Kemusykilan Agama – Adakah jatuh talak?

(Note: Dipetik dari ruang Ask_Ustaz di halaman rantauan.com)

Assalammualaikum…

Kisahnya begini…

Suami mempunyai hubungan dengan wanita lain. Namun dengan izin Allah isteri mendapat banyak bukti tanpa dicari.

Apabila isteri cuba mendapatkan penjelasan, suami akan menafikan dan sanggup bersumpah dengan nama Allah Sad

Setelah segala bukti diberikan, suami terkedu tetapi mencetuskan perbalahan. Setiap kali perbalahan suami pasti akan ‘mengugut’ isteri supaya tidak menghubungi wanita/kekasihnya dengan mengatakan:
“If you contact that girl, we will finish!”

Oleh itu isteri tidak dapat berbuat apa-apa. Namun perkara ini berterusan dan Allah terus menunjukkan bakti bahawa suami masih bermain kayu tiga. Malangnya tiada penyelesaian dan suami terus mengugut seperti kata-kata di atas.

Setelah ianya berterusan suami masih tidak berubah dan tidak mengaku salah (pada awalnya) dan akhirnya terdiam setelah bukti ditunjukkan. TETAPI suami masih terus dengan ugutan seperti yang disebutkan. Oleh itu isteri hilang sabarnya dan meminta suami juga menyebutkan perkara yang sama terhadap diri sendiri.

Oleh kerana desakan isteri, akhirnya suami bersetuju dan mengatakan:
“ok, if that what you want… if you contact that girl, we will finish and if I contact that girl we will also finish!”

Kata-kata “we will finish” di sini tidak jelas kerana suami tidak menyebut talak sedangkan semasa suami menyebutkan terhadap isteri dan isteri bertanya jika suami faham maksudnya ( jika isteri hubungi kekasihnya maka akan jatuh talak, suami mengiakannya).

Persoalannya:
Apakah jatuh talak terhadap isteri kerana:

Setelah peristiwa suami menyebutkan hal yang sama kepad dirinya juga kerana atas desakan isteri (jika contact wanita yang dihubunginya melalui telefon, hubungan kami akan ‘habis’). Suatu hari dengan izin Allah isteri telah menemui bukti bahawa suami masih lagi berkasih tetapi isteri tidak pasti sama ada suami berkasih dengan wanita yang sama atau wanita lain.

Isteri telah cuba mendapatkan kepastian daripada suami tetapi suami tidak memberikan sebarang jawapan. Isteri terus melayan suami seperti biasa kerana isteri tidak mahu mencetuskan perbalahan dan demi kasihkan anak-anak. Malah isteri memikirkan kerumitan dan masalah jika bercerai berai semasa di rantauan.

Apakah perkataan “kita habis” bergantung kepada niat suami ketika itu?

Bagaimana untuk mengetahui niat suami yang sebenar kerana suami tidak mahu berbincang atau terus buat-buat tak tahu?

Harap ustaz memahami persoalan yang dikemukakan. Terima kasih.

Wassalam…

————————————-

Jawaban

Assalamualaikum

Talak jatuh apabila ia dilafazkan dengan kata-kata yg jelas seperti “aku ceraikan kau dengan satu talak”, atau dgn kata-kata yang tidak jelas seperti “kita dah tak de apa-apa lagi”, “keluar dari rumah”. Untuk talak dikira jatuh dengan kata-kata yang tidak jelas ia memerlukan niat. Ertinya, ia hanya jatuh jika si suami bermaksud dari kata-kata itu bahawa dia berniat cerai atau talak. Oleh kerena niat di hati suami, maka terpulanglah pada pengakuan suami. Satu cara lain untuk menentukannya ialah dengan membicaraknnya di mahkamah syariah.

Saya berpendapat bahawa kata-kata “we will finish” termasuk dalam kategori kata-kata yang tidak jelas yang memerlukan niat suami untuk menentukan jatuh talak atau tidak. Jika suami tidak mahu menjelaskan niatnya, maka hukum kembali kepada asal iaitu nikah masih valid hingga terbukti sebaliknya. Alternatif lain, ialah dengan membuat aduan ke mahkamah.

Wassalam

503 komentar untuk “Kemusykilan Agama – Adakah jatuh talak?”

  1. assalammualaikum…. saya adalah seorang isteri yang buat kali kedua dicurangi oleh suami, kali pertama dia berzina dengan perampuan seberang dan pernah bersekedudukan lebih kurang 5 kali selama mereka berkenalan. dengan kuasa Allah swt perbuatan suami terbongkar dan meminta maaf serta berjanjitidak akan mengulangi lg perbuatan terkutuk tersebut sama ada menipu atau mempunyai hubungan dengan mana-mana perampuan sekalipun. Untuk menjamin dia betul-betul sudah insaf, kami berdua telah membuat satu surat perjanjian, sekiranya dia mengulangi perbuatan dia yang lepas dengan bermulanya dia curang lg, akan jatuh talak 1 dengan disaksikan dua orang rakan. Pertanyaan saya, adakah talak itu sah jatuh atau sebaliknya…. tolong le…

  2. salam

    perjanjian itu sah dan dia dikira sebagai taklik nikah sama seperti taklik semasa nikah dahulu. jika anda yakin dan mempunyai bukti bahawa suami anda telah melanggar perjanjian itu, anda harus segera mengadukan ke mahkamah kes awak ni. jika mahkamah bersetuju dgn bukti2 anda, maka mahkamah akan putuskan jatuh talak secara taklik.

    kesimpulan… perjanjian itu sah, tapi jatuh atau tidak talak, memerlukan pengesahan mahkamah.

    salam

  3. Salam, Suami saya keluar rumah sudah hampir 3bulan..dia dan anak perempuan saya (anak tiri suami saya) ada case yg sedang berjalan dia mahkamah..Anak saya sekarang tinggal bersama makcik dia..apabila kes mula di hadap di mahkamah, suami terus keluar rumah tanpa memberitahu saya & hingga sekarang tidak mahu kembali. Boleh tak saya membuat pengaduan di mahkamah? Dan jika selepas 4 bulan dia masih tidak pulang, boleh tak saya tuntut cerai taklik?

  4. salam

    ya, seharusnya anda buat pengaduan di mahkamah agar mahkamah boleh memanggil beliau utk sesi kaunseling. jika beliau berdegil, maka ia akan menguatkan kes anda utk cerai taklik, jika anda mahu.

    salam

  5. salam saya sudah sebulan keluar dari umah suami saya.rumah tu rumah mertua saya dan sy tinggal bersama mertua ipar sekali.pada malam sy keluar .sy telah begaduh dgn suami .dan suami memukul sy atas sebb hilang saba dgn saya .dan dia mgugut mahu mbunuh diri jika sy keluar .dan akubat pgaduhan itu mertua sy telah ikot cmpur dan setiap apa pekara sy lakukan mentua ikot campur dn paling sy sy xboleh trima ipar saya turut campur.sy kesal lalu sy keluar dr umah .sudah sebulan sy keluar tanpa nafkah dr suami zahir dan batin.dan dia ada beri tau sy selama tempoh sebulan jika sy tidak pulang rumah suami sy akan hidup sendiri bersama anak.dan dia juga beri tahu sy dia akan cari calon ibu untuk anak saya.adakah jatuh talak walaupon dia tidak berkata perkataan cerai ..sekian dari sy linda

  6. puan linda, salam

    jika anda dikasari secara fizikal oleh suami, tindakan yg perlu anda lakukan ialah pergi ke doktor utk dapatkan laporan perubatan, buat laporan polis dan kemudian adukan apa yg berlaku pada mahkamah supaya ana dapatkan perlindungan dan bantuan khidmat sosial bagi atasi masalah ini.

    tanpa laporan doktor yg diperakui oleh mahkamah, anda tidak mempunyai bukti atas perbuatan suami anda. ini kemudiannya akan menjejas pendirian anda keluar dari rumah kerana mengelakkan dari kekasaran suami. ini pula boleh menyebabkan anda boleh dipersalahkan kerana meninggalkan rumahtangga. perlulah anda fahami, hanya kerana anda bermasalah atau berselisih dengan suami bukan alasan utk anda tinggalkan rumah selama sebulan.

    berdasarkan apa yang anda nyatakan, saya berpendapat talak tidak jatuh lagi kerana pernyataan suami bahawa anda akan tinggal sendirian tidak dapat disimpulkan sebagai ucapan talak yang jelas, kecuali jika beliau memang berniatkan sedemikian. untuk memastikan niat ini, ia perlu siasatan oleh pihak mahkamah syariah.

    apa yang anda perlu buat? saya cadangakan:

    1. anda bertemulah dgn kaunselor secara bersemuka utk anda bincangkan dan dapatkan nasihat ttg pilihan anda berkaitan rumahtangga; a) kekal dan cara untuik berbaik dgn suami, b) cerai dan langkah seterusnya, c) lain2. kesemuanya hendaklah ditimbangkan secara saksama, baik dan buruknya.

    2. adukan masalah anda ke mahkamah syariah atas dua sebab; a) untuk pastikan status nikah anda, samada telah jatuh talak atau tidak, b) minta bantuan kaunseling utk huraian bagi masalah anda

    3. hubungi suami anda secara langsung utk bincangkan hubungan anda berdua atau gunakan pihak perantara i.e. keluarga, kaunselor profesional.

    moga allah menunjukkan bagi anda jalan keluar terbaik.

    salam

  7. Assalamualaikum,ingin meminta penjelasan dari tuan. 1) Adakah jatuh talak apabila suami melafazkan ” Aku ceraikan kamu ” melalui call dan tanpa ada saksi yg mendengar nya.bukan sekali lafaz,tetapi 8kali. 2) Apa kah tindakan selanjut nya kerana suami ada mengatakan bahwa tidak ingin d kaunseling. 3) Masalah kini suami tidak ada di darat dan mungkin akan balik dalam beberapa bulan lagi.. Tolong bantu harus bagaimana.. Assalamualaikum

  8. Assalamualaikum,ingin meminta penjelasan dari tuan. 1) Adakah jatuh talak apabila suami melafazkan ” Aku ceraikan kamu ” melalui call dan tanpa ada saksi yg mendengar nya.bukan sekali lafaz,tetapi 8kali. 2) Apa kah tindakan selanjut nya kerana suami ada mengatakan bahwa tidak ingin d kaunseling. 3) Masalah kini suami tidak ada di darat dan mungkin akan balik dalam beberapa bulan lagi.. Tolong bantu harus bagaimana..

  9. Assalamualaikum,ingin meminta penjelasan dari tuan. 1) Adakah jatuh talak apabila suami melafazkan ” Aku ceraikan kamu ” melalui call dan tanpa ada saksi yg mendengar nya.bukan sekali lafaz,tetapi 8kali. 2) Apa kah tindakan selanjut nya kerana suami ada mengatakan bahwa tidak ingin d kaunseling. 3) Masalah kini suami tidak ada di darat dan mungkin akan balik dalam beberapa bulan lagi.. Tolong bantu harus bagaimana..

  10. Salam

    1. Lafaz berkenaan boleh diklasifikasikan sebagai lafaz cerai yang jelas yang mana talak boleh jatuh tanpa perlu pada niat suami untuk melakukannya. Namun, kepastian jatuhnya hanya dapat dilakukan oleh mahkamah syariah.

    2. Tindakan yang anda perlu lakukan ialah mengadukan kes anda segera ke mahkamah syariah dengan tujuan untuk membuat konfirmasi dari mahkamah syariah.

    3. Apabila kes anda didaftarkan di mahkamah syariah, suami anda akan dipanggil oleh mahkamah, suka atau tidak.

    4. Anda perlu daftarkan segera kes ini, walaupun suami anda belum lagi di darat dan hanya akan pulang dalam tempoh beberapa bulan lagi.

    5. Undang-undang hari ini mewajibkan, semua talak dan rujuk hendaklah didaftrakan di mahkamah syarian. Di sesetengah negara, kegagalan mendaftar perkara ini adalah salah dan boleh didenda.

    moga bermanfaat, salam

  11. assalamualaikum…
    saya mempunyai masalah besar yang menjadi bebanan kepada saya.suami saya suka keluar malam dengan membuat alasan untuk bekerja.pernah beberapa kali saya mengintip rupanya dia selalu masuk kedai mesin judi.macam2 cara saya tanya dan nasihat tapi dia tak pernah mengakuinya.untuk pengetahuan tuan, walaupun suami saya bergaji besar, tapi duit gaji dia memang tak pernah cukup malah minta duit dari saya, bulanan kereta dia selalu tunggak dan duit nafkah tak pernah bagi sebab saya bekerja mempunyai pendapatan sendiri.lama-kelamaan saya jadi syak wasangka.saya memang pasti selama ini dia banyak menipu saya dan tak jujur di belakang saya.lalu saya siasat sendiri gerak-gerinya dan ke mana dia pergi selepas habis kerja.ternyata satu-persatu kejahatannya terbukti depan mata saya.dia juga berkawan dengan ramai perempuan setelah saya terjumpa senarai nombor panggilan rakan perempuan setiap kali dia keluar malam.saya mengesyaki dia pergi ke disko bersama rakan-rakannya.satu hari saya dan suami bergaduh kerana saya menegur dia selalu keluar malam balik subuh.kebetulan saya terjumpa pil khayal (ecstacy) dalam poket seluarnya.kami bergaduh besar sehingga dia memukul saya.kemudian dia terus melafazkan cerai taklik iatu “kalau kau keluar malam lps ni tanpa pengetahuan aku, dengan tujuan nak intip aku dan cari aku kat mana2, jatuh talak kat kau”.dia ulang sekali lagi perkara yang sama dengan nada marah.saya mengesyaki dia berkawan dengan perempuan tak baik di dalam disko dan menghabiskan duit untuk dia berseronok dengan rakan2 nya.persoalannya, adakah jatuh talak sekiranya saya minta izin pulang ke rumah ibu bapa saya kebetulan bila berada di luar pada waktu malam saya terus pergi mencari suami saya sekiranya mengesyaki dia melencong ke tempat lain?dan sekiranya saya dari tempat kerja belum balik ke rumah, bolehkah saya pergi mengintip suami saya?adakah masih jatuh talak ke atas saya?niat saya adalah untuk menghalang suami saya pergi tempat2 tak senonoh dan mendatangkan dosa.dia juga masih berdegil untuk berjumpa kawan2 nya pada tengah malam beberapa kali walau pun saya dah merayu supaya dia tak perlu keluar malam ke tempat2 yang saya ragui.bantulah saya dengan kata2 nasihat supaya perkara ini lebih jelas dan tak membebankan mana2 pihak.saya betul2 tertekan dengan perangai suami saya.

  12. Erdina, salam

    Nasihat saya kepada anda ialah segera melaporkan masalah rumahtangga anda ini ke mahkamah syariah kerana:

    1. Anda mempunyai masalah dengan suami yang serius yag memerlukan bantuan dan camprtangan pihak mahkamah untuk huraian terbaik.

    2. Suami anda telah melafazkan taklik dan anda telah melakukan sesuatu yang berkemungkinan telah melanggar taklik itu. Hanya mahkamah yang sepatutnya memutuskan samada taklik telah berlaku dan talak telah jatuh kerana mahkamah mampu untuk membuat siasatan yang rapi terhadap fakta-fakta kes anda dan yang berkuasa untuk memberi keputusan dalam hal ini, bukan ustaz-ustaz di masjid atau internet.

    Moga Allah memberi huraian terbaik buat anda.

    Salam

  13. salam,,,,ingin tahu, pd suatu hr saya bergaduh dgn isteri saya,,dlm keadaan marah saya menghalau isteri kluar rumah dn memberitahu akn menceraiknya esok,,pd mlm yg sama isteri kluar rumah dgn anak2,,,adakh sudah jatuh talak dlm kes saya ini,,,tq

  14. salam

    jika anda katakan pada dia bhw anda AKAN ceraikan dia esok, tapi pada keesokan harinya anda tidak menceraikannya, maka tidaklah jatuh talak.

    tapi jika anda katakan kepada dia, “apabila tiba esok hari, kamu akan tercerai”, maka jatuhlah cerai talak satu.

    jika and amasih ragu, adukanlah masalah anda ke mahkamah syariah di samping dapatkan khidmat mahkamah utk membantu masalah anda dan isteri anda.

    di masa hadapan, janganlah sekali2 membabitkan isu talak dalam pertelingkahan suami isteri. jika pun anda ingin menceraikan isteri, bawakanlah kes anda ke mahkamah dan tidak melafazkan di luar mahkamah kerana ia akan menimbulkan banyak kerumitan.

    moga bermanfaat

    salam

    1. Salam ustaz,

      Maaf nk tanya, ustaz reply “jika anda katakan pada dia bhw anda AKAN ceraikan dia esok, tapi pada keesokan harinya anda tidak menceraikannya, maka tidaklah jatuh talak”.

      Bagaimana jika suami (mmg berniat) utk menceraikan isterinya Pada esok hari cuma berubah fikiran pada keesokan harinya. Adakah jatuh talak?

      Bagaimana jika suami (tiada niat bercerai) tp lafaz akan menceraikan isterinya esok (atas dasar marah benar pada isterinya) tapi pada keesokan harinya. Adakah jatuh talak?

      1. Muhammad Haniff Hassan

        salam

        jika dia hanya berniat utk cerai kan isteri esok hari, tapi tidak menceraikannya pada keesokan hari, maka tidaklah jatuh talak.

        jika dia kata, “jika datang hari esok, awak tercerai dari saya satu talak”, hukumnya talak jatuh, jika datang hari esok, tak kira samada suami berniat utk cerai atau jika ia dilafazkan dalam keadaan marah.

        mana-mana suami yg ingin menceraikan isteri sepatutnya membuat aduan ke mahkamah, bukan menceraikan di luar mahkamah, supaya terlepas dari kebingungan seperti ini.

        selepas ini kalau awak masih ragu2, sila bawa kes ke mahkamah syariah utk keputusan muktamad.

  15. Assalamualaikum
    Saya ingin meminta pendapat daripada tuan.tentang suami saya yang pernah curang dengan saya sebanyak 2kali, memukul saya sebanyak 2 kali, dan bercakap kasar dengan saya berkali….suami saya juga pernah berkata seperti ni : sumpah aku dunia dan akirat aku tidak maafkan kamu.. pertama kali suami saya pernah berkasar dengan saya semasa saya masih lagi dalam pantang anak saya yang pertama..iaitu dia tolak saya dengan kuat..sedangkan luka d parut masa itu masik lg belum kering..kali ke-2 suami saya pukul saya ketika dia pulang kerja untuk makan tengahari.masa tu saya bertanya suami saya..mari kita makan tp dia tidak mahu bercakap dengan saya…jadi saya tanya la kenapa tidak mahu cakap ni…apa juga salah saya..blum habis saya bercakap terus dia tinggikan suara dia dengan saya…suami saya cakap macam ni… ko suruh c bb (sepupuh saya)keluar dari rumah ni..klu dia tidak mau keluar aku yg keluar dari rumah ni..saya jawab lah suami saya balik ..biar la kmi saja yg keluar..suami saya terus cakap mcm ni aku tahu ko bela dia dari pada laki ko sendiri…saya balas cakap suami saya. sepupuh saya tu bukan bnatang kita mahu halau dia mcm tu..saya tidak bela sepupuh saya dan saya tidak juga bela papah..betul2 suami saya marah dia terus tendang saya masa duduk makan dengan anak saya..
    Baru2 ni dia ckp dengan saya seperti ni..
    Kalu ko mau keluar keluar lah saya tidak kesah sudah…
    Pernah juga dia cakap saya macam ni… boleh ko keluar tapi anak ni tinggal sini..
    Soalan saya yang pertama ialah :
    apakah hukuman sekiranya suami saya tidak maafkan saya dunia dan akhirat. ?
    Soalan ke dua:
    Adakah kata2 suami saya itu boleh jatuh talak?

    Saya telah membuat tuntut cerai dengan suami saya d makamah…
    9.9.2013 ni kmi naik makamah..sekiranya suami saya tidak mahu menceraikan saya…saya mahu membuat perjanjian dengan dia..
    Soalan saya ialah
    Boleh ka saya buat perjanjian macam ni
    Sekiranya dia mengulani perbuatan dia dengan bermulah
    Curang lagi, memukul,mengeluarkan kata2 yang kasar dan menyakiti hati..akan jatuhlah talak 1.
    Dalam perjanjian itu juga suami saya tidak boleh menuntut anak sekiranya dia melangar perjanjian kami.secara automatic anak menjadi d bawah jagaan saya buat selama2nya…suami saya juga mesti menangung perbelanjaan saya dan anak setiap 1 bulan sebanyak rm…….
    Adakah perjanjian saya ini betul dan boleh dibuat?

    Sekian dan terima kasih… tolong balas secepat mungkin tuan..

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      anda tidak perlu membuat perjanjian seperti itu kerana semua perkahwinan yg dijalankan oleh pihak berkuasa di malaysia, singapura dan indonesia berlaku dengan taklik iaitu syarat yang mengatakan jika suami gagal memebri nafkah kepada isteri selama3 atau 4 bulan berturut2 atau memukul/mencedera tubuh isteri atau memalukan maruah isteri, lalu isteri adu ke mahkamah dan mahkamah dapati aduan itu benar, maka jatuhlah talak satu.

      sila rujuk sijil atau surat nikah anda.

      oleh itu, apa yang anda perlu buat ialah mengadu kepada mahkamah akan perbuatan suami anda itu. namun aduan itu hendaklah berbukti seperti ada laporan doktor.
      apabila mahkamah membenarkan perceraian, ia pasti akan membuat perintah tetang penjagaan anak. anda perlu minta pada mahkamah apa yang anda kehendaki tetang perkara ini.
      suami anda akan diperintahkan untuk tetap memberi nafkah kepada anak-anak anda, tetapi dia hanya perlu beri nafkah kepada anda selama tempoh iddah sahaja iaitu 3 bulan.

      sebaiknya anda dapatkan bantuan peguam bagi membawa kes anda ke mahkamah supaya segala aduan anda lebih kukuh.

      moga bermanfaat.

  16. Salam,,
    Jika suami mngatakan ayt sprti ini “kalau asyk mengungkit, xkan kemana hubungan kita ni”..adakah dgn kata2 sperti ini talak akn jtuh pada isteri? Mohon penjelasan..

    1. Muhammad Haniff Hassan

      Salam

      Talak sama sekali tidak jatuh dgn kata2 sedemikian.

      “Tidak kemana hubungan kita” bukan mesti bermakna cerai.

      Ia juga boleh bermakna tiada perubahan atau kemajuan yg lebih baik pada hubungan yg ada.

  17. Salam…
    Antara adik beradik dan isteri,, yang mana patut suami lbih utama kan? Menjaga hati dan prasaan adik beradik atau menjaga hati dan prasaan isteri?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      ia bergantung pada situasi dan masalah yg dihadapi.
      ada kala dalam sesuatu situasi, perlu utamakan isteri tapi ada kalanya perlu pula utamakan adik beradik.
      dalam memberi keutamaan, penilaiannya berdasarkan yg mana lebih serius, lebih banyak maslahat atau lebih mengurangkan mudarat.
      apabila berlaku konflik antara kepentingan isteri dan adik beradik pula, tidak sepatutnya terus memilih satu atas yg lain.
      cara lebih bijak ialah berusaha untuk melakukan rekonsiliasi / kompromi antara kededua perkara.
      lihat link di bawah kerana ia mengandungi nasihat yg relevan.

      http://haniff.sg/artikel-pendek/artikel-agar-keputusan-berpandu-syariah-berita-harian-singapura-12-april-2012/

      http://haniff.sg/wp-content/uploads/2013/09/kemusykilan-agama-suami-tidak-mahu-bantu-ibubapa-isteri.jpg

  18. salam,

    kawan saya bertanya:
    sekiranya suami dia bertanya “you memang nak kita jatuh talak 3 kan?…adakah jatuh talak itu?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tidak jatuh talak kerana pernyataan itu berbentuk soalan, bukan menyatakan ttg berlakunya talak 3.

  19. selepas pertanyaan di atas..si suami mengatakan kepada isteri..kali in tahap critikal…
    si isteri bertanya..kritikal apa..
    si suami menjawab..maksudnya mungkin bercerai talak tiga. pastu awak dgn saya xde apapa apa lagi hubungan.
    Adakah jatuh talak. kata kata melalui Whats App ketika pertengkaran. perkataan mungkin tu jatuh ke talak?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      tetapi tidak jatuh kerana dia akata “mungkin”. talak hanya jatuh jika dia kata atau tulis “saya ceraikan awak dengan talak …” atau yg semakna dengannya iaitu yg pasti, bukan pernyataan yg bersifat kemungkinan atau andaian sahaja.

  20. isteri menyatakan…’saya tak mahu orang lain dalam hidup saya’
    1)si suami menjawab…’xpe u bole kawin dgn org lain,cari yang lebih baik dari saya”pikir la pasal bakal suami yang lebih baik’.
    isteri berckp lagi…’jangan melampau buat tuduhan’
    suami…’bila nak lafaz? hari ini?

    adakah jatuh talak?

    2)tahun 2009, kawan saya perempuan pernah ckp kat suami dia…’kalau u buat lagi benda tu…jatuh talak’…si suami cuma ckap dia tak akn buat lagi dan mengiyakan, tapi itu bukan lahir dari hati suami untuk bg syarat cerai taklik…kalau suami buat tanpa ingat yg isteri ada ckp macam tu, adakah jatuh talak?

    wsalam ..terima kasih atas pandangan. Allah sahaja yang membalasnya.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      1) tak jatuh talak kerana tiada lafaz talak

      2) perlu diadukan ke pihak mahkamah utk mahkamah sendiri nilai dan putuskan samada pernyataan tu boleh diterima sebagai taklik dan samada taklik telah jatuh.

  21. Assalamualaikum,

    Betulkah tindakan suami berpoligami yang hanya memberi nafkah kepada isteri yang difikirkannya perlukan nafkah sahaja? Manakala isteri yang berpendapatan tinggi tidak diberi sebarang nafkah zahir? Bila ditanya oleh isteri yang tidak diberi nafkah ini samada patut atau tidak diperlakukan begitu, si suami marah dan terus tidak mahu balik lagi ke rumah isteri tadi. Adakah suami itu dikira telah berlaku nusyuz kerana mengabaikan tanggungjawab? Perlukah isteri meminta izin untuk ke luar negara daripada suami begini?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      sikap suami sedemikian adalah tidak betul.
      seperti yg telah dinyatakan di dalam jawapan sebelum ini, suami tetap wajib memberi nafkah kepada siteri walaupun isterinya kaya dan tidak perlukan nafkah darinya kecuali jika isteri menghalalkan nafkah itu.
      demikian jugalah dengan nafkah batin, walaupun jika isteri tidak memerlukan hubungan seks, kerana nafkah batin bukan hanya hubungan seks tetapi juga layanan yang baik dan emosi.
      syarat berpoligami adalah adil.
      jika suami anda tridak memberi nafkah zahir dan batin, dia telah gagal utk adil dan berdosa.
      apa yang anda perlu lakukan ialah adukan perkara ini ke mahkamah supaya anda tidak terus di zalimi oleh suami.

      moga bermanfaat.

  22. Adakah seorang isteri yang berpendapatan tinggi dianggap tidak bersyukur bila meminta suami yang juga berpendapatan tinggi memberinya nafkah makan minum, manakala semua keperluan lain seperti rumah, kereta, bil2 sedia di tanggung oleh isteri?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tangungjawab suami untuk memberi nafkah kekal walaupun isteri berpendapatan tinggi.
      oleh itu, suami tidak boleh menjadikan pendapatan isteri alasan utk tidak memberi nafkah atau tidak memberi pada kadar yg mencukupi.
      ketidaksyukuran hanya betukl jika permintaan siteri melebihi dari apa yg wajar dan di luar kemapuan suami.
      terserahlah pada isteri utk berlebih kurang dalam hal ini.
      untuk huraian lanjut, sila buat carian di halaman web ini dnegan perkataan “nafkah”.
      anda akan dapati pelbagai jawapan yang berkaitan.
      moga bermanfaat.

  23. Jika isteri tidak mengadu kepada mahkamah walaupun suami yg berpoligami tidak balik ke rumahnya melebihi 4 bulan dan tidak memberi apa2 nafkah, adakah suami tetap berdosa kerana tidak berlaku adil dalam memberi giliran dan nafkah?
    Isteri tidak mahu membuat aduan kerana dia sedang menghadapi penyakit kronik dan mungkin tidak hidup lama, jadi jika bercerai pun tiada apa bezanya dengan status kekal berkahwin pada nama saja.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      ya beliau berdosa. jika isteri tidak membuat aduan, perkahwinan tetap kekal dan terserah pada isteri utk bersabar dan reda.

  24. Assalamualaikum dan Syukran atas jawapan ustaz.

    Isteri dah lali dengan perbuatan suami yg sering meninggalkannya berbulan-bulan bila berlaku perselisihan kecil. Dlm tempoh ini suami hanya menggiliri isteri barunya.
    Tapi jauh di lubuk hati, sukar untuk isteri memaafkan perbuatan suami ini dengan seikhlas hati.
    Suami sudah beberapa kali ingin menceraikan isteri tapi tak jadi bila isteri memujuk agar tidak diceraikan.
    Namun kali ini isteri sudah kering hati untuk mengalah dan memujuk suami dan hanya biarkan suami dengan caranya.
    Apa hukumnya jika suami ceraikan isteri tanpa sebab yg kukuh dan hanya kerana suami tak suka diingatkan supaya berlaku adil?
    Ada pahala kah buat isteri yg sabar tapi tak dapat memaafkan suaminya 100%?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      cerai yg dijatuhkan mana2 suami tanpa sebab yg kukuh tetap jatuh. jika ia menyebabkan kezaliman atau sengaja dilakukan dgn niat zalim, hukumnya berdosa tapi cerai tetap jatuh.
      kesabaran isteri atas kerenah suami akan diberi pahala oleh allah taala, insyaallah. tapi tidak wajib bagi isteri bersabar utk kekal dalam perkahwinan jika suaminya gagal menunaikan tanggungjawab.
      soal memaafkan adalah satu perkara lain. sabar bukan mesti memaafkan, hanya dianjurkan sahaja utk memaafkan. jika memaaafkan, dapatlah pahala lagi kerananya.

      moga bermanfaat.

  25. salam ustaz,

    Mohon cadangan ustaz berkenaan tindakan isteri yang terbaik dalam kes begini? Isteri tiada motif untuk bercerai tapi juga sudah tiada motif untuk memulakan langkah berdamai kerana sudah bosan asyik dia yang perlu memulakan, dan masalah serupa tetap berulang.
    Maksudnya, isteri sekadar tunggu dan lihat saja di samping bersabar dan berdoa.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      dapatkan nasihat kaunselor dan peguam secara peribadi dan bersemuka agar meringankan beban emosi diri dan nasihat terperinci tentang masalah yg dihadapi.
      islam memerintahkan kita meminta nasihat dan bantuan pakar apabila kita tidak tahu atau bermasalah.
      komunikasi secara talian sebegini bukan cara terbaik untuk mendapat nasihat bagi masalah yg rumit ini.
      moga-moga dengan nasihat mereka, ada jalan keluar lebih baik.
      selain itu, banyakkan lah beribadah dan usaha mendekatkan diri pada tuhan aagar diberi kesabaran, ketenangan atau jalan keluar yg selama ini tidak kelihatan.

      moga bermanfaat.

