Pesan ini saya sampaikan satu masa dahulu kepada belia dan aktivis Perdaus ketika bertugas di sana.
Ia sesuai untuk anak-anak muda dan remaja yang berhadapan dengan delima jatuh cinta dan ingin berumahtangga dan untuk ibu bapa yang ingin membimbing anak-anak remaja mereka.
Pesan ini hanyalah pandangan peribadi saya. Pasti ada pesan dan tips yang lebih baik di luar sana.
Klik di sini untuk membaca pesan dalam bentuk slaid.
Assalamu’alaikum Ustaz
Saya ada beberapa kemusykilan yg ingin saya utarakan.
1) apakah larangan2 wanita yg dlm idah(cerai hidup) dlm Islam.
2) suami saya curang dan telah pun jatuhkan talaq, tapi kami masih tinggal serumah. Apakah hukum nya? Ada pandangan mengatakan, kami tidak boleh tinggal serumah. Ada pandangan mengatakan boleh.
salam
1. tidak boleh melakukan hubungan seks dgn ex-suami, dilarang keluar dari rumah (matrimonial home) kecuali ada alasan yg kuat, tidak boleh bernikah dgn lelaki lain
2. jika kes awak belum diputuskan oleh mahkamah syariah, awak boleh tinggal serumah hanya tak boleh berhubungan seks. jika kes awak dah diputuskan, maka pihak yg dapat hak rumah itu boleh tinggal dan yg tak dapat kena keluar. jika rumah itu perlu dijual, salah seorang perlu keluar.
Terima Kasih ..
Ini hanya takluk kepada wanita Sahaja? especially tentang nikah lain.
ya.. lelaki mana ada iddah? 🙂
maknanya.. Dlm masa Tu bekas suami saya boleh bernikah ?
ya.. kalau waktu dia masih kahwin ngan awak, dia boleh nikah lain, lepas cerai, mestilah boleh
astaghfirullah’alazim… makin bermaharajalela lah bukas suami saya. Skarang ni pun dia dah buat rumah kami macam hotel. suka hati nak balik Dan cuma tinggalkan soiled laundry.
sementara tunggu Surat Dari mahkamah, boleh Ke saya suruh bekas suami saya jgn tinggal dgn kami since dia sedang mabuk cinta.
masih Ke saya harus menjalankan tanggung jawab saya bila dia tak endahkan langsung tanggung jawab Nya baik sebagai ayah atau suami.
jika awak telah diceraikan, awak mesti perlu daftarkan kes ke mahkamah syariah.
jika kes telah didaftarkan, saya nasihatkan awak dapatkan khidmat peguam utk membantu awak tangani kes awak dgn baik.
bila dah ada peguam, awak boleh minta nasihat peguam awak ttg bagaimana tangani suami awak dari sekarang hingga kes di mahkamah syariah selesai.
setelah cerai berlaku, tanggungjawab awak terhadap suami sudah berbeza dan kurang hingga kes selesai.
namun perkara ini lebih baik awak dapatkan nasihat dari peguam yang tangani kes awak.