(Nota: Dipetik dari ruang Ask_Ustaz di rantauan.com)
Soalan
Assalamualaikum,
Ustaz, betul ke seorang sharifah tidak boleh berkahwin kecuali dengan syed? Ini kerana ingin menjaga nasab Rasulullah? Saya ada terdengar hadis tersebut..
Tetapi masalah di sini saya mendapati susah nak cari syed yang baik…
——————————-
Jawaban
salam
Dalam Islam, kemuliaan seseorang itu diukur pada ketakwaannya, bukan keturunannya. Hakikat ini disebut jelas dalam surah Al-Hujurat: 13.
Di dalam sebuah hadits sahih, nabi s.a.w bersabda yang bermaksud, “Tiada kelebihan di antara orang Arab dengan bukan orang Arab kecuali dengan takwa”. (Riwayat Ahmad)
Kalau berketurunan nabi itu jaminan bagi kesolehan dalam agama, tidaklah anak nabi Nuh sesat dari hidayah Allah.
Apabila mencari pasangan hidup, garis panduan utama yang diajarkan oleh nabi s.a.w ialah, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Oleh itu, tidak salah sama sekali bagi seorang sharifah untuk berkahwin dengan lelaki soleh yang bukan syed. Tak wajib juga tunggu untuk berjumpa seorang syed yang soleh baru nak kahwin. Bahkan, pada pandangan saya, jika seorang berketurunan syed/sharifah, hanya mahu berkahwin dengan syed/sharifah sahaja tanpa lihat kesolehannya atau menangguh perkahwinan yang dianjurkan oleh agama semata-mata kerana menanti syed/sharifah yang soleh muncul dalam hidupnya, adalah satu sikap yang tidak disukai oleh agama kerana ia menampakkan nilai-nilai ‘asabiyah’ pada darah keturunan, melebihi pertimbangan terhadap takwa.
Hakikatnya, perkahwinan seorang sharifah dengan keturunan bukan syed telah pun berlaku. Sepengetahuan saya, orang melayu yang namanya bermula dengan wan adalah berasal dari ibu berketurunan sharifah dan bapa yang bukan syed.
Saya tidak tahu akan wujudnya hadits yang menyuruh seorang sharifah berkahwin dengan syed sahaja demi menjaga nasab keturunan Rasulullah s.a.w.
Jika diteliti ajaran Islam secara mendalam, saya tidak fikir ajaran sedemikian selari dengan prinsip dalam agama ini.
Wallahu A`alam
itu hujah ustadz munafik mcm tu ler…ilmu agama x sampai sejengkal brrlagak pandai mengalah ulama. klau mcm tu hujah..bolih ler mkn babi sbb babi dgn lembu sama darah warna merah…lembu n babi makhluk allah juga tuhan yg jd kan.
Wahai Saudaraku AlYahya,
Tidak perlu anta bercakap sedemikian kerana babi ketika darurat pun bole makan & dan itu bukan cara nenek moyang kamu.. Al’Afwu ya sayyidi..
Mungkin apa yang Ust Hanif ingin sampaikan ialah seperti apa yang ana rumuskan di bawah.. Kalau kurang atau silah adalah dari kekurangan ana sendiri dan yang baik adalah dr Allah ‘azza wa jal
Semua di bawah ini adalah pendapat ulama’2 yang mu’tabar dan juga para salaf Baalwi terdahulu yang terkenal dengan ilmu dan kesolehan mereka.
1) Di dalam Mazhab Shafie’, kafaah di dalam nasab adalah wajib.
2) Imam Shafie mengatakan di dalam kitabnya Al-Um yang bermaksud: ” Dan bukan nikah yang tidak sekufu’ itu haram dan aku menolaknya,tetapi ia adalah suatu kekurangan pada yang ingin berkahwin itu dan juga wali2nya.Dan jika dia dan wali2nya tetap redha akan kekurangan itu maka aku tidak menolaknya.”
3) Berkata Ulama2 di dalam mazhab shafie’,walau pun imam shafie’ membolehkan demikian tapi hukumnya adalah makruh yang amat sangat.
4) Manakala jika perkahwinan itu tetap diteruskan tanpa ada redho,maka Imam Shafie’ sendiri dalam kitabnya Al-Um mengatakan nikahnya itu batil.
5) Di dalam kitab “Majmuk” Imam Nawawi, ada menyebutkan bahawa Mazhab Imam Ahmad ibnu Hanbal dan Mazhab Imam Sufyan Assauri perkahwinannya tetap tidak sah walaupun perempuan itu dan seluruh wali2nya Redho.