      1. Tq.. Kenapa asyik terfikir perkara ini sedangka sy tidak ada selisih faham atau masalah dgn istri.. Bagaimana hendak buang rasa dan lintasan dalam hati

        1. Muhammad Haniff Hassan

          hati kita akan banyak berkhayal yg bukan2 bila ia kosong dan tidak disbukkan dgn zikir pada tuhan.
          usahalah isi masa dgn kerja manfaat dan zikir agar hati dan minda tak kosong dan menganggur.

  26. salam ustaz,

    Ni saya nak sambung lagi soalan, harap ustaz tak rimas ye.

    Kalau hati saya boleh tenang saja dengan izin Allah, walaupun suami tak balik berbulan dan tidak memberi nafkah, maknanya tak perlu lah saya ambil tindakan apa2 pun kan? Saya tak berdosa jika memilih untuk berdiam diri, tapi suami yang akan menanggung akibat drp sikapnya yang lepas tangan. Betul tak?

    Saya pernah ingatkan suami akan tanggungjawabnya supaya dia tidak terus2an menanggung dosa, tapi tiada apa2 perubahan pun setakat ni. Jadi saya terfikir…tak apalah…terpulanglah, saya dah jalankan nahi munkar setakat yang terdaya. Lagi pun mana tahu, di akhirat nanti Allah izinkan saya menuntut pahala2 suami sebagai ganti atas perbuatannya.

    Sebab tu juga saya tak minat bercerai sebab kalau bercerai tiada peluang untuk saya tuntut pahala2 dia di akhirat kelak. Boleh ke fikir macam ni?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      mmg boleh buat bersikpa cam kat para 1.
      tapi tak lah pula dgn niat utk berdendam i.e. tuntut pahala dia kat akhirat hingga boleh mencelakakannya.
      memaafkan mmg tak wajib, tapi tak bermakna boleh berdendam cam tu.
      bukan sikap muslim yg baik berdendam hingga boleh mencelakakan muslim yg lain di akhirat kelak.
      kalo nak dendam, baik mintak cerai di dunia dan tuntut hak2 awak melalui mahkamah.
      jika cerai awak akan dapat tuntut nafkah, mutah dan harta sepencarian dari suami awak.
      sebab itu saya suruh awak jumpa kaunselor dan peguam supaya anda tahu benar2 option awak dgn baik.

      salam

  27. wkmslm

    tiada niat berdendam pun ustaz, tapi bukankah proses dakwa mendakwa begitu akan berlaku dan dibenarkan Allah? Mungkin minta sikit saja pahala untuk topup, sekiranya perlu, tak lah sampai si suami tu bankrap.

    Kalau nafkah makan minum RM 10 sehari sahaja, yang pernah diminta pun suami tak mahu bagi, apa nak diharap pada mutaah atau harta sepencarian selepas bercerai.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      tapi implikasinya ialah pengurangan pada timbangan pahala dia yg boleh memberatkan pula timbangan dosanya. tidakkah ini akan berakibatkan kemasukan ke neraka?
      kalau perkara ini disettlekan di dunia kan tak timbul soal tuntutan di akhirat yg boleh menimbulkan risiko yg dinyatakan, kecuali mmg allah sendiri yg mahu dia masuk neraka. itu urusan allah dan hak dia, bukan kerana sikap kita.

  28. salam,

    tapi kalau tak dituntut pun, dosa tu tetap tercatat kan disebabkan perbuatan empunya diri. Di akhirat nanti adakah manusia masih boleh mendapat dosa atau pahala? Adakah manusia yang menuntut pahala org lain dianggap berdosa di akhirat kelak?

    Sekadar terfikir untuk menuntut di akhirat kelak, sudah dikira berdosa ke? Mungkin bila sampai waktunya di akhirat kelak, tak jadi nak tuntut pun…waallahua’lam

    betul ke dosa sesama manusia tidak akan terhapus selagi tidak dimaafkan oleh orang berkenaan?

  29. salam ustaz saya nak bertanya apa hukumnya jika saya mengatakan “aku dah bujang terus” tapi bukan dihadapan istri cuma begurau2 dengan rakan2 di luar adakah terjatuh talak?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tidak jatuh talak dgn kata2 itu. tapi hentikanlah cakap2 sedemikian.
      utk pengetahun jika anda berkata, “aku ceraikan isteri aku” atau “aku telah ceraikan isterikan aku”, secara bergurau baik kepada isteri atau kepada kawan2 (tanpa kehadiran isteri) hukumnya jatuh talak.
      tu sebablah dilarang kita bergurau dan bermain dalam hal ini.
      sila baca di sini http://www.bharian.com.my/articles/RefleksiRatu_Apabilagurausendajadipetaka/Article/

  30. Assalamualaikum ustaz

    Sy ada masalah dan was was, saya rasa saya ada bermonolog di dalam hati seperti taklik tapi kadang saya asyik terfikir je sama ada sy tercakap atau tidak walhal sy seorg ketika itu.. sy yakin sy sekadar di dalam hati… yg sy takut sy tercakap

  31. salam saya nak bertanya,
    adakah jatuh talak jika suami mengaku BUJANG dihadapan kawan2 walaupon sekadar gurauan?
    terima kasih 🙂

  32. Salam Ustaz

    Suami saya hari ini telah mengatakan “I ceraikan u hari ini” sebanyak 3x di talifon.
    Kemudian beliau berkata dia melafazkan tanpa niat. Adakah ini sudah jatuh talak?
    2) saya sudah bernikah slama 11thn n hanya 3 bulan lepas saya diberi nafkah
    (Itupun atas desakkan saya..untuk mengambil wang penyewaan bilik..(penyewa bilik telah n masih lagi menyewa slama 5thn)

    Beliau seorg peniaga n dahulu bila saya meminta dia sering mengatakan dia perlu menjelaskan hutang2 yg ada…maka itu saya berdiam sahaja walhal saya tahu itu hak saya.
    Kami juga sering bertengkar akhir2 ni n sering tidak persefahaman..apakah patut saya lakukan

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      dari segi hukum, kata berkenaan adalah lafaz jelas bagi talak dan hukumnya jatuh talak walau tak niat talak dan melalui telfon.

      dalam kes seperti ini anda wajib membawa masalah ini ke mahkamah syariah untuk siasatan lanjut dan keputusan akhir.

  33. Salam ustaz..

    Sy ada kemuskilan… 1) ada kah jatuh talak jika suamu berkata ” berpisah-berpisah lh ”
    2) jika isteri berkata minta cerai talak 3 dan suami menjawab ” cerai saja kamu tahu…. kalau itu yang kamu mahu”

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      kesemua itu tidak menjatuhkah talak kecuali jika si suami berniat sedemikian pada ketika mengucapkannya.

  34. salam ustaz,

    sy ingin bertanya adakah jatuh talak jika suami berkata
    1) “bercerai je lah. ” dia mengatakan sebagai cadangan dan tidak berniat.
    2) ” aku dah tak nak dengan kau lagi” lepas itu dia cakap ” talak satu jatuh” tanpa mengatakan dgn jeles aku nak bercerai dengan kau.

    adakah sudah jatuh talak

    terima kasih

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      1. tidak jatuh talak kerana hy cadangan
      2. saya berpendapat jatuh talak satu tapi sebaiknya dapat kepastian dari mahkamah syariah = rujuk ke mahkamah segera.

      1. terima kasih ustaz, tapi jika dia mengucapkan ayat 2 dengan keadaan yang sangat marah sehingga tidak dapat berfikir betul adakah jatuh talak?

  35. Salam ustaz, nak tanya kalau suami cakap “kalau kt tak pindah, kita bercerai” dia tak bagi tau bila mesti pindah dan tak khususkan pindah apa. Masalahnya skrang km memang nak pindah tapi tengah tunggu nak cari rumah. Apa status nya skrang?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      anda perlu tanya sumai anda apa yg dia maksudkan dari kata-kata itu.

      jika maksudnya
      a) kalau tiba masa atau ada peluang pindah, tapi kita tak pindah, maka jatuhlah cerai
      b) kalau kita tak pindah, kita akan bercerai

      tidaklah jatuh cerai sekarang ini. tapi dalam perkara (a), telah berlaku taklik cerai yg bermakna cerai hy jatuh jika berlaku syarat yg dinyatakan itu.

      tapi kalau dia kata mmg dia maksudkan cerai sekarang ini (saya meragui perkara ini), anda perlah adukan perkara ini ke mahkamah syariah utk dipastikan hukum sebenar.

      moga bermanfaat

      1. terima kasih ustaz.

        suami sy cakap dia bermaksud b. dan telah bersumpah. tapi masalahnya sekarang sy berasa was was, samada dia menipu mengenai niat nya. sedangkan sudah dia sumpah dia berniat b.

        suami malah mahu pindah masuk ke hotel untuk satu hari demi untuk melegakan perasaan was was saya ini. jika dia sudah pindah masuk ke hotel adakah kira lafaz taklik itu sudah dilangsaikan atau void? ataupun akan ttp jatuh bila dia kembali ke rumah?

        terima kasih ustaz. maaf jika menggangu

        1. Muhammad Haniff Hassan

          salam

          itu adalah kata2 dia, maka dia lebih tahu maksud kata2 dia. oleh itu, pengakuan dia itu perlu diterimaa kecuali anda ada bukti sebaliknya.
          andaian dan keraguan anda tidak memadai utk menolak penjelasan dia.
          yg boleh tolak penjelasan dia hy bukti yg ‘real’.
          oleh itu, nasihat saya ialah utk anda tolak was2 dan andaian dan terima dia seadanya.
          jika tidak, anda bawa saja kes ini ke mahkamah syariah utk menjadi perantara pendapat siapa yg boleh diterima.
          jika (b) yg dimaksudkan, ia hanya satu pernyataan keinginan utk bercerai. ia bukan bermakna, kalau tak pindah maka jatuhlah talak satu. ingin bercerai tidak memberi makna, jatuh talak satu.
          tapi utk hulangkan keraguan, suami anda hy perlu tarik balik sahaja kata-kata itu utk membatalkannya (void).

          1. Terima kasih ustaz. Hanya ingin tahu adakah statement “kita cerai” itu tidak dikategorikan sebagai lafaz soreh? Sbb ianya boleh membawa maksud “akan” seperti yang ustaz bagitahu diatas.

          2. Muhammad Haniff Hassan

            talak adalah kuasa di tangan suami bukan di tangan suami dan isteri.
            oleh itu, perkataan “kita” tidak dianggap sebagai kata soreh bagi menjatuhkan talak kerana kuasa jatuh talak bukan di tangan ‘kita’.
            yg soreh, ialah ‘saya jatuhkan talak ke atas awak’ atau yg seumpamanya kerana kuasa ‘talak’ mmg di tangan si ‘saya’.

            salam

  36. Maaf ustaz banyak tanya, tapi mcm mana kalau dia whatsapp mcm nie ” kau nak cerai ke? Aku ceraikan kau skrang kau nak ke?” Dia tanya tapi sy takut sbb ada lafaz soreh yang seperti ustaz cakap tu. Tp dia memang berniat mahu menanya sahaja dan saya tidak mahu.

      1. Muhammad Haniff Hassan

        tak jatuh talak. tu adalah satu pertanyaan, bukan satu penetapan.
        sebaiknya awak berdua dapatkan bantuan kaunseling utk tangani masalah bersama, kalau komunikasi asyik menjurus pada cerai sahaja.

        1. Terima kasih ustaz, tp sebenarnya ini berlaku pada masa yang sama. Saya asyik membaca balik kerana takut saya terlepas pandang. Saya berasa sungguh was was dan takut. Saya cuba untuk melupakan dan menerima seadaanya, tapi saya takut saya tak perasan dan berdosa. Maafkan saya kalau menganggu. Terima kasih ustaz

  37. Salam..ustaz, saya ingin bertanya bagi pihak mak cik saya..suaminya,iaitu pak cik saya ada bermain kayu 3..dan apabila mak cik saya mengetahui hal tersebut, dia pun terus siasat dan terbukti benar..tapi suaminya tdk mengaku sama sekali dan menafikan..kerana kecewa dgn suaminya..mak cik pun balik kerumah ibu bapanya..dan kerana mahu memujuk mak cik..pak cik telah berjanji dgn mengatakan “jika abg masih berhubung dgn perempuan itu selepas ini, maka kita tiada apa2 lagi”..kerana percaya suaminya..mak cik pulang kerumah mereka semula..selang beberapa minggu..pak cik masih menghubungi perempuan itu semula..lalu mak cik mendapat tahu..dari masalah ini..adakah jatuh takliq yang diberi kepada isterinya..?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      1. saya berpendapat talak secara takliq hanya jatuh jika si suami berniat talaq dari kata2nya “tiada apa2 lagi”. jika tidak berniat sedemikin, tidak jatuh talaq.
      2. namun saya amat mencadangkan agar makcik saudari mengadukan [erkara ini ke mahkamah atas 2 tujuan, a) mohon kepastian dari mahkamah sendiri, b) supaya si suami dapat dikaunseling dan dinasihati.. supaya juga si isteri tidak lagi dipermainkan dan diambil ringan.

      moga bermanfaat.

  38. Assalamualaikum ustaz,

    maaf kerana menggangu, sy pernah bertanya ustaz pasal bila suami cakap “kalau kita tak pindah, kita cerai” dan ustaz telah menjawabnya tidak jatuh talak kerana suami sy maksudkan kita AKAN bercerai. tp sy telah tersalah tulis, dia whatsapp sy “aku nak pindah, kalau tak, kita cerai” adakah boleh di apply jawapan ustaz sebelum ini? dia cakap dia memang tak berniat cerai dan seperti yang ustaz explain haritu.

    pernah sebelum ini dia whatsapp “kita cerai” sy trkejut lepastu sy tanya apa? adakah lafaz? lepas tu dia cakap “bukanla sy cakap kalau kamu mahu kita cerai” lepas tu sy ckp tapi tidak ada msg “kalau kau mahu”, lepas tu dia reply “sbb msg tu lambat sampai” dan bersumpah cakap kalau kau mahu. tapi ustaz saya takut dia menipu saya ustaz.

    seperti yg ustaz cakap kita cerai itu bukan lafaz soreh tapi sy tak tahu kenapa sy tidak dpt melupakan ini. saya macam terlalu takut dan tak dpt berfikir betul. sy skrang berasa takut sy tidak ingat lafaz2 yang dia pernah ucap, takut sy tak terperasan dia pernah sebut lafaz yg sy tk perasan. tp dia memang cakap dia tak pernah lafaz. masalahnya sy skrang berasa takut dia menipu sy. ustaz ada tak doa atau zikir2 yang patut sy amalkan untuk menghilangkan rasa risau sy.

    maaf ustaz, sy cuba menghantar private hubungi saya tetapi ada masalah captcha, diharap ustaz dpt mendelete coment ini setelah membaca.

    terima kasih ustaz.

  39. Assalamualaikum ustaz, jatuhkah talak sekiranya seorang suami asyik mengatakan pada orang lain yang dia mahu menceraikan isterinya. Contohnya “tunggu masa je untuk aku lafazkan padanya “aku ceraikan kau””. Terima kasih ustaz.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      enne, salam

      tidak jatuh kerana ia hanyalah pernyataan niat utk menjatuhkan talak di masa hadapan, bukan benar2 untuk menjatuhkan talak.

  40. Salam..ustaz saya ingin bertanya satu soalan..Suami telah melafaz cerai taklik kepada saya melalui telegon.Saya telah pun melanggar taklik tersebut..Saya telah ke pejabat agama untuk mengesahkan lafaz taklik tersebut..Mereka memberi saya satu tarikh lebih kurang sebulan untuk saya dan suami turun ke mahkamah untuk mengesahkan perlanggaran taklik yang dilafaz suami..Selepas 5 hari suami melafazkan taklik tersebut dan telah dilanggar oleh saya..Saya dan suami melakukan hubungan intim bersama..Sebelum melakukan hubungan tersebut suami melafazkan rujuk seperti ini ‘ababg rujuk syg kembali jd isteri abang’ tetapi tidak di jawab oleh saya..Selepas sampai tarikh ke mahkamah untuk pengesahan lafaz taklik tersebut hakim telah memutuskan yang taklik tersebut adalah sah dan telah gugur talak satu ke atas saya.Tetapi hal rujuk tetsebut tidak diberitahu kepada hakim tersebut..Saya menjalani edah sehingga cukup 3 bulan..Saya telah mendapat surat cerai..Selepas masuk bulan yang ke 4 suami pergi buat pengesahan lafaz rujuk tersebut..Saya tidak diberitahu tentang itu..Selepas suami pulang ke rumah nya lebih kurang seminggu saya telah dihubungi oleh pejabat agama yang menyatakan suami saya telah merujuk saya..Saya hanya diminta dtg ke mahkamah tersebut untuk kembalikan surat cerai tersebut..Soalan saya adakah rujuk tersebut dikira sah..kerana semasa suami melafaz rujuk tersebut saya masih tidak mengetahui status saya dan suami..Saya tidak menjawab setuju semasa suami melafazkan rujuk tetsebut..Edah saya dikira selepas hakim putuskan talak tersebut telah gugur ke atas saya..Jadi semasa tempoh sebelum ke mahkamah itu adakah sudah dikira edah? Adakah saya mmg dirujuk di dalam edah..Suami membuat pengesahan lafaz rujuk selepas saya tamat edah..Saya benar2 keliru oleh sebab saya tidak tahu apa yang suami telah sampaikan kepada pejabat agama tersebut sehingga saya diberitahu saya telah sah dirujuk suami..

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      sebelum saya memberi komen ttg masalah yg awak tanyakan perlu saya buat beberapa nota iaitu;
      1. kes awak ini bukan satu masalah kemusykilan agama biasa yg boleh dikomen dan bicarakan berdasarkan hukum hakam dalam buku fiqih sahaja.
      2. kes awak ini adalah kes mahkamah dan telah pun dibuat keputusan mengenainya.
      3. kes mahkamah tidak boleh dikomen sesuka hati di ruang ini kerana boleh mengakibatkan contempt of court.
      4. sikap terhadap kes2 yg telah diputuskan mahkamah seperti ini ialah beranggapan baik bahawa ia adalah keputusan yg benar kecuali ada bukti sebaliknya.
      5. untuk menyiasat samada ada bukti sebaliknya i.e. mahkamah tersilap, perlu perincian pada fakta2 kes dan pengetahuan pada undang2 setempat. saya tidak mempunyai kedua2 perkara ini. oleh itu, saya tidak dapat berikan pendapat terbaik dalam hal ini.
      6. yg dapat memberi pendapat terbaik dalam hal ini ialah seorg peguam yg tahu selok belok perundangan di tempat anda.

      mengenai masalah anda.
      a. isu yg perlu anda tanyakan pada diri anda ialah adakah anda mahu rujuk? jika jawapannya ialah, “ya”, maka tidaklah timbul soal hukum sah atau tidak sah rujuk itu kerana mahkamah telah pun buat keputusan dan sikap terhadap perintah mahkamah ialah sepetri yg saya katakan dalam poin 4 di atas.
      b. walaupun anda kata bhw anda tidak lafazkan terima rujuk dari suami anda, perbuatan anda berhubungan intim adalah petunjuk yg kuat bahawa anda rela dan boleh digunpakai sebagai persetujuan.
      c. sepatutnya semua bentuk talak dan rujuk hendaklah dilakukan di mahkamah syariah, bukan di luar. tapi jika berlaku di luar mahkamah, wajib dilaporkan kepada mahkamah syariah dgn segera utk dibuat kepastian dan didaftarkan. dalam kes anda, ia telah dilaporkan oleh suami dan mahkamah telah terima laporan berkenaan dan mengesahkannya.
      d. sebaiknya mahkamah memanggil isteri utk beri keterangan sebelum mengesahkan rujuk, sama jika ada laporan talak. kedua2 pihak perlu dipanggil utk beri keterangan sebelum disahkan. namun mungkin mahkamah ada sebab2 tersendiri atau undang2 di tempat anda membenarkan sedemikian. saya tidak dapat beri kepastian dalam hal ini kerana saya tidak tahu undang2 yg berlaku di tempat anda. sebab itulah anda perlu tanya peguam setempat.
      d. jika anda tidak mahu rujuk dan tidak puas hati dgn keputusan mahkamah, anda ada hak utk merayu atau cabar keputusan itu. dalam hal ini, ada perlu dapatkan nasihat dan khidmat peguam bagi mewakili anda melakukan rayuan atas ketidakpuasan hati dgn keputusan mahkamah.

      moga bermanfaat.

  41. Salam ustaz,

    Saya ada persoalan mengenai lafaz yang saya sendiri tidak pasti. Begini, pada satu hari kawan saya ada bergurau ayatnya, kalau tayar kereta aku haus aku terus tukar kereta baru, yang kawan saya yang lagi satu bercakap kalau tayar kereta aku haus aku tukar enjin kereta.. tiba-tiba saya mencelah contoh ayat pada hari itu, kalau tayar haus nak kena tukar orang rumah… adakah ianya taklik sebab saya menggunakan ayat tu untuk umum atau am bukan mewakili diri saya… saya betul-betul stress memikirkan kelancangan lidah saya ketika itu.. mohon penjelasan ustaz..

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      talak tak jatuh kerana lafaz itu.
      tapai lain kali, jagalah mulut agar tidak diambil peluang setan utk membingungkan anda.

  42. Salam ustaz,

    Bagaimana jika seorang isteri ada menyebut memang kita ni tak lama… setelah beberapa ketika kerana terlalu tertekan si suami berkata memang benar kata isteri aku kita memang tak lama… tapi tak niat nak talak atau cerai cuma celaru dengan masalah dan stress. Mohon pencerahan pihak ustaz.

    Terima kasih

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      saya berpendapat bahawa kata2 “memang kita tak lama” bukan lafaz talak yg jelas. oleh itu tak jatuh talak jika suami tiada niat menjatuhkannya.

  43. Slm…
    Sy ada 1 kemusykilan. Sy bergaduh dgn suami melalui msg . suami meminta sy hntikn pergaduhan tersebut tp sy masih berkeras teruskn bergaduh. Suami sy telah hilang sabar kerana sy x mahu hentikn pergaduhan jd suami mengugut sy kau nk ke aku lafazkn cerai skrg. Sy mncabar suami sy dgn berkata bagi je la. Tanpa niat suami sy berkata ” ok kite cerai je”. Adakah telah jatuh talak sedangkn suami sy hnya mahu redakn pergaduhan kami je.lepas suami msg sy mcm tu baru sy sedar yg sy degil n suami dh berjya padamkn kemarahan sy dgn perkataan ” ok kite cerai je”

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      kata-kata itu termasuklah dalam kata2 yg borderline antara kata2 yg jelas jatuh atau perlu niat.
      saya cadangkan agar puan rujukkan perkara ini ke mahkamah syariah utk kepastian.
      namun saya ingin menasihat puan agar elakkan dari amalan mengaitkan cerai atau mencabar suami utk bercerai apabila berselisih, tanpa kira samada anda benar atau salah.
      jika anda merasa bahawa anda layak diceraikan, adukan masalah anda ke mahkamah syariah, bukan meminta suami melakukannnya di luar mahkamah kerana akan timbul pelbagai masalah yg merumitkan keadaan.

  44. Salam,

    Terima kasih atas jawapan.. jika sebabkan ragu-ragu samaada jatuh talak atau tak, suami mengatakan aku rujuk kembali isteri aku, walaupun xterjadi pun talak.. bagaimana kes itu?

    Terima kasih

    1. Muhammad Haniff Hassan

      oleh kerana talak tak jatuh, tak timbul soal rujuk. kata-kata rujuk tu sia2 sahaja.. tak pakai dan tak ada gunanya.

  45. Terima kasih ustaz…tp suami sy nyatakan niat dia mmg jelas cuma mahu merdhakan keadaan marah sy yg terlampau sehingga dia mencadangkan ” ok kite cerai je”. Lg 1 penggunaan bahasa melayu suami sy tidak lah terlalu baik kdg2 slh selalu slh fhm dengan maksud ayatnya.suami sy berasal dr kaum kedayan sabah. Lg 1 sy igin kn kepastian drpd ustaz sbb sy ada terbaca komen ustaz di atas klu suami cuma bercadang saja cerai seperti klu begitu kite cerai je tidaklah jatuh talak kerana niatnya hanya brcadang dan blm ceraikn lg.bermakaud talak belum berlaku kerana hnya cadangan drpd suami.adakah pemahaman sy ni btl?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      puan..

      soalnya ialah lafaz yg digunakan. jika sesuatu lafaz itu jatuh dalam lafaz yg jelas, talak akan jatuh tak kira suami puan ada niat atau tidak. hatta, kalau dia bergurau pun, talak tetap akan jatuh.
      niat hanya relevan sebagai penentu dalam kes kata2 yg bukan jelas seperti awak pergilah dari sini, saya akan kembalikan awak pada org tua awak.
      dalam kes awak ni, lafaz itu adalah borderline. saya tak berani nak kata bahawa ia bukan lafaz yg jelas yg memerlukan niat utk sahkan talak dan saya pun tak berani juga nak pastikan samada dari segi bahasa ia boleh dianggap kata2 cadangan.
      sebab tu saya anjurkan rujuk ke mahkamah kerana mahkamah yg paling layak utk buat hukum pasti dalam hal ini.
      saya berharap mahkamah dapat putuskan bhw ia bukan lafaz jelas bagi membolehkan anda berdua teruskan hidup bersama seperti biasa.

  46. Salam ustaz,

    Soalan terakhir saya.. harap maaf jika menganggu..
    Berkenaan dengan soalan pertama, saya ada emelkan pertanyaan kepada seorang ustaz dengan anggap terjadi talak dengan kenyataan SAYA RASA DAH TERJADI TALAK.. walaupun tiada apa berlaku. Semua disebabkan oleh sikap was-was saya. Adakah jadi talak, jika tulisan saya menyatakan SAYA RASA sahaja walaupun tiada talak terjadi.

    Yg kedua, yang AYAT KITA MEMANG TAK LAMA terjadi apabila saya ada terbaca pada website bahawa di perak ada lafaz taklik iaitu apabila aku rujuk isteri aku tanpa redhanya maka jatuhlah satu talak – ini ayat contoh pada website tu.

    bila saya semak balik pada sijil nikah saya, saya tak pernah ungkapkan taklik itu.. itu yg terjadi celaru apabila saya RASA DAH TERJADI TALAK namun saya lafazkan rujuk tanpa pengetahuan isteri seperti hal soalan diatas. Maksud saya jika benar ada dalam taklik ketika akad nikah saya ucapkan
    (apabila aku rujuk isteri aku tanpa redhanya maka jatuhlah satu talak seperti rujukan website) walhal tiada taklik yang dilafazkan…

    Bagaimana dengan hal ini ustaz?

  47. Maaf mungkin soalan saya agak memeningkan,

    Maksud saya KITA MEMANG TAK LAMA DALAM LAFAZ SAYA tu jika ada berlaku perceraian dan saya rujuk tanpa redha isteri saya akan berlaku lagi talak kedua. (taklik)

    Namun, tiada talak, dan taklik diatas pun tiada diucapkan (semasa akad)

    Saya beranggapan jika saya ucapkan taklik tu dan jika berlaku talak kedua – itu yang keluar ayat KITA MEMANG TAK LAMA.

    namun, bila saya semak sijil nikah tiada lafaz taklik seperti itu… maksudnya saya tak pasti sehinggalah saya semak sijil nikah dan tiada taklik seperti yang saya sebutkan.

    Mohon ustz terangkan

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      sebenarnya masalah anda ni bukan soal talak atau rujuk tapi soal dibelenggu oleh was2 setan. inilah yg perlu awak tangani dan atasi utk selesaikan masalah yg awak tanya ini.
      pada asalnya, tak jatuh talak dari pihak awak.
      oleh itu, apa jua kata2 awak dalam rangka melaporkan keadaan kepada sesiapa bagi tujuan mencari penjelasan tidak menyebabkan jatuh talak.
      oleh kerana talak tidak jatuh, tak timbul berlaku rujuk.
      oleh kerana tiada rujuk, tak timbul soal jatuh taklik kerana rujuk isteri tanpa kerelaannya.
      jika awak masih tetap ragu2, penyelesaian terbaik ialah utk pergi ke mahkamah syariah dan minta mahkamah buat keputusan yg pasti muktamad.
      sila baca http://haniff.sg/kemusykilan-agama/kemusykilan-agama-diserang-was-was/

  48. Salam,
    Alhamdulillah la, saya semakin jelas dengan penerangan ustaz. Saya berazam akan lebih berhati2 pada masa akan datang.

    Lidah memang xbertulang, macam ni la jadinya kat saya.

    Terima kasih ustaz, moga ustaz sihat, murah rezeki dan diredhai Allah…

  49. Salam ustaz,

    Moga ustaz sihat walafiat selalu, saya ada sedikit persoalan. biasalah kalau hidup suami isteri ni, mesti ada je nak berbalah.. kadang2 benda yg remeh temeh pun nak berbalah.. satu hari tengah2 saya termenung terkeluar ayat.. ‘orang perempuan tak ade tak syok gak… maksudnya kalau saya sorang2 xde dengar riuh-rendah isteri jadi xseronok hidup… tibe2 datang le suara2 was-was kata saya dah keluarkan ayat lafaz soreh@sindiran sedangkan saya x niat pun nak cerai…

    suara2 was2 tu selalu dok kacau hati sampai jiwa pon kacau… bagi mengelakkan was2 beberapa saat selepas saya lafazkan (time termenung tu) orang perempuan xde xsyok gak…. maksudnya kalau bini aku balik kampung atau kursus… Saya yakin saya xda niat nak cerai atau apa cuma was-was tu masih lagi menyerang hati…

    Adakah lafaz talak terjadi? Mohon penerangan ustaz..

    Terima kasih

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      langsung tak jatuh talak.
      sudah pasti ia hanyalah gangguan setan.
      bukan kah awak kata ‘kalo tak de org pompuan tak syiok pulak’… kata2 ini bukan lafaz sorih dan bukan lafaz sindiran yg perlu niat.

  50. Assalamualaikum ustaz..
    suami saya telah memberitahu kawannya yg dia telah menceraikan saya. pada pandangan ustaz, jatuh tak talak. saya yakin suami menyatakan dengan niat. sebelum ni kami ada selisih paham dan saya tidak boleh bertahan dengan sikap suami. dia menyatakan sepanjang perkahwinan kami dia tidak pernah sayang kan saya dan sebab itu dia cari perempuan lain. dia juga menyatakan tunggu surat dari mahkamah.
    sekarang ini saya masih duduk sebumbung tidak sebilik. sekiranya talak telah pun jatuh. siapa yg patut meninggalkan rumah. saya ataupun suami.
    terima kasih

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      dalam kes seperti ini anda perlu lakukan berikut
      1. laporkan segera ke mahkmah syariah bagi dibuat kepastian dan pengesahan cerita kawan anda itu.
      2. tiada sesiapa yg perlu keluar dari rumah. hatta isteri yg telah sah ditalakkan pun tidak perlu keluar rumah hingga berakhir iddahnya.
      3. apa yg perlu anda lakukan ialah elak dari hubungan suami isteri hingga pihak mahkamah menasihati anda akan status aduan dan perkahwinan anda.

