Kemajuan Ekonomi Masyarakat Islam – Kemajuan Ekonomi Islam

Sebagai seorang Islam yang meyakini bahawa Islam adalah satu cara hidup, kita tidak dapat menolak keperluan untuk merealisasikan sistem ekonomi dan kewangan yang berteraskan Islam. Realiti juga turut menunjukkan bahawa usaha memajukan Islam dan umatnya tidak dapat lari dari usaha memajukan ekonomi mereka.   Oleh itu, sebahagian dari agenda memajukan masyarakat Islam ialah memajukan ekonomi […]

Al-Aqsa: Simbol Bagi Menegakkan Keadilan dan Menentang Kezaliman

Menegak keadilan dan menghapuskan kezaliman adalah prinsip utama agama Islam bagi manusia sejagat. Islam tidak akan bersama dengan sesiapa sahaja yang melakukan kezaliman ke atas orang lain atau bangsa lain. Apabila berlaku kezaliman, Islam menganjurkan umatnya untuk bangkit menentang kezaliman itu, tanpa mengira siapa yang melakukannya atau siapa yang menjadi mangsanya. Islam juga mensyariatkan bahawa […]

Keunggulan Iman Sebelum Kedaulatan Undang-Undang

(c) Muhammad Haniff Hassan Islam sebagai cara hidup pasti meliputi aspek perundangan bagi mengatur kehidupan manusia, menegak keadilan dan mencegah kezaliman. Walau bagaimana pun, penegakan cara hidup Islam bukan berteras kepada kekuasaan undang-undang hudud tetapi berteraskan keimanan. Iman yang mendorong kepada ketaatan kepada Allah taala dan rasa malu untuk mengingkarinya. Iman yang menimbulkan rasa gerun […]

Di Sebalik Isu Aurat Wanita Islam……Terdapat Jurang Kefahaman Antara Kita Dan Mereka……

  (c) Muhammad Haniff Hassan Apabila semakin meningkat kefahaman dan penghayatan masyarakat Melayu terhadap Islam maka semakin meningkat juga keinginannya untuk mengamalkan ajarannya. Hari ini peningkatan kefahaman Islam, telah mendorong juga peningkatan keinginan wanita-wanita dan ibu bapa beragama Islam untuk melindungi aurat kaum wanita. Namun dalam suasana Singapura yang bersifat sekular dan sebagai kaum minoriti, […]

Seks Bebas : Apabila Sudah Tidak Malu

  oleh Muhammad Haniff Hassan (c) Malu adalah salah satu sifat terpuji yang dianjurkan oleh Islam. Malu juga mempunyai pengaruh yang kuat terhadap tingkah laku manusia. Disebabkan oleh malu seseorang itu dapat menjaga dirinya dari perlakuan yang keji. Disebabkan oleh malu juga orang sanggup membunuh dirinya. Apabila orang hilang rasa malu, maka pelbagai tingkah yang […]

Apabila Islam Berkuasa

Terdapat kebimbangan yang meluas di kalangan pelbagai pihak jika Islam memerintah dan menerajui tampuk kuasa, samada di peringkat negara, masyarakat, institusi atau organisasi. Kebimbangan ini bukan hanya wujud di kalangan masyarakat bukan Islam tetapi juga orang Islam. Salah satu yang menjadi sumber kebimbangan ialah mengenai perubahan-perubahan yang akan dilakukan dan kesan-kesan perubahan itu kerana dalam […]

Pembangunan Agama Di Alaf 21: Apa Agenda Kita?

Islam adalah agama yang sentiasa menanam sifat optimis kepada umatnya. Berita-berita gembira berkaitan kemenangan umat Islam masih terus relevan walau pun ianya dinyatakan pada 14 abad yang lalu. Begitulah juga janji-janji Allah taala kepada umatnya.   Kesemua ini memberi harapan bahawa masa hadapan yang cemerlang akan kembali bagi umat Islam. Arus kebangkitan umat Islam yang […]

Alternatif Muzik : Cukup Sudah Perbahasan, Terbuka Dengan Ketidaksempurnaan

Realiti hari ini menjadi saksi akan pengaruh besar dunia muzik terhadap penanaman nilai dan gaya hidup individu serta masyarakat. Malangnya, penggunaan media ini di rantau ini sebagai satu alat dakwah untuk menanam nilai-nilai murni dan mengubah masyarakat ke arah kebaikan masih terhad dan tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Tidak dinafikan akan wujudnya usaha ke arah sedemikian telah […]

Artikel Pendek – Pengenalan

Bahagian ini mengandungi artikel-artikel pendek yang pernah saya hasilkan. Untuk membacanya, sila ke https://haniff.sg/category/artikelpendek/ atau klik tag artikel pendek di halaman utama. Saya kirimkan di sini agar dapat bermanfaat bagi pembaca.