Islam telah menjelaskan kepada manusia bahawa hidup ini sebenarnya ialah untuk berubudiyah kepada Allah taala (lihat Az-Zariyat : 56). Dalam proses melakukan tanggungjawab ubudiyah ini di sana terdapat ujian-ujian dari Allah taala untuk mengetahui siapakah di antara manusia ini yang lebih baik amalannya (lihat Al-Mulk : 2). Antara tanggungjawab ubudiyah ini ialah berusaha untuk memakmurkan bumi ini, yang dikenali dengan tugas khilafah (lihat Al-Baqarah : 30).
Berdasarkan kepada fakta di atas maka jelaslah bahawa sememangnya hidup ini bukan mudah dan ianya penuh dengan cabaran, usaha keras dan perjuangan yang menyebabkan tekanan (stress).
Maka bagi manusia yang memahami hakikat di atas, tekanan adalah sesuatu yang lumrah dan sunnah kehidupan yang perlu diterima dan dijangka. Bagi manusia yang seperti ini, tekanan tidak semestinya menyakitkan dan ditanggapi dengan cara yang negatif.
Manusia yang tertekan kerana tekanan, dalam banyak hal, disebabkan kerana hilangnya hakikat ini dari pemikirannya (mindset). Kesulitan yang dihadapi dalam kehidupan akan begitu menekan dan menyakitkan kerana ia tidak faham untuk kenapa ia harus menghadapi situasi seperti itu dan ia tidak melihat bahawa disebalik kesulitan itu ada ganjaran baik untuknya.
Hasil kajian mengenai stress yang dilaporkan sungguh menarik perhatian kita sepatutnya. Kita amat peka akan keadaan masyarakat kita hari ini yang merasa stress atas sebab tidak memiliki kereta atau rumah atau perkara-perkara kebendaan yang lain.
Adakah ini sebab-sebab yang wajar untuk menjadikan seseorang itu stress??? Kalau begini sikap pemikiran sebahagian ahli masyarakat kita, kita bimbang bagaimana lasakkah mereka nanti jika kita dilanda kesulitan sesulit di Indonesia (semoga Allah menjauhkannya)?
Sebenarnya apa yang dilaporkan oleh akhbar mengenai sebab-sebab yang menimbulkan stress bukanlah sebab yang sebenar kerana di dunia ini kita mendapati ada manusia yang hidup tidak berumah atau berkereta, bekerja keras untuk kejayaan dalam pendidikan dan kerja tetapi mereka tidak merasakan stress.
Sebab sebenar yang menyebabkan stress ialah hilangnya tasawur yang betul terhadap kehidupan dan terhakisnya nilai-nilai murni dari diri seseorang. Tasawur seperti hidup ini adalah perjuangan dan kehidupan di dunia ini hanyalah sementara. Nilai-nilai pula seperti sabar, bersyukur, redha dan sederhana.
Tasawur dan nilai yang seperti ini hanya wujud dalam kehidupan beragama kerana hanya agama sahaja yang membekalkan seseorang dengan tasawur dan nilai-nilai yang seperti ini. Apa yang didapati dari kajian ini menunjukkan kepada kita kesan-kesan dari cara hidup yang terpisah dari unsur-unsur keagamaan dalam masyarakat kita.
Untuk mengatasi stress, yang penting ialah untuk mengembalikan seseorang itu kepada tasawur yang betul dan menanamkan nilai-nilai yang baik dalam dirinya selain mengemukakan alternatif atau penyelesaian bagi masalah khusus yang dihadapi. Allah taala berfirman yang bermaksud, “Tidakkah dengan mengingati Allah akan menenangkan hati (jiwa)” (Ar-Ra`ad : 28).
thanks for sharing…..very meaningful….
u r welcome
salam
haniff
Kerana stress adinda dipinggiri masyarakat yang melabelkan saya “Loser” . Pada pendapat adinda, jangan cepat tampal label, nanti tertemplak kat muka sendiri…..kalau stress, pegi nyanyi atau ngaji…shiok sendiri dengan Tuhan Allah….pasti tenang supaya dapat plan the next move.
Thanks for putting up this ustaz. I'm also discussing in my blog about stress management. To sis yohanna, don't mind if I share with you what I do when I'm tested….
Bila kita bermasalah dengan orang lain, langkah pertama adalah bertaubat kepada Allah dengan memperbanyakkan solat taubat dan istighfar dan mohon pada-Nya untuk membersihkan hati kita. Kalau dapat minta maaf dengan orang2 yang terlibat dalam masalah kita dan juga maafkan mereka2 yang bersalah kepada kita. Tak mengapalah kalau kita rasa kita tak bersalah, rendahkan diri dan mohon keampunan sebab ini penting dalam proses membersihkan hati kerana mempunyai hati yang bersih adalah kunci tuk mendapat ketenangan dan keredhaan-Nya insya ALlah.
Hanya setelah hati kita dibersihkan barulah kita akan dibimbing oleh-Nya sentiasa dan apabila kita telah dapat mendekatkan diri kepada-Nya barulah jiwa kita kan sentiasa tenang. Dalam apa jua masalah kita takkan lagi stress tetapi tenang dan redha menerima hakikatnya yang ini semua telah dituliskan-Nya untuk kita. Berimanlah kepada Qada' dan Qadar-Nya kerana ia merupakan salah satu dari rukun iman kita sebagai seorang Muslim. Wallahu ' alam.
“Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku.” (Al-Fajr:27-30)
salam
terima kasih atas pandangan.
haniff
salam ustaz, boleh saya letekkan artikel ini di blog saya? terima kasih
salam
boleh samada dilink atau cut and paste. kalau cut and paste, harap nyatakan sumbernya.
haniff
salam…Alhamdulillah, thanks ustaz. yes insya Allah saya akan nyatakan sumbernya.