  51. Sy nk tnya..smlm ank sy jtuh dan suami sy marah lalu dia kata KALAU ANK JATUH SKALI LAGI AKU CERAIKAN KAU!! Adakah blh tarik balik kata2 suami sy 2

  52. Salam ustaz,sy ingin mendapatkn kepastian.ini kisah 9 tahun yg lepas.sy ada bergaduh dgn isteri.sy akui memang sy panas baran,kisah ni terjadi semasa isteri sy sedang hamil anak yg pertama,punca kami bergaduh disebabkan pakaian.sy ajak isteri keluar,dalam masa yg sama,sy tak suka isteri pakai pakaian tu,maklum la sy bkn org senang.apa yg ada pakai je la.sy rasa tertekan masa tu,gaji sy pn rendah tak mampu nk bg isteri pakai baju cantik macam org lain.lalu kami bergaduh besar,sy tak dapat mengawal kemarahan sy lalu memukul isteri berulang ulang kali.sy sedar ustaz,bila sy marah sy tak boleh control.walau berkali kali isteri suruh sy kawal emosi.isteri sy menangis.kemudian kemarahan sy sudah sampai tahap yg kritikal iaitu pada level kedua dan ketiga,sy pukul isteri lagi dan meludah muka isteri sy berulang ulang kali.sy tak sedar dengan perbuatan sy ustaz.sy dh tertekan sangat.sy dh hilang pertimbangan diri.hilang kawalan.sy tak sedar sape diri sy.isteri sy tak dapat menahan kesakitan lalu bertindak agresif dengan mengambil pisau di dapur ingin tikam sy.kemudian isteri bertindak memukul sy,kami berdua bagaikn dirasuk syaitan.isteri sy tertekan lalu memukul diri sendiri bagaikn dirasuk.bila melihat isteri dengan keadaan begitu,sy bertambah marah sakit hati dan benci melihat isteri sy.kemudian isteri sy hendak keluar rumah.isteri ckp nk pegi rumah orang tua nye.sy tak izinkan.sy ada ckp (KALAU NAK PEGI RUMAH MAK BAPAK KAU PERGI DENGAN AKU)isteri sy tak nak pergi takut sy mengamuk dekat rumah org tua nye.dalam pada masa yg sama sy masih tak dapat menahan kemarahan sy ustaz bertindak memukul lg ister sy walaupun isteri tak membalas.bila melihat wajah isteri,hati sy sakit dan benci.sy maki sy marah lg lalu isteri pn mengambil tangan sy seolah olah menyuruh cekik leher isteri sy dan cakap (BUNUH LAH AKU BUNUH LA BIAR PUAS HATI KAU)tapi sy tak cekik lalu isteri pn dh nk pengsan.walau melihat isteri begitu sy masih sakit hati benci dan tak dapat mengawal emosi kerna terlalu tertekan hilang pertimbangan diri.dalam hati sy bila melihat isteri masih memukul diri sendiri.dalam hati sy bercakap nk ugut isteri nk takutkn isteri dengan perkataan cerai sekiranye isteri tak diam kan diri.sy ada bgtau(KAU DIAM JANGAN BUAT MACAM TU)tetapi isteri masih bersikap memukul diri sendiri.dalam pada yg sama tanpa berfikir panjang sy hilang kewarasan sy hilang pertimbangan diri sy tak sedar apa yg sy cakap ustaz.sy terus pgi dekat isteri dan bercakap(AKU CERAIKAN KAU DENGAN TALAK TIGA SEKALI GUS)isteri sy terkejut dan sy tersedar dan bercakap dalam hati apa yg aku cakapkn ni.sy pergi ke isteri dan bercakap papa tak ada niat tak ada niat.isteri sy menangis.setelah itu dalam masa yg sama sy menyesal menyesal ustaz.sy tak tahu apa yg sy cakap.sy bagaikan dirasuk syaitan.sy tak tahu macam mana sy boleh bercakap macam tu.sy bab agama memang tak ada ilmu ustaz.masih mentah.kami memang mentah.sy harap ustaz dpt berikn jawapan.salam.

    1. Salam ustaz.maaf menganggu.sy kurang jelas dengan jawapan ustaz.
      Sy ada terbaca laman blog yg menyatakan(MEMANG ADA HADIS YG MEMBERITAHU BAHAWA MENJATUHKAN TALAK KETIKA MARAH TIDAK SAH,IA MERUJUK KEPADA MARAH KERTELALUAN SUAMI TERHADAP ISTERI SEHINGGAKN TIDAK TAHU APA YG DIPERKATAKAN)laman ini dr perkongsian dr masyitah.
      Jujur sy katakan,sy menganggap diri sy kertelaluan terhadap isteri.diri sy dikuasai oleh syaitan.
      Sy melafazkan cerai tanpa sy sedar.luar kawalan diri sy ustaz.sy tak sedar apa yg sy ckp.dlm kejadian itu isteri sy memberitahu seolah olah bkn diri sy.tetapi sy tidak peduli dengan kata2 isteri.tlg sy ustaz.salam

      1. Muhammad Haniff Hassan

        salam

        ulama berbeza pendapat tentang samada talak dalam bentuk marah jatuh atau tidak dan kalau jatuh, jatuh 1 atau 3 talak sekaligus.
        pendapat manakah yang berlaku dan digunapakai dalam konteks awak dan di negeri awak perlu ditentukan oleh mahkamah syariah di tempat awak, bukan individu atau pertubuhan.
        dr masyitah bercakap dalam konteks perbahasan ilmu fiqh, bukan dalam konteks kes yang benar2 berlaku seperti kes awak yang merupakan soal undang2, bukan soal hukum fiqh semata2.
        saya dah terangkan dalam artikel yang saya lampirkan.
        lapor pada mahkamah bukan bermakna, mahkamah mesti putus talak sudah jatuh, tapi mahkamah mempunyai kuasa dan proses utk menyelidik kes awak ini secara mendalam samada awak benar2 telah hilang akal hingga menyebabkan lafaz talak itu tidak sah atau sebaliknya.

    2. salam..ustaz sy ade kemuyskilan.sy masih dlm pantang dan ada perselisihan faham dgn suami sy.kerana sy berdegil ingin menghabiskn pantang sy dirumah ibu sy..tp suami sy x benarkn dah menyuruh sy balik kerumah sendri kerana ketika itu sy masih lg didlm wad.kemudian sejurus dpt keluar dr ward sy trus balik ke rumah ibu sy dan suami sy naik berang dan lafaz talak taklik yg brrbunyi ‘pada aku senang kalo ko balik rumah selain rumah sendiri aku sendiri akan talak kan kau’..setelah beberapa hari sy bertayakn adakah dia mmg ada niat utk ceraikn sy..dia berkata tidak kerana ketika itu dia sedang marah..jd apakah status sy waktu ini..

      1. Muhammad Haniff Hassan

        salam

        saya tak berani utk bagi pendapat dlm hal ini kerana kata2 itu bukan taklik.
        cuma ia samar2 antara kenyataan affirmative statement atau statement of intention.
        saya cadangkan awak tanya mahkamah syariah yg mempunyai kata putus dlm soal ini.
        saya hy berharap talak tdk jatuh.

          1. Muhammad Haniff Hassan

            salam

            jika suami lafazkan talak shj samada pd waktu iddah atau nifas, wajib laporkan ke mahkamah dgn segera.
            mahkamah yg akan putus jatuh atau tidak talak itu.

  53. Assalamualaikum ustaz.
    Sy nk tnya soalan pd ustz.sebelum ni sy dan suami ada bergaduh kdg2 suami suka pukul diri sendiri bila stress.sy menegur perbuatan dia.sy xsuka dia buat mcm tu. Lpas tu suami mlafazkan taklik mcm ni ‘kalo abg buat lg,jatuh talak’. Lama lpas tu.kami bergaduh pkara kecil shj.suami tiba2 memukul diri sendiri kerana tertekan.adakah jatuh talak?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      mengikut hukum fiqh, jatuh talak.
      saya nasihatkan anda rujukkan perkara ini segera ke mahkamah syariah utk disiasat lebih lanjut dan dibuat kepastian.

  54. salam,

    ape hukumnya kalau suami bergurau dengan kawan2 nya dengan mengatakan: “saya masih bujang dan sebab bujangla saya lepak kat sini” adakah jatuh talak terhadap isteri di rumah?

  55. Salam ustaz,

    Saya ada kemusykilan, sekiranya suami teringat akan peristiwa dia bertengkar dengan isterinya dan keluarla ayat.. aku memang tak boleh… maskudnya xboleh tahan dengan perangai isteri tetapi bukan niat nak cerai atau ape pun.. bila dah terjadi ayat begitu mula la jiwa tak tenteram. Adakah gangguan syaitan atau sifat was2 setan semua tu.. mohon ustaz jelaskan

    Terima kasih

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tak jatuh talak tanpa keraguan.
      saya berpendapat anda memerlukan rawatan bagi menangani was2 dan kebimbangan hingga menyebabkan anda tidak tenteram.
      hakikatnya anda bingung dan merasa bermasalah pada perkara yg sebenarnya bukan satu masalah pun pada kebanyakan orang dan tak puas hati dgn jawapan kecuali dari seorang ustaz adalah petanda yg perlu awak ambil peduli.
      dapatkanlah bantuan dari kaunselor sebelum ia menjadi lebih buruk dan menjejas hiudp anda dan keluarga anda.
      sila baca di http://haniff.sg/kemusykilan-agama/kemusykilan-agama-diserang-was-was/

  56. Salam…
    Sy bergaduh dgn isteri sy dlm sms..lalu dia cabar saya cerai kan dia..ayat nya mcm ni…(hang)hg cerai aku…dan sy balas aku cerai hg..sy tidak berniat..tp di hadapan hakim sy cakap berniat kerana nak jaga hati ibu bapa saya…hakim putus kan sah talak…sy tidak daftar cerai di pjbt agama dan masih tgl bersama isteri sbb sy yakin tidak berniat cerai kan isteri…apa patut saya buat ustaz?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      kata-kata itu adalah kata-kata talak yg jelas yg tak perlu pada niat. bahkan tetap jatuh, walau tidak berniat utk talak.
      mahkamah telah buat keputusan yg betul.
      apa yang awak perlu buat ialah:
      1. daftarkan cerai di pejabat agama dengan segera.
      2. jika anda dan isteri bersetuju utk rujuk, laporkan pada pejabat agama pada ketika anda ingin daftar cerai bahawa anda juga ingin merujuk.

      pejabat agama akan membantu anda urusan selanjutnya.
      ingat.. talak telah jatuh satu kali dan hanya tinggal dua sahaja. beringat2lah di masa hadapan.

      moga bermanfaat.

  57. Salam ustaz,

    Isteri saya pernah bertanyakan soalan mengenai kalau dia cerita mengenai kisah silam dia dengan bekas pakwe dia dia ada tanya ‘ abang ada terasa tak?” kemudian saya menjawab ‘kalau tak terasa apa-apa bukan suamila… (beberapa saat terdiam)…..memangla ada terasa…” saya xda niat nak cerai atau apa… adakah ia lafaz soreh atau kinayah? mohon bantuan ustaz…

  58. Muhammad Haniff Hassan

    salam

    tak jatuh talak kerana itu bukan lafaz talak baik secara soreh atau kinayah.

    1. Salam ustaz,

      Maaf menganggu ustaz lagi, saya ada kemukakan soalan diatas kepada seorang lagi ustaz, jawapan dia ialah : “itu lafaz kinayah.. perlukan niat cerai kalau nak jatuh cerai..” saya mohon jasa ustaz dalam penerangan ustaz tersebut. Saya yakin xde niat cerai semasa lafaz tu..

        1. Salam ustaz,

          Isteri saya pernah bertanyakan soalan mengenai kalau dia cerita mengenai kisah silam dia dengan bekas pakwe dia dia ada tanya ‘ abang ada terasa tak?” kemudian saya menjawab ‘kalau tak terasa apa-apa bukan suamila… (beberapa saat terdiam)…..memangla ada terasa…” saya xda niat nak cerai atau apa… adakah ia lafaz soreh atau kinayah? mohon bantuan ustaz

          (Soalan seperti diatas ini ustaz.)

          1. Muhammad Haniff Hassan

            saya dah jawab bahawa tak jatuh talak di atas tu.
            kalau pun ia lafaz kinayah, awak dah kata awak takde niat nak cerai. maka taklah jatuh talak, jika berdasarkan kata ustaz itu.
            adalah perkara biasa ada perbezaan pendapat dalam masalah seperti ini.
            terpulang pada awak nak ikut yg mana.
            apa pun kedua pendapat (saya dan ustaz tu) natijahnya sama tak jatuh talak juga.
            awak dah dapatkan rawatan?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      saya cadangkan anda rujuk kan masalah ini ke pihak mahkamah syariah utk buat hukum yg pasti mengenainya, samada kata2 berkenaan dianggap jatuh talak atau tidak.

  59. salam ustaz,

    Bagaimana pula jika suami isteri bergurau tiba-tiba si suami berkata “blah la hang”.. tanpa ada niat cerai, tiba-tiba ada bisikan atau lintasan hati ? adakah ia was-was sahaja ustaz?

  60. Muhammad Haniff Hassan

    salam

    tak jatuh talak.
    sebaiknya anda dapatkan rawatan perubatan berkaitan was2 yg selalu menggangu diri, jika tidak anda akan terus dihantui oleh persoalan2 yg sebenarnya bukan satu masalah.

  61. Assalam ustaz..
    Saya mahukan penjelasan ustaz adakah sah talak yg dilafazkan oleh suami setelah dipaksa oleh isteri pertama terhadap isteri kedua…utk makluman ustaz sy adalah isteri kedua d suami sy telah dipaksa oleh isteri pertama menandatangani surat lafaz cerai talak 3 sebaik saja saya melahirkan anak kerana pada masacitu sy sedang hamil dan akan melahirkan kira2 2 mnggu dr surat itu dibuat. yg dibuat oleh isteri pertama yg ditaip oleh seorg brbangsa cina yg merupakan pesuruhjaya sumpah…kalau suami sy tidak menandatangani surat tersebut isteri pertama mengugut suami utk mncederakan sy dan selalu mnggu saya dipejabat…juga mngugut suami utk memilih antara saya atau isteri pertama…suami sygkn ank2 dgn isteri prtama d telah sign surat itu tanpa mmbacanya dan dgn niat pn utk mnceraikan sy…suami sign surat itu didepan pesuruhjaya sumpah sbg saksi adlh utk memuaskan hati iateri pertama shj supaya isteri prtama tidak lg mnganggu sy dan sering memaki hamun sy dan suami…
    Adakah sah dan jatuh lafaz cerai talak 3 tersebut ustaz kerana sekarg saya telah pun melahirkan zuriat yg pertama dgn suami sy…saya sbnarnya adlh ibu tunggal anak 3 sebelum sy berkahwin dgn suami sekrg..suami pertama telah pn meninggal dan sy telah mmbesarkan ank2 sendiri dan apabila perkara ini berlaku disaat saya br sahaj mendapat zuriat dgn suami skrg saya pula diceraikan dgn talak 3 bukan niat sebenar suami tetapi atas paksaan d tuntutan drpd isteri pertama…mohon penjelasan ustaz..berharap sgt ustaz dpt mmberi pnjelasan yg benar…

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      segi undang2 dan hukum zahir, perbuatan itu dikira satu talak yg jelas.
      tiada pilihan bagi awak dalam hal ini kecuali melaporkan ke mahkamah kerana ia sudah menjadi persoalan undang2 dan bukan hanya perselisihan rumahtangga atau kemusykilan agama biasa.
      apabila perkara ini dibawa ke mahkamah, awak boleh hujahkan ke mahkamah bahawa suami awak lakukan atas dasar terpaksa bukan sukarela dgn disertakan bukti2 dan segala yg ebrkaitan rumahtangga awak.
      mahkamah akan memberi pertimbangan sewajarnya samada membenarkana hujah2 awak atau tidak.
      jika mahkamah dapati hujah2 awak benar, mahkamah mungkin akan menghukumkan tidak jatuh talak.
      jika tidak, maka talak jatuh berdasarkan kejelasan kata2 dalam dokumen itu.
      bagi membantu awak dalam behrujah, bolehlah pertimbangkan utk dapatkan khidmat peguam.
      sila baca di link di bawah kerana ia mengandungi masalah yg hampir sama

      http://haniff.sg/kemusykilan-agama/kemusykilan-agama-talak-3-kerana-marah-berita-harian-singapura-6-disember-2013/

  62. Salam,
    Nak tanye… 1. sekiranya suami berkata “kalo mcn nie, kita tak akan bersama”. Bila ditanye, suami kate takde niat cerai. Adakah jatuh talak?
    2. Satu lagi, de perkataan yang pernah disebut suami dirasakan oleh isteri sebagai lafaz talak, tetapi suami menafikannya, adakah jatih talak?

    Sekian. Terima kasih

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      1. tak jatuh talak jika takde niat.
      2. bergantung pada apa lafaz sebenarnya.

      1. Lafaznye lebih macam nie… kalo x ikut gi rumah kawan abg, kita tak akan bersama.. suami kata dia xde niat cerai cume nak ugut je. Isteri memang tak ikit sebab suami tu sendiri hantar isterinye pulang sebelum ke rumah kawannye.

        Terima kasih.

        1. Muhammad Haniff Hassan

          salam

          tak jatuh talak kerana tiada niat.
          tapi nasihatilah suami anda agar hentikan perbuatan sedemikian.

  63. salam ustaz.ingin bertya..baru2 nie saya bergaduh dgn suami..kemudian suami lafaz’aku cerai mu beruk’sah ke?jatuh ke talak ?

  64. salam ustaz..
    ingin btanya.. adakah jatuh talak jika suami menyebut “aku rasa aku tak boleh hidup dengan engkau lagi” dalam keadaan marah dan tiada niat utk mjatuhkan talak?
    terima kasih..

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tak jatuh talak kerana ia bukan lafaz yg jelas dan tidak berbenriat utk jatuhkan talak.

  65. Salam..sy nk tnya jika suami btkata pd sy abg dh ceraikan kamu dgn ayah pdahal dia ckp dgn ayah hnya nak berpisah,,jatuh ke talak?mgkin suami juga telah britau pada mak ayah nya dia dh ceraikan sy.lg satu psoalan..jatuhkah talak jika kwn suami btanya,kau dh cerai ke bini kau?kmudian suami menjawab aku dh cerai dh dia..lg satu kemushkilan.sahkah nikah sy jika dinikah kn mgkin kadi yg xbertauliah,ada wali,dua org saksi tp saksi pertama ada lah xadil dan org yg menguruskan pkahwinan sindiket kami..harap tjwb prsoalan sy..t.kasih

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      segi hukum agama, jatuh talak kerana lafaz itu walaupun tanpa niat atau dinyatakan pada org lain, bukan isteri.
      perlu dilaporkan pd mahkamah utk pengesahan dan kepastian.
      berkaitan kahwin sindiket, ia adalah perbuatan yg salah di sisi undang2 dan haram.
      nikah berkenaan tak sah di sisi undang2 dan tak boleh dianggap sah di sisi agama kecuali jika disahkan oleh mahkamah syariah atau penguasa agama setempat.
      sebab ia dihukum haram ialah, jika ia dibenarkan, ia akan menjadikan amalan perkahwinan dan rumahtangga tunggang langgang dan ini menjejas kepentingan umum dan membahayakan para isteri dan anak2 kerana mrk tidak terlindung oleh undang2.

  66. salam. .saya nak tanya. .saya pernah melafaz cerai kat isteri. .buat masa sekarang. .kami menunggu keputusan mahkhamah. .tetapi isteri mula curang. .jumpa lelaki secara senyap2. .bila saya tegur dia cakap saya tak ada hak lagi kat dia. .sedangkan mahkhamah belum membuat keputusan. .apa kah harus saya lakukan? ?ada kah saya perlu duduk diam diri menunggu keputusan mahkhamah. .buat masa sekarang kami duduk berasingan. .

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      perbuatan isteri anda itu tidak wajar kerana selagi kes anda belum diputuskan oleh mahkamah, selagi itu status perkahwinan anda berdua masih kekal.
      ia boleh dianggap nusyuz (derhaka atau curang).
      jika anda mempunyai bukti yang kukuh, anda boleh mengemukakan ke mahkamah apabila ia bersidang.
      ia mungkin tidak menjejas soal jatuh talak, tapi boleh menjadi pertimbangan mahkamah dalam soal2 lain i.e. jumlah mut`ah, nafkah iddah dan harta sepencarian.
      jika anda mempunyai peguam, anda perlu maklumkan perkara ini kepada peguam anda.

  67. Salam, ustaz, nak minta penjelasan samaada jatuh atau tidak talak jika, isteri sy berkata “kalau mcm ni perangai kau, kita bercerai jela senang, aku taknk duduk sini lagi!” Lepastu sy jwb, “ok,ikut kau lah nak pergi mana pon,berambus!” Tanpa niat untuk bercerai sekadar serabut shja. Dan bagaimana pula jika sy berkata ” kau pergi lah cr lelaki lain yg lebih senang dr aku,kau kahwin la lelaki lain,aku ni susah!” Tanpa niat bercerai,sekadar terasa hati.. apakah jatuh talak ? Mohon penjelasan.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      pertama sekali hentikanlah perbuatan yang seperti itu. mengapakah setiap kali gaduh mesti membangkitkan soal cerai? jika anda berdua tidak hentikan tabiat ini, satu hari anda akan menyesal dan pada ketika itu tiada peluang lain. baca di sini http://haniff.sg/kemusykilan-agama/kemusykilan-agama-talak-3-kerana-marah-berita-harian-singapura-6-disember-2013/

      berkaitan soalan yg ditanya, kesemua kata2 itu tidak menjatuhkan talak selama tiada niat utk menjatuhkannya.

      moga bermanfaat.

  68. Salam ustaz,
    Suami berkata kepada isteri ”aku bukan laki kau lagi'”… adakah ini jatuh talak….

  69. salam ustaz…saya nak mintak penjelasan dari ustaz..jika suami sya ada melafazkn..jika saya balik rumah mertua..akan jatuh talak 3 ke atas sya…sejak dia lafaz hingga hari nie saya belum balik rumah mertua..suami sya lafaz mcm tu sbb dia dlm keadaan tertekan sbb ada berlaku pergaduhan antara saya dgn dia…skg suami saya menyesal dengan kata-kata dia tu..skg kami buntu mcm mane cara nak selesai masalah nie..sya menghadapi kesukaran utk ke rumah mertua saya…adakah cara yg boleh menyelesaikan masalah kami nie?sya minta bantuan dari ustaz….BANTULAH SAYA……

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      apa yang suami anda ucapkan adalah talak bertaklik.
      talak tidak jatuh selama mana syarat talak itu tidak dilakukan.
      oleh kerana anda masih belum melakukan syarat itu, maka talak belum jatuh.
      tapi jika awak telah pergi ke rumah ibu awak atas apa sebab sekalipun, jatuhlah talak walau suami sudah tidak marah atau halang.
      cara atasi masalah ini ialah dengan suami menarik balik kata-katanya itu dengan berkata seperti, “saya tarik balik kata-kata saya yang menjatuhkan talak jika isteri saya pergi kerumah ibunya. dengan ini kata-kata saya itu terbatal.”
      ambillah pelajaran dari insidein ini iaitu janga sekali2 melibatkan soal cerai dan talak apabila bergaduh dan marah.
      jika tidak, satu hari mungkin akan menyesal.
      lihat di http://haniff.sg/kemusykilan-agama/kemusykilan-agama-talak-3-kerana-marah-berita-harian-singapura-6-disember-2013/

        1. Muhammad Haniff Hassan

          salam

          saya berpegang pada pendapat yg membolehkan taklik ditarik balik.
          jika awak nak berpegang pada pendapat yg tidak boleh, tak mengapa.
          tapi sampai bila2 awak tak boleh pergi rumah ibu awak jika awak tak mahu jatuh talak.
          kalau nak lebih kepastian, bawakan kes awak ni ke mahkamah syariah utk penyelesaian yg lebih tuntas.

  70. Salam ustaz, rakan sy ada bertanya kpd sy, adakah jatuh talak jika berkata “aku ceraikan mu” dalam keadaan marah dan sakit akibat dibaling objek keras di kepala oleh si isteri? Rakan sy didesak oleh isteri supaya diceraikan, tp rakan bt tak tahu sehinggakan isterinya membaling objek keras kepdnya lalu dia mengeluarkan lafaz sorih tersebut. Adakah jatuh talak? Kemudian,rakan sy terus merujuk isterinya kembali dgn lafaz “abg rujuk syg semula” jika talak tersebut telah jatuh adakah sah rujuk tersebut? Terima kasih.

  71. Rakan sy mengeluarkn lafaz sorih tersebut akibat terkejut,sakit , dlm keadaan marah dan didesak oleh isterinya supaya menceraikannya.bagaimana pandangan ustaz?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      dari segi hukum, lafaz itu adalah lafaz sarih yg menjatuhkan talak, walau pun tidak berniat untuk menjatuhkannya.
      persoalannya ialah samada talak berkenaan tetap jatuh atau tidak dalam keadaan marah, adalah isu yg perlu diputuskan oleh mahkamah.
      untuk penerangan terperinci, baca di http://haniff.sg/kemusykilan-agama/kemusykilan-agama-talak-3-kerana-marah-berita-harian-singapura-6-disember-2013/
      kawan anda perlu melaporkan insiden ini kepada mahkamah utk diperbuat kepastian dari segi jatuhnya talak dan berlakunya rujuk.

  72. Ustaz, rakan sy dalam dilema, hal ni dah berlaku 3 bulan yg lalu.. sy dh nasihatkan supaya dia buat laporan ke mahkamah,tp sekarang dia dlm dilema kerana dia ada melakukan jimak bersama isterinya dan dikhuatiri jika rujuk tersebut tidak sah mcm mana ustaz? Bukan kah itu jadi berzina? Rakan sy cuma mahu tahu samaada sah atau tidak rujuk tersebut..rakan sy hari2 memikirkan hal tersebut sehingga tiada kekuatan untuk laporkan ke mahkamah.. adakah rujuk itu sah ustaz? Sy pon nak terangkan kpd dia,sy pon tak tahu mengenai talak ni ustaz..yg sy tahu talak yg rakan jatuhkan itu jatuh kerana talak sorih

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      sebab tu lah kena lapor ke mahkamah.
      mahkamah tahu camne nak selesaikan perkara itu dan tolong dia.
      keje mahkamah bukan tukang ceraikan orang, tapi selesaikan masalah rumhtangga orang.

      dari segi hukum, camni
      1. talak dia tu jatuh
      2. dia nak rujuk, boleh di sahkan. tapi hukumnya talak tetap dah jatuh 1, tinggal 2.
      3. kalau dia jimak lepas rujuk, tu tak dinamakan zina.
      4. kalau rujuk tu tak sah, mungkin hukumnya bukan zina, tapi dinamakan persetubuhan yg syubhat.

      apa pun, benda ni kena lapor kat mahkamah. mahkamah akan beri keputusan terakhir apa yg saya sebutkan di atas.

      jangan degil cakap kat dia…. kalo tak lapor lebih bahaya dan berat hukumnya. nanti kena penampor buaya oleh hakim, saya tak tahu

      pasni jgn ikut nafsu marah.

      nak jadi laki, kena kuat dan kawal perasaan.

  73. salam.ustaz..sy ad soalan..
    sy bgaduh dgn husbnd sb dpt tau dia bcinta dgn pmpuan lain,dia xngaku tp pmpuan tu ngaku..sy btnye dgn pmpuan tu sndiri n suami dpt tau,pmpuan tu gtau. suami tlh sms sy ckp” klu ko malukan ak skali lg jatuh talak 1″..tp ble pmpuan tu da tglkn dia,dia b’baik smla dgn sy n dia ckp dh insaf,dia nk trik balik kate2 dia..
    soalan sy, blh kah suami tarik blik kata2 dia sb dia ckp mse dia sms dia tgh marah
    soalan ke 2.mase bgaduh,sy baling hpn n tputus talian..ble sy on smla hpn ad msg dia tlis jwb tpn@ cerai…tp xlame lpas tu dpt call smla..adakah jatuh talak terhadap sy?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      1. lafaz itu dikategorikan sebagai lafaz talak bertaklik yg mana jatuhnya talak hanya apabila berlaku syarat yg disebutkan. lafaz itu ekkal berkuatkuasa sehingga suami menarik balik kata-kata itu.

      2. tidak jatuh talak disebabkan sms yg mengandungi kata2 yg tidak jelas seperti itu kecuali si suami benriat menjatuhkan talak.

      walau bagaimana pun suami puan perlu dinasihat kerana tingkah laku dia menjalin hubungan dengan perempuan lain dan mudah mengucapkan kata2 talak ketika marah adalah sesuatu yg tercela.

      jika tidak diubah, satu hari akan melakukan sesuatu yg boleh akibatkan penyesalan.

  74. salam

    saya telah bergaduh dengan suami di dalam msg. Suami saya telah mengatakan “i don’t want to hear anything from you anymore!!!!” persoalan saya, adakah telah jatuh talak dengan ayat tersebut?

    terima kasih.

  75. salam

    saya telah bergaduh dengan suami di dalam msg. Suami saya telah mengatakan “i don’t want to hear anything from you anymore!!!!” persoalan saya, adakah telah jatuh talak dengan ayat tersebut? Memandangkan kami tinggal berjauhan.

    terima kasih.

  76. Salam, sekiranye lafaz suami “kalo tak ikut gi rumah kawan abg, kita tak akan bersama tau. Jatuh talak tak? Suami telah bersumpah dia takde niat cerai cume nak mengugut. Isteri memang tak ikut sebab suami telah hantar isteri pulang rumah sebelum ke rumah kawannye.

    Mohon pencerahan. Terima kasih.

  77. Assalamualaikum ustaz…sy ingin mndapatkan kepastian sama ada sah atau tidak perceraian itu disebabkan ugutan dr si isteri akan mencederakan diri dan ugut utk gugurkan kandungan..dan si suami dlm keadaan terpaksa mlafazkan cerai kpd si isteri..dan akhirnya si isteri menyesal atas perbuatan dia.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      jika suami telah melafazkan talak dgn jelas, ia wajib dilaporkan ke mahkamah.
      contoh kata2 yg menjatuhkan talak secara jelas iala, “saya talakkan awak.”, “saya ceraikan awak.”, “awak telah tertalak dari saya”.
      mahkamah yg akan putuskan samada talak sah dan berkuatkuasa atau faktor ugutan/paksaan diterimapakai utk membatalkannya.
      lihat masalah yg hampir serupa http://haniff.sg/kemusykilan-agama/kemusykilan-agama-talak-3-kerana-marah-berita-harian-singapura-6-disember-2013/

  78. Salam ustaz,

    Saya ada membuat pertanyaan semalam, hari ini suami saya telah menaikkan status di media elektronik dengan ayat begini ” u cross the border already and point of no return” jadi bagaimanalah ustaz? Adakah telah jatuh talak bagi saya?

    Terima kasih.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      pernyataan itu bukan pernyataan yg menjatuhkan talak.
      talak hanya jatuh dengan pernyataan itu jika si suami mmg berniat utk menjatuhkan talak dengannya.
      pilihan awak ialah
      a) ignore penyataan itu hingga suami sendiri yg menjelaskannya, ertinya keadaan adalah status qou
      b) minta penjelasan dari suami. jika dia mmg niat jatuhkan talak, adukan segera ke mahkamah syariah utk pengesahan. jika dia kata tidak, terima kata2 itu seadanya.

      1. salam ustaz,

        saya dalam dilema sekarang ni.. sebenarnya saya adalah isteri kedua, kami telah menikah di siam dan kami masih belum mendaftarkan pernikahan tersebut di sini.. disebabkan pergaduhan tersebut, suami saya telah mendiamkan diri.. segala msg dan call tidak berjawab. Umpamanya saya sekarang ‘gantung x bertali’. Saya buntu, jalan apa yang perlu saya ambil..

