Kenali Pelanggan Dakwah Kita

Untuk mendaki tangga khidmat cemerlang, kenalilah pelanggan atau individu sasaran dakwah kita:   1.       Duta (Ambassador). Pelanggan yang sentiasa mempromosi kita, memperkenalkan kita kepada yang lain, mencadangkan orang lain kepada kita dan mencadangkan kita kepada orang lain,  mengedarkan maklumat mengenai kita, menggalakkan orang lain untuk berkerja dengan kita. Pelanggan ini berkata “Mari kita bina masa […]

Mindset Dalam Pelayanan Dakwah

Mindset petugas dakwah dalam menawarkan pelayanan mereka boleh dikategorikan kepada kategori berikut   1.      Asas (Basic Service Mindset)   ·         Apabila petugas dakwah tidak endah akan ‘pelanggan’nya. Bahkan mereka tidak peduli apa-apa kecuali hanya untuk menjalankan tugas yang diberikan sahaja atau mendapat gaji dari tugas itu. ·         Apabila petugas dakwah tidak mempunyai kefahaman yang jelas mengenai […]

‘Jenayah’ Dalam Pelayanan Dakwah Kita

Jenayah adalah satu yang dikeji. Sebagai penggerak dakwah, kita seharusnya menjauhi perbuatan jenayah dan mencegahnya. Namun kadang kala, ramai di antara kita, tanpa disedari telah melakukan ‘jenayah’ sepanjang menyediakan pelayanan dakwah.   Berikut adalah ‘jenayah’ dakwah yang perlu dijauhi.   Jenayah Produk & Pelayanan   ·         Apabila produk atau pelayanan yang kita sediakan rosak atau tidak berfungsi […]

Dakwah Cemerlang Melalui Kemurahan Hati

Bermurah hati dalam dakwah adalah anjuran Islam sebagaimana firman Allah taala yang bermaksud:   “Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan) itu dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia.” (Fussilat : 34)   Untuk memberi khidmat dakwah yang cemerlang, […]

Sabar Di Jalan Dakwah

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah supaya kamu beruntun” (Ali Imran : 200)   1.     Sabar untuk mendapatkan kesepakatan dalam membuat keputusan kerana Islam menggalakkan syura. Elakkan dari membuat keputusan sendiri kerana hendak cepat.   2.     Sabar dalam merancang untuk mencapai objektif, kerana Islam mengajar […]

Dakwah Yang Cemerlang Melalui ‘Pelayanan Peribadi’ (Personalized Service) Bagi Pelanggan/‘Mad`uu’ (Sasaran Dakwah)

Mencapai puncak pelayanan/khidmat cemerlang dalam kerja dakwah ialah dengan memberi setiap pelanggan/‘mad`uu’ apa yang mereka mahu, bila dan bagaimana mereka mahu. Ini boleh dicapai melalui 7 perkara berikut:   1.      Kita melayan setiap pelanggan/’mad`uu’ sebagai seorang individu yang unik bukan sebagai satu kumpulan dari demografi tertentu. 2.      Khidmat kita kepada pelanggan/’mad`uu’ lebih bersifat peribadi setelah tempoh […]

Menangani Penyakit Sosial Dengan Kehidupan Beragama Yang Lebih Baik

(Nota: Artikel ini pada asalnya ditulis pada tahun 1999)   Penyakit sosial perlu ditangani tidak kira samada ia kecil atau besar kerana yang kecil jika tidak diatasi dan dikawal ia akan membesar dan yang besar pula akan terus berkembang sehingga sukar untuk mengubahnya kembali. Inilah lumrah alam.   Dari perspektif Islam, kewujudan penyakit sosial hari […]

Membina ‘Masjid’ Dalam Diri Kita

Masyarakat Islam telah melabur jutaan dolar untuk pembinaan masjid. Di lihat dari sudut jumlah pelaburan dan nilai aset hari ini, nilai masjid adalah begitu besar apatah lagi jika digandingkan dengan peranan dan kepentingan masjid bagi pembangunan satu masyarakat yang soleh. Dengan melihat masjid dari perspektif kebendaan dan keagamaan, kita tidak mempunyai pilihan kecuali memastikan bahawa […]

Jangan lupa mati

(Nota: Artikel ini ditulis pada asalnya di tahun 1997) Satu hari aku menghadiri satu majlis dan mendengar seorang sahabat memberi ucapan tazkirah (peringatan) kepada yang hadir seperti berikut   “Sahabat yang dikasihi!!   Ingatlah akan kematian kerana ia adalah perkara yang paling pasti dalam kehidupan kita. Rasulullah s.a.w mendorong kita agar sentiasa mengingati kematian dan […]

Bangau Oh Bangau

(Nota : Artikel ini pada asalnya ditulis pada tahun 1997.)   Satu pagi aku membawa keluargaku bersiar-siar di Jurong Bird Park. Walaupun sistem monorail ada disediakan namun kami lebih suka berjalan kaki untuk menikmati suasana yang ada. Kami berjalan sehinggalah tiba di sebuah mini tasik yang dipenuhi oleh burung-burung seperti angsa hitam, flamingo dan pelican. Anak-anakku […]