Janji Allah taala itu benar, tapi…….

old meccaAllah taala berfirman

“Sesungguhnya yang mewajibkan atasmu (melaksanakan hukum-hukum) Al Qur’an, benar-benar akan mengembalikan kamu ke tempat kembali. Katakanlah: Tuhanku mengetahui orang yang membawa petunjuk dan orang yang dalam kesesatan yang nyata.” (Al-Qasas, 85)

Pelajaran

1. Para ulama meriwayatkan bahawa ayat ini diturunkan ketika nabi s.a.w dalam perjalanan ke Madinah untuk berhijrah. Ia diturunkan bagi menghibur hati nabi s.a.w yang sedih kerana terpaksa meninggalkan tanah tempat kelahirannya. Ia mengandungi janji Allah taala bahawa satu hari nabi s.aw akan pasti kembali ke Mekah semula.

2. Sejarah membuktikan bahaw janji Allah taala itu benar. Hal ini menjadi bukti sejarah bahawa janji kepada orang-orang beriman Allah taala adalah benar sebagaimana benarnya janji dia kepada nabi s.a.w satu masa dahulu dan sesuai dengan firmanNya, “Sesungguhnya Allah tidak akan pernah menyalahi janji.” (Ali Imran, 9).

3. Namun perlulah diperhatikan bahawa janji Allah taala itu hanya tertunai setelah 10 tahun tempoh hijrah dan nabi s.a.w perlu melalui pelbagai cabaran dan kesulitan sebelum dapat kembali ke Mekah. Nabi juga perlu merancang dan berusaha serta memenuhi segala hukum sebab musabab sebelum janji itu dipenuhi.

4. Hal ini mengajar kita;

a) walau Allah berjanji untuk membantu usaha kita melakukan kebaikan atau doa kita, ia tidak bermakna bantuan dan doa kita terkabul dengan segera. Nabi s.aw pun perlu tunggu 10 tahun baru terpenuh janji padanya.

b) walau Allah janji bantu dan kabulkan doa kita, ia tidak bermakna kita tidak perlu berusaha dan tidak juga bermakna jalan mendapatkannya adalah mudah kerana 10 tahun penantiaan nabi s.a.w penuh dengan usaha keras dan kesusahan.

b) yakin pada janji Allah taala juga memerlukan kita memenuhi sebab musabab untuk janji itu terpenuhi. Hanya meyakini bahawa Allah taala akan kabulkan doa i.e. lulus cemerlang dalam peperiksaan, tapi tidak berusaha memenuhi sebab musababnya, tidak akan kan menatijahkan doa itu tercapai hingga hukum sebab musabab dipenuhi.

4. Cinta dan rindu pada tanah kelahiran adalah sesuatu yang tabi’ii. Islam akui dan tidak melarang kita untuk mempunyai perasaan sedemikian. Tidak perlu kita menolaknya dari diri kita.

Wallahu A`alam