        1. Muhammad Haniff Hassan

          salam

          inilah risikonya kalau kahwin di luar negeri tanpa didaftarkan di negara tempat tinggal.
          lebih buruk lagi, jika perkahwinan ini tiada dokumen yg sah sama sekali atau dilakukan oleh pihak yg tidak diakui oleh negara puan.
          saya bersimpati atas nasib puan, tapi pada waktu yg sama puan harus terima hakikat, “berani buat, beranilah juga tanggung risiko”.
          oleh itu, beringat2lah dan ambil pelajaran.
          nasihat saya ialah:
          a) jumpa peguam utk dapatkan nasihat di tempat puan. masalah ini memerlukan pengetahuan ttg selok belok pentadbiran hukum di negara puan utk diselesaikan.
          b) dapatkan bantuan nasihat dari mana2 badan sosial yg dapat membantu.
          c) jika puan ada menyimpan sijil nikah, pergi ke mahkamah syariah / pejabat untuk mohon pendaftaran. mungkin pegawai di sana boleh beri nasihat lanjut.

          1. Terima kasih ustaz, segala dokumen ada pada saya. cuma sijil pernikahan pertama saja yang tak ada.

  79. Salam ustaz.. sy dn suami skrg dlm proses penceraian di mana suami mmfailkn penceraian pd saye. Ketika proses pnceraian tu kami telah bersame ttp slps itu ade insiden kami bergaduh dn suami ade mnyebut ‘aku ceraikn kau dgn talak 3’.. ketika rujuk pade pej. Agame kes ni disekalikn dgn fail penceraian pertame.. dn bile rujuk tuan hakim.. hakim begitu mrh kn suami sy kerane melafazkn cerai dluar mhkmh ketika kes msih berjalan.. dn kes kami bertangguh lagi smpai bln 5..utk menunggu sampai bln 5 kami byk bergaduh.. suami mrhkn sy katenye sy yg x mmpertahankn rmhtgge.dn suami bgtau pade sy die melafazkn talak 3tu niatnye bertaqliq.. kerane tertinggal perkataan ‘akan ‘..adekah sy ni sudah jatuh talak 3?dn skrg suami cube mndesak saye utk mnggauli sy.. sy tolak dgn care elok sbb sy tau diri sy sudah d talak 3 ..dn sy musykil ttg status diri sy ketika ini.. adekah benar talak 3tu sudah jatuh?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      oleh kerana anda dan suami sudah pun dalam proses cerai dan sudah daftar kes di mahkamah dan mahkamah pun sudah tahu akan insiden kedua (lafaz talak 3), maka mahkamahlah yg akan putuskan isu2 berikut:
      a) adakah sah talak pertama?
      b) adakah berlaku rujuk apabila anda bersama semula?
      c) adakah jatuh pula talak 3 yg diucapkan pada insiden kedua?

      pihak2 bukan mahkamah tidak seharusnya memberi komen apa2 secara khusus berkaitan kes anda ini.
      sehingga mahkamah memberi kata putus tentang status perkahwinan anda, anda wajib menahan diri dari berhubungan suami isteri.
      keengganan anda melayan permintaan suami tidak boleh dianggap sebagai derhaka dan salah di sisi agama.
      jika suami tetap memaksa, anda boleh adukannya kepada mahkamah dan pohon arahan perlindungan (protection order).

      secara umum dari segi teori dan tanpa prejudis terhadap mana2 pihak, apabila seorang suami melafazkan kata2 “aku ceraikan kau dengan talak 3”, jatulah talak itu, walau suami dakwa takde niat utk jatuhkan talak (kerana lafaz itu bukan lafaz yg perlu niat).
      lafaz berkenaan bukan lafaz taklik, maka tak berlaku hukum taklik.
      ketiadaan perkataan “akan” tidak memberi kesan pada hukum yg saya nyatakan di atas.

      apa pun, hukum terakhir dalam konteks kes anda, adalah di tangan mahkamah seperti yg saya katakan.

      moga bermanfaat.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      ya.. dgn itu mahkamah perlu putuskan pula samada pernyataan sedemikian melalui sms dikira sah utk jatuhkan talak

  80. Maaf ustaz… sekiranya suami menggauli saya Tampa kerelaan saya..says perTahankan diri saya.suami angkat tangan pada saya.. ape perlu saya lakukan?perlukah sy dptkn perintah mahkamah atau report polis?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      awak boleh buat laporan polis dan laporan perubatan sebagai bukti. setelah itu awak boleh dapatkan perlindungan dari keganasan rumahtangga dari mahkamah.
      persoalaannya saya tak pasti dalam konteks negara awak mahkamah mana yg dapat keluarkan perintah perlindungan; samada mahkamah syariah atau mahkamah sivil.
      sebaiknya awak tanyakan pada peguam.
      jika kes awak sudah dalam proses perbicaraan di mahakmah syariah, sebaiknya awak dapatkan khidmat peguam.

  81. Salam ustaz, saya ingin bertanya , kalau masa kami suami isteri bergaduh , suami ada bercakap kau bukan isteri aku , adakah ia jatuh talak.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tak jatuh talak kecuali jika si suami ada niat utk menjatuhkan talak.

      1. SALAM USTAZ,
        SAYA NAK BERTANYA ADAKAH BERDOSA SUAMI JIKA MENYUSAHKAN ISTERI,YAKNI,MENGGUNAKAN DUIT ISTERI DENGAN MEMAKSANYA UNTUK MMBANTU DALAM RUMAH TANGGA SEDANGKAN DIA MAMPU TETAPI BERKIRA DAN TIDAK PUAS HATI PADA SI ISTERI ,DAN SUAMI JUGA MELARANG ISTERI MEMBERI DUIT PADA IBUNYA SEDANGAKAN DUIT ITU ADALAH DUIT HASIL KERJA ISTERI,ADAKAH BERDOSA ISTERI JIKA TIDAK MAHU MEMBERIKAN DAN MENGENDAHKAN LARANGAN SUAMI ITU TADI?
        SI SUAMI JUGA MENGGUNAKAN SEBAB BAHAWA DIA PUN TIDAK MEMBERIKAN DUIT PADA MAK AYAHNYA,SEDANGKAN MAK AYAHNYA BERKERJAYA,DAN HAL RUMAH TANGGA SENDIRI TIDAK MENCUKUPI,BUKANKAH TIDAK WAJIB BAGINYA MEMBERI DUIT PADA ORANG TUANYA SEDANGKAN RUMAHTANGGA TUNGGANG LANGGANG DAN HANYA TAHU MENYUSAHKAN ISTERI SEHINGGA SANGGUP MEMASTIKAN DUIT DALAM SIMPANAN ISTERI KOSONG MANAKALA DIA,ADA DENGAN MENIPU BAHAWA DIA X ADA DUIT LAGI,BILA MEMENUHI KEPERLUAN RUMAH DAN ISTERI DUIT XDA,BILA KEPERLUAN PERIBADI NYA DUIT ADA,BERDOSAKAH SUAMI?
        APAKAH HAK YANG ADA PADA ISTERI BILA SUAMI SELALU MEMAKI HAMUN SEPERTI “BABI”,PEREMPUAN BODOH” “XGUNA”DAN MACAM2 LAGI.
        KES DIATAS ADALAH BERSABIT DENGAN DIRI SAYA.
        BERDOSAKAH SUAMI BILA MEMPERKECILKAN PENGETAHUAN AGAM ISTERI DENGAN BERKATA”AKU DA PERGI UMRAH DA COMPOM2 AKU LAGI TAHU AGAMA,KAU PERNAH,SAMPAI PUN BELUM,JADI JANGAN NAK MENGAJAR BAB AGMA”SEDANGKAN KEPINCANGAN DLM DIRINYA BANYAK SANGAT.

        1. Muhammad Haniff Hassan

          salam

          perbuatan suami menyusahkan isteri dengan memakan harta isteri dan menyuruh isteri bekerja sedangkan dia mampu utk menafkahi keluarga adalah salah di sisi agama kerana ia satu bentuk pengabaian tanggungjawab dan abuse, kecualilah jika isteri lakukan atas kerelaan.

          begitu juga perbuatan suami memaki hamun isteri adalah salah dan bertentangan dengan perintah nabi yg berbunyi.
          lihat ayat2 quran dan hadis berkaitan kewajiban suami melayan isteri dgn baik, http://qolbuxu.blogspot.sg/2012/03/kewajiban-suami-terhadap-istri.html
          setahu saya, setiap nikah di negara puan akan dilakuakn secara bertaklik iaitu suami akan menyatakan syarat-syarat pernikahan yg antaranya dia tidak boleh mendera isteri baik secara fisikal atau emosi dan menjatuhkan maruah isteri.
          perbuatan sedemikian merupakan pelanggaran pada syarat nikahnya dan boleh diadukan ke mahkamah.
          saya cadangakan agar puan adukan masalah puan ke mahkamah atau pejabat agama agar suami puan dapat dinasihati dan masalah puan dapat ditangani dgn lebih berkesan.

          moga bermanfaat

          1. TERIMA KASIH USTAZ,TAPI ADAKAH TALAK JATUH SEKIRANYA SAYA PERGI MENDAPATKAN NASIHAT DAN ADUAN DIMAHKAMAH?SEBAB SAYA PERNAH MENGAJAK SUAMI KE PEJABAT AGAMA UNTUK MENDAPATAKAN NASIHAT TETAPI BELIAU MENOLAK CADANGAN SAYA DAN MENGATAKAN SEKIRANYA DIA DAN SAYA PERGI JUGA KE PEJABATA AGMA,DIA AKAN CERAIKAN SAYA DAN TALAK JATUH KATANYA,ADAKAH AKAN JATUH TALAK TERSEBUT BILA SAYA AMBIL TINDAKAN DIATAS?

          2. Muhammad Haniff Hassan

            salam

            apa yg beliau lakukan sangat tidak bertanggungjawab bahkan satu penderaan.
            saya cadangkan anda tetap laporkan masalah anda kepada pihak mahkamah dan biarkan mahkamah yg putuskan samada talak jatuh atau tidak.
            secara teknikal kata2 seperti itu mmg dinamakan taklik dan jatuh talak jika syarat berkenaan dipenuhi.
            tapi mengadu ke mahkamah adalah hak asasi isteri.
            kalau suami bertindak sampai melafazkan taklik talak jika isteri pergi ke mahkamah, ini sudah dikira melampau.
            apatah lagi jika suami itu tidak bertanggungjawab dan sengaja ingin mendera isteri.
            mudarat dari isteri tidak ke mahkamah lebih besar dari bimbang jatuhnya talak.

            moga bermanfaat.

  82. ustaz, saya ada pertanyaan untuk kawan saya. mereka suami isteri bergaduh… lepas bergaduh masing2 senyap…lepas tu si suami sms mengatakan “lebih baik kita berpisah cara baik”..isnin i pergi mahkamah…si isteri bertanya semula.. “betul ni u nak berpisah dengan i ?..i sayang u’..lepas tu si suami balas ” i dah fikir masak2 n i dah tak nak”…adakah jatuh talak?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tak jatuh talak kerana ia hanya menyatakan keinginan utk cerai bukan menjatuhkan talak.

  83. salam ustaz
    -saya mohon pencerahan daripada ustaz berkenaan hukum suami tidak membenarkan isteri berhubung dengan keluarganya(keluarga isteri)sama ada bertanya khabar atau pun sebaliknya,dan -adakah talakjatuh apabila suami berkata seperti ini”sekiranya kau berhubung dengan keluarga tak kira adik beradik sekali pun aku anggap kau yg berniat memutuskan hubugan suami isteri ini,aku jatuh talak keatas kau walaupun kau curi2 berhubung”.
    -sterusnya keutamaan suami sebenarnya pada isteri mahupun keluarganya?
    -apakah yang dikatakan taat pada suami,adakah walau bersuara sedikit pun pada suami(menjawab atas sebab nak tegakkan kebenaran/membela diri)dikatakan tidak taat?
    -apa tanggugan kesalahan suami sekiranya dia menuduh isteri curang tanpa bukti dan yakin isteri akan curang walaupun tidak ada bukti yang kukuh.
    -apakah yang isteri patut buat ,bila suami bekehendakkan jangan buat apa yg tidak disukainya,persoalannya ada tak spesefik tertentu apa yang patut dipatuhi?
    saya simpati pada sahabat saya ,dia mengalami situasi ini,hari2 ada bebanan yang ditanggung,pada mulanya perkahwinan mereka tidak dapat restu belah suami tapi belah sahabat saya tidak ada masalah dan perkahwinan mereka dijalankan dengan baik,untuk tempoh beberapa bulan barula keluarga belah suaminya menerima sahabat say itu sebagai menantu,tetapi bapak mertuanya masih belum boleh terima dia.suaminya xpernah berhenti meletakkan kesalahan kehidupanya yang dibebani masalah adalah disebabkan sahabat saya,walhal kahwin atas kehendak suaminya yg bersungguh sampai sanggup pergi seorang diri bertemu mak sahabat saya tanpa ditemani keluagra belah suaminya.selain itu suami sahabat saya ini juga hanya mendengar kata ibunya,kalau ibunya kata apa pun dia hanya mengikut dan tidak pernah fikirkan persaan sahabat saya.berkawan pun turur dihalang,sahabat saya berkeja satu jabatan dengan saya hanya pada waktu bekerja sahajala dia dapat berhubung dengan saya.saya selaku sahabat hanya mampu nasihat sahaja setakat yang saya tahu,xlebih sebab saya pun tidak tahu hukum2 ni,sahabat saya mengadu tidak tahan dengan sikap suami tapi masa yang sama bila kami disini menasihatinya pergi ke jabatan agama terdekat dia menolak ,sahabat saya takut dan tidak mahu penceraian,kami disini tidak tahu nak bagi nasihat apa lagi,cukup simpati dengan perubahan hidupnya sekarang berbanding semasa dia bujang dahulu.minta sedikit penjelasan dai ustaz,untuk saya sampaikan pada sahabat saya,saya tak tahu nak kata apa lagi pada dia.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      1. perbuatan suami yg sedemikian tidak wajar kerana ia berlawanan dengan larangan memutus silaturahmi kecuali jika mmg ada alasan yg dibenarkan oleh agama. kalau hanya setakat memenuhi permintaan sumai tanpa alasan munasabah, ia dicela agama. namun lafaz itu dianggap taklik, jika dilanggar jatuhlah talak. huraiannya, adukan ke mahkamah syariah utk minta bantuan atau minta suami tarik balik kata2 itu.

      2. berkaitan kewajiban isteri/suami kepada keluarga dan pasangannya
      lihat juga di
      http://haniff.sg/kemusykilan-agama/kemusykilan-agama-bang-kenapa-tak-bantu-ibu-bapa-saya-berita-harian-singapura-6-september-2013/
      http://haniff.sg/kemusykilan-agama/kemusykilan-agama-tanggungjawab-anak-perempuan-kepada-ibubapa-setelah-berkahwin/
      http://abahyasir.com/2014/02/23/ibu-atau-keluarga-mana-lebih-utama/#more-1997

      3. tidak, baca hadis di sini http://sebarkanbahagia.blogspot.sg/2011/07/suami-hebat-suami-penyabar.html dan tidak wjaib lakukan suruhan suami yg bercanggah dengan agama (cuma hendaklah dilakuakn dengan cara yg berhikmah).

      4. suami tuduh isteri curang tanpa bukti adalah dosa.

      5. islam tidak menjadikan siteri seperti robot yg perlu taat buta suami. baca artikel di atas. islam anjurkan suami berbincang dalam soal rumahtangga. hatta dalam soal penyusuan bayi pun di suruh bebrincang. lihat 2:233 dan 65:6. suami yg baik dalam islam tidak seharusnya bersifat otoritarian.

      nasihat saya utk kawan anda
      a) pergi jabatan agama utk dapatkan kauseling, pergi jabatan agama atau mahkamah syariah bukan mesti utk cerai. kerja jab. agama dan mahkamah bukan utk ceraikan org tapi utk selamatkan rumhatngga dari cerai. dapatkan bantuan jab. agama bagus kerana biasanya suami akan datang apabila dipanggil berbanding kalau kaunseling oleh badan sosial.
      b) jika tak selesa dengan (a), dapatkan khidmat kausneling dari badan2 sosial. sebaiknya dgn suami. kalau tak pun sendirian. paling kurang dapat meringankan beban perasaan dan dapat nashita lebih baik.

      moga bermanfaat

  84. Salam ustaz…
    Apakah jatuh talak sekiranya ketika bergaduh suami hilang pertimbangan, terlepas cakap dan melafazkan ” KALAU KO BERCAKAP LAGI JATUH TALAK” sedangkan isterinya bukan seorang yg bisu. Isteri yg tidak faham dan juga dalam keadaan marah telah membuka mulut bertanya, MAKSUD ABANG SELAMA-LAMANYA SEPANJANG JADI ISTERI ABANG SAYA TAK BOLEH BERCAKAP? Selepas itu suami menerangan dia berniat supaya isterinya diam sedangkan mereka tetap bergaduh selepas lafaz tersebut. Apakah hukum talak ini ustaz? Mohon pencerahan. Terima kasih.

    1. Maaf ustaz, sedikit penerangan kepada soalan tadi, suami menerangkan selepas pergaduhan tidak lagi terlalu tegang namun masih marah, dia hanya berniat supaya iserinya diam bukan mahu bercerai. Adaka ini tergolong dalam lafaz kinayah?

      1. Muhammad Haniff Hassan

        salam

        ikut hukum fiqh (bukan undang-undang), lafaz berkenaan adalah lafaz talak secara taklik, bukan talak kinayah.
        talak jatuh jika isteri melakukan syarat yg dikaitkan dgn talak iaitu bercakap setelah itu, walaupun jika suami tiada niat atau bertujuan utk mendiamkan isteri.
        perbuatan suami sedemikian atas tujuan apa pun, satu perbuatan yg tidak wajar dan pelru ditegur.
        nasihat saya ialah utk diadukan insiden ini ke mahkamah syariah bagi memutuskan status pernikahan ini secara undang2, samada talak benar2 jatuh.
        saya harap mahkamah bertanggapan saya salah dal hal ini agar pasangan ini tidak pelru melalui proses perceraian bagi meneruskan kehidupan mereka.
        aduan ke mahkamah juga penting supaya kededua pasangan ini dapat dinasihati bagaiamana menangani konflik rumahtangga agar hingga melakukan sesuatu yg akan disesali kemudian.
        lihat di http://haniff.sg/kemusykilan-agama/kemusykilan-agama-talak-3-kerana-marah-berita-harian-singapura-6-disember-2013/
        moga bermanfaat.

        1. Terima kasih ustaz. Satu lagi setelah ditanya, isteri menyatakan bahawa dirinya dalam keadaan haram ditalak, selepas suci ada bersama suaminya. Adakah talak tersebut jatuh dalam talak bid’i? Apa hukumnya talak dlm keadaan isteri haram dijatuhkan talak, adakah telah jatuh talak berkenaan atau akan jatuh setelah isteri suci lagi sekali? Sy bertanya kerana ada kes yg pihak mahkamai minta pasangan balik dan datang semula kerana dikatakan tidah jatuh talak ketika isteri dalam haid (waktu haram). Saya ada terbaca hadis shahih tentang ini. Apakah talak dalam keadaan ini boleh ditarik balik?… Mohon pencerahan ustaz, terima kasih…

          1. Muhammad Haniff Hassan

            salam

            benar ttg talak bid`ii dan hadis mengenainya.
            tapi terdapat pelbagai tafsiran dan pendapat ulama dalam hal ini.
            oleh itu, haram ditalak bukan bermakna tak jatuh talak.
            talak boleh jatuh, cuma berdosa.
            kuasa utk guna pedapat dan keputusan akhir di tangan mahkamah.
            dulu mahkamah mungkin ada buat keputusan kes bahawa talak tak jatuh, tapi tak bermakna dalam kes ini talak tak jatuh juga.
            setiap kes berbeza kerana fakta2 tertentu.
            mahkamah syariah pula berbeza dengan mahkamah sivil = ia tak wajib terikat dengan prinsip ‘precedent binding’.
            oleh itu, wajib rujuk ke mahkamah utk dapatkan keputusan akhir.
            saya tak boleh tetapkan hukum apa yg berlaku bagi insiden ini.

  85. salam ustaz
    boleh tak ustza tolong terangkan pada saya apa hukum bagi sesorang lelaki yang menjalinkan hubungan sejenis(gay) dan boleh kah sekiranya yang terlibat memeiliki anak perempuan yang hendak berkahwin ,bolehka yang terlibat tadi menjadi wali?
    -adakah orang2 yg telah tahu akan perbuatan tersebut turut tanggung dosa?
    -apakah kaedah yg boleh diambil untuk memastikan yg terlibat betul2 telah berubah dan sekiranya bertaubat adakah masih boleh diterima oleh Allah?
    mohon penerangan.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      baca di
      http://haniff.sg/kemusykilan-agama/islam-dan-amalan-homoseksual/

      http://abahyasir.com/2014/02/28/menyingkap-trend-lgbt-dan-sikap-yang-sewajarnya-dalam-menanganinya/

      http://abahyasir.com/2014/02/28/menyingkap-trend-lgbt-dan-sikap-yang-sewajarnya-dalam-menanganinya-bahagian-kedua/

      http://abahyasir.com/2009/06/19/homoseksual-bahagian-pertama/

      http://abahyasir.com/2009/06/20/homoseksual-bahagian-kedua/

      http://abahyasir.com/2009/05/01/gay/

  86. assalammualaikum ustaz..pada 13februari 2014..saya dan suami ade selisih faham..kami bergaduh..kemudian suami ade cakap “lepas abis pantang ni kita cerai” mase suami lafaz tu..saya belum bersalin masa tu saya mengandung 9 bulan.kemudian saya bersalin pada 27 februari 2014..sekarang saya dah nak abis pantang..jadi ape hukum lafaz suami dan ape perlu saya buat.adakah saya kena keluar rumah lepas abis pantang ni??minta penjelasan ustaz..

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      jika pada ketika dia melafazkan kata2 itu dia mmg berniat mengucapkan talak secara bertaklik, maka jatuhlah talak selepas habis pantang.
      jika tidak, tidak jatuh kerana pada kebiasaannya lafaz berkenaan memberi makna keinginan utk menceraikan isteri selepas pantang, bukan mentaklik talak.
      anda perlu bertanya suami anda apa niat dia ketika melafazkan kata2 itu.
      jika dia kata yg pertama, anda perlu melaporkan perkara itu ke mahkamah syariah utk dapatkan pengesahan samada talak benar jatuh atau tidak.

      moga bermanfaat.

  87. sya masih dlm edah lbih kurang 2minggu.5ari lpas sya dn suami melakukn hbungan shinga ari ni kami melakukn 3kali.mulanye sya menolak krana tk nk rujuk utk smentara waktu.tpi dia tnya syng dia tk dn nk rujuk smula tk.jdi bru sya stuju dn melakukn hbungan.jdi sya nk thu adekh ini dikira rujuk.kerana selepas itu dia kta dia tk de niat utk rujuk.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      perbuatan suami anda adalah tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri.
      tindakan segera yg perlu anda buat ialah melaporkan perkara ini ke mahkamah kerana kes anda sudah menjadi kes mahkamah.
      hanya mahkamah yg boleh putuskan samada rujuk berlaku atau tidak.
      jika rujuk berlaku pun, wajib utk anda laporkan kepada mahkamah utk didaftar.
      saya juga berharap agar mahkamah dapat menegur sikap suami yg sedemikian.
      selepas ini anda hendaklah menjauhi diri dari digauli.
      dalam keadaan sekarang anda berhak utk menolak utk digauli dan tidak berdosa.
      prosedur yg betul jika suami ingin rujuk ialah:
      – lapor ke mahkamah dan daftar rujuk
      – hy setelah ini berlaku, dia berhak utk menggauli semula anda dan anda wajib menunaikan tangungjawab berkenaan secara munasabah, bukan dengan minta dan pujuk rayu utk anda utk melayan dirinya atas alasan utk rujuk. tapi kemudiannya, tarik balik pula keinginan berkenaan.

      ini sikap mempermainkan isteri yg sepatutnya dihukum, bukan dilayan.

  88. As Salam Ustaz. Saya nak bertanya. Saya bergaduh dengan isteri. Lalu saya berkata pada isteri ” kita selesai di mahkamah”. Kadang saya tengah marah sampai berkata “baik x payah ada bini kalau mavam ni”. Adakah jatuh talak? Saya tidak pasti apa niat di hati saya masa itu. Saya dalam keadaan marah.Dan semasa itu, saya tidak mengetahui berkenaan dengan kinayah. Baru sekarang saya tahu apa itu inayah.

    1. Saya ijad ustaz. Perkara ni dah berlaku lama dahulu. 4 atau 5 tahun yang sudah. Terima kasih Ustaz

      1. Saya pasti.. semasa perkara tersebut berlaku.. saya tiada niat apa apa.. hanya marah pada isteri..

          1. Muhammad Haniff Hassan

            salam

            tak jatuh talak kerana anda tidak berniat utk jatuhkan talak apabila mengucapkan kata2 itu.
            namun saya menasihati anda agar jauhilah sama sekali bericara ttg talak atau yg sedemikian ketika berselisih dgn isteri.

  89. Sya cuma ingin thu adkh sya sudah dikatakn rujuk atau tk.sb suami sperti sdah mempermainkn sya.sya hnya inginkn kepastian

    1. Muhammad Haniff Hassan

      saya tidak dapat beri hukum pasti dalam hal puan. ini memerlukan hukum dari mahkamah. sebab itu puan perlu laporkan ke mahkamah segera.

  90. Maaf ustaz.satu lg pertayaan sya.talak 1-2ade edah.adekh talak ketiga juga ade waktu edah.blehkh suami isteri duduk srumah selepas dijatuhkn talak ke 3.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      antara sebab saya suruh awak pergi mahkamah supaya kes awak ini dapat disiasat dengan teliti kerana soalan2 berikut:
      1. adakah rujuk telah berlaku apabila anda berdua melakukan hubungan
      2. jika rujuk telah berlaku, adakah telah jatuh satu talak lagi bila suami kemudian enggan atau menafikan rujuk.

      perkara ini perlu disiasat dengan teliti dengan memanggil semua pihak yg terlibat, tak boleh dilakukan secara online.

      jika suami melafazkan talak kali ke 3, iddah talak tetap perlu dilakukan oleh isteri kerana salah satu tujuan iddah ialah utk memastikan isteri tidak mengandung zuriat suami dengan ini tidak bercampuraduk nasab, jika isteri berkahwin lain.
      bezanya ialah suami tak boleh rujuk pada iddah talak ke 3 atau setelah iddah habis.
      pada iddah talak ke 3, sepatutnya suami isteri tidak duduk serumah lagi kerana takde peluang utk rujuk. dengan tinggal berasingan terselamat dari fitnah org luar dan tarikan sepihak pada yg lain yg boleh akibatkan zina.

  91. Salam ustaz,
    Pada hari khamis, Suami pernah berkata sewaktu berselisih faham… “Kalau kau pergi kerja, bukan dari rumah, aku cerai kau”.. 3 kali kata2 tu dilafazkan… Pada waktu itu, saya dalam keadaan haid. kemudian, saya pulang kerumah ibu mertua.. Pada Ahad, minggu yang sama, mak mertua mencadangkan saya tinggal di rumahnya selama seminggu..pergi kerja dari sana… tetapi suami menegaskan bahawa saya tidak boleh ke tempat kerja dari tempat lain selain rumah kami. Jadi saya tidak bekerja keesokkan sehingga dia mengambil saya pulang…
    Persoalannya sekarang, baru2 ini berlaku perselisihan sehingga menyebabkan saya pulang ke rumah mak saya. saya pergi kerja dari rumah mak. Adakah jatuh talak? dia kate tak jatuh sebab dia kate itu dah lama. tiada niat…
    Sekarang, saya masih belum pulang kerana bimbang status saya. Suami juga tidak mahu memberi saya menjaga anak yang masih berusia setahun dan menyusu badan.. saya bimbang untuk balik, takut di beri tekanan mental dan emosi sekali lagi. Suami seorg yang panas baran.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      lafaz itu dinamakan sebagai lafaz talak bertaklik.
      pada hukumnya, talak jatuh jika taklik itu dilanggar, iaitu isteri pergi kerja bukan dari rumah.
      anda wajib melaporkan insiden ini ke mahkamah untuk pengesahan samada taklik benar2 berlaku, ia bukan hak suami utk tetapkan samada jatuh atau tidak atau dia berniat atau tidak.
      apabila ia dilaporkan oleh mahkamah, mahkamah akan siasat dan ambil keterangan dari semua pihak dan kemudian akan buat keputusan akhir samada talak berlaku.
      sebaiknya anda laporkan insiden ini ke mahkamah dahulu sebelum membuat keputusan untuk pulang ke rumah suami.
      mahkamah akan memberi anda nasihat awal apakah tindakan lanjut yg patut anda ambil.
      jika anda bimbang akan keselamatan diri kerana suami yg panas baran, anda boleh dapatkan perintah perlindungan dari mahkamah.

      1. tadi dia katakan pada saya bahawa lafaz nya adalah “aku akan ceraikan kau”. dan dia sangat yakin. saya pun yakin dengan pernyataan saya.

        1. Muhammad Haniff Hassan

          tu sebablah awak kena adukan ke sini ke mahkamah.
          hanya mahkamah yg boleh putuskan apa hukum sebenarnya.
          adanya mahkamah mmg utk tujuan bantu seelsaikan perselisihan seperti ini antara suami isteri.
          apa pun keputusan mahkamah, samada berpihak pada awak atau suami, semua kena akur.
          kalau mahkamah berpihak pada suami pun takpe, awak boleh gunakan kesempatan utk adu pada mahkamah sikap suami agar dapat ditegur.
          kalau mahkamah berpihak pada suami dan awak rasa dah tak boleh tahan dengan sikap suami, awak boleh teruskan nyatakan hasrat awak dan hujah2 utk dipertimbangkan terus oleh mahkamah.
          bukan tujuan saya utk galakkan perceraian, saya hanya memberitahu pilihan yg awak ada.
          terserahlah pada awak utk fikirkan dan buat pilihan secara rasional.

  92. As salam ustaz..adakah jatuh talak apabila suami menyebut perkataan “aku tidak ada niat untuk ceraikan awak” & adakah jatuh talak jika suami sebut
    “Aku ceraikan awak” dalam ayat penuh seperti ini “aku nak tanya jika jatuh talak apabila sebut perkataan aku ceraikan awak”ayat ini telah di ungkapkan kepada isteri.
    Mohon penjelasan

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      pernyataan “aku tidak ada niat untuk ceraikan awak’ tidak sama sekali menjatuhkan talak kerana ia bukan lafaz utk jatuhkan talak, tapi lafaz menafikan jatuhnya talak.

      pernyataan “aku ceraikan awak dalam konteks atau ditengah-tengah pernyataan “aku nak tanya jika jatuh talak apabila sebut perkataan aku ceraikan awak” kerana lafaz berkenaan bukan utk jatuhkan talak tapi utk tujuan bertanya atau mencari penjelasan.

        1. Muhammad Haniff Hassan

          pernyataan yg mana satu?
          apa jua pernyataan yg bukan menjatuhkan talak, tidak akan jatuh talak walau di ulang 10x pun.

