Piagam Kesederhanaan Dalam Beragama Di Singapura(1/2)

    (Nota: Dipetik dan diubahsuai dari buku Kesederhanaan Dalam Islam Dalam Konteks Masyarakat Islam Singapura, terbitan Pergas, 2004) Piagam ini bertujuan untuk mengemukakan butiran-butiran yang akan memandu kehidupan dan amalan beragama masyarakat Islam di Singapura agar sentiasa kekal dalam garis sederhana. Pendahuluan Islam menganjurkan sikap kesederhanaan. Pelampauan adalah bertentangan dengan kesederhanaan. Pelampauan menatijahkan pelbagai […]

Sekadar berkongsi – Apakah ada penghujung perang ideologi ganas? (Berita Harian (Singapura), 26 Jan 2008)

OlehUstaz Mohamed Ali   SEKALI lagi, masyarakat Singapura dikejutkan dengan berita tiga anak muda di kalangan warga Singapura sendiri terlibat dalam perbuatan yang menjurus kepada pengganasan. Mengapakah ancaman ini berterusan walaupun bermacammacam usaha telah dijalankan oleh pelbagai pihak?   Antaranya pihak pemerintah telah mengenakan perintah tahanan ke atas mereka yang terlibat.   Majlis Ugama Islam […]

Tangkapan ISA terbaru – Masyarakat Islam Singapura kurang berusaha?

Pengumuman penangkapan 3 rakyat Singapura di bawah ISA kerana terpengaruh oleh ideologi yang melampau dan berhasrat untuk melibatkan diri dalam aktiviti bersenjata mungkin menimbulkan persoalan di pemikiran sesetengah pihak samada masyarakat islam benar-benar telah melakukan sesuatu untuk menghalang insiden seperti ini. Bagi menjawab kesangsian ini dan menjelaskan kesungguhan usaha murni masyarakat Islam Singapura yang mendapat […]

Islam Agama Yang Fleksibel (2/2)

(Nota: Artikel ini dikutip dan diubahsuai dari buku Kesederhanaan Dalam Islam Dalam Konteks Masyarakat Islam Singapura, terbitan Pergas, 2004) ………………… sambungan dari kiriman yang lalu. 7. Salah satu tunggak bagi sifat Islam yang memudahkan dan bagi membolehkan keanjalan, ialah penerimaan sifat kontekstual dalam mengeluarkan hukum dan mengamalkan agama.   Kontekstual bermaksud, Islam mengambil kira realiti […]

Islam Agama Yang Fleksibel (1/2)

(Nota: Artikel ini dikutip dan diubahsuai dari buku Kesederhanaan Dalam Islam Dalam Konteks Masyarakat Islam Singapura, terbitan Pergas, 2004)   Sifat fleksibel Islam boleh dihujahkan sebagai berikut:   1.   Islam adalah agama yang mudah dan tidak bertujuan untuk menyusahkan manusia. Allah taala berfirman yang bermaksud:   “Dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam […]

Menanggapi Erti Radikalisme

Terdapat setengah pihak yang sering mensinonimkam istilah radikal dengan Islam atau umatnya. Artikel di bahaw cuba mengupas isu ini.   (Nota: Artikel ini dipetik dan diubahsuai dari buku Kesederhanaan Dalam Islam Dalam Konteks Masyarakat Islam Singapura, terbitan Pergas, 2004)   Radikalisme[1]   Leopold Kohr menulis;    “It is necessary to have a clear picture of […]

Memahami Erti Fundamentalisme

(Nota: Artikel ini dipetik dan diubahsuai dari buku Kesederhanaan Dalam Islam Dalam Konteks Masyarakat Islam Singapura, terbitan Pergas, 2004) Memahami Erti Fundamentalisme[1]   Fundamentalisme sebagai satu isu sosial, sebagaimana isu sosial yang lain, bukanlah mudah untuk diberi pengertian yang tepat. Apa jua bidang sains sosial, pasti akan didapati ada pelbagai perbezaan pandangan di dalamnya.   […]

Mutakhir Mengenai Usaha Membanteras Ideologi Pelampau Oleh Masyarakat Muslim Singapura

(Nota: Artikel terbaru saya di bawah ini diterbitkan oleh Berita Harian (Singapura) pada 17 Disember 2007 dengan judul “Iktibar enam tahun menangani fahaman radikal”.)   Pada tahun 2005 (BH, 30 Disember) saya telah menulis satu artikel mengenai pelbagai inisitiaf terpuji yang dilakukan oleh masyarakat Muslim Singapura dalam membanteras ideologi kumpulan pelampau sejak berlaku insiden serangan […]

Muslim Menolak Ekstremisme & Pengganasan

(Nota: Artikel ini dipetik dan diubahsuai dari buku Kesederhanaan Dalam Islam Dalam Konteks Masyarakat Islam Singapura, terbitan Pergas, 2004)   Muslim Menolak Ekstremisme[1] & Pengganasan[2]   Dalam bahagian pertama dari kertas ini dan dari permulaan lagi, kita menegaskan komitmen kita terhadap kesederhanaan dalam beragama. Kita komited terhadap gagasan Muslim sejati yang sememangnya sederhana.   Kita […]

Kaedah Dalam Memperbetulkan Pemerintah & Penguasa 3/3

(Nota: Artikel ini dikutip dan diubahsuai dari buku Kesederhanaan Dalam Islam Dalam Konteks Masyarakat Islam Singapura, terbitan Pergas, 2004)   Menghadapi Pemerintahan Bukan Muslim   Asalnya, Islam tidak membenarkan orang-orang Muslim melantik orang bukan Muslim sebagai pemimpin mereka kerana firman Allah taala yang bermaksud:   “Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi pemimpin dengan meninggalkan orang-orang […]