang masalahnya lepas dia membuang air besar..pada bulunya ada terkena sikit najis di punggungnya dan sy selalu mencucinya selepas itu..kakinya pon sama macam terkena sikit..sy macam nak tak nak je lepaskn dia dlm rumah sebab takut nnti dia membawa najis pada bulunya yg sy xperasan ke ruangan solat dan sebagainya..sy akan tinggalnya di dlm rumah kalau sy pergi kuliah..disebabkan skrang sy sdang cuti..boleh la sy cuci najis sikit yg melekat pada bulunya..tpi nnti bila sy prgi kuliah..macam mana ye..nk kurung dlm sangkar ke..jadi..bagaiman dengn penjagaan bulunya di bahagian ekor yg panjang selepas dia membuang air..adakah setiap kali perlu mencucinya atau membiarkannya saja..sebab dia slalu main dlm satu rumah ni..mohon beri penjelasan..terima kasih ustaz..

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      najis yg seperti itu dimaafkan kerana sedikit dan biasanya melekat di tempat situ sahaja, tidak berkecah ke mana2.
      apabila islam membenarkan kucing dijadikan peliharaan dan berlegar2 di rumah, ia telah mengambil kira perkara seperti itu yg sememangnya sesuatu yg natural dan tidak terelak.

      “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan),” [Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah]

  7. Qurratuain Abdrefaii

    Salam ustaz.
    Sy nk tanya, apa hukum kalau anak2 kucing brmain atau duduk di atas al quran??

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      anak kucing takde hukum apa2 atas perbuatannya kerana hukum agama tak berlaku pada perbuatan binatang.
      oleh otu, kucing itu tak patut dihukum apa2 atas perbuatannya.
      hukum agama berlaku atas pemilik quran itu yg seharusnya menyimpan al-quran itu ditempat yg jauh dari terdedah kepada keadaan sedemikian semampu mungkin.

  8. mohd fekri johari

    salam ustaz sye ad kucing yg suke baring tmpat sye sujud bile sye sedang bersolat mcm mne tu ustaz

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      takde masalah apa2. kucing adalah binatang yg suci. oleh itu, bulunya jugak suci.

  9. salam ustadz
    sye nk tanye
    boleh ke sholat di sajadah yang sudah di pijak kucing??
    sbb kucing sye suke merayau klua umah

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      takde masalah apa2. memang perangai kucing cam gitu.
      samalah seperti anak2 keluar rumah tak pakai kasut.
      takde ustaz2 yg suruh cuci rumah bila budak2 tu masuk balik rumah.

  10. Salam.

    Saya ingin membela kucing. Apa yg saya risaukn apabila kucing membuang najis di atas pasir dan merayau di sekeliling rumah. Saya risau masih ada najis yg melekat. Adakah sah solat?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      perangai kucing asli memanglah berak di tanah.
      kucing yg berak di tandas, bukan tabi’ii, tapi dilatih.
      tak wajib untuk latih kucing berak ditandas utk pelihara dia di rumah
      sejak zaman nabi pun kucing berak di tanah dan merayau hingga masuk rumah, tapi tidak dihukumkan rumah atau tempat yg dilaluinya itu bernajis yg perlu dicuci.
      sebaliknya, apabila di tanya rasulullah s.a.w bersabda, “Kucing itu tidak najis, ia termasuk haiwan yang berkeliling dalam lingkunganmu.” (HR yang berlima. Kata Imam Tirmiddzi:’hadith ini hasan lagi sahih. Juga dinyatakan sahih oleh Imam Bukhari)
      moga bermanfaat

Komentar ditutup.

Scroll to Top