          1. Pengulangan pernyataan yang pertama & kedua
            Terima kasih banyak2 ustaz.Hanya Allah SWT yang dapat membalas budi ustaz

  93. salam ustaz,
    sy ingin bertanya, suami sy pernah berlaku curang dengan perempuan lain dan pernah berkata sudah memfail kn cerai kpd saya 2 tahun yg lepas. tetapi sebenar nye dia tidak berbuat sedemikian hanya untuk menyedapkan hati perempuan berkenaan. soalan sy, apakah hukum suami sy berbuat demikian? adakah jatuh talak semasa dia membuat pengakuan bahawa dia telah memfail kn cerai kpd sy?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      talak tidak jatuh disebabkan perbuatan memfailkan cerai.
      talak jug atidak jatuh kalau dia berbohong telah memfailkan cerai.
      tapi perbuatan yg seperti itu adalah keji.
      jika anda berasa teranianya, anda berhak mengadukan perbuatanya itu ke mahkamah.

  94. As salam ustaz
    Ada ada pertanyaan..baru2 ni saya telah melafazkan kata2 cerai ke atas bini saya ketika berjalan keseorangan tanpa ada org..akan tetapi saya melafazkan cerai bukan atas nama bini tetapi nama lain..dalam hati ada berkata2 nama isteri saya yg sebenar.tetapi saya mmg tak ada niat nak ceraikannya.
    Semua ini mgkn atas sikap was2 yg ada dalam diri saya.
    Terima kasih ustaz

      1. Jika sekiranya saya tidak meyakini ianya akibat bisikan syaitan atau sikap was2 adakah berlaku penceraian? Adakah hati yg berkata2 boleh di samakan dgn niat?
        Terima kasih ustaz

        1. Muhammad Haniff Hassan

          toksahlah tanya2 lagi.
          nanti jadi macam kaum yahudi dengan lembu.
          talak tak jatuh.. tutup kes.

  95. insan yang keliru

    Assalamualaikum ustaz,
    Sy ingin bertnya.. suami sy pernah melafazkan cerai.. tp dia yakin yg dia sebut ” aku terai kau ” dan bukanlah ” aku cerai kau “.. dia ade hubungi jabatan agama islam utk bertnya ttg hal ini.. dan pihak jabatan agama ade bertnya pada dier, adakah dier yakin lafaz yg disebut adlah ” terai ” dan bukan ” cerai “.. dan dier mmg yakin yg dier sebut adlah ” terai “… adakah jatuh talak sebenarnya ustaz ??

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tidakkah perkara ini sudah ditanyakan kepada habatan agama dan pihak jabatan agaam telah pun memberi jawapan?
      jika dia benar2 yakin yg perkataan yg diucapkan ialah terai, maka hukumnya tidak jatuh talak kecuali mmg dia niatkan utk menjatuhkan talak.
      jika dia mengaku bahawa dia tidak benriat menjatuhkan talak, maka pengakuannya itu hendaklah diterima.
      kita hanya boleh hukum ikut yg zahir.
      jika dia bohong, itu antara dia dgn tuhan yg akan dipertangungjawabkan kemudian.

      moga bermanfaat.

  96. assalam ustaz. sya nak tny sya kerap bergduh dgn istri. dn kdg2 prgai dia yg suka balik ke rmh mak dia dan mgabaikan tgjwb dirumah. bila dia kerap balik rmh mak dia. sya ckap balik jelah terus. perckpan tu xde niat cerai cuma nak dia thu yg suami dia x suka. lagi stu kami pernh berprang besar. dan sya bgthu. “wbg mngenangkan anak. klu bkn krana anak dh lama abg bgi talak” adakah talak jtuh kpd istri?. si istri mgadu kpd pjby agama. dn pjbt agama mmberthu kami x blh bersama dan tggl serumah utk smntra wktu. bgaimana blh bgitu ust?mhon pncerahan dri ust.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      oleh kerana perkara ini sudah dirujuk ke pejabat agama dan pejabat agama telag buat arahan sedemikian, sebaiknya awak dapatkan pencerahan dari mereka kerana mereka yg menangani masalah ini secara langsung mungkin lebih tahu atau ada sebab2 memerintahkan sedemikian.
      tidak wajar bagi saya atau mana2 ustaz utk memberi komen kerana akan mencampuri urusan mereka.
      jika anda tetap tidak berasa puas hati, anda boleh dsapatkan khidmat peguam utk menasihati anda atau menwakoli anda dalam perkara ini.
      inilah jalan yg baik, bukan meminta pendapat mana-mana ustaz kerana pendapat mereka tidak akan mengubah apa2 arahan pihak pejabat agama.
      maaf dari saya.

  97. Salam ustaz
    Saya ada sedikit masalah.baru2 ini sya merasa was2 sama ada melafazkan talak kepada isteri atau pun tidak. Adakah jatuh talaknya jika saya hanya ingin mendapatkan kepastian dgn menyebut perkataan ‘cerai’ dlm hati selepas itu hanya melafaz nama isteri sya?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tidak jatuh talak, jiaka awak tak pasti smaada ada menyebutkan talak atau tidak.
      tidak jatuh talak, jika awak sebut cerai pada isteri dgn tujuan bertanya hukum atau dapatkan kepastian.
      sila baca beberapa soalan di atas.

    2. Assalammu’alaikum Ustadz,

      Saya ada pertanyaan yang hampir sama dengan kasus diatas, saya menderita penyakit was-was.. kasusnya seperti ini Ustadz:
      Ketika saya membaca artikel tentang perceraian.. terdapat kata2 cerai yang shorih.. kemudian saya memabacanya.. dan tiba2 terlintas dalam hati terbayang istri saya.. sehingga kata cerai tersebut saya bayangkan untuk istri saya. Insya Allah saya tidak ada niat sedikitpun ingin menceraikan istri saya Ustadz.
      Bagaimana hukumnya Ustadz? apakah jatuh talaq?

      Syukron Ustadz

  98. Jika melafazkan ayat ‘saya ceraikan dia’ ketika ingin mendapatkan kepastian sama ada melafazkan atau tidak sebelum ini.adakah jatuhnya talak?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      soalan yg sama telah saya jawab beberapa kali di atas dan jawapannya adalah sama.
      hentikan was2 dalam diri anda dengan segera.

  99. Assalamualaikum Ustaz. saya ingin bertanya jika ayat yg dikeluarkan suami saya melalui text boleh menyebabkan jatuh talak.?

    1. sebelum ini kami ada pertelingkahan dan suami telah lari kerumah keluarganya sendiri dan menghantar text “lebih baik kita berpisah sementara”. selepas seminggu baru suami pulang kerumah.

    2. baru-baru ini apa pertelingkahan lagi. Suami menghantar text lagi menghalau saya keluar dari rumah mertua,jika esok harinya masih ada pakaian yang tinggal akan dibakar. dan ia berkata hendak menyelesaikan perkara ini dengan baik.

  100. Salam ustaz,

    Adakah jatuh talak klu suami ckp pada lelaki lain “aku nak ceraikn bini aku ni.. kau nak kawin dgn dia x?”.. dah byk kali suami cakap mcm ni. Minta pencerahan. Tq

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      soalan ini dah saya jawab beberapa kali di atas.
      tak jatuh talak dengan ucapan itu kerana ia adalah kata2 yg memberitahu keinginan di masa akan datang, bukan menjatuhkan talak pada ketika itu.

  101. Assalammualaikum ustaz, sy nk tanya, perkataan “aku lepaskan kau” lafaz sorih atau kinayah? Semalam sy ada tersebut kepada isteri kerana isteri tak boleh bersabar dgn pekerjaan sy. Sy kerja balik lewat kadang2. Isteri sy membebel, sy serabut hingga sy terlepas ckp perkataan aku lepaskn kautanpa niat bercerai. Niat sy cuma nak suruh dia pergi balik kampung. Sy 2,3 harini outstation, isteri ajak pergi pejabat agama nk sahkn.bt ms sekarang sy tak sempat lg nk pergi, sy nkkn kepastian dr ustaz sbb sy rasa tak tenang sgt2. Tolong beri penjelasan pd sy ustaz, terima kasih.

    1. Untuk pengetahuan ustaz,sy dan isteri dah bercerai talak 2, dan kami dah rujuk semula. Kes ni dh lama. Sy takut dgn perkataan yg sy sebut semalam boleh menjatuhkan talak. Jikalau jatuh, ini bermakna,hubungan kami dh tiada harapan. Sy buntu ustaz. Sy tiada masa lagi 2,3 harini nk bt pengesahan. Sy terlampau letih semalam ustaz hingga sy tak tahu apa yg sy katakan. Sy cuma mahu tahu adakah itu lafaz kinayah atau sorih. Selepas ni sy pasti akan rujuk ke jabatan agama,sekarang sy mahu kepastian shj. Sy tak tenteram sgt2. Ini melibatkn dosa pahala jjugak ustaz.

      1. Muhammad Haniff Hassan

        salam

        pada pendapat saya lafaz itu adalah kinayah yg mana tak jatuh talak jika tiada niat.
        tapi tak mengapa utk pergi ke mahkamah bagi kepastian supaya isteri pula rasa tenang dah tak jadi bahan gaduh seterusnya.

  102. Alhamdulillah,insyaAllah dimasa akan dtg sy akan lebih berhati2. Terima kasih ustaz, insyaAllah dlm masa terdekat ni,sy akan cuba bawa isteri ke pej agama kerana emosi isteri sgt2 terganggu akibat kecuaian sy sehingga tak mkn minum, menangis shj. Sy tk tahu nk terangkn kpd isteri mcm mana krn dia yakin bhw talak telah jatuh..apa yg perlu sy katekn pd isteri sy ustaz? Dia terlampau yakin sehingga tak percaya apa sebenarnya niat sy. Sy dh telefon dia, sy ckp akn pergi pej agama ms terdekat tp dia enggan krn dia ada terbaca di internet bahawa lafaz tersebut ialah sorih. Sy keliru, disebabkn itulah sy rujuk kpd ustaz. Mohon ustaz bantu sy. Sy sygkn perkahwinan sy ustaz.

  103. saya ingin bertanya:-

    adakah jatuh talak sekiranya suami saya menghantar pesanan ringkas sms
    selepas saya meminta beliau melepaskan saya sekiranya tidak sayang kepada saya

    ‘bukan aku tak sayang, tapi kalau itu yang kamu mahu,tunggu sehingga aku membayar hutang kamu’

    apabila saya menyoal semula pada malam hari berikut beliau menyatakan bahawa beliau tidak berniat begitu dan memohon maaf…

    adakah jatuh talak walaupun tanpa niat sebegitu

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      kata-kata seperti itu bukan kata2 yg menjatuhkan talak, apath lagi jika tiada niat utk menjatuhkan talak.

      1. terima kasih ustaz…saya was2 kerana ada pihak mengatakan selepas suami membayar hutang jatuh talak ke atas diri saya…dan perlu dirujuk ke mahkamah

  104. yati binti ahmad

    salam ustaz
    adakah dikira berjudi juga kalau membeli diomond untuk game yg di dowload kat handphone,maksudnya untuk lpas ke level seterusnya memerlukan diamond yg disediakan oleh game tersebut,tapi untuk dapatkan diomond itu kita dikehendaki membeli dr store game tersebut.adakah itu dikira judi?

  105. tapi kalau LAFAZ SORIH dalam situasi di bawah ni boleh jatuh TALAK tak :
    Pada suatu malam, saya dan suami sedang menonton TV cerita lawak bersama dua orang anak kami. Cerita dalam TV tersebut memaparkan tentang seorang lelaki yang sedang untuk melafazkan cerai kepada isterinya tetapi belum melafazkannya lagi hanya baru menyebut nama isterinya. Semasa kami sedang menonton drama TV tersebut, tiba-tiba ibu suami saya datang dan terus bertanya kepada suami saya kenapa dengan drama TV ini? suami pun berkata dia kena cerai, dia nak ceraikan isteri dia. kemudian ibu suami terus masuk ke dalam bilik. Kemudian secara tiba-tiba suami terus kata aku ceraikan kau. Dalam situasi ini, lafaz cerai tersebut tidak ditujukan kepada saya (isteri ) kerana saya sangat pasti suami melafazkan ke arah tv dan tidak memandang saya walaupun saya ada di belakang sebelah kanan suami. Semasa suami melafazkan cerai tersebut, muka dan tubuh badannya menghadap televisyen dan suami tidak memandang ke arah saya (isteri) Soalan :
    1. Adakah talak itu jatuh terhadap saya (isteri)
    2. Saya ada bertanya kpd suami mengenai lafaz tersebut dan suami berkata lafaz tersebut TIDAK DITUJUKAN KEPADA AWAK (isteri ).. abg (suami) tujukan kpd orang dlm TV tu ( hantu perempuan yg kahwin dgn manusia lelaki )
    3. Apa pandangan tuan mengenai masalah dan situasi saya ini?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tidak jatuh talak.
      tapi lain kali, tak yah lah tengok tv sampai cam tu.
      ia hanya akan membuka pintu fitnah bagi syaitan.

      moga bermanfaat.

      1. mohon pandangan tuan kenapa yer tak jatuh talak walaupun ada lafaz sorih? saya keliru..;(
        salah ke kalau saya tak buat pengesahan di mahkamah jika yakin talak tersebut tak jatuh..

        1. Muhammad Haniff Hassan

          lafaz sorih hy separuh je. yg separuh lagi, kan awak sendiri kata, dia tak tujukan kat awak, tapi kat citer dalam tv.
          kalau ragu2, tak salah lapor kat mahkamah utk buat pengesahan.

          1. Muhammad Haniff Hassan

            aku ceraikan kau – ni lafaz sorih
            tapi lafaz ni dijelaskan lagi oleh “saya tujukan kat tv”
            oleh itu, tak jatuh talak.
            saya cuba nak memudahkan awak dan pelihara rumahtangga awak.
            kalau awak rasa nak ikut sangat dgn was2 awak tu, elok lah awak dapatkan pengesahan sahaja dari mahkamah.

          2. Muhammad Haniff Hassan

            puan, saya dapati dari carian di internet bahawa puan bertanya soalan yg sama di merata tempat. dah pelbagai pejabat agama menjawab soalan puan ini dgn jawapan yg sama dgn saya. ada yg telah pun menasihati puan agar tinggalkan was2. saya nasihatkan puan dapatkan rawatan dari terus2 bertanya perkara yg sama.

          3. benar , byk tempat saya tanya dan majoriti kata tak jatuh…saya akan buang rasa was was itu dan yakin talak itu tak jatuh..kes ini berlaku pada jun2012…cuma saya ni selalu was was.
            Terima kasih tuan atas nasihat Tuan..

  106. SOALAN 1
    Assalammualaikum..ustaz Saya ingin tanya tentang lafaz kinayah yg berkaitan dengan talak. Saya dan suami bertengkar, suami marah-marah dan tinggi suara dan berkata ” kalau dah tak nak jaga anak, keluar ( berambus ) dari rumah ni..aku tak nak tgk muka kau lagi…jgn berani jejak kaki kat rumah ini lagi..”..suami berkata secara berulang.. Kemudian, bila suami dah reda…saya dan suami pun berbaik semula. Suami kata ” abg sayangkn awak”..jgn buat lg tau. Kemudian saya pun tanya suami melalui sms . Isteri : abang tadi ckp mcm tu sbb nak beri amaran pada saya atau abg DAH TAK NAK SAYA LAGI ? suami : Bagi amaran. Abang sayang awak sangat-sangat lar..Jatuh talak atau tidak?

    SOALAN 2
    Kemudian selang 7 bulan kemudian..saya bertengkar lagi dengan suami. Suami marah saya kerana saya telah memalukan dan menjatuhkan maruahnya di hadapan keluarganya..Suami marah dan terus berkata seperti berikut:
    1. Kemas baju sekarang dan keluar dari rumah ni
    2. pergi balik ke rumah mak ayah kau
    3. tak ada kau pun aku boleh hidup lar..aku boleh hidup tanpa kau..
    4. Kang aku hantar kau balik kampung kang
    5. Abang telefon ayah kau sekarang …suruh dia datang ambil kau
    Kemudian bila sudah reda..saya pun message suami guna handphone..dan bertanya mengenai ucapan suami semalam..kandungan message seperti berikut:
    Isteri: setiap kali gaduh, abang mesti cakap keluar dari rumah ni..saya nak tahu maksud abang cakap macam tu
    Suami : Bukan yang tu…(cerai)..Abang hantar balik kampung..nanti abang ambil balik..abang tak ada niat tu lar..

    Soalan 3
    Pada satu malam, saya leka tengok Facebook sampai tak endahkan pertanyaan suami yang minta saya cari sos cili kat dapur..saya kata ” cari ler kat dapur, ada atas meja..

    Kami bergaduh kemudian suami cakap; kau keluar! Saya jawab tak nak, dah malam.. Kemudian suami cakap “nak ke aku cari perempuan lain”?saya hanya geleng kepala.. “takkan aku minta sos pun tak boleh nak layan”?..

    Adakah situasi tersebut merupakan talak kinayah? Boleh jatuh/ jadi talak ke? Adakah ia termasuk dlm lafaz kinayah bagi talak.
    Lafaz talak secara kinayah jatuh jika disertakan dengan niat utk bercerai. Apakah erti niat adakah niat sebelum melafaz atau semasa melafaz. Tetapi jika semasa melafaz, niatnya tidak utk bercerai macam mana tu ustaz. Ringkasannya..,apakah yang dimaksudkan niat dalam situasi tersebut?

    * yang pasti saya yakin suami tiada niat talak.. sebab dia sayangkan saya…selepas kejadian tu,kami berbaik macam biasa ..

    Soalan: adakah situasi tersebut boleh terjadi jatuhnya talak @ cerai. Mohon penjelasan ustaz tk.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      semua lafaz itu mmg dikategorikan sebagai lafaz kinayah bagi talak.
      sebab dia lafaz kinayah, niat menjatuhkan talak diperlukan utk dikira talak telah jatuh.
      jika suami kata dia tak niat jatuhkan talak, maka hukumnya talak tak jatuh.
      maksud niat ialah pada ketika melafazkan kata2 itu ia mmg berniat utk jatuhkan talak cuma gunakan bahasa kiasan dan yak direct sahaja.
      tapi suami awak tu perlu dikaunseling kerana mulut dan perangai sedemikian tidak menggambarkan tauladan yg baik.

  107. Salam ustaz…selepas akad nikah, pengantin lelaki akan membaca lafaz taqlik dan tandatangan… Masalah saya ialah: selepas 3 hari saya nikah, saya dengan sengaja tanya suami kandungan lafaz taqlik itu..masa tu kami dlm kereta dan suami yg drive…suami pun mengulang kembali lafaz itu seperti ” saya(nama suami) apabila saya meninggalkan isteri saya (nama dan ic isteri )………………dan seterusnya………” . Saya dengar tapi macam khayal….lepas sampai dirumah, saya tanya balik pada suami ” tadi abg lafaz ada tak sebut Jika dia mengadu kpd mahkamah dan mahkamah mendapati ianya benar, maka jatuhlah satu talak keatasnya”.. Suami pun cakap entah mcm ingat2 lupa…saya pun yg dgr ni mcm ingat2 lupa… Apa hukum taqlik yang saya minta suami beritahu saya itu? Adakah diterima pakai..sbb saya dan suami lupa ada tak sebut ayat yg mahkamah tu.. Mohon pendapat ustaz…

  108. Assalammualaikum,

    Saya ada soalan mengenai lafaz talak.
    Suami ada menelefon ibunya dan menceritakan hal kami kepada ibunya mengenai talak.
    Suami berkata saya( isteri) ada menuduhnya melafazkan cerai semasa sedang menonton drama tv mengenai seorang lelaki yang sedang menceraikan isterinya.
    Suami pun menceritakan kepada ibunya dan berkata kepada ibunya mana ada saya cakap “aku ceraikan kau” kepada isteri,saya hanya cakap “aku ceraikan kau” kepada orang yang didalam tv tu sahaja, saya tak ada niat dan lafaz tersebut ditujukan kepada tv tersebut bukan kepada isteri ( saya).

    Soalan saya :
    1.Adakah lafaz “aku ceraikan kau” dalam perbualan suami dengan ibunya itu akan jatuh terhadap saya ( isteri)?

    2.Jika di dalam perbualan tersebut suami ada berkata “aku ceraikan kau (isteri)” dengan tujuan untuk memberitahu atau bercerita kepada ibunya tentang situasi tersebut, adakah jatuh talak tersebut terhadap isteri (saya)?

    Mohon pendapat

    1. Muhammad Haniff Hassan

      nurul, salam

      semua yg awak tanya ini bukan satu masalah di sisi agama dan telah dijawab.
      masalah sebenar adalah diri awak yg terus menerus melayan was2.
      awak perlu dapatkan rawatan.
      bukan terus bertanya tentang perkara ini yg tiada masalah apa2 di sisi agama.
      hakikatnya masalah ini berlaku pada tahun 2012 tapi hingga hari ini awak masih bertanya2 tentangnya menunjukkan keadaan minda dan psikologi awak yg sangat kronik dilanda was2.
      maaf, saya tidak akan menjawab lagi soalan2 dari awak kerana ia hanya akan menyebabkan diri awak lebih teruk.
      jika awak sayang diri dan rumahtangga awak, pergilah dapatkan rawatan dan hentikan perbuatan awak ini.

  109. salam..saya nak minta pendapat tuan..
    kalau kita yakin talak tak jatuh, salahkah kalau kita tak membuat pengesahan lafaz cerai di mahkamah ebab kita telah yakin talak tak jatuh.
    terima kasih

      1. saya sebelum ni dah tanya kepada ramai ustaz…dan majoriti kata talak tak jatuh…jadi saya yakin talak tak jatuh dan tidak membuat pengesahan di mahkamah…
        Betulkah tindakan saya? mohon pendapat tuan

          1. terima kasih atas pendapat tuan…
            bole tak tuan share surah/zikir apa yg perlu diamalkan utk.mengelak gangguan was was

  110. Salam tuan
    mohon jawapan mengenai situasi dibawah:
    Sepasang suami isteri tengok tv bersama tentang lelaki yang ada 2 isteri..Suami tak faham jalan ceritanya dan bertanya kepada isteri:
    suami : “dia kena cerai ek”?
    isteri : haaa?
    suami. : “laki dia ceraikan dia”? ” lelaki tu ceraikan dia”?
    isteri : tak lar…
    suami. : ooo
    Adakah pertanyaan suami dalam situasi diatas boleh jatuh talak kepada isteri?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      soalan awak ini seakan sama dengan soalan dari nur di atas (7 may) yg telah saya jawab beberapa kali dan saya tegur. awak org yg sama ke?

  111. salam tuan..
    saya ada masalah dlm talak…
    Sebelum ni saya dah tanya hampir 10 orang yg mahir agama dan semua kata talak tak jatuh..
    Perlukah saya yakin yg talak tak jatuh?
    Salahkan jika saya tak buat pengesahan lafaz cerai di mahkamah
    Mohon pendapat tuan..
    terima kasih

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      soalan awak ni pun sama dgn soalan yani di atas yg telah saya jawab. orang yg sama ke?

  112. salam…nak tanya 1 soalan..
    apa hukum jika seorang suami menyebut lafaz cerai sorih ” aku ceraikan kau” dimana “kau” dalam lafaz itu tidak ditujukan/dimaksudkan dengan isteri

    1. Muhammad Haniff Hassan

      awak jangan fikir saya tak tahu yg awak ni org yg sama bertanya di atas tu dgn guna nama dan emel yg berbeza sahaja.
      halaman web saya ini membolehkan saya periksa siapa awak, walau awak guna nama dan emel berbeza.
      harap hentikan perbuatan awak ini dan jangan buang masa saya kerana ramai org lain yg memerlukan bantuan saya.

  113. assalamualaikum. ..
    saya ade satu pertanyaan… jika suami dalam keadaan marah..baru bgu dari tido..mata masih kelat tapi sedar, lalu dia cakap contohnye” aku dah ar bosan ng kau.. kau nak aku cerai kan kau pe, aku cerai kan kau ar” jatoh tak talak?

    saya keliru sangat2…

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      saya berpendapat kata-kata “aku ceraikan kau ar” adalah lafaz cerai yg sorih di sisi agama, walaupun ia disebutkan oleh suami dalam situasi seperti itu.
      jika ia dilafazkan wajib bagi pasangan berkenaan melaporkan perkara berkenaan ke mahkamah syariah utk pengesahan samada talak jatuh atau tidak.
      saya cadangkan anda segera pergi ke mahkamah syariah kerana hanya mahkamah yg dapat memberi jawapan pasti dalam hal ini.

  114. assalamualaikum wbt ustaz,

    saya ada pertanyaan tentang lafaz kinayah:

    andainya pergaduhan/pertengkaran berlaku antara suami isteri, dan suami telah mengucapkan perkataan seperti:
    a- dah tak payah kemaskan file2 saya tu lagi (kerana sebelum itu, isteri membantu mengemaskan filenya)….telah berlaku lebih kurang setahun lalu, jadi sekarang dia masih ragu2 tentang niat ucapannya, makin banyak membaca buku, makin bertambah risau ttg apakah niat ketika ucapan itu.
    b- pergi jalan lah/pergi jahanamlah
    c- isteri berkata: kalau tak mahu berubat, tinggal je la
    suami: ok (ucapan spontan tanpa memahami maksud isteri)
    isteri berkata lagi: tinggal semua, pergi mati je la
    suami: diam dan ak berniat untuk itu.

    namun semua ucapan itu tidak langsung mempunyai niat, hanya semata2 ucapan yang tak terkawal akibat marah atau keliru.

    macamana nak tahu yang kita berniat atau tidak, kerana sewaktu ucapan tersebut dilafazkan seperti tiada apa2 niat, cuma selepas diucapkan baru terfikir “aku cakap apa tadi”.
    secara kuatnya, tidak berniat langsung untuk perkara tersebut.

    apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan niat yang diperlukan untuk lafaz secara kinayah, sebelum atau selepas atau semasa?

    adakah perkara di atas dikira lafaz kinayah? mohon penjelasan dan terima kasih

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      semua lafaz2 itu adalah lafaz kinayah.
      jika awak takde niat utk jatuhkan talak, tak jatuh talak.
      jika awak tak pasti awak berniat apa atau tak pasti samada awak ada niat apa2, hukumnya takde niat kerana asal sesuatu itu tiada.
      kewujudan sesuatu tu perlu pada keyakinan.
      persoalan yg patut difikirkan ioleh suami ialah kenapa mudah sangat keluar kata2 seperti itu yg kemudiannya hanya membingungkan diri sendiri?
      suami sedemikian kena carilah jalan ubah sikap dan perangai.
      kalau tak, nanti masalah ini akan berulang lagi = timbul lagi was2 = tanya lagi ustaz lain pula.

  115. alhamdulillah, terima kasih ustaz atas pencerahan ini.. insya allah saya akan ubah sikap. doa kan saya ustaz. terima kasih sekali lagi.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      moga allah memudahkan usaha awak dan mengurniakan kebahagiaan pada rumahtangga awak juga.
      doakan saya juga.

  116. Assalanualaikum ustaz…ustaz..saya dan suami ada masalah…suami ada org ketiga tp dia mahu blk pd saya tp laluannya sukar..tp sedang diusahakan…br2 ni dia ada msg mengatakan yg dia terpaksa anggap saya dn dia xde apa2 dan dia terpaksa anggap saya kekasih gelap dia…persoalannya jatuh ke talak di situ…dia tidak berniat utk jatuh talak atau cerai…

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      lafaz berkenaan tidak menjatuhkan talak jika tiada niat sedemikian.

  117. mohammad rafi ahmad

    Salam ustaz. Saya seorang yg panas baran dan isteri suruh saya berjanji takkan pukul die lagi lps ni jika pukul jatuh talak dan saya pun ikut apa yang die cakap cume saya x sebut talak tapi maksud saya lepas ni tu adalah lepas adalah selepas perbincangan tu bukannye utk hari2 seterusnye . Soalan yg ke 2 . Baru2 ni saya ade bertengkar dgn die dan saya ckp kat die kalau ros keluar pintu jatuh dan saya x sebut mana2 pintu fan tak maksudkan talak tetapi hanya sekadar ugutan. Adakah jatuh talak bg kedua-dua keadaan itu. T
    Salam

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      1. taklik talak berlaku. jika awak pukul isteri selepas itu atau pd hari2 lain, jatuh talak. wajib lapor ke mahkamah syariah.

      2. taklik talak berlaku walau awak tak niat. jika isteri keluar rumah dr mana2 pintu, jatuh talak. wajib lapor ke mahkamah syariah.

  118. suhaili binti mohd jamil

    As-salam ustz….
    Saya ada masalah dngn suami.,suami saya dh bnyk kali halau saya n ank2 keluar dari rumh,lebih 3 kali,stiap kali bertengkar dia halau saya balik rumah mak saya.satu hari,saya pn keluar rumah pergi dgn mmbawa ank2 saya…masalah saya adakah kami masih sah suami isteri…adakah telah jatuh talak dgn tindakn saya keluar dari rumah…suami saya x berniat nk ceraikn saya…dia bertindak dlm keadaan marah.dan telah meminta maaf pada saya.kami masih sayang antara satu sama lain.mnta ustaz jelaskn.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      talak tidak jatuh kerana suami tidak melafazkan talak dan kata2 yg menghalau isteri itu tidak dikaitkan dgn talak dan bukan atas niat mentalakkan isteri.

      tapi perbuatan suami itu tidak baik kerana ia mengikut nafsu marah.

      kalau pun isteri ada buat salah, suruh isteri keluar dr rumah bukan sikap yg baik.

  119. Salam ustaz,

    Nama saya ahmad, ada email kepada ustaz pada 19 mei yg lalu. Boleh tak ustaz bantu saya untuk saya membuat kesimpulan dengan apa yg telah berlaku terhadap saya. saya cuma mahu membina keyakinan saya semula berdasarkan ilmu.

    Selepas diulang ingat sedalam dalamnya, ucapan seperti lafaz kinayah itu berlaku sekitar 3-4 tahun lepas seperti di bawah: “dah tak payah kemaskan file2 saya tu lagi (kerana sebelum itu, isteri membantu mengemaskan filenya)…. jadi sekarang saya masih ragu2 tentang niat ucapannya, makin banyak membaca buku, makin bertambah risau ttg apakah niat ketika ucapan itu.”..seperti ustaz kata, ia perlu kepada keyakinan bukan ketidakpastian.

    Saya juga pernah di ofis bergurau dgn rakan dengan mengatakan yg orang bujang balik lewat. Apa yg pasti, selepas itu saya terus cek di internet dan mula ambil tahu apa itu lafaz kinayah.

    Namun saya teringat, saya juga pernah dalam hati sewaktu hendak bersama isteri mengatakan di dalam hati “kalau perpisahan telah berlaku, ini dikira rujuk…tapi ini saya tak dapat pastikan bila, cuma rasa2 pernah berniat begini.

    Cuma benda ini telah lama berlaku dan saya tak dapat pastikan kenapa saya ada berniat merujuk seperti itu…atu mungkinkah kerana saya terlalu banyak membaca?

    oleh itu ustaz, bolehkah saya berpegang dengan keyakinan yg tidak pernah berlaku perpisahan antara saya dan isteri berdasarkan: 1) saya tidak pasti yg lafaz kinayah itu berniat, dan 2) rujuk hanya boleh berlaku selepas jelas dan yakin berlaku perpisahan.

