Dakwah Yang Cemerlang Melalui ‘Pelayanan Peribadi’ (Personalized Service) Bagi Pelanggan/‘Mad`uu’ (Sasaran Dakwah)

Mencapai puncak pelayanan/khidmat cemerlang dalam kerja dakwah ialah dengan memberi setiap pelanggan/‘mad`uu’ apa yang mereka mahu, bila dan bagaimana mereka mahu. Ini boleh dicapai melalui 7 perkara berikut:

 

1.      Kita melayan setiap pelanggan/’mad`uu’ sebagai seorang individu yang unik bukan sebagai satu kumpulan dari demografi tertentu.

2.      Khidmat kita kepada pelanggan/’mad`uu’ lebih bersifat peribadi setelah tempoh tertentu. Setiap interaksi menjadi lebih berharga kerana peningkatan kemesraan dan kualiti perhubungan.

3.      Kita membina hubungan dengan setiap pelanggan/’mad`uu’, sentiasa meneroka apa yang mereka suka dan menyediakannya apabila berurusan lagi di masa akan datang.

4.      Kita membantu pelanggan/’mad`uu’ untuk mengenali kita dan berurusan dengan kita dengan lebih baik lagi. Mereka menjadi pelanggan/’mad`uu’ yang lebih berkesan dan memahami bagaimana dapat menggunakan khidmat kita untuk kebaikan mereka.

5.      Dialog kita dengan pelanggan/’mad`uu’ berterusan dan semakin mendalam. Kita perhatikan tabiat pelanggan/’mad`uu’ lalu memberi cadangan atau pengubahsuaian yang sewajarnya.

6.      Kita sentiasa mendapatkan maklum balas pelanggan/’mad`uu’ dan bertindak terhadapnya. Kita tunjukkan kepada pelanggan/’mad`uu’ bagaimana cadangan mereka telah mengubah dan memperbaiki khidmat kita. Ini akan membina kesetiaan antara dua belah pihak.

7.      Jika pelanggan/’mad`uu’ tidak mempunyai sesuatu yang kita tidak ada, kita akan beri cadangan bagaimana dan dari siapa mereka boleh mendapat khidmat itu. Pelanggan/’mad`uu’ berkenaan akan sentiasa mengingati kita atas bantuan dan menerima kita sebagai pemberi khidmat yang berharga dan boleh dipercayai.

 

Diubah suai dari Up Your Sevice oleh Ron Kaufman.