Pelayanan Yang Baik Di Jalan Dakwah

(Nota – Artikel ini pada asalnya ditulis pada tahun 2000)

 

“Sesungguhnya Allah mewajibkan ihsan atas setiap sesuatu. Sekiranya kamu ingin membunuh (binatang) maka perelokkan cara membunuh kamu. Sekiranya kamu melakukan penyembelihan maka perelokkanlah sembelihan kamu. Hendaklah salah seorang dari kamu menajamkan pisaunya dan menenangkan sembelihannya.” (Riwayat Muslim)

 

Islam menganjurkan kita untuk melakukan sesuatu dengan cara yang paling baik (ihsan). Sekiranya melakukan sembelihan terhadap binatang wajib dengan cara yang ihsan, maka pastilah ihsan lebih wajib dalam kerja-kerja dakwah.

 

Ihsan dalam kerja dakwah menuntut kita memberi pelayanan yang terbaik, berkualiti dan cemerlang kepada pelanggan dan sasaran dakwah kita.

 

Pelayanan yang baik menggembirakan pelanggan kita, yang membawa kepada peluang yang dakwah lebih luas, khidmat yang lebih banyak diminta dan pendapatan yang meningkat.

 

Pelayanan yang baik mewujudkan pelanggan yang setia dan komited kepada kita. Pelanggan yang setia akan sentiasa datang kembali kepada kita. Merakalah orang yang paling pasti akan membeli khidmat baru kita. Pelanggan yang setia akan mencadangkan kita kepada orang lain dan menyebarkan maklumat yang positif mengenai kita kepada orang lain melalui mulut, e-mel dan internet. Pelanggan yang setia akan lebih memahami masalah kita dan mudah memaafkan kekurangan kita. Bahkan pelanggan yang setia akan membantu kita untuk membaiki diri dengan memberi maklum balas yang berguna terhadap kelemahan kita.

 

Pelayanan yang baik memberi organisasi kita reputasi yang positif. Ia memberi prestij kepada kita dalam bidang kerja dan di mata masyarakat. Ini pasti akan lebih membantu usaha dakwah dan memberi gambaran yang baik kepada Islam, agama kita.

 

Pelayanan yang baik akan menyemarakkan semangat semua pihak dan orang akan gembira untuk bekerjasama dengan kita. Ia memberi kepuasan peribadi. Ia adalah kemenangan kepada semua; pelanggan, staf, sukarelawan, rakan kerjasama dan kita sendiri.

 

Namun yang lebih penting………. pelayanan yang baik mendatangkan pahala yang lebih besar dan kasih Allah kepada kita.

 

Apabila khidmat kita buruk…..

 

Pelanggan akan kecewa

ê

Berita negatif mengenai kita tersebar

ê

Reputasi menjadi buruk

ê

Pelanggan berkurangan

ê

Peluang dakwah yang sedikit

ê

Pendapatan yang berkurangan

ê

Ganjaran kerja yang sedikit

ê

Timbul rasa tidak puas hati

ê

Komitmen & semangat yang rendah

ê

Mutu kerja yang lebih rendah

ê

……..dan seterusnya

 

 

……dan seterusnya

é

Mutu kerja yang lebih baik

é

Komitmen dan semangat juang yang tinggi

é

Kepuasan yang tinggi

é

Ganjaran yang lebih besar

é

Pendapatan yang lebih banyak

é

Peluang dakwah yang lebih banyak

é

Lebih ramai pelanggan

é

Reputasi yang cemerlang

é

Berita positif mengenai kita tersebar

é

Pelanggan akan gembira

 

Apabila khidmat kita bermutu dan cemerlang………..

Diubahsuai dari Up Your Service oleh Ron Kaufman.