    Ustaz, perkara yang telah lama berlaku tanpa dapat dipastikan kedudukannya adakah dimaafkan Allah ustaz?

    terima kasih kerana membantu.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      tuan ahmad, salam

      masalah tuan bukan soal tuan kurang baca.
      masalah tuan ialah kerana tuan terus menerus melayan andaian2 dan was2 yg tak bertempat dan rasional.
      yakinlah seberapa banyak tuan baca pun dan seberapa ramai ustaz tuan tanya, ia tidak akan memuaskan tuan dan tuan akan terus bingung selama mana tuan masih mahu ulang2 fikir ttg isu ini, mewujudkan andaian2 baru dan melayan was2 itu.
      huraian bagi masalah tuan bukan membanyakkan baca atau terus bertanya tapi pergi ke kaunselor utk merawat penyakit.
      ketahuilah, tuan sakit.
      penyelesaian masalah org sakit ialah rawatan penyakitnya, bukan belajar.
      belajar adalah ubat org yg tak tahu, tapi itu bukan masalah tuan.
      saya dah kata, segala apa yg tuan fikirkan itu tak ada asasnya = ia hylah imaginasi dan andaian.
      tuan sendiri kata tuan tak pasti ttg itu dan ini. oleh itu, tidak boleh dijadikan dasar hukum. hukum kembali pada asal, iaitu tiada niat dan tiada masalah apa2.
      kesimpulannya ttg soalan tuan, jawapannya ialah betul 1) tiada niat, 2) tiada timbul soal rujuk.
      perkara yg berlaku dan tuan dah terlupa akan hakikat sebenarnya hukumnya kembali kepada asal dan apa yg terlupa itu dimaafkan tuhan.
      ada hadis yg jelas dalam hal ini.
      ini kali terakhir saya akan jawab dari tuan soalan berkaitan masalah ini.
      saya harap selepas ini, saya dapat berita baik bahawa tuan telah menjalani rawatan dan merasa lebih baik dari sebelumnya.
      moga allah memudahkan dan membantu tuan.

      salam

  120. Adakah jatuh talak jika suami bergurau dengan rakannya dengan mengatakan bahawa “janda aku”? Merujuk kepada isterinya. Walaupun cuma bergurau?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      saya cadangkan anda tanyakan kepada pihak mahkamah syariah di tempat anda utk jawapan yg tuntas.
      saya berharap mahkamah syariah tidak anggap kata2 itu menjatuhkan talak, namun saya juga harap agar suami yg seperti ini diberi nasihat oleh mahkamah syariah kerana perbuatan sedemikian menunjukkan kejahilan seorang suami yg sepatutnya memimpin keluarga dan menggambarkan sikap tidak hormat kepada isterinya, yg menjadi teman hiudpnya waktu sennag dan susah dan ibu kepada anak2nya.

  121. ustaz, terima kasih sangat2 atas nasihat dan bimbingan ustaz, dan saya sangat minta maaf atas soalan2 saya. terima kasih sekali lagi dan doakan saya ye ustaz.

  122. Asslamuaikum…ustaz
    saya dan suami ada gaduh sikit dan telah melafaz talak 3,berbunyi”mulai malam ni aku tak izin ko bermain. Fb tanpa izin aku jatuh talak 3″saya pun pergi mahkamah untuk mengesahkan lafaz cerai tu,hakim kata tak jatuh talak…sbb suami saya ckp yg dia dh izin saya main fb,dgn saya suami tak ckp pun yg dia izinkan..tapi bila saya buka fb dia marah,saya tahu suami saya di ckp tipu di depan hakim,dia mcm takut2 jer…ustaz boleh kah saya fail semla lafsz suami tu sbb saya masih tak puas hati dgn apa suami saya ckp ,saya masih was2 lagi…

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      dalam kes seperti ini, keputusan mahkamah adalah pemutus.
      tak boleh dgr cakap ustaz sana sini.
      kalo gitu, kucar kacir undang2 jadinya.
      kalo awak tak puas hati dan yakin hakim salah, awak boleh buat rayuan.
      dalam hal ini awak perlu minta nasihat peguam syar’ii dan khdmat dia, bukan tanya mana2 ustaz, sblum merayu.
      rayuan hy boleh buat kalo ada bukti yg munasabah.
      tu sebab perlu peguam utk nilai fakta kes.
      jika tidak, wajib akur keputusan hakim.
      kalo suami tipu, dia yg tanggung dosa.
      kalo awak tak senang hati gak, boleh daftar tuntutan cerai baru, bukan rayu keputusan lama

  123. Assalamualaikum…
    Sy nk Tanya adakah jatuh talak bila suami msg ‘Kau blik kerja nnt..hbungn kits habis’..Dan sy xtau adakah suami berniat at upon tidak..tp bla blik rumah dia bsikp biasa sperti xda apa yg blku..

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      talak tak jatuh dengan lafaz itu kecuali suami mmg berniat jatuhkan talak.
      jika dia kata takde niat, perlu terima pengakuannya seadanya, tak perlu selidik dalam2.

  124. Salam ustaz…selepas akad nikah, pengantin lelaki akan membaca lafaz taqlik dan tandatangan… Masalah saya ialah: selepas 3 hari saya nikah, saya dengan sengaja tanya suami kandungan lafaz taqlik itu..masa tu kami dlm kereta dan suami yg drive…suami pun mengulang kembali lafaz itu seperti ” saya(nama suami) apabila saya meninggalkan isteri saya (nama dan ic isteri )………………dan seterusnya………” . Saya dengar tapi macam khayal….lepas sampai dirumah, saya tanya balik pada suami ” tadi abg lafaz ada tak sebut Jika dia mengadu kpd mahkamah dan mahkamah mendapati ianya benar, maka jatuhlah satu talak keatasnya”.. Suami pun cakap entah mcm ingat2 lupa…saya pun yg dgr ni mcm ingat2 lupa… Apa hukum taqlik yang saya minta suami beritahu saya itu? Adakah diterima pakai..sbb saya dan suami lupa ada tak sebut ayat yg mahkamah tu.. Mohon pendapat ustaz..

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      kadang2 saya rasa pelik dgn masalah yg merungsingkan kamu org ni. dah takde benda lain ke yg nak diperbualkan utk mengikat kasih sayang sebagai pasangan suami isteri yg baru 🙂

      apa2 pun… perbuatan mengulang kembali kata2 taklik itu seberapa banyk kali sebahagian atau sepenuhnya tidak menyebabkan jatuh talak dan tidak menjejas status suami isteri antara kamu.

      samada lafaz itu dibaca atau tidak, sepenuhnya atau sebahagiannya, tidak relevan kerana selama mana suami tandatangan sijil nikah yg ada lafaz itu, ia tetap akan berkuatkuasa.

      moga bermanfaat.

      1. jadi lafaz yang suami ucap tu tidak diterimapakai yer ustaz? risau juga..sebab saya dan suami memang benar benar lupa….Terima kasih ustaz…
        Alhamdulillah..InsyaAllah selepas ini saya akan berbual perkara2 yg baik shj memandangkan masih pengantin baru..:)

  125. salam ustaz.
    smlm seorang wanita mengaku mempunyai hubungan cinta dengan suami saya. bila disoal katanya suami ada bgtau dia nak ceraikan sy dan sudah filekn penceraian mggu lalu. hubungan saya dan suami bahagia dan takde masalah apa pun selama 2 tahun ni dan kami dah ada anak berusia setahun.

    bila ditanya suami,katanya perempuan itu fitnah dan mereka cerita. suami bersumpah pd sy bahawa dia x pernah mengatakan sedemikian.

    suami juga berkata kalu sy masih percaya wanita itu, dia suruh sy balik ke rumah org tua sy smlm.

    ustaz, mohon pencerahan dan panduan.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      1. jika pun benar dia kata, “aku akan ceraikan isteri”, ia tidak jatuh talak kerana ia dia hanya menyatakan “akan jatuhkan” bukan benar2 telah menjatuhkan talak. jika dia menafikan kata2 itu, mesti diterima kata2 dia, kecuali jika ada bukti sebaliknya.

      2. kata “kalau awak percaya, balik ke rumah ibu bapa awak” tidak menjatuhkan talak, kecuali jika mmg dia niatkan sedemikian. jika dia kata, dia tidak niat sedemikian, diterima pengakuan dia seadanya.

      3. walau talak tidak jatuh dalam kededua sitausi di atas, sebaiknya awak ajak suami utk melalui kaunseling bersama bagi membantu hubungan awak berdua. tak jatuh talak bukan bermakna takde anatar awak berdua. tak logik pula kalau nak tunggu jatuh talak baru nak minta bantuan menyelesaikan masalah hubungan awak berdua.

      moga bermanfaat.

  126. mohd hilmi hamzah

    assalamualaikum ustaz…sy nak tnya adakah jatuh talak jika saya memberi contoh penerangn kpada istri tentng cerai…conth aku ceraikan ko…tapi niat saya memberi penerangn tentng cerai…mohon pencerahan

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tidak jatuh talak. tapi lain kali jgn buat camtu, bikin contoh seperti “ahmad bercakap pada isterinya…”, bukan “saya cakap pada awak….”

  127. Assalamualaikum ustaz. Sy nak tanya baru-baru ni sy ada bergaduh dengan suami. Dan suami berkata : kalau nak duduk sgt dengan mak, kita berpisah saja la. Awk boleh duduk dgn mak awk smpai bila. Ambil anak. Nanti ada masa sy dtg melawat. Selepas tu kami berbaik. Adakah dah jatuh talak ustaz?
    2. Dua tahun lepas kami ada juga bergaduh, dan dia sebut : kalau awk x boleh ikut cara saya, baik kita berpisah. Awk ikut haluan awk. Anak sy akan fight di mahkamah. Kami yang kebetulan berada di pekan Dan dia telah membawa saya ke pejabat agama. Tetapi pejabat agama tutup pada hari itu. Adakah sudah jatuh talak ustaz? Saya risau sangat kerana baru tahu pasal talak kinayah.
    3. Tiga hari lepas dia ada tanya saya, : awk x nak berpisah kah? awk boleh cari lelaki lain. Saya ni duit x mampu. Adakah jatuh talak ya ustaz? Bantu lah sy…

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      semua kata2 dan insiden2 itu tidak menjatuhkan talak, kecuali jika di suami berniat menjatuhkannya. jika dia kata tak berniat, kata2 dia diterima.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      kata2 itu tidak menjatuhkan talak kerana dia hanya kata yg dia BOLEH jatuhkan talak, bukan mahu menjatuhkannya.

  128. as salam ustaz, mohon bantuan ustaz unyuk memberi pencerahan kepada masalah saya. semalam seharian saya membaca masalah lafaz kinayah. pada sebelah malam tadi, saya meminta bantuan isteri untuk manarikkan zip baju saya kerana jari saya sakit, namun isteri enggan kerana sedang mengemaskan anak kami. lalu saya meminta bantuan anak saya dengan ucapan “ali, tlg tarikkan zip baju abah”. namun sewaktu ucapan itu atau ketika anak saya menarik zip itu, seolah2 terlintas di hati ttg perpisahan (yg mana saya sudah terlupa sungguh2 apa dan bagimana niat sebenarnya). ucapan itu juga didengari isteri saya. sejurus selepas itu, saya terasa sangat tidak sedap hati, segera menafikan perasaan itu kerana saya bukan berkehendakan perpisahan. mungkin kerana isteri yg sepatutnya membantu saya, bukannya anak menyebabkan mungkin ada lintasan di dalam hati. ustaz, adakah ucapan itu merupakan lafaz kinayah yg memerlukan niat? dan apakah yg berlaku sebenarnya, kerana saya sungguh terlupa keadaan niat itu, adakah itu sememangnya bukan niat, atau mungkin akibat bercelaru fikiran akibat banyak membaca ttg lafaz kinayah seharian? atau mungkin gangguan syaitan atau was2? tolong beri penjelasan ye ustaz. terima kasih

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      apa yg berlaku takde kena mengena dgn lafaz kinayah kerana tiada lafaz kinayah yg dilafazkan. lintasan hati bukan lafaz kinayah dan tidak berlaku hukum apa2. ia hy gangguan syaitan semata2.

  129. Assalamualaikum,

    Suatu hari kami suami isteri bertengkar.. lalu dalam keadaan marah suami saya bertanya “adakah kamu mahu aku ceraikan kao dgn talak tiga?”

    soalan saya ialah.. adakah sudah jatuh talak?

    terima kasih

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tidak jatuh talak kerana ia hy satu pertanyaan. tapi perbuatan suami yg seperti itu tidak wajar.

  130. Assalammualaikum ustaz
    Says nk bertanya apa hukumnya bila Suami tuduh isteri curang tanpa bukti kukuh? Dan mengaibkan isteri pada ahli keluarga,selain itu Suami mendoakan isteri tidak selamat dunia akhirat apakah hukumnya? Suami juga tidak memberi nafkah zahir dan batin lebih Dari 4 bulan?
    To long ustaz beri penjelasan

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      hukumnya adalah salah dan berdosa.
      perbuatannya itu perlu diadukan ke mahkamah syariah supaya anda mendapat hak dan ekadilan dan dia dapat dinasihati utk berubah dan mahkaman boleh memutuskan utk melepaskan anda dari ikatan kahwin kerana melanggar taklik nikah.

  131. salam ustz
    saya nak tanya bagi pihak adik saya,
    selepas mereka bergaduh kecil,baru 2 ini suami dia ada berkata “nak jd janda awal ke?
    apakah hukumnya, jatuh talak atau tidak usz?
    bila ditanya kepada suaminya tidak ada niat apa2

  132. Assalam

    Sy nak tya bg pihak abg sy. Dia dh lafaz talak kat isteri dia lbh dr skali, dh dia sndiri yg daftar kat pejabat agama. Namun bla hari kes sebutan kat mahkamah, isteri dia x pernah mengaku dan siap buat surat pembelaan diri pulak. Apa harus dilakukan ustaz? Mereka dh x tinggal serumah hampir 7 bln.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      kes yg macam gini, yg dah dibawa ke mahkamah, hanya mahkamah yg akan putuskan. org luar tak patut komen. yg berkenaan kena bagi tahu mahkamah segala yg patut. mahkamah yg akan akan timbangkan segalanya.

  133. Asslmuaikum..ustaz
    saya nk klu suami saya ckp”kita bercerai” memang suami saya ada niat nk cerai kan saya,adakah jatuh talak.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      saya nasihatkan anda laporkan segera insiden ini ke mahkamah syariah untuk disiasat dgn sepenuhnya dan dibuat keputusan samada talak telah jatuh atau tidak.

  134. saya ada soalan mengenai lafaz talak.
    Suami ada menelefon ibunya dan menceritakan hal kami kepada ibunya mengenai talak.
    Suami berkata saya (isteri) ada menuduhnya melafazkan cerai semasa sedang menonton drama tv mengenai seorang lelaki yang sedang menceraikan isterinya.
    Suami pun menceritakan kepada ibunya dan berkata kepada ibunya mana ada saya cakap “aku ceraikan kau” kepada isteri,saya han saya ada soalan mengenai lafaz talak.
    Suami ada menelefon ibunya dan menceritakan hal kami kepada ibunya mengenai talak.
    Suami berkata saya (isteri) ada menuduhnya melafazkan cerai semasa sedang menonton drama tv mengenai seorang lelaki yang sedang menceraikan isterinya.
    Suami pun menceritakan kepada ibunya dan berkata kepada ibunya mana ada saya cakap “aku ceraikan kau” kepada isteri,saya hanya cakap “aku ceraikan kau” kepada orang yang didalam tv tu saja, saya tak ade niat dan lafaz tersebut ditujukan kepada tv tersebut bukan kepada isteri ( saya).

    Soalan saya adakah lafaz “aku ceraikan kau” dalam perbualan suami dengan ibunya itu akan jatuh terhadap saya (isteri)? ya cakap “aku ceraikan kau” kepada orang yang didalam tv tu saja, saya tak ade niat dan lafaz tersebut ditujukan kepada tv tersebut bukan kepada isteri ( saya).

    Soalan saya adakah lafaz “aku ceraikan kau” dalam perbualan suami dengan ibunya itu akan jatuh terhadap saya (isteri)?

    1. Kalau suami cakap ” mana ada haris ceraikan hasma” kpd ibunya sebagai.penafian, boleh jatuh talak ke ustaz?

  135. Assalammualaikum ustaz…saya mahu bertanya adakah jatuh talak ke atas saya apabila suami melafazkan “aku cerai hang aku kawin lain”…tetapi saya masih confius sama ada suami berniat atau tidak…mohon penjelasan ustaz…

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tanyalah si suami samada diniat talak atau tidak. jika dia kata tiada niat talak kerana maksud dari kata2 dia ialah “jika aku cerai hang, aku kahwin lain..”, maka tidaklah jatuh talak.

  136. Assalam ustaz,

    Salam ramadhan, jika suami melihat telatah seorang makcik yang buat lawak dan suami cakap pada isteri.. “haha.. mak mertua hang”… takde niat cerai atau apa cuma merujuk pada sikap makcik tu ada apa2 kesan ke ustaz.

    T.kasih

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      cuba kamu pulak terangkan, kamu pikir camne? ada kesan ke? kalau ada, kenapa? kalau tak, kenapa pulak?
      pastu saya betul atau salah, mana yg patut.

  137. ketika cakap tu saya pikir xde apa sebab rujuk pada perangai mak cik tu je.. bile dah cakap baru timbul was-was ada kesan atau tak.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      tahu pun awak pikir.. dah tu nak tanya apa lagi?
      kan dah cakap byk kali jgn peduli was2.

  138. Salam ustaz sy ingin bertanya kerana sy tidak tahu dmana harus sy tnykn hal sy ini.. sy dan suami bernikah d thailand. Mengikut semua syarat yg dbenarkn oleh kerajaan melaysia dn songkla.kemudian sy tlh melahirkn ank dan ank sy juga telah ddaftarkn dpejabat pendaftaran. Persoalan sy disni. Sy btanya kpda suami adakah pernikahan kami telah ddaftarkn di sini.. dia menjawap sudah..kerana apabila kita telah daftarkn ank sekaligus pendaftaran perkawinan telah dibuat..betul ka ustaz.
    Persoalan sy yg kdua. Suami sy telah menyatakan yg dia telah menceraikan sy pd istri pertamanya tnpa sy ketahui..dan di pon tidak memberitahu sy ttg ini.. semasa dia tdo.. sy telah membaca msg di antara dia dan wife nya. Sy amat tperanjat kerana dia berkata pd istri ny dgn bbunyi begini ita pon aku da ceraikn da. Ayat itu dgunakn suami adalh untuk memujuk istri nya..
    Ustaz ada kah jatuh talak ustaz sdng kn dia tidak lafazkn kepada sy.?
    Sy terlalu buntu ustaz kerana dalam keadaan sy ..sy xpst sama ade telah ddaftarkn dpejabat agama atau tidak.. bila sy btanya berulang kali dia ckp sy tidak percayakn dia..sedangkn dia lebih arif ttg soal agama drpd sy… terima kasih ustaz. Jwpan ustaz amat bermakna pada sy..

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      kata2 suami awak tu pada hukumnya menjatuhkan talak.
      saya nasihatkan agar awak segera membawa kes awak ini ke mana2 pejabat agama yg berdekatan.
      ceritakan kepada mereka kes awak ini dan minta nasihat dari mnereka bagaiaman ia dapat ditangani dari sudut agama dan undang2.
      atau awak boleh minta nasihat peguam dalam hal ini.
      awak perlu dapakan sms berkenaan utk dijadikan bukti kerana suami awak boleh sahaja kemudiannya menafikan perkara itu apabila dipanggil oleh mahkamah, tanpa bukti mahkamah tidak boleh terima sahaja cakap awak.
      kes seperti ini adalah komplikated.
      saya tak dapat menjawab dgn pasti kerana ada aspek2 undang yg saya tak dapat nak jawab kerana saya warga siangpura yg tak begitu tahu selok belok undang2 malaysia dalam hal ini.
      atas dasar itu juga saya tak dapat nak jawab samada mendaftarkan anak bererti mendaftar nikah.

  139. Muhammad Haniff Hassan

    salam

    perbuatan suami memukul isteri adalah salah di sisi agama dan undang2.
    ia boleh menyebabkan jatuhnya talak secara taklik.
    saya nasihatkan anda mengadu ke mahkamah syariah bagi mendapatkan bantuan kaunseling bagi anda berdua.
    jika tidak suami awak tidak akan berubah dan hubungan awak akan sulit utk diperbaiki.
    jika dia degil tidak mahu kaunseling, anda boleh adu mahkamah bahawa dia telah memukul awak.

  140. Assalamualaikum ustaz,
    Suami saya selalu memaki saya kalau kami bgaduh. Kdg2 suami saya akan sebut “saya benci kau” atau “saya dah takda hati sm kau”. Kdg2 dia taknak saya pulang ke kampung dia. Dia akan cakap “saya x alu2kan kedatangan kau”. Suami saya juga selalu buat tuduhan saya curang dan sebagainya. Apa yang patut saya lakukan? Setakat hari ini saya hanya bersabar.

    Mohon ustaz bantu.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      perbuatan suami awak salah di sisi agama dan undang2.
      di sisi agama ia boleh dikira penyebab jatuh talak secara taklik kerana dia telah menjatuhjan maruah isteri.
      di sisi undang2, ia boleh dianggap penderaan rumahtangga.
      saya nasihatkan awak adu masalah awak ke mahkamah syariah supaya suami awak dpt dikaunseling agar berubah dan awak berdua dpt membaiki hubungan utk hidup bahagia.

  141. Salam ustaz…sy n suami bergaduhn dlm sms sy mnta sumai utk ceraikan sy berkali2.tp sy xde niat utk meminta cerai hnya mnta cerai kerana marah ketika itu. lepas tue suami antar sms” i ceraikan you(nama sy) atas dasar permintaan you noga u bahagia”. Adakah jatuh talak ustaz? Sy tidak ingin diceraikan..tlg sy ustaz. 🙁

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      apa yg dilafazkan oleh suami awak segi hukumnya adalah lafaz yg menjatuhkan talak.
      apabila suami melafazkan lafaz sedemikian, talak jatuh tidak kira samada awak suka atau tidak, mahu atau tak mahu, minta atau tidak.
      awak wajib melaporkan perkara ini kr mahkamah syariah segera utk pengesahan dan bantuan kaunseling.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      ya.. kecuali mahkamah syariah putuskan sebaliknya kerana yg boleh hukumkan tak jatuh talak dalam kes sebegini hanyalah mahkamah syariah.

  142. Salam ustaz,
    Saya bergaduh dengan isteri saya dalam telefon, dia ada mencabar saya supaya pergi pejabat agama dan ceraikan dia, saya cuba bersabar dan setelah saya letak telefon,saya tersebut ” kena bercerai kalo macamni”. Tetapi tiada niat nak bercerai waktu tu.cuma niat nak nak pergi pejabat agama.Adakah jatuh talak?. Terima kasih ustaz.

  143. assalamualaikum ustaz ,saya ingin bertanya jika suami berkata ‘kalau aku ceraikan awak baru tahu”apakah jatuh talak.minta tolong dijelaskan.

  144. salam,
    saya nak tahu apakah talak akan jatuh klau sambil berborak suami berkata “takdelah bodoh sangat saya nak ceraikan awak klau jadi pape nanti” maksudnya bagi ayat “”saya nak ceraikan awak” tu

  145. Assalamualaikum ustaz,

    Dlm satu situasi, sy kejutkan isteri dr tidur lepas dia x terjaga walau alarm jam dah berbunyi. Bila isteri terjaga dan keluar dr bilik, sy berkata dlm hati, lebih kurang begini, “susah btol nak bangun” dan tiba2 ntah macamana, tanpa sebarang niat dan tanpa sengaja, keluar dimulut sy ayat “nak menjanda le tu”…

    Sy yakin, saya takde niat apa2, dan sy tak tahu jika ayat tersebut boleh bersifat kinayah. Cuma yg sy ingat, lepas tersebut ayat tu, sy senyum seperti ia hanya gurauan serta sy tidak memaksudkan apa2. Namun, kemudian baru terdetik apakah hukumnya. Sy tahu sy tak sepatutnya bermain2 dgn lafaz sebegini kerana impaknya bukan sebarang. Mungkin Tuhan mahu berikan peringatan kpd saya.

    Mohon ustaz berikan pandangan ttg status lafaz sy tersebut.

    Terima kasih

    1. Muhammad Haniff Hassan

      soalan seperti ni dah saya jawab byk kali!
      sila baca di atas.
      jawapan mudahnya, tak jatuh talak.

      salam

  146. Isteri saya bermusuhan dengan kakak dia yg no 1 berpunca dari sikap kakak dia yg no 1 mempertikaikan saya lewat membayar duit saya pinjam dari Ayah mereka. Dia menghina keluarga saya sehingga berlaku berbalas balas sms antara isteri saya dgn kakaknya sehingga sampai satu tahap isteri saya tidak mengaku dia sebagai kakak. Duit hutang tersebut telah dibayar atas bantuan kakak isteri saya yg no 2. Akan tetapi permusuhan isteri saya dgn kakak dia yg no 1 terus berpanjangan. Kakak dia yg no 1 mempengaruhi adik beradik dia yg lain dan juga ayah mereka sehingga mereka menjauhkan diri dari isteri saya. Kakak isteri saya memberitahu ayah mereka bahawa isteri saya kurang ajar dgn dia. Syukur Alhamdulilah akhirnya ayah isteri saya sedar bahawa dia tidak diberitahu cerita sebenar punca isteri saya bergaduh dgn kakak dia yg no.1. Hubungan isteri saya dgn Ayahnya pulih kembali selepas isteri saya mencerita hal yg sebenar. Permusuhan isteri saya dgn kakak nya merebak ke abang dia sehingga abang dia sanggup menumbuk adik dia sendiri atas hasutan. Semenjak itu isteri saya sering menuduh saya punca mereka adik beradik bergaduh. Sedangkan saya pernah memohon maaf pada kakak isteri saya yg no 1 kerana meminjam dari ayah mereka. Saya pernah berjumpa dgn suami kakak isteri saya dan suami kakak isteri saya berkata bukan berpunca dari hutang tetapi dari ego mereka adik beradik. Kakak tidak mahu mengalah dan adik juga tidak mahu mengalah.
    Oleh kerana isteri saya sering kali menuduh saya punca dia bermusuhan hingga mencabar maruah saya sebagai suami.
    Saya melafazkan jatuh talak 1 jika aku punca korang adik beradik bergaduh.

    Dia harap ustaz dapat memberi nasihat dan pendapat.

    Terima kasih.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      saya cadangkan anda bawakan kes anda ini ke mahkamah syariah utk diputuskan samada talak jatuh atau tidak.
      selain itu ia membolehkan anda dan isteri menhjalani kaunseling yg boleh membaiki hubungan anda berdua dan selesaikan masalah yg ada itu.

  147. Ustaz… Kalau dlm keadaan marah kita ckp kat isteri “kalau aku ceraikan kau mmg patut pun” spy nk bg dia fikir tapi x de niat nk ceraikan.. Jatuh ke talaq ustaz? Kira sorih ke?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      tak jatuh.. tapi suami yg cam gitu patut dicili mulutnya, walau apa pun niatnya.

  148. Soalan : atas meja ada botol kaca…anak buah saya ingin mencapainya dan dgn pantas suami saya mengangkat dan mengalihkan botol kaca tu ke tempat lain sambil berkata ” kalau jatuh bercerai”.Saya yakin suami maksudkan kalau botol tu jatuh bercerai ( pecah )… Saya masa tu dengar suami cakap sebab saya ada di tempat kejadian…saya tak pasti suami memandang saya atau tidak semasa berkata demikian
    Mohon ustaz jelaskan…adakah kata2 suami tu blh jatuh talak? adakah ia merupakan lafaz sorih @ kinayah

      1. Jadi ia bukan lafaz taqlik yer ustaz sbb saya yakin suami berkata tentang botol kaca tu…jadi ia tidak menjejaskan perkahwinan kami yer ustaz?

  149. Assalamualaikum ,

    Disini saya inigin bertanya bahawa :
    – adakah talak jatuh jika suami cakap ” kita sudah habis” semasa kami bertengkar di telephone?

    Saya amat bersedih atas sikap suami saya yg selalu ungkapkan kata2 bahawasa nyer yg dia amat menyesal berkahwin dgn saya. Setiap kali kami bertengkar dia akan cakap yg dia sudah tidak sanggup lagik hidup dengan saya. Tidak putus juga dengan kata2 kesat nyer yg sudah menjadi kebiasaan memaki hamun saya serta sumpah seranah nyer dengan kata2 seperti betina sundal, perangai binatang, besar punya lahanat, dan byk lagik….

    Saya pernah buat satu kesilapan yg besar sebelom kami berkahwin hingga hampir2 kami tidak jadi bernikah dan saya sudah berjanji pada nyer dan diri saya juga sendiri setelah saya berkahwin saya akan berubah dan buang kisah lampau. Perkahwinan kami sudah masuk 1 setengah tahun tetapi saya tidak sanggup setiap kali kami bertengkar dia akan menyalahkan dan menhukum saya dgn kata2 kesat nyer dan mengungkit perbuatan saya yg lampau dan berkata yg saya tidak akan atau dapat berubah….seperti itu satu senjata dia utk menikam saya supaya saya tidak boleh berkata apa2 dgn dia dan apa yg dia perlakukan seperti menelefon bekas temanita nyer….saya tidak boleh pertikai kan apa yg dia buat…..sbb dia akan berkata yg dia bukan mcm atau seperti saya etc…saya memang kuat cemburu ustaz dan saya cuma ingin kan dia menghormati keputusan saya utk jgn berkomunikasi lagik dgn bekas temanita nyer. Tetapi dia tetap tegak kan yg bahawasa nyer bekas temanita nyer itu tetap kawan nyer dan siapa saya utk menhalang dia daripada berkawan dgn sesiapa saja….Ya Allah mengapa lah saya dihukum sebegini :((
    Saya cuma inginikan suami saya jgn lakukan perkara yg saya tidak suka…. tetapi dia asyik ungkapkan yg dia tidak akan peduli dgn saya….tiap kali dia cakap ” pegi mampos dgn kau…aku kena hidup dibawah telunjuk kau ??? ” ……… berulang kali juga dia cakap yg saya selalu tidak berfikiran terbuka dan selalu berperasaan meluap-luap cemburu giler babi terhadap nyer….saya amat runsing skrg tidak tahu mcm mana hendak meneruskan liku2 hidup saya.

    Saya berharap Ustaz dapat memberikan pandangan yg jelas apa yg harus saya lakukan kerana saya teramat terluka dgn sikap suami saya sekarang ini :((

    Sekian Terima Kasih

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      awak perlu adukan masalah awak ioni ke m,ahkamah syariah agar awak berdua dapat melalui sesi kaunseling bagi membantu membaiki hubungan.
      suami awak perlu dinasihati bahawa sikap dia itu tidak baik di sisi agama.
      awak juga perlu bantuan bagaimana atasi masalah cemburu dan tangani suami awak dgn cara yg lebih baik dan berkesan.
      jika beliau berdegil dan tak mahu ubah sikap, awak perlu fikirkan secara serius samada perlu utk awak meneruskan kehidupan bersama dia kerana awak berhak utk bahagia tanpa terikat dgn org lain.
      melalui sesi kaunseling yg awak lalui, awak boleh teruskan ke proses perceraian, jika awak mahu.

      1. Terima Kasih Ustaz…tetapi apakah cakapan suami saya itu “kita sudah habis” jatuh talak?? Dimana sesi kaunselling yg boleh saya hubungi??

        Terima Kasih

        1. Muhammad Haniff Hassan

          ia hanya jatuh talak, jika suami mmg berniat utk jatuhkan talak. jika tiada niat, tidak jatuh talak.
          utk kaunseling, pergi ke mahkamah syariah utk adukan amsalah dan kes awak.
          mahkamah akan tentukan sesi kaunseling utk awak.

