Tegakkan Madrasah Di Dalam Diri Kita

Kita memerlukan asatizah yang mencukupi kerana terdapat perintah agama mengenainya. Untuk itu, usaha yang terancang diperlukan. Usaha ini haruslah melibatkan pelbagai kumpulan sasaran dan pelbagai saluran serta institusi.   Adalah diakui madrasah sepenuh masa merupakan institusi yang penting dalam persoalan ini. Begitu penting institusi ini, maka sewajarnya ia dipelihara dari terpupus dan dipertingkatkan agar sentiasa […]

Tujuan Dakwah Tidak Dicapai Dengan Zam.. Zam.. Ala Kazam…

Allah taala mencipta alam ini berserta dengan aturannya – sunnah alam semula jadi.   Termasuk dalam sunnah alam ialah setiap satu perkara hanya berlaku apabila tiba masanya. Allah taala berfirman yang bermaksud   “Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada ketentuan masanya” (Ar-Ra`ad : 38)   Masa untuk berlaku satu perkara pula hanya tiba apabila sebab-sebab […]

Melantangkan Suara-Suara Sederhana

Gejala pelampauan dalam agama Islam bukanlah suatu yang dimomokkan oleh media semata-mata. Di alam realiti, ia memang wujud.   Walau pun Usama b Laden menolak dakwaan Amerika sebagai pelaku serangan itu tetapi sikapnya yang tidak menolak perbuatan sedemikian bahkan memuji dan menggalakkan umat Islam yang lain meniru melakukan perkara yang sama dalam pernyataan-pernyataannya telah meletakkan […]

Star (dak) wah

Sekali lagi masyarakat umum dihidangkan dengan sebuah lagi filem Star Wars. Bukan tujuan utama di sini untuk mempromosi agar kita melihat filem berkenaan tetapi ialah untuk mengambil pelajaran dari penghasilan filem ini bagi usaha dakwah.   Jika kita meneliti keseluruhan cerita Star Wars dari filemnya kepada buku-buku mengenainya dan mainan-mainan berkaiatan dengannya, kita akan dapati […]

Apabila Tidak Mematuhi Sistem

Islam menuntut umatnya untuk sentiasa mengambil pengajaran dari apa yang berlaku di sekelilingnya melalui proses tadabbur dan berfikir.   Perkembangan besar yang sedang berlaku di dunia hari ini ialah serangan Amerika ke atas Iraq. Adalah tidak wajar peristiwa sebesar ini dibiarkan berlalu tanpa kita mengambil pengajaran mengenainya.   Bagi umat Islam yang pro-keamanan, antara pengajaran […]

Najasyi Seorang Raja Muslim Yang Soleh

Ramai yang mengenali Abu Bakar, Umar, Utsman adan Ali r.a sebagai tokoh-tokoh di kalangan sahabat kerana keperibadian da sumbanagn mereka.   Namun ramai sekali di antara kita hari ini yang tidak mengenali siapa dia Najasyi yang bernama Ashamah, salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w.   Ashamah adalah nama bagi Najasyi (gelaran raja-raja di negeri Habsyah). Beliaulah […]

Menggembeleng Tenaga Guru-Guru Bagi Membangun Anak-Anak Islam Yang Soleh

Tidak dapat dinafikan akan peranan madrasah separuh masa dalam memberikan asas pendidikan agama. Namun suka atau tidak, institusi madrasah separuh masa di Singapura hari ini tidak mampu untuk menampung keseluruhan anak-anak Islam. Dengan perlaksanaan sistem persekolahan satu sesi dan ura-ura melaksanakan pendidikan wajib, persoalan pendidikan asas agama anak-anak Islam yang bersekolah di sekolah-sekolah pemerintah menjadi […]

Kita dan Golongan Yang Kurang Bernasib Baik

Dalam kenikmatan hidup yang kita lalui ini, hatta bagi mereka yang ‘malang’ sekali pun di Singapura, kita perlu banyak bersyukur kerana nasib kita masih lebih baik dari jutaan manusia di pelbagai tempat di dunia.   Di sekitaran kita sahaja, jutaan anak-anak yatim yang terlantar, tidak cukup keperluan hidup dan tiada pendidikan. Jutaan keluarga pula yang […]

Menjadi Masyarakat Islam Singapura Yang Mencipta Sejarah

Al-Quran menyifatkan umat Islam sebagai Khairu Ummah (sebaik-baik umat). Peranan umat Islam sebagai sebaik umat pula ialah untuk menyebarkan kebaikan, menghalang kerosakan dan menyebarkan mesej iman kepada Allah taala. Rujuk Ali Imran : 110.   Dalam hal ini ramai yang hanya memahami sifat ‘amar makruf dan nahi munkar’ hanya dalam bentuk dakwah secara nasihat dan […]

Lancarkan Kempen Anti Judi!!!!!

Ramai pihak memandang keji amalan judi. Pemerintah Singapura pun pada pernyataan mereka menganggap judi sebagai satu perbuatan yang tidak baik dan menyeru masyarakat agar menjauhinya. Pelbagai penyakit dan masalah sosial cuba ditangani dalam masyarakat melalui pelbagai kempen, program pendidikan dan dana. Kita ada kempen anti dadah, kita berkempen anti rokok, kita mendidik masyarakat agar tidak […]