6) Alhabib Al’Allamah Alwi Bin Ahmad Alsaggoff di dalam kitabnya “Tarshiihul Mustafiidiin” ada mengatakan yang bermaksud secara ringkas: “bahawa Ulama’ dari keturunan Ba’alawi sejak dahulu lagi,telah berijtihad dan mengikut pendapat yang sama yang diijtihadkan oleh Imam Ahmad Ibnu Hanbal bahawa perlu mengi’tibarkan Redho seluruh keluarganya yang dekat dan yang jauh (Iaitu seluruh keturunan Rasulullah Yang ada sekarang) di dalam kafaah.”
7) Beliau menyebutkan lagi yang ringkasan maksudnya: “bahawa pada zaman Daulah ‘Uthmaaniyyah,mereka menyokong dan memperaktikkan hukum ini.Dan memerintahkan pemerintah Haramain (Makkah dan Madinah) ketika itu untuk memperaktikkan hukum itu juga.”
8) Alhabib Al’Allaamah Abdurrahman Bin Muhammad Almasyhur Mufti Hadhrmaout dahulu berkata di dalam kitabnya “Bughyatul Mustarshidiin” yang ringkasannya bermaksud: ” Aku tidak melihat bolehnya seorang sharifah bernikah dengan yang bukan syed,walau pun perempuan itu dan wali2nya semua redho.”
9) Beliau berkata lagi yang ringkasan maksudnya: Walau pun ada diantara ulama’ yang membolehkannya,tetapi salaf Ba’alawi kita mempunyai ijtihad yang sukar bagi seorang Faqih mengetahui rahsianya,maka serahkanlah sahaja pada mereka,kamu akan terselamat,atau jangan mengikut mereka,maka kamu akan rugi dan menyesal.
10) Beliau berkata lagi yang ringkasan maksudnya: Para salaf Ba’alawi kita diantara mereka orang yang Faqih,bahkan mujtahid dan wali2,bahkan Qutub2.Dan tak pernah aku dengar ada diantara mereka yang mengahwinikan anak perempuan mereka kepada bukan saadah.
11) Beliau menyebut pula kata2 Alhabib Al’allamah Abdullah Bin Umar Bin Yahya yang ringkasan maksudnya: “Yang diamalkan saadah Ba’alawi,selepas wujudnya kafaah di dalam nasab,mereka tidak hiraukan lagi kafaah pada yang lain lainnya seperti pekerjaan,ilmu,Solih atau tidak dan sebagainya,Kerana ada yang lebih penting dari itu iaitu kafaaah dalam nasab.
12) Beliau berkata lagi yang ringkasan maksudnya : ” Aku takut bagi mereka yang tidak mengikut pandangan salaf Ba’alawi maka dia akan jauh dari Allah.kerana mereka adalah ulama’ yang unggul,mereka tidak menolak pendapat ulama’ yang lain kecuali dengan sebab.Dengan pendapat mereka itulah diamalkan pemerintah kita di Hadhramout dari dulu hingga sekarang.
13) Imam Ibnu Qudamah di dalam kitabnya “Almughni” Di dalam Mazhab Imam Ahmad Ibnu Hanbal menerangkan yang maksudnya secara ringkas: ” Di dalam Mazhab Imam Ahmad Ibnu Hanbal,jika si perempuan dan seluruh wali2nya setuju untuk berkahwin tanpa kafaah,tetap tidak sah nikahnya,dan ada juga pendapat di dalam Mazhab Imam Shafi’e yang mengatakan sedemikian”
*** Ini lah serba sedikit yang ana dapat berkongsi,dan ini bukan lah pandangan ana,tapi pandangan Ulama’ dan Salaf Ba’alawi yang terdahulu.
Your comment is awaiting moderation.

Ini adalah serba sedikit yang anna dapat berkongsi, dan ini bukan lah pandangan ana, tapi pandangan Ulama dan Salaf Ba’alwi yang terdahulu.
Wallahu a’lam
Saya orang Jawa, berkahwin dengan isteri berketurunan Arab campur mamak. Arwah bapak mertua saya melarang anak-anaknya berkahwin dengan orang Arab. Bila cakap pasal orang Arab dia jadi marah. Anak-anaknya semua berkahwin dengan orang Jawa dan Melayu. Satu aje yang kahwin mamak. Dia sampai tunjukkan keratan akhbar kes mahkamah pada tahun 1950an mengenai hartanya yang kena kelentong.
Best friend saya orang Arab. Dia kata takut bila orang ngaku keturunan nabi. Bukan apa, takut melencong kepada keturunan pakciknya nabi. Pakciknya nabi lagi rapat dengan nabi tapi menjadi musuh nabi. Sori, saya bukan anti Arab. Cuma saya tak pandang kulit.