          1. Saya tidak mahu membesarkan masalah ini lagik sbb jika suami saya mendapat tahu dia akan buat tindakan yg ….. ” well dah masuk court kan…. mari kita habiskan sekali “. Sebab dia pernah berkata dengan saya yg tiada penyesalan buat diri dia utk buang saya dari hidup dia. Malah dia akan rasa lagik gembira bersorangan dari berganding dgn saya.

            Jad boleh tak kalau saya tidak mahu buat aduan kat mahkamah syariah dulu buat masa ini … just attend sesi kaunselling dimana2 tempat dahulu? Apa pendapat Ustaz?

            Terima Kasih

          2. Muhammad Haniff Hassan

            terserah. hubungi mana2 badan islam atau sosial yg menawarkan khidmat kaunseling.

  150. As salam ust..
    Kes 1 – “kalau nak berpisah, kita berpisah”

    Kes 2 – ” Esok kita buat keputusan pergi pejabat agama, esok kita last bersama”

    Kes 3 – “Kita pergi pejabat agama kita isi borang, kita berpisah”

    Apakah status lafaz2 ni ust? mohon pencerahan..

    1. Muhammad Haniff Hassan

      tak jatuh talak. ia hanay pernyataan menyatakan hasrat utk bercerai, bukan pernyataan untuk menjatuhkan talak.

      salam

      1. yang “esok last kita bersama” tu ust?..lepas tu ada lagi ayat sambungnya..dia cakap anggap la apa yang saya nak anggap..anggap je dah jadi..benda kira confirm jadi..(perceraian maksud dia) tapi tak kluar perkataan tu cuma saya faham apa yang dia maksudkan itu. Dan dia cakap faham2 sendiri sudah..runsing betul saya

        1. Muhammad Haniff Hassan

          kalau nak yakin sangat, gi mahkamah syariah je.
          apa2 pun, keadaan hubungan awak berdua mmg layak dibawa ke mahkamah syariah.
          kalau tak pasal jatuh talak pun, perlu dikaunseling utk belajar camne nak idup harmoni suami isteri.

          1. saya tak mahu sampai kesana ust sebab baru kahwin tak sampai setahun..kalau ust kata tak jatuh alhamdulillah..sebabnya jadi camni mmg time bergaduh dua2 hati panas cpt mrh..tapi sy dah tnykan pada suami dia jawab dia saja gertak bagi sy panas.
            jadi ktiga2 kes td tak jatuh talak ye ust? terima kasih ust sudi layan mesej saya.

  151. salam ustaz. suami saya ada cakap “lepas raya kita berpisah” adakah jatuh talak? terima kasih ya ustaz

    1. Muhammad Haniff Hassan

      saya rasa awak ni bermasalah.
      merata2 awak tanya soalan yg sama.
      sudah dijawab pun, awak masih nak bertanya sana sini.

          1. ya. saya nak tanya pendapat dari yang lain juga. maaf kan saya jika cara saya ini salah.
            terima kasih ustaz.

  152. salam … nak tumpang tanya .. saya baru kawin masa bulan 5 tahun ne ..
    tapi sak kbelakangan nie ada masalah2 kecil sampai jadi besar sbb hal2 yg tertentu ..suami saya nie MUALAF cina .. kurang ilmu pengetahuan tntng islam. jadi dia btul2 marah (dia nie panas baran sikit) dia terus ckap “CERAI LAH KITA” saya ckp kat dia “AWAK DAH CAKAP AWAK PEGI LAH SENDIRI” lepas tu beberapa jam kemudian dia minta maaf balik xnk cerai mcm mana tu?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      saya berpendapat kata2 itu elok dirujukkan ke mahkamah syariah utk kepastian samada jatuh cerai atau tidak.

  153. salam, saya nak tanye tuan…saya ad ckp pd suami, Andai saya hadir dlm hdupnya untuk mykiti hati labih baek tinggalkan saja saya.. dengan keadaan marah suami saya ada buat pggilan dan dengan tanpa niat dye melafazkan ceraikan saya dengan talak 1 dalam keadaan marah… dan keluarga (mak dengan ayah mertua bgtau akan mncari prempuan laen untuk djdikan menantu, dan ayah mertua cakap dari awal dye xberkenan pd sya..) 1. adekah jatuh talak tu,dan kami ingin merujuk kembali kerana kami saling menyayangi antara stu sma lain..sila jawab yea tq …

  154. As salam w.b.t
    Sya baru 3 bulan bernikah. Saya pernah terlanjur dgn bekas bf saya dan saya telah bertaubat utk semua dosa2 saya. Sya tealh bersumpah dgn suami utk menutup aib saya. sebelum dan selepas nikah. Sya terpaksa bersumpah setiap kali suami saya bertanya kan hal masa silam saya. Sumpah itu saya lakukan berniat utk tutup aib saya dan menjaga maruah keluarga saya.

    Sya pernah terniat utk berterus terang namun saya lihat suami saya seorg yang tidak boleh menerima. dia senang menghina dan memperlekehkan wanita yang berdosa.

    untuk pengetahuan ustaz, keputusan saya utk setuju bernikah dengan dia saya serahkan pada solat isktiharah. bukan semata-mata ikut perasaan. kami sama2 beristiharah sebelum decide utk nikah.

    Allah tolong saya utk kuat mengharungi desakan suami yang suka mengorek hal silam saya. sehingga lah semalam apabila dia menyebut ttg talak. itu yg buat saya was2 dan perlukan pertolongan ustaz.
    Tetapi semalam suami saya bertanya kan semula perihal silam saya dan dia ada menyatakan ” jika ada sesiapa sentuh saya sebelum ini, ( sebelum saya mngenali dia ) talak jatuh ke atas saya”

    Adakah jatuh talak terhadap saya?

    Mohon percerahan daripada ustaz dengan kadar segera.
    Sekian , Terima Kasih.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      untuk kes awak ini, saya berpendapat eloklah awak bawakan ia ke mahkamah syariah utk kepastian.
      keputusan muktamad tentang apa jua kemusykilan berkaitan talak ditangan mahkamah syariah.
      saya berpendapat eks awak memerlukan kuasa mahkamah utk memberi hukum yg muktamad.
      awak boleh bertanya dgn saya atau mana2 ustaz. kemungkinan awak akan menerima pendapat yg berbeza2 kerana unsur kesamaran dalam eks awak. sebab itulah saya nasihatkan awak tanyakan langsung ke mahkamah syariah utk hukum yg muktamad.
      selain itu mahkamah mungkin dapat membantu awak bagaimana tangani masalah masa silam awak dan bagaimana tangani masa silam dan suami awak melalui proses kaunseling.
      moga allah membantu memudahkan urusan awak.

  155. Salam ustaz.
    Saya dan suami bertengkqr…setiap kali bertengkar, suami selalu akan cakap “ambil beg,kemas bqrang abg hantar balik kampung.” ringkasannya tiap kali gaduh mesti suami halau saya dgn berkata pergi balik rumah mak abah kau…
    Adakah boleh jatuh talak? Suami tak cakap apa apa pun apa niat sebenar dia ckp macamtu.
    Bila dah ok, kami pun berbaik dan hidup mcm biasa

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      kata2 itu tidak menjatuhkan talak, tapi sikpa sedemikian bukan sikap yg terpuji.
      ia perlu diubah. jika tidak satu hari ia mungkin mengakibatkan penyesalan.
      oleh itu, suami awak perlu dikaunseling agar tahu macam mana nak tangani apa jua masalah dengan isteri tanpa perlu mengeluarkan kata2 sedemikian.

  156. Syed Mohd Yasir

    Soalan saya……
    1. Apakah jatuh talak jika suami mmg ada niat/berniat (seolah dalam hati menyatakan talak soreh/ kinayah/talak taqliq) utk menceraikan isterinya tp dia xlafazkn pada isterinya, hanya dlm hati saja.
    2. Apakah jatuh talak jika suami mmg tak berniat (seolah dalam hati menyatakan talak soreh/ kinayah/talak taqliq) utk menceraikan isterinya tapi dlm hati ada gangguan seolah menghasut utk menceraikan isterinya? Ckp dlm hati mahu bercerai tp hanya dalam hati saja tanpa lafaz.
    3. Apakah jatuh talak jika suami bermonolog sendirian melafazkn talak soreh tetapi tak berniat sebenarnya utk bercerai dgn isterinya.
    4. Apakah jatuh talak jika suami bermonolog sendirian melafazkn talak soreh tetapi memang berniat utk bercerai dgn isterinya.

      1. Syed Mohd Yasir

        Salam,

        Ustaz beri jwpn kesemuanya tidak menjatuhkan talak. Tetapi saya kurang jelas untuk :
        No.1 – berniat mahu cerai tetapi tidak lafaz, tak berlaku cerai?
        No.2 – ada juga article lain saya baca sama memberi jawapan tidak jatuh talak sbb hanya niat, saya cuma was-was mahu pandangan ustaz saja. Apa jua kaedah talak (soreh/kinayah/taqliq) jika hanya niat sahaja Maka ia tidak menjatuhkan talak?
        No.3 & 4 – bermonolog (lafaz talak soreh) sendirian (mmg berniat / tak berniat) utk menceraikan tidak menjatuhkan talak juga?

        1. Muhammad Haniff Hassan

          salam

          1. seperti saya kata, semuanya tak jatuh talak.
          2. untuk hukum muktamad dalam soal nikah cerai, boleh rujuk ke mahkamah syariah.
          3. perlu diingatkan, biar 100x jawapan di beri oleh 100 ustaz pun, ia tidak akan menghilangkan was2 seseorang sekiranya yg berkenaan masih nak melayan was2 dalam dirinya. sesiapa yang merasa dirinya telah dihinggapi masalah was2, huraian masalah dia ialah rawatan pakar (kaunselor atau psikiatri), bukan terus bertanya. semakin terus dia bertanya, semakin buruklah penyakit was2nya nanti.

          moga bermanfaat.

  157. Salam Ustaz,

    Saya sedang mengandung 7 bulan. baru2 ni kami bertengkar sbb sy ambil telefon dia. Sy syak dia berhubungan dgn perempuan lain. Dia tanya sy sama ada ambil telefon dia atau tidak. Saya tak mengaku padahal telefon tu memang sy yg ambil. Dia siap suruh sy bersumpah kalau betul tak ambil. Kemudian dia lafazkan dengan jelas pd sy ‘ Kalau awak ada ambik telefon tu, kita cerai dengan talak 1, kalau tak de, maka tak lah’. Adakah jatuh talak serta merta sbb memang sy yg ambil telefon dia?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      menilai fakta2 yg puan nyatakan, saya berpendapat sebaiknya puan dapatkan pengesahan dari mahkamah syariah sendiri samada talak taklik telah jatuh atau tidak.
      saya hanya berharap agar mahkamah memutuskan talak tidak jatuh.

      moga bermanfaat.

  158. As salam Ustaz,
    Nak tny kemusykilan,..berkenaan cerai,..sekiranya suami menjatuhkan talak bukan dengan niat untuk bercerai..tapi untuk menyelamatkan kedua-dua buah kluarganya dan kedua-dua isterinya (isteri pertama dan kedua) supaya tidak bergaduh dengan perbalahan yang teruk sehingga boleh mencederakan jatuh ke tidak talak tersebut?..harap ustaz dpt bantu sy,..terima kasih,

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      lafaz cerai itu lafaz yg jelas seperti aku ceraikan kau, aku jatuhkan talak satu, hukumnya talak jatuh, tak kira apa niat si suami, walaupun ia hanya satu gurauan.

  159. Ustaz,..sikit lg ye,..

    kalau dia kata saya lepaskn awak, dan dia tulis lafaz tu melalui mesej,..? sbb sekrg ni,..husbnd saya tidak mengiakan yang dia menceraikan saya dan tidak juga mahu prgi ke mahkamah syariah utk berbincang,..jadi sekrg kami masih menjalani kehidupan seprti biasa..:( dan sy amat menyayangi suami sy..

    1. Muhammad Haniff Hassan

      jika lafaz seperti itu, tidak jatuh talak jika tidak berniat utk talak.
      tapi suami yg suka dan mudah sangat guna kata2 seperti itu patut dikaunseling.
      jika masih ragu2, pergi sahaja ke mahkamah syariah utk aduan kerana mahkamah syariahlah yg dapat bagi jawapan muktamad.

  160. Salam ustaz…semalam sy dan suami bergaduh…sy tak tahan n cakap” kalau benci sgt sy, ceraikan sy”.. suami sy pulak balas cakap time tgh2 marah” ok aku ceraikan u ..abisla hidup aku.mcm nie”..
    jatuh talak ke ustaz? Mnta tolong ustaz..

    thanks

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam.

      ya jatuh talak.
      sila adu ke mahkamah utk pengesahan muktamad.
      sila baca jawapan saya tentang talak dalam keadaan marah.

  161. Salam ustaz , sy nak tya adakah jatuh talak sekiranya suami saya selalu bg tahu kat rakan facebook dia dan awek baru dia yang dia dah bercerai dan duda .

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      perkara ni agak serius dan bahaya dari sudut samada nikah awak masih ekkal atau tidak. saya cadangkan awak adukan ke mahkamah syariah untuk siasatan dan pengesahan.
      hukumnya bergantung pada fakta yg perlu disiasat oleh pihak mahkamah.
      jika mahkamah dapati tidak jatuh talak pun, diharap mahkamah dapat menasihati dan tegur suami awak agar dia berubah.

      moga bermanfaat.

  162. Salam ustaz,

    Saya bergaduh dengan isteri saya melalu sms (isteri selalu melawan cakap saya). Lalu saya menulis “Maybe one day I may let u go……so u can fly wherever u want to” adalah ini dikira jatuh talak?

    Jika ia kenapa? Jika tidak jatuh talak, apakah yang situasi yang membolehkan jatuhnya talak dlm situasi di atas.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      pada dasarnya, kata-kata itu tidak menjatuhkan talak kerana ia mengguna perkataan “may” yang bermaksud mungkin.
      yang menjatuhkan talak jika disebut, “i am divorcing you” atau “i divorce you”.
      namun kata-kata itu boleh menjatuhkan talak, jika si suami memang berniat ketika melafazkannya untuk menjatuhkan talak.
      jika si suami tidak berniat, maka hukumnya kembali kepada hukum asal.

      moga bermanfaat.

      1. Jika saya hanya ikutkan perasaan ketika itu maka ianya bermaksud tidak berniat bukan ustaz? Bukanlah niat saya mahu berpisah dgn isteri, ia hanya berlaku dlm keadaan tertekan pada waktu itu.

          1. Salam ustaz,

            Ustaz ckp “yang menjatuhkan talak jika disebut, “i am divorcing you” atau “i divorce you”.
            namun kata-kata itu boleh menjatuhkan talak, jika si suami memang berniat ketika melafazkannya untuk menjatuhkan talak”. Ini jika melalui lafazkn? Kalau SMS seperti ustaz tulis di atas…….bagaimana eh?

            Kes saya SMS “Maybe one day I may let u go……so u can fly wherever u want to” (sms ditulis dalam keadaan marah pd ketika itu mcm bg amaran saja bukan mahu bercerai oun) ini tidak menjatuhkan talak bukan?

          2. Muhammad Haniff Hassan

            salam

            hukumnya sama, baik secara lisan atau melalui sms. sms dikira lafaz secara bertulis.
            lafaz dalam sms itu tak menjatuhkan talak.
            kalau ragu2 pergi terus ke mahkamah syariah yg boleh buat keputusan muktamad.

          3. Ustaz maaf bertanya lagi, jika saya mmg ada niat utk berpisah (sbb terlalu marah) lalu SMS begini bagai mana? Kalau tidak ada niat utk berpisah tp menulis SMS begini pula bagai mana? Kedua-dua keadaan ni juga tidak mendatangkan jatuh talak bukan?

          4. Muhammad Haniff Hassan

            jika awak ada niat utk jatuhkan talak, awak perlu adukan ke mahkamah utk mahkamah putuskan samada talak jatuh atau tidak.
            jika awak takde niat langsung, awak cuma perlu buat bodoh je kerana mmg tak jatuh talak.

  163. Salam ustaz
    Sy seorang isteri yg terlalu terluka dengan apa kluarga mertua n anak2 nya. Selalu bila sy dan suami bertengkar adalah kerana perangai ibu mertua saya. Sy mengaku setiap kali bergaduh sy selalu minta d lepas kan n per nah ketika suami sy curang dan baru baru ini kami bertengkar sy meminta diceraikan den talak tiga. Sy berkata begitu ketika dlm keadaan marah..jatuh ke talak itu? Suami sy ckp “ia’ kerana sudah kerap kali sy minta dan jika tidak dia dilabelkan seperti suami dayus?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      meneliti fakta yg anda ceritakan ttg talak, saya nasihatkan anda segera adukan pada mahkamah syariah utk keputusah yg muktamad.
      kes yg anda nyarakan lebuh utama ditangani terus oleh mahkamah syariah.
      semoga mahkamah juga dpt bantu kekusutan rumahtangga anda.

      moga bermanfaat.

  164. assalamualaikum ustaz sy ingin bertanya 2 perkara
    1.jika suami mengatakn lafaz aku ceraikan kau…tanpa niat.dlam keadaan marah adakah sah.
    2.kami bersms..dan ada juga ayat yg mengatakan baik kita berpisah…adakah jatuh atau tidak..ini berlaku ketika sy cuba memperbaiki dan sisuami plk berdolak dalik.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      1. jatuh talak dgn lafaz seperti itu walau tanpa niat dan dalam keadaan marah. sila buat carian talak dalam keadaan marah di website ini.

      2. tidak jatuh talak dgn kata2 seperti itu baik secara lisan atau sms kecuali jika suami berniat utk jatuhkan talak.

      moga bermanfaat.

      1. maaf ustaz yg no 2 tu mknanya..jika suami ber sms waktu tu tanpa niat tidak jatuh lah…kecuali jika masa ber sms tu dia ada niat…waktu sms tu kira jatuh ker ustaz..betulx??

          1. terima ksih ustaz…maaf ada satu lagi soalan saya ustaz..contoh..jika sekarang suami sy tetap mahu melepaskan saya..tetapi dalam masa yang sama dia meminta layanan batin dari saya jadi perlu ke sy
            1.wajib tak saya melayaninya kerana dia masih suami saya dan rasa sayang masih ada.dan jika.
            2.saya tidak mahu melayaninya kerana saya rasa seperti dipermainkan..perasaan saya.jadi soalannya berdosa ke jika saya menolaknya.

          2. Muhammad Haniff Hassan

            salam

            suami awak ni tak tahu malu ke? tak mahu terima awak sbg isteri, tapi nak seks dari awak?

            jawapan soalan awak ialah, jika talak telah jatuh wajib awak adukan ke mahkamah syariah. apabila awak adukan ke mahkamah syariah, tanyakan samada awak boleh berhubugan. jka mahkamah kata ok, ok lah.
            jika talak tidak jatuh, hukumnya terserah pd masing2 pihak, atas kerelaan masing2.
            dalam situasi ini tidak boleh masing2 pihak memaksa yg lain.

  165. Salam….
    Sy ingin bertanya ada kah kata2 seperti”ko bukan perempuan baik…. ko perempuan sundal” boleh di jatuhkan talak…… sy musykil dan risau…. kata2 tu di ucap dlm keadaan marah…..

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tidak jatuh talak. tapi melafazkan kata2 sedemikian boleh membawa kepada dosa besar, kerana ia adalah tuduhan ke atas isteri melakukan zina, jika tiada bukti, walau diucap ketika marah.

  166. Salam ustaz…saya ada soalan …
    Saya gaduh dengan siami dan suami berkata:
    1. Nak ke aku cari perempuan lain? Pergi mampus sama kau!!
    2. Aku cari perempuan lain yer
    3. Nak aku cari perempuan lain
    Mohon pencerahan ustaz, adakah kata kata suami tu merupakah lafaz kinayah bagi cerai?
    Adakah kata kata suami tu boleh menyebabkan jatuh talak?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      semua kata-kata itu tidak menjatuhkan talak.
      saya juga berpendapat ia bukan lafaz kinayah bagi talak.

      1. Masa suami cakap ” aku cari perempuan lain yer, bagi tak?”
        Saya pun jawab ” bagi , sambil menganggukkan kepala..
        Adakah ia merupakan talak kinayah juga ? Mohon pencerahan ustaz

  167. assalammualaikum
    ustaz saya ingin bertanya adakah jatuh talak jika suami saya kata 1-AKU LEPASKN KAMU..
    2-BILA NK P PEJBT AGAMA… KAMU DH X ADA DLM HATI AKU
    sering sgt dilafazkn bila saya menengur kesilapan dia dlm tanggungjawb terhadap saya n ank… seolah dia sering mencabar saya…ape yg perlu saya buat ustaz

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      saya berpendapat sebaiknay awak bawakan kes awak itu ke mahkamah syariah utk membuat penentuan yg muktamad samada talak jatuh atau tidak.
      jika pun talak tidak jatuh, suami awak wajar di kaunseling atas sikapnya yg sedemikian.

  168. Soalan :
    Diatas meja ada botol kaca… anak saya ingin mencapainya dan dengan pantas suami saya mengangkat dan mengalihkan botol itu ke tempat lain sambil berkata “kalau jatuh bercerai”. Saya yakin suami maksudkan kalau botol tu jatuh bercerai (pecah). Saya masa tu dengar suami cakap sebab saya ada di tempat kejadian…Saya tak pasti suami memandang saya atau tidak semasa berkata demikian.
    Mohon Ustaz jelaskan, adakah kata kata suami itu boleh jatuh talak? Adakah ia merupakan Lafaz Cerai Takliq ?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      maaf kalau saya berpendapat, awak seolah2 telah jatuh dalam obsession dan hyper sensitive dalam soal lafaz talak.
      awak sendiri kata, awak yakin suami bukan maksudkan talak dan terdapat ketidakpastian tentang sebaliknya, tapi awak tetap nak bertanya dan melayan was2 itu.
      saya cadangkan awak dapatkan nasihat pakar kaunseling dalam hal ini.

  169. Assalamualaikum Ust.

    Sy ada bergaduh dgn isteri, jd isteri sy jg dgn kasar menjawab ketika bergaduh. Soalan saya ;
    sy telah berkata “silap pilih isteri, menyesal aku kahwin”
    Adakah jatuh talak Ust? Terima kasih

  170. assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. ..nak tanya cerita ni dah berlalu 2 tahun dan saya tak ingat langsung…masa tu saya ada perempuan simpanan dan dah kantoi…tp isteri saya cakap saya pernah ucap dia saya cerai kau pun saya cerai…tp saya tak ingat yg saya ada cakap hal ni…adakah talak jatuh ustaz..minta tunjuk ajar ustaz

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      jika salah seorg pihak dakwa talak telah diucap dan jatuh dan seorang lagi nafikan, ia hanya boleh diselesaikan oleh mahkamah yg mampu utk buat siasatan rapi.
      sila laporkan kes awak ni ke mahkamah utk dapatkan hukum yg lebih muktamad.

  171. Assalammualaikum ustaz
    Sya ada kemuskilan.
    1) selepas 1bln kami berkahwin pd tahun 2008. Suami ada menyatakn cerai semasa kami brrgaduh tp lafaz itu tidak sya dengar. Kemudian setelah brberapa mggu suami ada memberitahu sya dn melafazkn rujuk.
    2) selepas bersalin ank pertama suami sering menyebut “kalau ko gemuk aku ceraikan ko” tetapi apa yg sya keliru tu gemuk tu seperti gemuk mna? Dan sering dia juga menegur sya sudah gemuk tp pada pandangan sya, sya cuma berisi sikit dr sebelum dan bknla dikatogerikan gemuk.. Adakah apabila suamu menyebut sya gemuk telah jatuh talak.
    3) Sejak kami kahwin..suami saya ni kaki perempuan. Dari seorang demi seorang. Apabila perempuan2 tersebut menyedari kehadiran sya..dia menyatakan kepada mereka yg dia dan sya sebenarnya telah bercerai? Adakah pernyataan itu menggugurkn talak

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      kes awak ni memerlukan siasatan teliti. sebaiknya awak adukan ke mahkamah yg lebih berkepupayaan utk melakukan siastan berkenaan.
      andaikan talak telah jatuh dan rujuk telah berlaku, awan suami isteri sebenarnya wajib di sisi undang2 membawa kes ke mahkamah utk disahkan dan didaftar.
      salah di sisi undang2 utk talak dan rujuk senyap sahaja.
      tujuan adanya mahkamah supaya, perkara ini dapat dipastikan dgn betul dan tiada keraguan pada mana2 pihak.
      bila ia dibuat secara sendiri2 dan senyap2, beginilah jadinya. dah beberapa tahun berlalu, hati rasa ragus dan tak tenang.
      sila lapor ke mahkamah.

  172. Sya bergaduh ngan suami.lalu suami berkata irg da jtuh bru menyesal.ustaz,ada kah jtuh talak hila suami berkat begitu?

  173. Assalamualaikum ustaz,
    Saya ada soalan untuk ditanyakan pada ustaz.
    1. Adakah jatuh talak jika sekiranya suami saya berkata “Kau pergi dari rumah ni, kau angkut semua barang kau. Mulai hari ni adalah kali terakhir aku lihat muka kau, kau tidak berguna lagi untuk aku’?

    Terima kasih ustaz.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      jatuh talak, jika si suami berniat dari kata2 itu utk menjatuhkan talak.
      jika tidak berniat sedemikian, tak jatuh talak.

  174. Salam ustaz.satu lagi soalan.klu suami sebut jatuh talak bru menyesal…ada kah jtuh ustaz.ingin kepastian

    1. Muhammad Haniff Hassan

      cuba awak fikir.. kalau boss awak kata kena buang kerja baru menyesal.. adakah dgn itu awak telah dibuang kerja? kalau polis kata, aku tangkap, baru menyesal. adakah awak telah tertangkap?
      jgn sekali2 awak tinggalkan berfikir hy kerana berhadapan dgn soal hukum agama.

  175. assalamualaikum. minta nasihat dr pihak yang arif.
    1. suami saya telah bernikah di Siam tanpa pengetahuan. Selepas saya tahu hal ini, suami telah menyebut cerai, tinggal, lepas, taklik isteri ke 2 nya hadapan saya. saya telah saran suami untuk rujuk hal ini di mahkamah syariah tetapi beliau enggan. Saya juga telah 3 kali mnghantar mesej kepada isteri ke 2 nya berkaitan hal ini, Tapi hingga kini mereka masih berjumpa sebagai suami isteri.
    2. Emak juga pernah bertanya status suami berkaitan hal ini, Tetapi berkata dia hanya sebut di mulut tetapi tiada niat di hati,
    Apa pandangan pihak yang arif berkaitan hal ini? terima kasih

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      sukar untuk saya memberi pendapat berkaitan masalah yg puan nyatakan kerana hukumnya bergantung pada kandungan kata-kata itu atau ayat yang diucapkan.
      jika lafaznya jatuh dalam kategori lafaz sarih, maka talak telah jatuh.
      jika lafaznya jatuh dalam kategori lafaz kinayah, talak tak jatuh kecuali jika memang si suami berniat utk cerai.
      jika dia kata, takde niat, maka tak jatuh talak.
      anda perlu baca jawapan2 saya yg lalu utk faham lafaz2 talak sarih dan kinayah.
      jika nak mudah, awak sahaja yang adukan atau minta nasihat langsung dari mahkamah syariah atau peguam di tempat anda untuk tindakan lanjut.

  176. Salam ustaz..saya merajuk sebab suami tak balik rumah.mak ayah saya semasa aidiladha kelmarin…
    Saya buat muka masam supaya suami tahu perasaan saya. Suami kata kepada saya ” nak balik kampung awak tak”?.
    Saya hanya diam dan cakap kalau balik harini, esok kena balik sini balik..hmm sekejap sgt..
    Kemudian suami pun berkata ” abang tinggalkan mas “..
    2 hari je …
    Maksud suami ialah dia nak saya tinggal kat rumah mak ayah saya selama 2 hari, kemudian dia akan jemput saya balik semula.
    Soalan saya : apa hukum suami cakap ” abang tingga Salam ustaz..saya merajuk sebab suami tak balik rumah.mak ayah saya semasa aidiladha kelmarin…
    Saya buat muka masam supaya suami tahu perasaan saya. Suami kata kepada saya ” nak balik kampung awak tak”?.
    Saya hanya diam dan cakap kalau balik harini, esok kena balik sini balik..hmm sekejap sgt..
    Kemudian suami pun berkata ” abang tinggalkan mas “..
    2 hari je …
    Maksud suami ialah dia nak saya tinggal kat rumah mak ayah saya selama 2 hari, kemudian dia akan jemput saya balik semula.
    Soalan saya : apa hukum suami cakap ” abang tinggalkan mas”..
    Adakah ayay tersebut merupakan lafaz kinayah bagi talak? lkan mas”..
    Adakah ayay tersebut merupakan lafaz kinayah bagi talak?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      pada kebiasaannya ayat tu tak diguna utk jatuhkan talak.
      awak pun sendiri faham kata2 tu bukan bertujuan utk jatuhkan talak.
      maka saya tak faham camne awak boleh nak ragu2 samada talak jatuh atau tidak.
      memang tak jatuhlah.
      kenapa nak layan was2 tu.

  177. Salam ustaz…baru2 ni saya telah ceraikan isteri saya dengan talak 1..ia berlaku setelah saya menemui bukti sms jelas berbaur curang…kemusykilan,dalam babak pergaduhan pertama…saya masih menahan sabar lantas ambil anak dan pulang kekampung sehelai sepinggang..kg saya x jauh,lebih kurang 20km sahaja..pergaduhan berlaku waktu selepas subuh..Puncanya saya terbaca sms yg mencurigakan dari hset beliau..saya membalas sms tersebut dan berwatakan seperti beliau dari sudut cara dia bersms..jelas cara itu nampak keintimannya..
    Malam hari saya pulang semula kerumah utk ambil pakaian dan susu anak..sebelum itu isteri saya ada mmbuat panggilan bercakap dengan ibu saya bertanya soal anak..katanya dia juga berada dikg (rumah mertua saya) semasa dikg…seharian saya berfikir..meniliti kecurangan tersebut..alasan dia mengatakan..dia xder apa2 dengan lelaki tersebut menyangkal akal saya…sms tersebut cukup membuktikan..saya juga mendapat balasan sms dari lelaki tersebut…meminta maaf dan mengatakan tidak tahu bahawa perempuan yg dia kenal adalah isteri orang..dia bersumpah dengan nama Allah betul2 dia x tahu..setelah sampai dirumah..anak saya tinggalkan dikg,khuatir isteri saya menipu pulang kekg..dan kenyataannya dia tidak pulang kekg…malah menanti dikediaman kami..
    Persoalannya…saya telah jatuhkan talak malam itu,dan x pasti..adakah talak tersebut telah jatuh? Malam itu juga saya pulangkan dia kerumah mertua…malangnya saya disambut dengan penghinaan dari mertua…mereka menyalah saya,menengking dan mengatakan saya melulu…
    2 hari selepas itu.isteri pulang kerumah bersama adik ipar…sedangkan saya masih menginap dirumah…adakah menjadi kesalahan ,kami masih serumah dan tidur dibilik asing2..
    3 hari selepas itu bekas isteri pulang kekg dan membawa anak pergi bersama…Saya tetap x mahu rujuk..kerana beliau seakan menyembunyikan sesuatu dan x mahu berterus terang..dia asyik suruh saya fikirkan soal anak dan itu alasan dia utk rujuk..
    Di sini saya ingin mendapatkan nasihat dari ustaz…adakah tindakan saya ini salah atau betul? Batin saya diseksa cukup2 dengan memisahkan saya dengan anak…hingga kini saya langsung x boleh berhubung..panggilan telefon pun x terjawab..11 tahun berkahwin..saya rasa mcm dah x kenal perempuan ini..anak saya baru berusia 4 tahun ustaz…dari sudut sebelah keluarga beliau (bekas isteri)tiada sorang pun yg sebelahi saya..malah menghina lagi…jadi mana mungkin utk saya jejak kesana..
    Umur saya dah 36 ustaz..inilah satu2nya anak tunggal saya..selama 11 tahun berkahwin kami x dikurniakan zuriat..jadi saya ambil anak angkat ketika itu baru berusia 3hari…sekarang dah berumur 4 tahun…Saya harap ustaz dapat bagi nasihat…apakah jalan yg harus saya buat..Saya tahu…dia menyiksa saya atas dari keengganan saya….

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      jika awak telah menjatuhkan talak, wajib di segi undang2 utk awak laporkannya ke mahkamah syariah.
      apabila awak melaporkannya, mahkamah syariah akan menyiasat ke sini dan meletakkan anda suami isteri dalam proses kaunseling atau anda boleh meminta mahkamah syariah untuk meletakkan kes ini dalam proses kausneling.
      apabila menjalani proses kaunseling, anda boleh luah dana dukan masalah rumahtangga awak. kauselor akan membantu awak utk membuat keputusan lanjut samada bagus awak teruskan perkahwinan ini atau rujuk.
      ini cara terbaik pada pendapat saya kerana sesi kaunseling membolehkan awak bebrincang secara face to face dan lebih banyak maklumat boleh diketahui utk menilai kes ini sedangkan nasihat secara online banyak keterbatasannya.
      ada pun soalan awak ttg tinggal bersama walau telah jatuhkan talak, ia tidak ada masalah apa2 di sisi hukum agama kerana isteri yg ditalak wajib beriddah.
      ketika waktu iddah mmg wajib ke atasnya duduk di rumah.
      suami isteri hanya dilarang menjalani hubungan seks sahaja kecuali jika telah sah rujuk.

  178. Salam ustaz..
    Saya bergaduh dgn suami dan suami berkata kepada saya
    “Pergi mampus sama kau”..!
    Adakah ayat itu merupakan lafaz kinayah bagi cerai?
    Tk

  179. Assalam.. ustaz.

    saya nak tanya ustaz. Isteri memang pernah ada lelaki lain sebelum ini tapi dah berubah perangai dan berterus terang kat suami dengan mengatakn “kalau tak percaya biar gugur talak kalau isteri pergi jumpa lelaki itu kat ofis dia. Suami menjawab “ya”. Adakah gugur talak kalau isteri mungkir janji dan pergi kat ofis lelaki itu tanpa pengetahuan suami?. Sedangkan semasa ditanya kembali , suami tak ingat dia ada mngatakn “ya” dan mungkin juda ada mengatakan dlm keadaan marah. Tolong ustaz terima kasih.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      jika suami kata “ya”, setelah siteri berkata sedemikian, maka berlaku taklik pada talak.
      bila2 masa isteri langgar janji itu, jatuhlah talak = wajib diadukan pada mahkamah syariah.
      jika suami tak pasti samada dia ada kata “ya” dan tiada bukti meyakinkan bahawa dia ada cakap seperti itu i.e. bertulis, rakaman video etc, maka dianggap kata “ya” itu tidak ada atas kaedah “asal sesuatu itu tiada sehingga ada bukti yakin kewujudannya”. maka jia isteri langgar janjinya, tidaklah jatuh talak kerana taklik talak hanya boleh dibuat oleh suami atau jika disahkan oleh dia.
      namun suami haruslan jujur dalam hal ini, bukan semata2 kerana nak elak dari terjatuhnya talak.
      jika suami berbohong, ia telah melakukan dosa yg besar.
      jika isteri yakin bahawa suami mmg telah katakan “ya” dan mengaku telah langgar janji, dia boleh adukan kes ke mahkamah syariah. mahkamah syariah akan putuskan hukum yg muktamad.
      moga bermanfaat.

  180. Salan ustaz..saya ada soalan mengenai lafaz kinayah bagi cerai..
    Soalan :
    Salam ustaz..
    Disebabkan saya menolak ajakan suami untuk berjimak, suami naik berang dan marah marah kepada saya dan berkata “Pergi mampus sama kau”..!

    Adakah ayat itu merupakan lafaz kinayah bagi cerai?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      saya cadangkan awak dapatkan rawatan was2 awak tu.
      saya tahu awak tanya soalan yg hampir sama beberapa kali walaupun awak cuba ubah identiti.
      soalan yg sama juga awak selalu tanya di tempat2 lain.
      hentikanlah perbuatan awak ini.

  181. assalamualaikum ustaz,
    saya muskil dgn masalah yg saya hadapi ini..kami pasangan yang baru beberapa bulan berkahwin dan sekarang saya mengandung.suami saya seorang yang suka minum arak. walaupun dia tidak mengapa apakan saya tapi saya x dapat tahan dgn perangai nya itu sbb sebelum ni dia pernah berkata utk berubah tetapi hampa,janji nya hanya palsu.pada suatu malam dia telah balik dlm keadaan mabuk, saya mula mengamuk dan ingin melarikan diri dari rumah. dan pada masa itu dia naik berang dan mengatakan ‘kalau kau langkah dari pintu itu,aku cerai kau dengan talak tiga’ saya pn menjerit dan menangis ke arahnya..saya tidak kluar pn dari pintu itu. kemudian dia tersedar, lalu memujuk saya…dia kata x berniat pn nak ceraikan sya.. lalu dia menyesal..selepas beberapa minit kemudian suami sya suruh saya keluar ambil rokoknya di dalam kereta..saya berasa amat takut sekali utk keluar selepas apa yang diucapkan oleh suami saya…kemudian dia kata xda apa2..dia izinkan saya pergi kemana mana sahaja. jadi saya menurut perintah nya keluar dari pintu tu pergi ambil rokok.. jadi saya nak tanya apakah lafaz talak yang diucap tadi sah keatas saya?

  182. assalamualaikum.
    saya sudah berkahwin.namun dahulu sy ada hubungan dgn wanita lain.sy berbohong yang sy bercerai tanpa niat bercerai.mohon pencerahan dan tindakan susulan atas kes saya ini.apakah status perkahwinan saya kini..
    terima kasih

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      ia bergantung pada kata-kata yg awak ucapkan pada ketika itu. saya cadangkan awak rujukkan masalah ini kepada pihak mahkamah syariah utk dapatkan jawapan yg tepat.

  183. salam, sy ingin bertanya sekiranya si suami pernah melarang si isteri untuk berkawan dengan lelaki dan bercakap sekiranya engkau berkawan juga jatuh talak adakah jatuh talak sekiranya masih berhubung dengan lelaki tersebut? dan selang beberapa minit si suami berkata pula beliau mengizinkan si isteri untuk berkawan .

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      jika ia memberi izin selang beberapa minit dari ucapannya yg pertama dan si isteri tidak melakukan apa2 perhubungan dgn kawannya itu, maka tidaklah jatuh talak kerana izinnya itu membatalkan kata2 yg pertama.
      jika si isteri ada berhubungan dgn kawannya itu sebelum setelah ucapan pertama dibuat tapi sebelum izin yg membatalkan diberi, hendaklah ada laporkan ke mahkamah syariah utk mengesahkan status perkahwinan anda segera.

  184. Assalammualaikum,

    Saya ada soalan mengenai lafaz talak.
    Suami ada menelefon ibunya dan menceritakan hal kami kepada ibunya mengenai talak.
    Suami berkata saya( isteri) ada menuduhnya melafazkan cerai semasa sedang menonton drama tv
    Suami pun menceritakan kepada ibunya dan berkata kepada ibunya mana ada saya cakap “aku ceraikan fina” kepada isteri,
    Saya hanya cakap “aku ceraikan kau” kepada orang yang didalam tv tu sahaja, saya tak ada niat dan lafaz tersebut ditujukan kepada tv tersebut bukan kepada isteri ( saya).

    Soalan saya :
    1.Adakah lafaz “aku ceraikan kau” dalam perbualan suami dengan ibunya itu akan jatuh terhadap saya ( isteri)?

    2. di dalam perbualan tersebut suami ada berkata “aku ceraikan fina” dengan tujuan untuk memberitahu atau bercerita kepada ibunya tentang situasi tersebut, adakah jatuh talak tersebut terhadap isteri (saya)?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      saya tidak akan lagi menjawab soalan seperti ini. soalan ttg drama cerai ni dah banyak kali ditanya dan dah byk kali dijawab.

      1. iye ustaz, saya tahu ustaz dah jawab dan jawapannya tidak jatuh.
        cuma saya nak tanya situasi bila suami menceritakan/ memberitahu/ menjalaskan kepada ibunyanya pada soalan 1 dan 2 tersebut..

  185. Assalamualaikum ustaz sy ragu2..ade dua persoalan…pertama sy brgaduh dgn suami pd satu malam…sy telah pkse dia mlafazkn cerai dgn ugutan sy akn bunuh diri jika dia tidak lafazkn…maka tnpa rela dia lafazkan “sy ceraikn awk” adakah jatuh talak ke atas sy?
    Yg kedua kami bergaduh juga dan dia hntar sms pd sy “hari ini sy msih suami awk tp esok tdak lg”..tp dia ckap dia xmksudkn untuk bercerai dia cume nk suh sy blik dgn ugutan sbgtu…adakah jatuh talak keatas sy???harap mntak pnjelasan detail….

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      saya cadangkan awak adukan eks awak ni ke mahkamah syariah utk dibuat keputusan kerana keadaan sebegini lebih utama diputuskan oleh mahkamah syariah.
      jika awak merasa bahawa ia adalah sesuatu yg leceh dan menyulitkan, maka perlulah disedari bahawa masalah ini berpunca dari awak berdua sendiri yg gagal menahan dan mengawal diri serta tidak bijaksana dalam menangani masalah suami isteri.

      1. Sy da adukn ke mahkamah…sy cume mahu pnjelasan tntang yg sms sy tuh.sebb kami lupe untk crtekn pd hakim.sy tkut sgt.sebb sms tuh bermula dgn suami ajk sy ke pjbt agame tuk slesaikn msalah dgn kaunseling tp sy xnk.jdik dia nk pjuk n agr sy lmbut hati dia ckap ok arini sy msh suami awk esok tdak lg.tp dia kate dia xde niat tuk cerai.dia cume nk takutkn sy.adakah jatuh talak ke atas sy ustaz???

        1. Muhammad Haniff Hassan

          apa jua kes yg dah diadu ke mahkamah, semua masalah berkaitan haruslah disettle oleh mahkamah juga. tak leh separuh sana, separuh sini kecuali kalau kes tu dah tutup habis.
          apabila awak bertemu dgn pihak mahkamah nanti, bangkitkan masalah berkenaan.
          selagi mahkamah belum putuskan apa2, hubungan suami isteri awak dianggap masih kekal.

          1. Okey sebenarnye kami da bgkitkn dua isu n da slesai kes kami n mahkamah da jatuhkn bhawe jatuh talak dua ke ats kami.cume yg sms ni shje kami lupe n trlepas pndang so skang hati sy jdik xtenang.sebb kami telahpun rujuk smule.sy takut dgn ayat td make jtuh lg satu talak?

          2. Muhammad Haniff Hassan

            saya berpendapat tak jatuh talak dgn kata2 seperti itu kerana ia bukan lafaz talak yg jelas dan suami tidak berniat utk jatuhkan talak.
            namun apa yg patut awak berdua fikirkan secara serius ialah kenapa dah jatuh 2 talak masih diulang kesilapan yg sama?

  186. Maafkn sy ustaz… sebb sebenarnye sy tahu smue punce dri sy sebb xdpt kawal emosi sy.sy sowg panas baran.tp alhamdulilah allah bg sy peluang terakhir.n sy akn cube jdik istri yg solehah tuk dia.sebb ble sy doa tuk hbungn kami mkin hati sy meminta sy mncrik kptusan tntg sms trsebut.skang bru hati sy tenang n yakin.trme kasih byk2.sy manusia biase xlepas ksilapan.tp sy bersyukur masih dberi pluanh n sy xkn sia2kn.

  187. Salam ustaz.. Sy mohon pencerahan.. Suami sy tlh berkata kalo awk dtg sini sy ceraikan awk talak 1… Sebanyak 2 kali… Pada masa itu, sy nk ke rumah dia di shah alam… Tp bila dia ckp macam itu, sy tak jadi pergi.. Persoalan nya, talak tidak jatuh tp suatu hari nanti sy pergi , mcmana? Dan sy juga tanya dia, sini tu merujuk mana? Dan dia jawab entah sbb main ckp jer.. Dan dia xder niat pun hanya nak bahi ugutan supaya tak datang sana.harap penjelasa .. Terima kasih

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      lafaz itu dinamakan talak bertaklik (bersyarat).
      walau suami tidak niat melafazkan talk bertaklik, ia tetap berkuatkuasa.
      ertinya jika awak pergi ke tempat dia maka jatuhlah satu talak.
      selagi awak tak pergi, talak belum jatuh.
      ia akan terus berkuatkuasa hingga suami tarik balik kata2 itu dgn berkata saya tarik balik kata2 atau membatakan kata2 saya yang talak akan jatuh jika awak datang ke tempat saya.

  188. As salam ustaz…saya ada bergaduh dengan suami.Kejadian dah lama berlaku tapi saya masih was2 sampai skrg.Soalan saya,suami prnh ckp kau nk berpisah kn? Ok,mulai skrg kta berpisah ekoran tindakan sya yg selalu mendesak suami supaya berpisah.adakah jatuh talak?suami ckp x bniat dan masih sayangkan sya.adakah jatuh talak daripada ayat di atas?Mohon pencerahan ustaz.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      saya berpendapat kata2 itu tidak menjatuhkan talak.
      namun yg lebih penting ialah utk awak suami isteri bermuhasabah atas sikap yg cepat membangkitkan dan menggunakan talak apabila berhadapan dgn masalah rumahtangga.
      sikap ini wajib diubah.
      jika tidak, ia boleh menyebabkan penyesalan

  189. salam ustaz…

    lafaz suami saya berbunyi begini-(dlm watsap)

    (Nama penuh saya)..! jika kau keluar dari rumah bermula dari saat kau baca msg ini maka terjatuh talak atas kau! walau apa sekali pon alasan kau termasuk pergi kerumah keluarga atau pon bekerja atau pon apa2 sahaja! selagi aku tidak membatalkan kata2atau niat aku…maka ia tetap sah! semua terpulang kepada keputusan diri kau! yang benar….(nama penuh suami)..

    selepas baca watsap itu, saya tiada keluar rumah walau selangkah..sehingga shari selepas kejadian pergaduhan itu, suami balik kerumah, berbincang,..saling bermaaf-maafan dan dia membatalkan niat dan menarik balik lafaz tersebut..

    jadi keesokannya, saya pergi bekerja sperti biasa.

    adakah jatuh talak ke atas saya?..saya risau..ramai yang berkata, perlu juga pergi ke mahkamah…tetapi suami saya kata tidak perlu kerana talak tidak jatuh pada hukum syarak, kerana saya tidak melanggarnya hinggalah dia membatalkan niat dan menarik balik lafaz berkenaan…suami saya agak panas baran, dan boleh dikatakan tidaklah jahil bab2 agama..jadi die mngatakan talak itu tidak jatuh.. dan kembali seperti biasa.

    Mohon penjelasan…Terima kasih.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      saya berpendapat tidak jatuh talak kerana suami telah tarik balik kata2 itu sebelum awak keluar rumah.
      tapi kalau nak lebih kepastian dan hilangkan keraguan, elok ditanyakan kepada mahkamah syariah.

      1. terima kasih ustaz..

        sbenarnya saya pon yakin yang talak itu tidak jatuh…jadi saya tidak pergi mahkamah..kerana kesuntukan masa(bekerja)..kerana jika pergi pasti akan menjadi lebih panjang..seperti daftar dan rekod..

        lagipon melainkan jika talak itu jelas, @ lafaz cerai baru saya akan pergi ke mahkamah.

        sekian, terima kasih

  190. mncari keredhaan allah

    Assalamualaikum sy was dgn prkhwinan sy…ingin bertanya isteri seorang yg cenderung dlm memikirkan yg sy sering menipu dia…selepas hmpir 4 tahun brkhwin keadaan isteri sy yg trlalu memikir yg sy ni jahat sgt brtukar kpd curang..makin lame makin parah…sy kesiankn isteri yg tidak dpt lg berfikir secara baik pasal suami…prngai isteri tlh mybbkn kemudaratan kpd diri sendiri dan telah byk mybbkn sy (suami) berasa terkilan dan selalu sakit hati dgn tuduhan2 yg bole memberi dosa trhdp isteri mcm 2 sudah sy usaha utk mndptknkepercayaan isteri..tapi tak ade yg positif….smkin teruk..sy tye kpd isteri ape yg bole melegekn perasaan buruk kat sy…dia srh sy ikut ape yg dia nk ckp kalo sy prnh mlkukan perbuatan tersebut sebelom dan selepas kahwin maka jatuh talak 3 pd mulanya sy x ckp…tapi krn sy x thn dia siksa terus diri dia dan sy smpai x peduli ank mkn minum da ke blom dia mgabaikn segalanya utk sy brckp bnr…sy akur dan terpaksa ikut ape keinginan dia utk mgelak keadaan mnjadi parah …sy pon terpaksa ckp jugak kyataan diatas tadi….tapi sy mmg da tau perbuatan tersebut prnh di lakukan…sy buat bkn mmberi talak tapi sy buat kalo itu bole bagi lega hati dia selama bertahun x prnh tenteram sy sggup skrg usia prkhwinan sudah hampir 9 tahun dkt 4 tahun sy biarkn….demi isteri…sy x prnh tnteram lagi selpas prkare tu jadi….kembali pada allah byk kali x prnh jadi rezeki keluarga smkin x de… isteri pula da mnunjukkan balik skp macmtu…mohon situasi ini di jelaskn pg ni naik court sy sudah trgkn kpd isteri ape yg jadi…allah taala tahu hati hamba dia…..sy agak trkejut dgn jwpn yg seolah2 sy yg brsgguh nk mcmni…sy sygkn isteri…sy x nk sebab mulut sy jadi mcmni…bntula sy…sy x rase salah isteri tetapi salah sndiri gagal nk mmbntuk isteri supaya mnjadi hmba yg taat kpd suruhan allah

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      pada dasarnya, jika awak berkata kepada isteri, “kalau saya pernah lakukan X, maka jatuhlah talak 3 ke atas awak.” dan awak memang pernah lakukannya atau kemudiannya awak melakukannya, maka jatuh talak walaupun awak tak berniat utk menjatuhkannya.

      walau bagaimana pun, sewajibnya awak bawakan kes ini ke mahkamah syariah segera utk disiasat lebih teliti dan dibuatkan keputusan. mungkin apabila siasatan teliti dibuat mahkamah ada sebab utk menjatuhkan hukum sebaliknya.

  191. Assalamualaikum ..sebulan yg lalu …saya bergaduh dgn suami saya di rumah ..,,kami bergaduh hnya sebab saya ingin beli makanan di kedai mamak ..sesudah itu ,gaduh2 pnya gaduh ,,saya pun marah ,,jd saya terkata minta cerai pada suami ..sekali itu ..suami saya ckp menyuruh saya dgr baik2x perkataan lafaz talak 3 dri mulutnya kpd saya isterinya …,,sesudah itu jga saya berfikir ..tp saya masih sayang bgtu jga suami saya …tp kami masih lg tinggal serumah …soalan saya adakah saya masih iistrinya …atau tidak lg ?? Semua ini membingungkn saya ..,,,

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      awak wajib adukann perkara ini ke mahkamah utk disiasat dan ditetapkan hukum yg pasti mengenainya.

  192. salam tuan,

    saya nak bertanya tentang 1 perkara.. sy ada terbaca di ruang komen ini tentang perkataan “keluar dari rumah” dianggap jatuh talak.. untuk makluman tuan, sy ada bertengkar dengan isteri beberapa hari lepas.. waktu itu isteri sy keluar berjumpa rakannya dan sy tidak mengizinkannya.. sy meminta isteri sy pulang semula kerumah melalui panggilan talefon dan memberi amaran “jika awak tidak sampai di rumah pada waktu sekian sekian, jatuh talak 1”.. kemudian sy putuskan panggilan.. kemudian selang seminit, sy hubungi isteri sy kembali dan merayu agar dia pulang ke rumah supaya dapat menyelamatkan rumah tangga kami.. isteri sy menangis dan mengatakan tidak dapat berbuat demikian kerana jalan jem dan kemungkinan mengambil masa yang lama untuk sampai ke rumah.. kemudian sy merayu lagi pada dia supaya pulang tetapi dia enggan dengan berkata “dah tak sempat..dah tak sempat”.. setelah beberapa kali memujuk, sy jadi naik angin kerana fikirkan isteri sengaja tidak mahu pulang ke rumah (untuk kembali taat dgn arahan sy dan menyelamatkan rumah tangga kami) lalu sy melafazkan “kalau awak rasa tak sempat jugak, awak hantar kereta sy sekarang, kemas kain baju, dan keluar dari rumah sy”.. kemudian sebelum sampai waktu sekian sekian yang dijanjikan (amaran), isteri sy telah sampai dirumah.. adakah jatuh talak bila sy menghalau isteri sy dgn keadaan begitu?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      1. yg patut awak fikirkan ialah kenapa begitu mudah utk awak bangkitkan soal talak apabila berhadapan dgn masalah rumah tangga. apakah takde cara lain utk huraikan dan tangani masalah? perkar aini telah saya sebutkan dlm byk jawapan2 di atas. kalao awak tak ubah sikpa ini, ia akan berulang. dan satu hari awak akan menyesal tak sudah. tuhan bagi suami kuasa talak bukan utk dijadikan bahan2 ugutan, walaupun jika awak betul. jika isteri bersalah sekalipun dan layak diceraikan, ia perlu dilakukan dgn cara yg baik. bukan cara sperti itu. dipulangkan kerumah org tuanya dgn baik, bukan dihalau. adakah wajar apabila kita nak kan wanita sebg isteri kita pujuk rayu. tapi bila dah tak suka dan marah sahaja kita halau dia?

      2. adapun soalan yg awak tanyakan jawapannya tidak jatuh talak kerana isteri awak sampai rumah sebelum waktu yg awak sebutkan dalam lafaz talak bertaklik

  193. Salam ustaz..

    Saya gaduh dengan suami…suami marah marah…

    Kemudian suami keluar rumah , naik kereta sbb ada kerja…Saya nangis dan ingin pergi pada suami yg baru nk masuk dlm kereta.

    Suami pun cakap “Jangan keluar”..!

    Dan saya dengar suami cakap sambil menuding jari ke arah saya “jangan tanya aku pergi mana”.!!

    Saya hanya nangis dan diam saja.

    Saya amat yakin yg suami tak cakap ayat cerai taqlik..dia hanya cakap “Jangan keluar”..! & “Jangan tanya aku pergi mana”.!!

    Adakah boleh jatuh talak jika saya keluar rumah?

    Saya amat yakin yg suami tak cakap ayat cerai taqlik.

    Kemudian apabila sudah reda, suami ajak saya keluar untuk pergi ke kedai bersamanya. Saya pun berkata kepada suami “tadikan abang tak beri saya keluar..”. Kemudian suami pun berkata “abang bagi awak keluar, awak boleh keluar rumah, jom keluar rumah naik kereta dengan abang pergi kedai..

    Apa hukum jika saya keluar rumah apa hukum saya tanya suami pergi mana?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tidak jatuh talak kerana dia cuma kata jgn keluar. dia tak kaitkan larangan jgn keluar itu dgn jatuh talak.

  194. Assalamualaikum
    Setelah bernikah dalam setahun suami saya telah kembali kpd tabiat dia menagih dadah. Hari demi hari hidup kami semakin stress. Terutama saya. Saya mula berubah sikap. Ada masa saya istrei yg penyayang ada masa saya marah-marah pada suami hingga ada beberapa kali saya suruh suami ceraikan saya walau tanpa niat langsung nak berpisah. Tapi ikut nafsu marah. Kebelakangan ini suami cakap nak berhenti menagih tapi esoknya dia cari lagi. Saya jadi terlalu emosi bercampur sedih dan marah kerana suami tidak mendengar nasihat. Apalagi melihat keadaan diri dia saya sedih. Dua hari lalu suami saya juga kelihatan terlalu stress. Saya paksa suami keluar bertemu kawan pergi karaoke. Suami saya order arak. Salah saya kerana saya juga minum. Bila diruma dgn sedar tak sedar saya jadi marah tanpa tahu punca nya. Akhirnya saya kedapur ambil pisau dan memaksa suami saya ceraikan saya. Saya ingat sikit dia ada menangis tak mahu ucapkan kerana sayang pada saya. Tapi saya marah sangat dan menyucuk lengan suami dengan pisau acah saja nak dia lafazkan. Akhirnya suami akur dengan lafazkan cerai talak satu. Saya talifon ibu sbg saksi dengar yg saya sendiri tak ingat. Ibu kata dia dengar saya paksa paksa dan hanya dangar suami kata u yg paksa kan. Saya nak tahu jatuh ke talak itu. Kerana suami telah keluar rumah. Kami sama2 masih sayang. Dua2 dalam keadaan mabuk. Harap dapat penjelasan. Perlu kah saya pergi ke mahkamah buat rujukan.
    Terima kasih.

  195. Assalamualaikum ustaz…sy ingin brtnya…sy telah bertengkar dgn isteri saya dn sy telah ucapkan
    Kpada isteri saya iaitu ‘ sy akan lepaskan dia selepas anak saya tamat SPM baru2 ini tanpa niat di hati
    tp sekadar untuk menakutkan atau menggertak isteri sy..adakah itu dikira jatuh talak..mohon pencerahan dari ustaz..

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      perbuatan awak menggertak isteri dgn guna talak adalah tidak patut. apakah takde cara lain utk awak selesaikan masalah?

      kata2 awak itu bukan taklik talak. maka tak timbul isi talak jatuh atau tdk.

      tapi ubahlah sikap sebegini kerana mungkin akan akibatkan penyesalan nanti.

  196. Assalamualaikum ustaz..
    sy ada 1 persoalan tentang ta’liq..
    adkh jatuh ta’liq bila suami sebut pd isteri klu kamu solat akan jatuh talak satu…atau lafaz soreh yg lain…klu kamu solat aku ceraikan kamu..sbb ada ustaz yg sebut ta’liq itu terbatal disebabkan xsyarie krn larangan supaya xsolat.
    mohon bantuan ustaz besertakan dalil…
    berdasarkn dr apa yg sy baca dr tulisan ustaz talak itu jatuh krn lafaz ta’liqnya soreh…adakah ada bab batal ta’liq krn ta’liq x syarie…jazakallah ustaz…smg Allah rahmati usaha ustaz…mohon email kpd sy

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      saya berpendapat taklik sedemikin tidak sah dan jika isteri melanggarnya tidak jatuh talak kerana ia taklik yg menjurus pada maksiat.

      dua hadis menjadi dalil

      “tidak boleh mentaati makhluk untuk melakukan maksiat pada khaliq (tuhan).” (riwayat ahmad)

      “orang islam terikat pada syarat2 yg dipersetujui sesama mereka kecuali syarat tg menghalalkan yg haram atau menghalalkan yg haram.” (riwayat tarmizi)

      namun jika ia berlku sebaiknya dirujuk ke mahkamah utk keputusan yg muktamad.

  197. Salam ustaz…saya baru sebulan lebih nikah..tapi belum pernah berjimak dengan suami.. Bila suami ajak berjimak, aaya layan tapi sampai masa suami ingin memasukkan zakarnya kedalam daraj, saya menolak dgn alasan takut..:(
    Suami marah sebab dah sebulan bersabar dgn saya.
    Kemudian suami marah saya dan berkata “pergi balik kampung”..
    Salam ustaz…saya baru sebulan lebih nikah..tapi belum pernah berjimak dengan suami.. Bila suami ajak berjimak, aaya layan tapi sampai masa suami ingin memasukkan zakarnya kedalam daraj, saya menolak dgn alasan takut..:(
    Suami marah sebab dah sebulan bersabar dgn saya.
    Kemudian suami marah saya dan berkata “pergi balik kampung”..
    Adakah ayat pergi balik kampung tu boleh jatuh talak terhadap saya?t Adakah ayat pergi balik kampung tu boleh jatuh talak terhadap saya?

  198. As salam ustaz. Mohon bantuan dan pencerahan ustaz.
    Saya seringkali bermonolog seorang diri. Hari tu saya bermonolong berkenaan taklik yg mana sy ckp dalam hati kalau saya tanya suami sama ada gosok gigi ke tidak dan dia jawab dah walaupun sebenarnya belum gosok lagi, jadi jatuh talak ke atas saya. Saya hanya bermonolong sendiri dalam hati tanpa apa2 niat. Lepas itu saya beritahu suami apa yg saya fikir tadi dan suami marah. Dia cakap saya selalu fikir benda bukan2. Adakah taklik itu kira sah?
    Tolong saya ustaz. Mohon pencerahan sangat2. Saya sekrang hamil.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      lintasan hati tidak menatijahkan hukum apa2. lagi pun yg boleh melakukan taklik talak dan menjatuhkannya ialah suami bukan isteri.
      namun hentikan perbutana berfikir dan monolog yg bukan2 kerana ia pembuka pintu syaitan.
      gantikanlah perangai sedemikian dgn zikir pad atuhn yang lebih banyak manfaatnya.

      1. Terima kasih atas nasihat ustaz. Cuma nak pastikan, walaupun saya telah menceritakan kpd suami, ianya tetap tidak berlaku apa-apa taklik kan? (maksud saya sebab melafazkan melalui mulut)

  199. Assalammualaikum…Saya nak tanya…saya dan suami tengok tv drama indonesia..Drama tersebut disertakan dengan terjemahan tulisan dalam bahasa melayu..Dalam drama tersebut ada babak suami melafazkan cerai kepada isterinya.. Lafaznya seperti ” ayu,aku ceraikan kau”. Suami pun baca “subtitle” lafaz cerai yang dalam bahasa melayu tu…tapi saya tak dengar pun suami baca sebab mulut suami tertutup rapat..mungkin suami hanya baca dalam hati dan tak lafaz.Soalan saya : apa hukumnya suami baca lafaz tersebut dalam hati? Dan jika suami ikut lafaz tu dengan kata kata yang sarih, adakah dikira boleh jatuh talak?Terima kasih.

  200. ass
    Pak saya mau nanya ?????
    awalnya saya ngomong sama suami ” kalu saya seperti orang itu gimana bg ”( orang itu slalu marahin suaminya di warung dan nyuruh pulang ) lalu suami saya jawab kalau saya kayak orang itu langsung aja talak tiga ” sambil bergurau ” gimana tuh pak talak nya ……

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      talak tidak jatuh jika awam tidak melakukan seeorti org berkenaan. jika awak telah melakukan epetri org berkenaan, barulah timbul soal talak dan wajib utk awak laporkan ke mahakamah syariah.
      utk elak dari jatuh talak, suami hendaklah menarik kembali kata2 itu dan tinggalkan tabiat suka bergurau dengan persoalan talak.

  201. Salam ustaz…saya nak tanya…saya bergaduh dengan suami….lalu suami pn cakap ” kalau macam tu,cerai….cerai…..adakah jatuh talak ustaz?

  202. Salam ustaz…saya nak tanya…saya bergaduh dengan suami…lalu suami pn cakap “kalau macam tu,cerai…cerai…adakah jtuh talak nya?

Komentar ditutup.

Scroll to Top